"Aku terima nikahnya Nadia Emelda Binti Hisham" Lafaz Adam lancar dengan penuh tidak berperasaan
Nadia pula sudah mula menitiskan air mata. Bukan sebab gembira atau sedih namun dia sekarang mempunyai tanggungjawab yang besar. Dia kena menghadapi semua masalah selepas ini. Dan disampingnya ketika ini ialah emaknya,Puan Sofiah. Mereka telah diberitahu oleh Tengku Airil mengenai isu ini dan pada awalnya Puan Sofiah pengsan akibat menerima kejutan itu. Namun selepas nasihat suaminya, mengatakan itu adalah takdir Nadia dan itu merupakan Qada dan Qadar yakni ketentuan Allah. Pada mulanya mereka agak marah dan kecewa dengan perkara itu.
Habis sahaja lafaz akad, Adam terus pergi ke Nadia selepas Tengku Airil menyuruhnya. Tiba masa untuk pemberian cincin. Nadia menyuakan tangannya supaya Adam mudah untuk menyarungkan cincin ke jarinya.
Adam mengambil kasar cincin itu dan menyarungkan cincin itu dengan kasar. Nadia berasa hati namun digagahnya bertahan. Saat Nadia tunduk untuk bersalam, Adam terus menarik tangannya dengan cepat. Muka Adam hm bukan main lagi lah masam. Nadia masih lagi mampu tersenyum. Kini tiba Nadia menyarungkan cincin ke jari Adam. Dibuatnya perlahan dan penuh kesopanan. Saat ini sepatutnya pengantin lelaki akan mencium dahi pengantin perempuan namun Adam enggan melakukannya. Tengku Airil terus membisikkan sesuatu di telinga Adam
"Better Ash buat atau keluar dari rumah ni" Bisik Tengku Airil
Adam mengeluh kasar dan terus mencium dahi Nadia dengan cepat. Dibisikkan sesuatu di telinga Nadia
"Kau jangan rasa seronok sangat eh perempuan. Aku ni jijik dengan kau. Balik nanti aku kena basuh mulut aku pula! Menyusahkan! Dah tahu miskin buat la cara miskin" Bisik Adam di telinga Nadia
Nadia hanya mampu tersenyum. Senyum tawar. Apa yang dia inginkan selama ini ialah perkahwinan yang indah dan suasana gembira namun hm.
Tetamu beransur pulang ketika waktu petang. Tiada majlis besar atas permintaan mak ayah Nadia dan tetamu hanyalah kenalan dari keluarga antara dua belah pihak. Kini yang tinggal cumalah Tengku Airil,Adam,Nadia,Encik Hisham,Puan Sofiah,Aina,Tan Sri Engku Haqiem, Puan Sri Engku Raisha iaitu emak Aina di ruang tamu itu. Ilyas dan Alya juga hadir namun mereka sudah pulang bersama mak ayah . Mereka berjanji akan kembali semula untuk membantu Nadia. Mereka cuma menghantar pulang ayah bonda mereka ke rumah mereka disebabkan menaiki satu kereta sahaja.
"So ayah harap kamu berdua akan galas tanggungjawab kamu berdua dengan sebaiknya. Kalau ada salah faham, leraikan dengan segera. Duduk berbincang sama-sama..Adam..kamu dah galas tanggungjawab besar untuk uruskan isteri kamu. Ingat! Jangan mengasari Nadia dan jangan sesekali menyeksanya" Pesan Tengku Airil kepada Adam. Namun ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri..Adam hanya mengabaikan kata-kata ayahnya dan berfikir bagaimana dia ingin menyeksa Nadia. Perempuan itu tidak layak disisinya dan layak ialah Aina!
"Kamu dengar tak apa yang ayah cakap?" Tanya Tengku Airil
"Dengar ayah. Dah la..Adam nak pergi dapur jap.. Nak minum air" Kata Adam
"Erm nak saya buatkan air?" Tanya Nadia. Mulai harini..saat ini dia kena jalankan tanggungjawab nya as a wife. So banyak tugas yang dia kena jalankan
"Takpayah" Kata Adam lalu bangun bergerak ke dapur
"Kamu kena sabar ya Nadia dengan perangai Adam. Mulai saat ini..kita sudah berkeluarga..apa-apa just bagitau ayah okay?" Kata Tengku Airil
Nadia hanya tersenyum dan mengangguk. Dia kena bersabar!
"Nadia pergi tengok Adam kejap eh..ayah..ibu" Pinta Nadia lalu bangun bergerak ke dapur
"Alhamdulillah terima kasih ya tan sri..puan sri..sebab hadir" Ucap Tengku Airil
"Alhamdulillah. Saya berbesar hati nak datang. Nadia ni pelajar yang baik. Insyaallah mereka akan berbahagia" Ucap Tan Sri Engku Haqiem
Aina sudah membuat muka. Apa daddy ni! Sepatutnya dia yang kawin namun ergh!!!!!
"Betul tu Airil. Saya rasa Nadia sememangnya budak baik..sopan..mungkin ada sesuatu yang menyebabkan mereka terjadi begitu" Kata Puan Sri Engku Raisha
Aina memasamkan lagi muka. Erghh tak habis..habis Nadia...Nadia!!! Dah kena tangkap basah pun still baik..still macam malaikat!
Di dapur, Adam menumbuk dinding. Erghhhh!
"Pehal ah aku kena kawin dengan perempuan tu!" Marah Adam
Nadia yang mendengar apa yang dikatakan Adam terhenti. Nampaknya Adam memang marah terhadapnya.
"A..awa..awak..na..nak air..?bo..leh sa..saaya bu..buatkan" Kata Nadia tergagap
Adam terus berpaling. Panjang umur perempuan ni. Adam terus mengcekam lengan Nadia dengan kuat lalu mengheretnya ke luar rumah. Di luar rumah Tengku Airil ada taman bunga dan gazebo besar dan disebelah gazebo tu ada kolam ikan.
"Kau dengar ni eh perempuan. Kau jangan acah isteri mithali. Kau tu pelacur okay..so set dalam kepala otak kau..kau PELACUR...kau ingat nih..aku nak depan mak ayah kita..kita akan berlakon as Happy Family! But belakang semua ni...kau cumalah sama taraf dengan hamba! Aku nak kau jadi hamba aku faham?" Jerkah Adam. Dia berani meninggikan suara kerana kedudukan gazebo dengan rumah itu agak jauh.
Nadia hanya mampu menangis. Dia tidak mampu bersuara mahupun membantah
"Kau faham ke tidak!" Jerkah Adam lalu menarik rambut Nadia dengan kuat
"Fa..faham" Kata Nadia terketar-ketar
"Hye kamu berdua. Untunglah orang tu dah ada isteri..boleh jaga makan minum..patutla dulu waktu ajak kawin..macam-macam alasan bagi" Kata Aina entah datang dari mana
"Baby..please dengar penjelasan sayang..please" Rayu Adam
"Takpalah..kita putus ja la" Kata Aina
"Please baby..sayang tak tahu apa yang terjadi..sayang waktu tu nak jenguk baby tapi entah kenapa rasa pening sangat..then bila bangun ja..sayang nampak perempuan kotor ni duk atas badan sayang..sayang sumpah tak tahu" Kata Adam sambil mengangkat tangannya
"Hm ye la tuu" Kata Aina cuba berlakon
"Please...kita stay..sayang janjii sayang akan bincang dengan ayah..sayang akan ceraikan perempuan ni dah khawini baby..sayang janji" Kata Adam memberi kata putus
"Hm okay" Kata Aina gembira
"Bagus lah..jom la masuk..rasa panas pula duduk di luar ni bersama perempuan hina ni hm" Sindir Adam
"Jom sayang..baby buatkan air ya" Kata Aina sambil mengenggam tangan Adam sambil menunjukkan kepada Nadia
Nadia hanya menangis! Menangis! Menangis! Dia tidak mampu melawan..dia lemah...dia tidak kuat! Ya Allah!
Nadia hanya melihat di matanya..mereka berdua yakni suaminya dan kekasih suaminya berjalan bersama-sama
Share this novel