Bab 66

Romance Completed 78326

Pintu rumah Puan Aminah diketuk dari luar. Memandangkan dah lama dia tak jenguk Puan Aminah, jadi hari ni dia decide untuk datang. Lagipula aku rasa bersalah dengan ibu sebab aku tak pernah call dia selama aku dekat sana dan tak pernah tanya khabar dia sekalipun. Aku just dapat tahu khabar ibu dari Vi je.

Sebaik saja pintu rumah dibuka dari dalam, Gia menghadiahkan senyuman kepada gerangan yang di hadapannya.

“Ibu!”

“Ya Allah! Gia!!!” Puan Aminah membawa Gia ke dalam pelukannya. Lama tak jumpa Gia membuatkan dia rindu dengan Gia. Tak pernah sekalipun dia lupa pasal Gia.

“Ibu sihat ke?”

“Alhamdulillah ibu sihat! Sepatutnya ibu yang tanya Gia soalan tu. Gia sihat ke tak? Dah lama Gia tak datang jenguk ibu. Ibu risau tau bila tak dengar khabar dari mulut Gia sendiri. Dengar pun dari Vitalika je.”

“Ibu janganlah risau. Gia selalu sihat! Gia nak mintak maaf sebab dah lama tak datang jenguk ibu. Lately ni memang Gia busy dengan kerja apa semua. Kadang-kadang tak ada time untuk diri sendiri.”

Nak ada time untuk diri sendiri apanya? Dekat Filipina pun macam-macam bala yang dah turun. Semuanya berpunca dari Danial dan mummy sendiri.

“Oh ya…ibu dengar khabar dari Luqman yang ayah Gia dah tak ada ya?”

“Ya…kata doktor heart attack dan keadaan daddy pun time tu dah lemah sangat.”

“Ibu tumpang simpati untuk Gia. Dah…jom masuk. Kita sambung borak dekat dalam.” Puan Aminah menarik tangan Gia untuk masuk ke dalam rumah.

“Ibu…Luqman tak marah ke kalau Gia datang jumpa dengan ibu ni? Gia takut Luqman tak suka Gia datang jumpa ibu. Yelah, Luqman kan tak suka Gia?” Walaupun dalam erti sekarang ni aku dengan Luqman dah berbaik sikit, tak ada lagi pertelingkahan macam dulu tapi aku still jugak rasa takut kalau dia tak suka aku datang jumpa ibu. Yelah, mungkin dari segi aku dengan dia tu dah tak ada bergaduh apa semua tapi kalau melibatkan ibu, manalah tahukan dia tak suka?

“Kenapa pulak Gia cakap macam tu? Luq tak ada bagitahu apa-apa ke dekat Gia?” Dahi Gia berkerut sedikit. Tak faham apa yang cuba dimaksudkan ibu. Luqman bagitahu apa? Aku tak tahu apa-apa pun.

“Luq bagitahu apa? Gia tak faham.”

“Luq ada call ibu beberapa hari yang lalu. Dia cakap tak lama lagi Gia akan balik ke Kuala Lumpur. Dia sendiri cakap dekat ibu kalau Gia nak datang jenguk ibu hari-hari pun dia takkan marah Gia lagi dah. Sama jugak kalau Gia nak pergi jenguk kubur Dariya.”

“Huh? Seriuslah ibu? Luq tak cakap apa-apa pun dekat Gia?”

“Ye ke? Hmmm…dia segan kot nak cakap dekat Gia sendiri jadi dia bagitahu ibulah kot dan ibu sampaikan pada Gia.”

Biar betul Luqman ni? Tiba-tiba je baik dengan aku macam ni? Kalau tak, kemain marah dia dengan aku bab-bab macam ni. Tambah-tambah lagi kalau aku pergi ke kubur Dariya. Lagi berangin dia dibuatnya. Ke dia jadi baik macam ni dengan aku sebab aku tolong selamatkan dia lari dari orang-orang Danial dekat Filipina dulu? Mungkin ya mungkin tidak.

“AKU tak rasa yang kau dekat sana nanti kau akan diamkan diri kau dari kacau Gia kan?” Madam Valona bersuara sebaik saja Danial turun menuju ke ruang makan untuk menikmati makanan tengahari.

“Selama ni kau pernah nampak aku diamkan diri ke kalau melibatkan Gia? Your daughter? Lagipun kau tahu sendiri kan Gia tu macam mana? Nampaknya semakin lama semakin menjauh dia dari aku. Seingat aku jugak kau pun bersetuju untuk buatkan Gia jadi milik aku. Yang menjadi masalahnya sekarang aku tak nampak pun kau buat apa-apa untuk buatkan Gia jadi milik aku.”

“Kau sendiri pun tahu kan yang Gia tu keras kepalanya macam mana? Bukan aku tak pernah cuba marah dia supaya dia still stay dengan kau tapi dia tu degil! Kau nak aku buat macam mana lagi?”

“Anak kau sendiri pun kau tak boleh nak handle? Sepatutnya aku tak percayakan kau dari dulu lagi! Kau memang tak boleh diharap!”

“Yang aku tak fahamnya kenapa kau still nak Gia sedangkan kau tahu kau takkan pernah dapatkan dia?”
Meja makan ditampar keras oleh Danial. Dia bangun dan menghampiri Madam Valona lalu leher Madam Valona dicengkamnya keras. Tercungap-cungap nafas Madam Valona dibuatnya.

“Kau dengar sini baik-baik! Kalau kau rasa kau nak hidup lama, kau buat apa yang aku suruh! Aku nak kau buatkan Gia jadi milik aku jugak! Jangan ingat aku main-main dengan apa yang aku cakap!” Leher Madam Valona dilepaskan dengan jelingan mautnya masih lagi tepat pada wajah Madam Valona.

Terbatuk-batuk Madam Valona selepas Danial melepaskan cengkamannya. Tak guna punya Danial! Budak tu pun satu! Selalu menyusahkan hidup aku dari dulu sampai sekarang! Apa yang aku nak kena buat sekarang ni?

GIA menghendap dari pintu kamar Puan Aminah. Puan Aminah masih lagi mengerjakan solatnya tanpa menyedari kehadiran Gia di situ yang ralit memandangnya. Sejujurnya memang dari zaman dia di Manila, dia pernah terjumpa beberapa orang Muslim yang mengerjakan ibadah mereka di masjid dan dia rasa tertarik untuk mengetahui lebih mendalam tentang Muslim.

Setiap kali masjid melaungkan azan, mesti akan ada Muslim yang berhenti dan singgah solat di masjid. Macam dirinya seorang Kristian menganut Roman Katolik, dia hanya akan hadir ke gereja hanya pada hari-hari yang tertentu. Contohnya pada hari Ahad dan ada jugak pada Hari Suci Wajib.

Tapi, sejujurnya dia sendiri tak pernah membuat ibadat di gereja. Hanya sekali-sekala sahaja walaupun seringkali dia akan ikut Lola ke gereja pada hari Ahad. Cuma, dia rasa dia ganjil nak lakukan semua amalam tu. Tapi, bila tengok Muslim pergi solat ke masjid, dia lebih tertarik dan dia pernah jejakkan kaki masuk ke dalam masjid melihat sendiri cara orang Muslim beribadah. Sangat berbeza dengan agama Kristian beribadah.

Apa yang penting masa dia melangkah kaki masuk ke dalam masjid, dia merasa tenang. Tenang yang dia tak pernah rasa sebelum ini. Mulanya dia takut kalau orang Muslim akan pandang serong padanya memandangkan dia bukanlah seorang Muslim. Tapi, kehadirannya di situ diterima baik oleh orang Muslim di situ. Ada yang memberikannya selendang untuk menutupi kepalanya.

Bahunya dicuit dari belakang. Sikit lagi dia hampir menjerit. Dia menoleh ke belakang. Luqman memandangnya dengan pandangan tertanya-tanya ‘kau dah kenapa terhendap-hendap macam ni?’

“Luq!”

“Apa?”

“Nasib baik saya tak pengsan!” Kencang jugak jantung aku berdegup tadi. Nasib baik tak pengsan di situ.

“Yang kau ni dah kenapa terhendap-hendap macam tu?”

“Tak ada apa. Saja tengok ibu solat.”

“Yelah tu. Gaya kau tadi dah macam perompak tau?”

“Awak ingat saya ni gila sangat ke nak jadi perompak tak bertauliah dekat rumah ibu hah?!” Bila aku dah marah automatik tangan aku cekak dekat pinggang. Dah gaya mak-mak.

“Hahaha…” Luqman tertawa melihat muka Gia tak puas hati dengannya.

Hmmm…dulu aku nampak dia senyum. Sekarang ni dia ketawa pulak.

“Kau tengok apa?”

“Tak ada apa-apa. Tak sangka muka ketat macam awak ni boleh gelak.”

“Kau ingat aku ni robot ke tak boleh nak gelak? Aku debik jugak kau ni kang!” Luqman menayangkan muka meluatnya.

“Tak adalah. Selama ni awak kalau jumpa saya je, berangin satu badan. Jadi, bila awak gelak macam ni dah tak berangin macam dulu, pelik jugaklah.”

“Kau nak aku berangin macam dulu ke? Boleh je kalau kau nak.”

“Better na tulad nito (better macam ni),” Gia tersengih.

“Kau kutuk apa pulak dalam bahasa kau tu? Mentang-mentang aku boleh cakap bahasa Melayu je, kau kutuk aku sedap-sedap dalam bahasa kau ehhh?”

“Mana ada saya kutuk awak. Saya cakap better macam ni. Tak adalah saya sakit jiwa sangat bila awak marah-marah saya.”

“Yelah tu.”

“Hah…dua orang ni nak bergaduh lagi ke?” Tanya Puan Aminah dengan telekungnya yang masih tersarung di tubuhnya.

“Tak ada lah ibu. Ibu tanyalah dia ni. Entah apa dia kutuk Luq tadi.”

“Ni! Saya tak kutuk awaklah! Saya cakap benda yang betul ok!” Kang tak pasal-pasal aku bertukar jadi singa kang!

“Tak habis-habis nak bergaduh. Pening ibu dengan kamu berdua ni. Luq…dah makan ke belum?”

“Belum.”

“Eloklah tu. Pergilah makan. Ada makanan lebih dekat atas meja tu.”

“Ni yang sayang lebih ni! Luq pergi makan dulu!” Bergegas dia menuju ke ruang dapur.

“Luq memang selalu makan dekat sini ke?”

“Tak jugak. Kalau ada masa free, dia datang makan sini.”

“Ohhh…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience