Bab 28: Shahir?

Drama Series 28608

Fatin kaku. Tangannya yang dipenuhi cecair merah diperhati setiap inci. Darah. Tangannya menggigil. Dia masih tidak boleh percaya darah yang berlumuran di tangannya ialah darah Shahir, suaminya sendiri.

Matanya kian berkaca-kaca. Kepalanya dibawa melihat cermin di hadapannya. Perasaan takut mula bercambah masuk ke dalam hatinya. Takut dengan dirinya sendiri. Kau pembunuh!!! Kata-kata itu seringkali terngiang-ngiang di kotak fikirannya seolah-seolah ada seseorang berulang kali membisikkan perkataan itu di cuping telinganya.

Fatin cemas.

' Apa yang kau dah buat ni Fatin? Kau cuba nafikan hak dia sebagai sebagai suami kau ke? ' cela hati Fatin.

Tangan Fatin yang masih menggigil, pantas membuka pili air dan menggosok-gosok tangannya sekuat hati. Biar bersih sehingga tiada satu titis darah pun yang tinggal seperti mana dia mahu melupakan kejadian itu sehingga tiada satu cebis memori pun tentang kejadian itu ada di mindanya.

Pili ditutup rapat. Tangannya diangkat dan diletakkan di tebing sinki, menopang diri yang dirasakan amat berat. Hendak sahaja dia merebahkan dirinya di situ. Namun dia tidak akan berehat sehinggalah Shahir keluar dari wad kecemasan.

Nafasnya yang dipenuhi sedu-sedan ditarik dalam sambil matanya ditutup rapat serapatnya cuba untuk menenangkan dirinya tatkala air matanya mengalir perlahan membasahi pipinya. Nafasnya dihembus perlahan meluahkan segala tekanan yang membebaninya. Matanya dibuka. Tangannya pantas mengelap air mata yang jatuh tadi sebelum kakinya menapak pergi. Meninggalkan kesemua tekanan yang dilepaskannya tadi.

PINTU wad kecemasan dikuak perlahan. Seorang doktor lelaki melangkah keluar. Mata yang kuyu akibat terlalu lama menunggu terus membulat. Fatin terus berjalan laju ke arah doktor lelaki itu. Doktor itu tersentak.

" Puan Fatin ke?" tanya doktor tersebut sambil ibu jarinya menghala ke arah Fatin.

" Ye saya. Suami saya.. macam mana dengan keadaan dia?" kata Fatin dengan riak muka yang risau.

Doktor itu memerhati Fatin atas, bawah seperti sedang menilai sesuatu. Fatin berkerut sendiri. Jangan nanti kes isteri pesakit membelasah doktor keluar di televisyen pula. Fatin mengendahkannya. Sekarang ada yang lebih penting daripada doktor yang rambang mata. Doktor itu tersenyum sambil melihat Fatin.

" Sebenarnya suami puan mengalami banyak pendarahan tetapi dia berjaya diselamatkan." terang doktor itu.

" Alhamdulillah.." respon Fatin sambil mengaup mukanya. Lega.

Seperti ada sebuah batu besar yang baru sahaja diangkat daripada bahu Fatin. Namun kata-kata doktor itu tidak berhenti di situ.

" Tetapi.. dia dalam keadaan koma sekarang. Mungkin dalam masa seminggu dua baru dia sedar. So, saya harap puan tabah dan banyak bersabar. Saya.. minta diri dulu. Assalamulaikum." kata doktor itu sebelum pergi meninggalkan Fatin sendiri.

Koma? Perkataan itu seperti lembing yang menerjam ke dalam hatinya. Sakit. Sebahagian dari diri Fatin sangat bersyukur kerana suaminya masih mampu bernafas namun sebahagian lagi masih menyalahkan dirinya. Fatin kaku.

" Fatin!" pekik Nairah dari jauh sambil tangannya melambai-lambai ke arah Fatin.

Fatin tidak menoleh. Nairah berkerut seribu. Hatinya seperti sudah dapat menyangka tentang berita apa yang yang dia akan hadapi. Nairah berjalan laju menuju ke arah Fatin.Kakinya terhenti betul-betul di hadapan Fatin.

" Fatin?" tanya Nairah sambil memegang lembut lengan Fatin.

Tiba-tiba mendakap tubuh badan Nairah sekuat hati. Air matanya mengalir laju sambil kepalanya ditongkatkan di bahu Nairah. Biarlah Nairah bertanda tanya. Dia hanya mahu untuk meminjam bahu Nairah. Sebentar sahaja, supaya dia dapat melupakan segalanya buat sedetik waktu.

Nairah kelu. Fikirannya meremang cuba untuk bersoal jawab tentang apa yang sudah terjadi dengan beribu jawapan namun Fatin harus bertenang sebelum dia boleh menyoalnya macam-macam.

Nairah menapak membawa dirinya dan Fatin ke arah deretan kerusi hospital yang berwarna biru itu. Punggung mereka dilabuhkan perlahan-lahan. Fatin mula meninggalkan dakapannya. Fikirannya terasa ringan. Tangannya mengelap juraian air mata di pipinya sambil kepalanya ditundukkan sedikit.

" Kenapa ni? Suami kau ok tak?" tanya Nairah. Dengan lembut tangannya menyentuh lembut bahu Fatin cuba memberi sokongan.

" Shahir...koma." kata Fatin sambil matanya masih terarah ke bawah. Dia mengeluh berat.

Nairah terdiam. Tidak terlintas di fikirannya yang keadaan Shahir akan jadi seteruk itu. Namun persoalannya ialah bagaimana boleh jadi sebegitu rupa? Terkejut juga dia apabila dia mendapat panggilan daripada Fatin mengatakan yang Shahir cedera dan sedang dirawat di hospital. Sedu sedan Fatin semasa menelefonnya masih segar di ingatannya. Perasaan risau itu kekal hingga sekarang. Risau jika ada sesuatu yang tidak diberitahu Fatin tentang kejadian.

" Semuanya berlaku dengan cepat. Sedar-sedar je Shahir... dah jatuh dan semuanya salah aku. Ya, aku takut. Sangat takut tetapi aku tidak boleh nafikan hak dia sebagai seorang suami." adu Fatin.

Nairah tersentak. Keningnya berkerut. Takut? Kenapa perlu Fatin takut dengan Shahir? Hak suami? Hanya ada satu jawapan bagi semua ini. Nairah mengeluh berat. Ya Allah.. Fatin.. Tangannya bergerak perlahan dan diletakkan ke atas tangan Fatin. Sejuk. Nairah genggam tangan Fatin seeratnya.

" Dia paksa kau ke?" tanya Nairah sambil memandang sayu Fatin.

Fatin diam. Kejadian malam itu mula terimbas kembali di fikiran Fatin. Pedih. Sejujurnya dia tidak sangka yang Shahir boleh bertindak sebegitu kejam dan dia juga tidak sangka yang dia sanggup menolak Shahir walau dia tahu Shahir membelakangi tangga ketika itu. Dia sengaja. Itulah sebab kenapa ia sangat pedih. Air matanya mengalir membasahi pipinya.

Mata Nairah mula berkaca. Fatin telah melalui pelbagai perkara buruk sejak dia mengahwini Shahir. Nairah tahu Fatin terkesan tetapi Shahir ialah suami Fatin. Sakitnya hati apabila nampak sahabat tersakiti tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Nairah hanya mampu berdoa supaya Fatin tidak apa-apa.

" Come." kata Nairah sambil mendepakan tangannya luas.

Fatin memandang perbuatannya. Bibirnya mengukir senyuman sebelum bergerak masuk ke dalam dakapan erat Nairah.

" Semua ni bukan salah kau. Semua ni ketentuan tuhan. Kau kene tabah. Ok?" kata Nairah sambil tersedu sedan. Air matanya mengalir deras.

Fatin tersenyum nipis di dalam dakapan Nairah. Dia bersyukur kerana dikurniakan seorang sahabat yang sentiasa berada di sisinya. Sahabat yang bernama Nairah.

TOMBOL pintu wad Shahir diputar perlahan. Pintu yang dibuka menampakkan Shahir yang sedang terlantar di atas katil. Kaki Fatin melangkah masuk sambil menutup pintu kembali. Kerusi yang tersedia di sebelah katil Shahir menjadi destinasi. Kakinya menapak satu persatu sebelum punggungnya dilabuhkan perlahan ke atas kerusi yang empuk itu. Wajah Shahir yang sedang lena direnung redup.

Tangannya dibawa ke tangan Shahir, cuba untuk menyentuhnya namun semakin dia mendekati Shahir semakin jelas gambaran peristiwa itu ditayang semula di dalam kotak fikirannya sehingga memaksa Fatin untuk memejamkan matanya rapat. Kejadian itu sememangnya mimpi ngeri. Fatin tidak sanggup menghadap mimpi ngerinya. Tangannya ditarik laju. Kakinya berdiri tegak dan menapak ke arah pintu sebelum dia terhenti. Walau bagaimana benci pun dia pada Shahir rasa bersalah masih tetap cuba untuk menghukum dirinya sendiri.

" Maafkan saya Shahir." ucap Fatin sebelum pergi meninggalkan wad tersebut dengan pintu yang terbuka.

Cahaya daripada bilik itu menyinari sehingga keluar pintu yang masih terbuka itu. Sepi.

FATIN berjalan dengan pantas. Kadang-kadang terasa hendak berlari pun ada terdetik di hatinya namun dia perlu kawal perasaannya. Berita ini sudah lama ditunggu-tunggu oleh Fatin. Sejak dua minggu lalu dia hanya mampu tunggu, tunggu dan menunggu sehinggalah apabila dia mendapat panggilan daripada doktor pagi tadi. Shahir sudah sedar. Fatin gembira walaupun ada juga secebis perasaan takut dan cemas di dalam hatinya namun semua itu ditolak ke tepi. Hari ini, dia mahu berjumpa dengan Shahir, suaminya.

Kelihatan pintu wad Shahir di hujung sana. Fatin tersenyum lebar. Kakinya dengan pantas berjalan ke arah pintu wad tersebut dan menerjah masuk dengan senyuman yang lebar.

Kelihatan Shahir sedang berdiri di tepi tingkap sambil melihat pemandangan jalan raya. Kedua-dua tangannya diseluk masuk ke dalam poketnya. Fatin tersenyum nipis. Sememangnya itu ialah Shahir.

" Shahir?" panggil Fatin sambil berjalan ke arah Shahir.

Shahir menoleh serentak dengan Fatin berhenti. Wajah Shahir berkerut seribu seperti sedang cuba untuk memikirkan sesuatu. Kepalanya disengetkan sedikit sambil memandang pelik ke arah Fatin.

" Shahir?" tanya Fatin sambil berkerut pelik. Pelik dengan kelakuan Shahir.

" Kau.... Siapa?" tanya Shahir.

Fatin terdiam.

BERSAMBUNG..

LAGU: I WANT YOU TO LOVE ME..
Dimainkan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience