bab 1

Romance Completed 83643

 

“AKU nikahkan akan dikau dengan Nur Suraya Binti Abdul Jamali dengan mas kahwin sebanyak seratus ringgit, tunai!”  ujar Jamali bernada sedikit tegas sambil menghenyak tangan.   Lalu, si pengantin lelaki menjawab juga dengan suara yang lantang.

“Sah!”

“Sah!”

“Sah!”

Setelah mengaminkan doa yang dibaca.  Pengantin lelaki di minta  bangun untuk upacara membatalkan air sembahyang dengan menyarungkan cincin ke jari manis pengantin perempuan atas pelamin.

Walau majlis tersebut di minta supaya di adakan dalam  kesederhanaan, namun ia tetap meriah dengan kehadiran opah sebelah pihak perempuan yang kuat melatah. 

Suraya tetap tersenyum apabila dahinya tidak di sentuh.  Sekadar action untuk sesi fotografi sahaja.  Suraya sudah bersedia untuk semua kemungkinan yang akan berlaku.  Dalam hal ini, dia tidak bersalah.   Dia terperangkap dengan keadaan yang memaksa.

“Mana, Lola ya? Kenapa dia tak datang majlis kau? Bukan kah dia kawan rapat kau?”  bisik seorang wanita di tepi telinga Suraya yang kini di minta untuk berdiri pula.  Dia cuba memegang lengan sang suami namun di tepis dengan lengan.  Suraya  tetap  juga dengan senyumannya. 

“Aku tak sangka ya. Rupa-rupanya kau dengan aku sama saja,” sindir wanita itu yang masih lagi tidak berpuas hati selagi Suraya tidak menjawab.  Dia seakan sengaja memprovok agar Suraya terasa bengang padanya.  Dalam masa sama, matanya mengerling ke arah tubuh tegap di sebelah Suraya itu.

“Excuse me...” ujar wanita berambut kerinting dengan mekap mengalahkan pengantin itu sambil menolak tubuh Suraya agar ke tepi sedikit dan dirinya berada di sebelah pengantin lelaki.  Pengantin lelaki itu makin bertaut rapat kening tebalnya itu dengan tingkah wanita di sebelahnya itu.  Sebal.

“Huh, sayang konon. Ini apa?” soalnya setelah berada di sebelah.  Pengantin lelaki yang ternyata kayu senyumannya itu di hadapan hadirin yang sedang memandangnya atas pelamin, terpaksa menahan perasaan dengan kata-kata dari wanita berambut kerinting di sebelah.

“Wanda.  Aku bukan ke, dah pesan pada kau jangan nak rosakkan majlis orang!  Patutlah jenuh aku cari kau tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya kau sibuk nak menyelit dekat sini. Meh sini, turun.  Tak tahu malu ke hah?” pangkah Mona terus menarik lengan wanita bernama Wanda itu supaya turun.

Suraya tersenyum pada Mona. Berterima kasih. Suraya mendekati sang suami kembali. 

“Kau dengan kawan-kawan kau sama saja kan!  Kau jangan ingat aku akan hadap muka kau malam ni ya.  Kau jangan lupa siapa aku.  Aku ada isteri,”  bisik sang suami yang baru tidak beberapa minit dinikahi ke telinganya.

Suraya menunduk.  Mengangguk lemah.  Ya, dia tahu itu.  Sehingga ke saat itu,  Suraya masih tidak tahu siapa punya angkara sehingga dia terjebak dalam pernikahan yang tidak dia ingini itu.

Apakah Wanda?

Apakah Lola?

Atau inikah nasibnya yang mahu lari dari harimau?

“Ish... Apa you buat ni?  You sengaja ya, nak malu kan I?” bantah Wanda dengan segera menarik tangannya dari pegangan Mona.  Dia paling benci ditarik sebegitu.  Mona tersenyum senget, puas hati.  Jika tadi, Wanda cuba memalukan Suraya di tepi sang suami kenapa dia tak boleh lakukan perkara yang sama,kan?

“Dari kau dok terhegeh-hegeh tepi laki orang tuh!”

“Darling, excuse me... Pardon me, repeat again what did you say just now?” Sengaja Wanda mendekatkan telinganya ke Mona.  Mona betul-betul geram. Sedang menahan sabar. Kalaulah tidak mengenangkan dekat mana mereka berada sekarang ini, mahu saja dia pelangkung kepala biul Wanda biar bertambah biul!

Wanda tarik senyum senget.  Dia nampak gadis itu sedang mengepal penumbuk.  Ingat dia takut? 

“Hei, Mona kau tak perlulah nak kepal-kepal penumbuk kau tu ya. Ingat aku hairan?  Kau kata aku menyondol... habis tu, kawan baik kita tu bukan kaki sondol? Kau lupa siapa laki dia tu? Kau lupa macam mana dia boleh ter... kahwin?”  soal Wanda dengan mengangkat dua jarinya lalu dengan membuat isyarat peace, dia naik-turunkan dua jari itu.

Wanda sengaja membuat muka tak bersalahnya itu.  Mona menggigit bibir.  Dalam situasi, Suraya dia bukan penyondol dia yang kena  jerat!

“Aku rasa kau tu patut tahu apakah puncanya? Entah-entah, ni kau punya kerjakan?”  Mona terus membuat pertuduhan.  Jauh dalam sudut hati, dia yakin Suraya sudah diperangkap. Lola juga tiba-tiba menghilang, cuma yang dia tidak tahu atas alasan apa?

“Hei perempuan!  Mulut tu jaga sikit ya.  Jangan main sedap saja kau nak tuduh aku.  Kau ada bukti?  Apa yang membuatkan kau boleh kata begitu? Sebab aku tak sukakan Suraya, begitu?”  pangkah Wanda pula. 

Mona mengangkat bahu sebelum memusingkan tubuh untuk kembali ke pelamin.  Dia tersenyum puas hatinya dapat mengenakan Wanda. 

Malam pun menjelang tiba.  Jika diikutkan perancangan keluarga sebelah Ray atau Rayyan, memang mahu di adakan majlis resepsi memotong kek.  Namun Ray membantah.  Dia tak suka semua itu.  Cukup sekali baginya. 

Suraya hanya mampu memandang gelagat sang suami yang sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya semula.  Ray tanpa ada rasa segan, selamba menukarkan pakaian di depan Suraya yang memerah muka menahan malu. Biar pun itu, suaminya yang sah.

“Tak perlulah nak tunjuk muka malu kau tu.  Malulah sangat ya?”  Ray masih lagi tak berpuas hati.  Dia akan buat Suraya menyesal mengahwininya, itu nekad dia. 

Setelah selesai semua.  Tanpa mahu berpaling belakang, Ray terus menapak ke arah pintu.   Suraya menggigit bibir, jemari merenyuk baju kurung yang masih belum di buka. 

Berdentum. Suraya menahan rasa terkejut dengan bunyi dentuman tersebut.  Ray terus melangkah tanpa ada rasa bersalah kerana meninggalkan isterinya yang tidak sampai sehari dia bernikah!

“Suraya, kau kuat. Aku yakin kau kuat. Kau mampu lakukan semua ini!”  Suraya bersuara seorang diri.  Memotivasi diri yang semakin duka serta hilang kekuatan.

“Itu semua dugaan kau, Suraya.  Aku tahu pernikahan ni  kau juga tak minta.  Tapi semua ini tak akan berlaku jika Allah SWT tak izinkan,”  ujar Mona memujuk. Suraya menghela nafas tatkala teringatkan peristiwa siang tadi. 

Hanya Mona penguat semangat dia kini.  Perlahan-lahan dia  tarik beg pakaian lalu membukanya.  Sekejap itu jugalah matanya tertancap pada sekeping gambar.  Suraya mengangkat gambar tersebut dari atas baju.  Air mata yang dia pertahankan tadi mengalir tanpa dia sedar. 

Laju jari-jemarinya mengesat pelupuk mata yang masih ada lagi sisa mekap.  Dia tak kisah walau comot kerana dalam kamar hotel itu, hanya dia seorang sahaja yang ada.  Siapa yang mahu melihat dirinya walau comot.

“Maafkan Su, abang. Maafkan Su kerana tidak lagi dapat bersama dengan abang...”  Suraya berkata-kata pada sekeping gambar berukuran 3R.  

“Su, keliru bang.  Su, keliru pada diri Su... Tapi, percayalah abang jika tiada Su pun abang masih boleh dapatkan kebahagian dari wanita lain yang lebih berhak,” ujarnya lagi sebelum perlahan-lahan dia koyakan gambar tersebut.

Kini dia cuba untuk memadamkan nama Han dalam hatinya kerana dia kini sudah menjadi hak milik  sah suaminya, iaitu Ray atau Rayyan. 

“Mak, Su akan cuba mak untuk dapatkan kasih sayang suami Su...”

 

 

“MONA,  aku tahu apa yang kau tahu,”  ujar si pemuda tersebut.  Mona menghela nafas buat sekian kali.  Pinggir bibir juga naik pedih dia gigitnya.  Resah mengetuk jiwa dia kini.  Sungguh, dia tidak tahu nak berdalih apa lagi.

Bukannya dia tidak kasihan pada pemuda di depannya itu, namun amanah  tetap dia dahului.  Jika tak, sudah pasti nanti tiada sesiapa pun mahu mempercayai akan dirinya itu. 

“Maafkan aku,” sahut Mona juga lemah.  “Aku minta diri dahulu.  Aku hanya mampu sampaikan pada kau,  cuma perkara itu sahaja.  Bagilah dia sikit masa.  Aku akan bagi tahu dia nanti,”  ujar Mona tetap dengan langkah berjaga-jaganya. 

“Macamana aku nak runtuhkan masjid yang baru di bina,”  ujar Mona seperlahan yang mungkin. 

“Apa dia Mona?”  soal pemuda itu seraya berpaling.  Telinga dia mendengar perkataan masjid.   Mona pantas menampar mulutnya yang tidak di jaga.  Seraya dia berpaling dengan senyuman palsu,  dan pemuda itu pula mengangkat keningnya. 

“Masjid apa tadi kau cakap?”  soal pemuda itu kian mendekat semula.  Topi keledar sedang dia simpulkan tali pengikat dagu.  Mona tersenyum-senyum.  Laju menggeleng.  Makin berkerut dahi pemuda itu kini sambil mata tajam merenung gelagat serba-salah Mona.

“Aku cakap pasal masjid dekat rumah aku tu... kau ni, jomlah balik nanti risau pula mak kau tu.  Sampaikan salam kami berdua ya,”  ujar Mona tanpa menyedari perubahan yang kembali terjadi di tampang wajah pemuda depannya itu.

Kelam-kabut Mona memusingkan semula tubuhnya menghadap arah jalan di mana sebelah depan, parkir kereta.  Telefon pintar yang bergetaran dalam poket seluar dengan pantas dia tarik keluar lalu menatal.

“Ada mesej dari Lola dan Suraya?  Lola, kau ke mana hah?”  soalnya sambil menekan aksara pada permukaan skrin telefon pintar yang sedang dia pegangkan itu.  Butang sent dia tekankan sebelum dia membalas mesej Suraya pula.

“Aku memang dah agak Su... Su, aku ada benda nak bagi tahu kau ni.  Tunggu aku datang kejap lagi.  Tak apa, kalau laki kau takde, aku ada boleh temankan kau ke kedai.”

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience