bab 19

Romance Series 425470

“Wa makanlah sikit…. kau dah berapa hari tak makan. Aku ada masak bubur untuk kau ni.” Mel cuba memujuk Wawa supaya makan. Dia sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dia lakukan. Sejak perjumpaan Wawa dan Fariz, Wawa tidak berhenti menangis. Sedar sahaja mesti menangis.

“Aku nak Fariz! Kenapa dia buat aku macam ni! Kenapa dia mainkan aku!” terjerit jerit Wawa seperti hilang kewarasan.

“Dahlah Wawa dia dah ada isteri biar dia bahagia dengan isteri dia.”

“Arhhhhhhh! Aku tak kira aku akan dapatkan Fariz dengan apa sekali pun! Sanggup dia mainkan aku! Dia tunggu nasib dia!” Mel menggelengkan kepala, sudah tidak tahu bagaimana ingin menasihati rakannya.

Malam itu mereka membuat bakar bakar di pantai. Semua membuat kerja yang telah diberikan. Fariz diberi tugasan di bahagian bakar manakala Ayriz hanya dibahagian membuat air. Setelah siap dia meminta diri mengambil angin malam berdekatan di situ. Tiba tiba dia teringat dengan apa yang berlaku semalam.

Flashback

“Dia hutang aku RM30k.” Setelah lama diam Isac mula bersuara. Ayriz terus memandang lelaki di hadapannya yang sejak tadi menuam mukanya. Bukannya Ayriz tidak cuba menghalang namun Isac berkeras untuk menuam.

“RM30k? Dia nak buat apa dengan duit banyak tu?” tanya Ayriz pelik. Tidak mungkin Haikal ingin menggunakan duit banyak itu dengan perkara yang tidak berfaedah.

“Mana aku tahu. Tapi masa yang minta tu bukan dia tapi perempuan. Perempuan tu bagi nombor dengan gambar dia. Dia kata lepas sebulan dia bayar balik tapi ini dah nak 5 bulan tak bayar bayar.”

“Perempuan? Habis kau tak cari perempuan tu? Kau yakin ke yang Haikal tu yang pinjam? Entah entah perempuan tu guna nama Haikal.” balas Ayriz yang sudah tidak puas hati. Cepat dia mengelakkan muka. Isac merenung tajam.

“Muka kau duduk diam diam lah! Aku belum habis tuam.” mendatar sahaja suaranya.

“Tak nak! Kau senang senang percaya perempuan tu lepastu kau pukul cousin aku!” Ayriz menggenggamkan penumbuk. Isac mula hilang sabar dan mengeluh kasar.

“Pantang betullah aku kalau orang tak dengar cakap aku ni… Sini aku cakap!” tinggi suara Isac memarahi Ayriz. Ternaik bahu Ayriz terkejut. Air mata mula bertakung dan dia terus memandang tempat lain. Isac merenung Ayriz lama.

‘Dah monyok pula muka budak ni. Aku cakap tak nak dengar itu pasallah aku marah kau.’

“Pandang aku. Aku belum habis tuam.” Ayriz masih lagi diam tanpa memandang Isac. Dia berasa takut ingin bertentang mata dengan lelaki itu. Isac menyentuh bahunya.

“Jangan sentuh akulah! Aku isteri orang!” larang Ayriz keras membuatkan Isac tersenyum sinis.

‘Ingat garang sangatlah tu.’

“Aku dah nak cari perempuan tu tapi Haikal halang dia cakap memang dia pinjam. Dia cakap jangan cari atau apa apakan perempuan tu.” tanpa menunggu Isac memberitahu Ayriz tanpa ragu ragu. Entah mengapa dia percaya akan gadis di depannya.

Ayiz terus bangun daripada duduk. Dia tahu ada sesuatu yang jadi antara Haikal dan gadis itu.

“Bagi aku pinjam pistol kau.” minta Ayriz sambil menghulurkan tangan.

“Kau nak buat apa? Nak tembak aku? Kau ada otak tak? Kau ingat kau minta gula gula?”

“Aku tak akan buat kerja bodohlah. Baklah sini.” minta Ayriz lagi. Isac masih lagi bingung dengsn permintaan gadis di hadapannya. Adakah gadis itu waras.

Kau percaya aku kan?” kali ini Ayriz mengguna ayat raih simpati. Isac mengeluh panjang lalu pistolnya dihulur kepada Ayriz. Baru sahaja Ayriz ingin ambil, Isac menggambil semula.

“Kau jangan buat kerja bukan bukan ea budak. Kalau tak aku bunuh kau.” Isac memberi amaran.

“Ish aku tahulah. Kau tengok jela apa aku buat.” Ayriz mula bosan. Isac mengguhulur pistolnya lalu pantas Ayriz mengambil dan disuakan kepada Isac. Isac sedikit terkejut dengan tindakan perempuan itu.

“Tembak kang.” acah Ayriz lalu terus berjalan ke arah pintu yang dibuka. Ayriz yang suruh Isac membiarkan pintu dibuka.

“gila budak ni.” kata Isac perlahan sambil mengikut Ayriz. Tanpa sebarang ketukan, Ayriz terus menolak pintu kuat. Terkejut Lim dan Haikal yang berada di dalam bilik. Lim terus mengacu pistol ke arah Ayriz.

“Kau nak buat apa ni? Kau gila ke?” marah Lim yang masih terkejut melihat Ayriz mengacukan pistol ke arah Haikal.

‘Macam mana pistol ada dekat tangan perempuan ni. Tak akan dia kalahkan Isac tak mungkin.’

“Kau diam! Kalau tak dengan kau, kau aku tembak!” keras suara Ayriz. Isac memeluk tubuh sambil bersandar di pintu.

Lim mengerutkan dahi sambil memeberi isyarat kepada Isac menanyakan apa yang sedang berlaku. Isac pula hanya menyuruhnya meletakkan pistol.

“Haikal, baik you jujur sekarang, betul ke you yang pinjam duit tu!” pertanyaan Ayriz hanya seperti angin lalu.

“Haikal! I tanya ni! Jujur sekarang! Kalau tak I tembak you!” tengking Ayriz lagi. Lama Haikal diam.

“Ye saya pinjam!”

BANG!

satu tembakan tepat kena di cermin membuatkan cermin itu pecah. Semua di situ sangat terkejut dengan tindakan Ayriz. Gadis ini bukan calang calang orang. Isac yang daripada bersandar terus berdiri tegak.

“Woi budak! Abis tingkap aku!” marah Isac sambil dekat dengan Ayriz.

“Diam! Duduk situ! Kalau tak aku tembak kau!” wajah Ayriz sekarang seakan menyinga seakan itu bukan dirinya. Isac juga merasa seram dengan gadis itu. Isac mengangkat tangan tanda mengalah. Lim yang melihat tercengang apabila mudah Isac mengikut kata gadis itu.

Kali ini Ayriz mendekatkan diri dengan Haikal lalu pistol diacukan betul betul di dahi Haikal. Ayriz tersenyum sinis. Kali ini Ayriz menggunakan caranya tersendiri.

“Kalau taknak nasib you sama macam cermin ni baik you cakap betul betul Haikal… siapa perempuan tu dan betul ke awak yang guna duit tu.” Menggigil badan Haikal ketika itu. Dia merasakn malaikat maut sedang menunggunya.

Haikal masih berdiam. Ayriz mula hilang sabar dan kedengaran pistol itu ditekan perlahan lahan. Lim dan Isac mula sedikit cuak.

“Dia ex I! dia yang pinjam duit tu! dia guna nama I!” beritahu Haikal dengan nafas tersekat sekat. Gadis dihadapannya seolah olah seperti orang yang dia tidak pernah kenal. Psiko!

Ayriz tersenyum dan bangun. Dia berpusing menghadap Isac lalu pistol dibaling ke arah Isac. Cepat lelaki itu menyambut.

“Sekarang kau dah dengar kan? Lepas ni cakap dengan budak budak kau jangan cari dia lagi. Dah aku dengan Haikal nak balik. Mana beg tangan aku?” soal Ayriz kepada Lim. Lim terus menyerahkan beg tangan milik Ayriz. Ayriz menyeludup barang di dalam begnya. Dia mengeluarkan satu sampul.

“Nah dalam ni ada Rm3k aku ganti cermin tu. Tak cukup bagitahu. Dah boleh balik belum. Ouh sebelum tu aku nak kau cari perempuan tu sampai dapat.”

“Ja… jangan apa apa kan dia.” rayu Haikal perlahan. Ayriz memeluk tubuh. Dia mengeluh perlahan. Dalam masa masa begini lelaki itu masih ingin melindungi gadis itu.

“Dah jumpa bagitahu aku.”

“Apahal aku kena bagitahu kau pulak. Kau bukan sesiapa.” keras Isac bercakap.

“Memang aku bukan sesiapa tapi aku nak buat perhintungan dengan dia. Sebab dia cousin aku jadi macam tu.”

“Ayriz.” panggil Haikal lagi.

“Cukup baik I tak tembak you Haikal. Jom kita balik esok kita nak pergi dah.”

“Pergi mana?”

“Kau sibuk apahal… family aku.” Ayriz menjeling Isac lalu dia memapah Haikal keluar daripada bilik.

“Kau biar dia blah macam tu je?” Lim tidak percaya dengan apa lelaki ini buat.

“Suh budak kita hantar diaorang.” arah Isac tanpa memandang Lim. Lim hanya diam dan terus keluar daripada bilik.

Isac tersenyum sinis.

“Ayriz.”

End Flashback

“Untung kau kan… ada lelaki sanggup mati untuk kau. Aku? Suami entah sayang betul ke tidak.” kata Ayriz perlahan sambal mengeluh. Ayriz masih lagi was was dengan suaminya. Bukan dia tidak mempercayai suaminya namun kisah silamnya membuatkan dia sukar mempercayai.

“Habislah aku kalau Haikal bagitahu dia.” menyesal pula dia tunjuk perangainya di hadapan Haikal.

“Bagitahu apa?” tanya seseorang yang daripada tadi di belakang Ayriz. Terkejut Ayriz dibuatnya.

“Mana ada apa. Dah lama husband kat belakang ni?”

“Lamalah juga sempat tengok yayang termenung lepastu cakap sorang sorang. Yayang fikir apa ni? Tak nak share ke?” soal Fariz yang sudah duduk di sebelah Ayriz sambil tangannya mengenggam tangan Ayriz. Ayriz memandang suaminya.

‘Macam ni ke perangai dia yang sebenar?’

“Yayang… termenung pula. Tengok apa dekat muka husband ni? Hensem sangat ke?” gurau Fariz sambil ketawa.

“Perasan. Yayang lapar jom makan. Dah siapkan.”

“Ala kejaplah… husband baru nak duduk lama sikit dengan yayang. Lama tau tak tengok muka ni.” Fariz mencuit hidung isterinya. Geram. Ayriz tidak dapat menyorokkan senyumannya. Mukanya merona merah menahan malu.

“Mengadakan… jomlah makan. Yayang dah lapar.” dalam tidak sedar Ayriz merengek manja membuatkan Fariz tersenyum lebar.

“Ye lah jom.” Dengan senang hati Fariz mengalah.

“Eh Isac apahal kau lepaskan diaorang macam tu je? Senang macam tu kau lepaskan diaorang.”

“Budak tu mengaku bukan dia kan.” jawab Isac tanpa memandang Lim yang masih merenungnya tidak puad hati.

“Aku rasa kau ni di dah kena guna gunalah… Kau tak takut perempuan tu report polis?”

Isac masih lagi beriak biasa sambil matanya masih di skrin telefon.

“Woi aku cakap dengan kau ni!”

“Kau nak aku buat apa! Bunuh perempuan tu?” bengang pula apabila ditekan tekan begitu.

“Tak sekarang aku nak tanya kau berapa kali kau jumpa perempuan tu? Setahu aku kau pergi mana mana dengan aku. Ni merah kat pipi aku ni pun ada lagi.”

“Dah kau buat kerja tak pakai otak memang mendapatlah. Perempuan macam tu kau tak boleh handle.”

“Arh kau menangkan dia je. Berapa kali kau jumpa dia?”

“Dua kali.” jawab Isac selamba. Terbeliak mata Lim kerana baru dua kali lelaki di hadapannya semudah itu tunduk dengan perempuan itu.

“Kau memang dah gilalah. Baru dua kali kau dah percaya dia. Sah memang kau kena sampuk.”

“Eh banyak pula kau cakap. Aku nak kau cari perempuan tu sampai dapat lepas tu aku nak kau cari maklumat pasal Ayriz tu juga.”

“Okay.” hanya sekali Lim sudah mendengar kata dan memberi kata putus.

sorry semua.. niena busy sangat so if update lambat maaf tau

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience