(novantaotto) 98

Romance Series 154073

Dom mengintai daripada dalam rumah melalui kaca. Wajah kegembiraan si isteri menerbitkan senyuman halusnya.

Aleena dan Aisyah duduk bersama di perkarangan indah Forrestor sambil dilayani Zen. Semalaman mereka berdua meluangkan masa dan berbual bersama.

Aleena terlalu rindukan rakan-rakannya. Terkenang wajah jelita itu semalam, memintanya mengambil Lara di Malaysia kerana wanita itu terlalu rindukan rakannya.

Dalam keterdesakkan dari si isteri kesayangan, Dom turutkan juga. Dua orang lelaki, pengawal diutus bagi mengiringi Lara ke German.

Wanita itu saja yang mampu menggoncangkan tangkal hatinya dan yang paling penting, mampu membuatkan dia tunduk kepada setiap permintaan wanita itu. Bagai disampuk pula.

Tarikan bajunya daripada belakang menghentikan lamunannya. Dom menoleh seraya menunduk, kening seksinya terangkat.

"What do you want sweetie?" soal Dom sambil mengusap lembut rambut perang milik Andy.

"Daddy, adik.. he is awake." Andy mengadu domba.

"Ouh yeke. You go first to mummy, I'll come later." arah Dom lembut.

Andy tanpa menunggu lama terus berlari anak ke luar dan duduk bersama Aleena. Dom perlahan-lahan merapati bilik bayi di bahagian bawah.

Kelihatan si anak sudah terjaga dan terkebil-kebil memandangnya sambil menghisap tangan. Tidak pula budak itu menangis.

"Faraz my dear.. dah bangun ye? Jom keluar. Ci sediamo fuori con gli altri okay?" (Kita duduk dengan semua di luar okay?) dengan penuh berhati-hati, bayi berumur 4 bulan itu didukungnya cermat.

Faraz sememangnya tidak banyak ragam dan agak pasif bagi seorang bayi. Dia jarang menangis dan sukar untuk bereaksi.Tetapi kesihatan dan kondisinya baik-baik saja kata doktor.

Dengan mendukung Faraz sebelah tangan, langkah diatur perlahan ke luar dengan tongkat. Ingin menyertai yang lain.

"Honey! I'm waiting for you. Aik? Sayang mummy pun dah bangun? Come here." Aleena menyambut riuh. Faraz diambil dari dukungan Dom.

"Comelnya anak kau Leena. Rambut macam Dom, muka dia macam kau.." tercuit-cuit pipi tembam Faraz oleh Aisyah.

"Eh memanglah.. anak mummy dengan daddy kan? Mestilah comel." balas Aleena gembira.

Si kecil diagah-agahnya walaupun bayi itu hanya diam saja. Memang begitu sikap Faraz, tidak mahu melayan.

"Mummy." panggilan Andy menghentikan bualan mereka.

Budak yang duduk bersebelahan Dom itu kelihatan sedih. Kakinya yang tidak mencecah lantai digoyang-goyangkan sambil menunduk.

"Andy? Kenapa sayang?" soal Aleena.

"I'm not your son right?" soal Andy bagai merajuk. Sebenarnya dia cemburu apabila kadang-kadang Aleena dan Dom sepertinya melebihkan Faraz daripadanya.

Selalu dia rasakan bagai ditolak, dijaga oleh pembantu-pembantu rumah. Hati kecilnya terasa.

Aleena mengeluh perlahan seraya bertentang mata dengan Dom di hadapannya.

"Why did you say that? You are also our child Andy, we love you so much.. right mummy?" Bahu kecil itu dirangkul Dom ke ribaannya dan dipeluk dari belakang. Manja.

"Hold him." Faraz diberikan pada Aisyah dan Aleena turut bangun dari duduknya, beralih duduk bersebelahan Dom.

Tubuh Andy terus dipeluknya sambil mengusap-usap belakang itu.

"I'm sorry dear if you feel neglected. Yes.. you're right. It's my fault. Mummy dan daddy tak berniat nak lebihkan Faraz, kami hanya need to pay more attention to him.. hmm? Adik kan kecil lagi.. Andy faham sayang?"

Aleena cuba menjelaskan lembut. Dia tak suka dengan keadaan itu. Tak dia sangka Andy berperasaan sedemikian.

"But I'm still not your son.." suara kecil Andy bersuara lagi, berkaca mata perang itu menatap si ibu. Tersembik-sembik wajah putih itu menahan tangis.

"Ouh sayang.. memang mummy dan daddy not your real parents, but once you step in this family.. you are forever Vanni's.. hmm? You're my first little prince, my beloved son and part of our hiers. Kan daddy?" soal Aleena pada Dom pula, meminta sokongan.

"Of course Andy.. jadi, don't say that again, I don't like it. Okay? Promise me." rambut depan Andy disebak dan dikucup dahi itu sayang.

Beralih pada si ibu pula, tubuh Andy dipeluknya erat seraya mencumbu wajah itu geram. Kata-kata manis di bibir tidak pernah hilang untuk menyangkal tanggapan negatif si anak. Mereka mahukan yang terbaik untuknya.

Sedang Aleena melayani Faraz dan Andy bersama Aisyah, Dom menyoal Zen yang duduk berhadapannya.

"Quando vuoi stare con lui?" (Kau bile nak kahwin ni?) soal Dom selamba.

Terkebil-kebil Zen seketika. "Pardon?" Dom mengukirkan senyuman manis.

"Quando vuoi sposarlo? I'm sure she will accept you." (Bila kau nak halalkan hubungan kau?) Mata mereka bertentangan, man to man.

"Non sono sicuro di essere un marito-" (Saya tak yakin akan jadi suami yang baik-)

Ketawa Dom menghentikan kata-kata Zen. Aleena dan Aisyah juga turut memandang pelik.

"Hahaha. What are you talking about? You're too good for that... Even better than me." senyum Dom padanya.

Murah sungguh senyuman ikhlas lelaki itu kini. Kebahagiaan dan keluarga mengubah dirinya.

"Mika...." merelet suara Aleena memanggil. Wajah cemberut ditayangkan tanda tidak puas hati.

"Apa yang awak berdua bualkan ni!? Cakap melayu la!" marahnya manja. Aisyah di sebelah hanya ketawa kecil dengan keadaan itu.

"Daddy dan uncle Zen berbincang tentang wedding aunty Aisyah and uncle Zen." membulat mata Zen memandang Andy yang sudah menutup mulutnya dengan ketawa mengekek.

"Amboiii.. mana adil macam tu! Sepatutnya kita la kene plan kan Syah. Awak berdua ni.. advance betul ye?" soal Aleena mengusik. Senyuman penuh makna diberikan pada Zen.

Memerah telinga lelaki itu sambil menunduk segan. Aisyah juga begitu.

"Apa kata sayang.. kita buat wedding kita sekali dengan mereka? Dekat sini." Dom memberikan cadangan.

"Kita punya pun ade sekali ke Mika?" melihatkan anggukan Dom, Aleena terus menjerit teruja.

Punggung terua dialihkan ke sebelah Dom. Pipi berparut besar itu dikucup-kucupnya sayang sambil memeluk lengan Dom manja.

"Thank you honey.. Thank you so much. Ni yang makin sayang ni." gedik saja dia walaupun di hadapan orang lain. Kasih sayang pada si suami tidak dapat dia bendung.

"Jadi macam mana Aisyah? Zen? setuju tak?" soal Dom pada kedua orang yang hanya mendiamkan diri itu.

"Saya tak kisah Dom. Tapi.. lepas kejadian semalam dan kehilangan Aisyah, ada kemungkinan kita akan disyaki pihak polis nanti. " ujar Zen.

"What do you mean by yesterday's incident?" soalan Dom menyedarkan Zen akan keterlanjurannya.

Kenapalah mulutnya ringan saja berkata tentang hal itu? Sudahlah kejadian tembak-menembak amat menjadi perhatian di Malaysia, pihak polis mesti sedang mencari dalang peristiwa semalam.

"Zen.. I'm asking you." suara Dom membuatkan Zen mengangkat wajah.

"I.. I have made a mistake." jujurnya. Entah mengapa dia rasakan pandangan Dom padanya menakutkan, mata biru itu bagai menikam matanya.

Halkum jantannya naik turun meneguk liur. Dia sudah melakukan kesilapan.. shit.

Kalaulah Aisyah tidak dinikahkan semalam, sudah pasti rancangan bodohnya itu tidak akan berlaku.

Lagipula dia membawa lari Aisyah, bakal pengantin pada hari itu ke German, semestinya menjadi tanda tanya ramai orang.

"Kau sudah bayar hutang keluarga Aisyah?" soal Dom dan Zen mengangguk.

"Aku rasa pasti ada pihak yang musykil tentang duit bayaran tu.." Ujar Dom lagi, pandangan dibuang pada Aisyah pula.

"Apa kata kau nikah di sini saja? Kalau pulang ke Malaysia sudah mesti akan ada banyak masalah pula di sana. Apa kata kau?" soal Dom serius.

"Tapi.. keluarga saya macam mana?"

"Itu.. kau kene abaikan. Bukan. Kau tak perlu berjumpa mereka. Kalau kau ke Malaysia, mungkin kau akan disoal siasat. Aku tak nak risikokan keselamatan Zen di sana." Minumannya dihirup perlahan sebelum kembali meletakkan cawan kaca itu.

"Kau dan Zen boleh je jagakan keluarga kau dari sini. Kau bukan abaikan mereka Aisyah.. kau lakukan untuk kebaikan semua. Kebaikan kau, Zen dan keluarga kau." pujuk Dom halus.

Wanita itu tertunduk dan diam seketika, berfikir. Aleena di sebelah menepuk-nepuk lembut tangan Aisyah di dalam genggamannya.

"Bagaimana pula kehidupan saya di sini? Saya warganegara Malaysia, saya tak nak jadi pelarian pula di negara asing." Aisyah memberitahu ketidakpastiannya.

"Kau tak perlu risau. Ada sebab kenapa aku, Zen dan Aleena boleh ke mana-mana negara je. Nanti aku akan palsukan kematian kau dan buatkan pengenalan baru. Dengan cara tu, you don't have to worry about anything." ujar Dom yakin.

"Palsukan kematian? Tapi-"

"Based on section 108 of the evidence act 1950, NR Department, a death certificate cannot be issued without solid proof of death. However, the court may issue an order that the missing individual be declared dead although it is less than the delay period." beritahu Dom tenang.

Aisyah juga tidak seberapa tahu menahu soal itu hanya mengangguk perlahan.

"You mean the court will make assumptions about my dead?" soalnya lagi.

Senyum Dom dengan anggukan kepala. "Yes signora. Exactly."

"Kalau macam tu.. semuanya dah selesai la kan? Yes! Aisyah, jom planning untuk wedding kita nanti." Tangan Aisyah di sebelahnya dipeluk teruja.

"Boleh Leena.." balasnya ceria juga. Mata mencuri pandang Zen dan apabila kedua pasang mata mereka bertembung, pantas dilarikan keduanya.

"Mika honey.. Can I invite friends in Malaysia? Lagipun saya nak mak datang.." pinta Aleena pada Dom pula.

"Ya. Kenapa tidak. Saya akan set up the plane. You just have to list down siapa yang awak mahukan. I don't mind." balas Dom senang.

"Daddy daddy, what about my friends and teachers? Bolehkah?" rambut lebat itu diusapnya Dom lembut.

"Iye sayang..boleh. Nanti daddy jemputkan okay?" Terus saja budak 5 tahun itu mengangguk pantas.

Kaki terus dihala duduk bersama Zen pula.

Aleena dan Aisyah yang berbual sakan dibiarkan Dom. Andy juga kelihatan gembira mengusik dan berbual kosong bersama Faraz di ribaan Zen dan dilayan lelaki itu sesekali.

Bahagia. Itulah satu-satunya yang dia rasakan kini. Cukup bahagia.

Setelah apa yang dia harungi. Kekerasan, keganasan, setiap titisan darah, air mata dan setiap dosanya.. hanya untuk ini.

Keluarga dan cinta.

'I hope this moment will last forever.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience