CHAPTER 31

Action Series 136577

Tubuh isterinya yang berada dalam dukugannya itu di letakkan di atas katil perlahan-lahan. Tidak mahu Thea tersedar. Nanti makin pening kepalanya untuk melayan perangai degil si isteri. Nampak sahaja lembut tapi rupanya keras.

Comforter di hujung katil kemudiannya di tarik hingga ke paras dada Thea. Wajah yang lena itu di tenungnya untuk seketika sebelum dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke sebelah sisinya.

Tangan kanan naik mencapai remote control yang sederhana kecil lalu butang merah di tekan. Automatik langsir yang menutupi sebahagian balik yang berdinding kaca itu terbuka.

Lalu kakinya terus melangkah ke arah pintu balkoni. Perlahan-lahan dirinya menapak keluar dari situ. Udara yang sejuk malam itu sedikit menyegarkan tubuhnya.

Suasana malam dari atas bukit di mana terletak mansion yang sudah lama di binanya itu kelihatan terang bercahaya pancaran bulan yang cerah pada malam itu. Rokok yang di kepit di celah jarinya di hala ke bibir yang kelihatan masih merah itu.

Kejadian yang berlaku siang tadi masih segar berlegar di fikirannya. Bibirnya mula terukir senyuman sinis.

"Stupido!"

Flashback

"Kenapa kau uruh aku balik sini? What's so important?" Soal Kevin sambil matanya memandang sekilas ke arah kawan baiknya di sebelah sambil memangku tubuh Thea.

"I want you to do something for me. Aku tahu ada yang aku terlepas pandang tentang isteri aku ni. Aku nak kau siasat. Secondly, try to find out who's want to kill my wife." Balas Emeer tenang.

Matanya langsung tidak berkalih daipada memandang ke arah Thea yang tidak sedarkan diri itu.

"That's it? Are you kidding me?? Kalau setakat benda ini je, dekat sana pun aku boleh buat. Just say it. Tak perlu balik sini." Dia mula mendengus kasar.

Emeer menoleh ke arahnya lalu memandangnya tajam. Rahangnya di ketap kuat. Kalau tidak kerana Thea yang berada di atas pangkuaan saat itu, sudah lama dia menghumban lelaki kacukan di sebelahnya itu keluar dari kereta.

"I pay you, Reid! And who's the boss here? Just to your job. Jangan nak banyak soal pula. Lagipun urusan kau dekat sana dah selesai. It's time to you to back home."

Kata-kata Emeer berlalu begitu sahaja tanpa di pedulikan olehnya. Dia tahu apabila nama Reid keluar dari bibir Emeer, itu tandanya sahabatnya berada dalam keadaan serius.

"Find Shawn. He will give you the details Dan jangan lupa masuk THA esok." Emeer kembali memecahkan kesunyian di antara mereka.

"He wants your wife died. You should extra more carefully about her safety."

Dahi Emeer mula berkerut. Matanya jatuh pada wajah Thea sebelum membalas pandangan Kevin di sebelahnya.

"What do you mean?"

"I will show you after this." Setakat apa yang di jumpainya saat itu sudah cukup menyakinkannya apa yang berlaku dan siapa isteri Emeer Hayyes. Namun maklumat yang satu itu tidak sama sekali dia dedahkan selagi bukti tidak sahih 100%.

End Flashback

Bunyi guruh yang berdentum kuat di langit menyentakkan Emeer dari lamunannya. Cahaya kilat yang memancar di dada langit buat Emeer mengatur langkah masuk ke dalam biliknya semula. Pintu balkoni di tarik rapat begitu juga dengan langsir.

Dia menoleh sekilas ke arah Thea yang masih lagi nyenyak tidur sebelum langkah di atur masuk ke dalam wardrobe.

Satu persatu pakaian di tubuh tegapnya itu dibuka. Tuala yang berada di atas rak sebelah kirinya di capai lalu di lilit longgar ke pinggangnya. Tombol pintu bilik air yang berhubung antara wardrobe itu di tolaknya perlahan.

Walaupun hari sudah lewat malam, dia tetap ingin membersihkan diri. Seharian di luar buat dia rasa tidak selesa. Tanpa menunggu lama, tuala yang terlilit di pingganh segera di tanggalkan lalu kakinya melangkah masuk ke dalam bathtub yang mula di penuhi dengan air suam.

Lega.

_______________________________________________________

Dum!

Dum!

Bunyi dentuman guruh yang agak kuat buat Thea tersedar dari lena. Matanya terus meliar memandang sekeliling bilik. Nafasnya mula terasa laju saat mata memandang ke tubuh sendiri yang hanya dibaluti dengan sehelai t-shirt hitam yang agak besar di tubuhnya.

Dan dia tahu baju di tubuhnya itu bukan miliknya kerana bahagian leher yang agak besar itu menyebabkan ia melorot jatuh dari bahunya sekaligus mendedahkan sebahagian bahu dan dada.

Air matanya bila-bila sahaja akan jatuh membasahi pipi. Dia takut dengan apa yang di fikirannya saat itu. Kelibat suami langsung tiada di depan mata.

"Awak.." Dia cuba untuk bersuara namun tekak yang terasa sakit itu sedikit menghalang sautanya dari kedengaran.

Dum! Dum!

Guruh serta petir makin kuat bersambung. Kedua belah tangannya naik menutup telinga sambil kedua belah kakinya di rapatkan hingga ke dada. Guruh dan petir adalah perkara yang paling dia takut dalam hidupnya.

Dum!

"Arghhhhhh!" Tubuhnya mula menggigil kuat. Cuba melawan ketakutan yang makin menjalar. Tangisannya juga mula kedengaran.

Bunyi jeritan kuat Thea menghentikan perbuatan Emeer yang sedang mengeringkan rambut. Tanpa berlengah, dia terus berlari anak keluar dari wardrobe dengan hanya memakai boxer.

Melihat keadaan Thea yang menggigil itu buat dahinya berkerut seribu. Suasana bilik yang sedehana malap itu mula cerah apabila dia menyalakan lampu utama di ruang sebelah kirinya.

"Hey, what happened? Kenapa kau menggigil teruk ni?" Bahu Thea di pegang kuat dan di goncang beberapa kali.

Menyedari akan kehadiran Emeer di situ, Thea terus menerpa naik ke atas riba Emeer dan memeluk lelaki itu erat. Emeer kelihatan sedikit terkejut dengan tindakan isterinya itu.

Berani betul dia ni. Getus Emeer di hati.

Menyedari esakan Thea makin kuat dan tiada tanda untuk berhenti, dia terus menarik rapat tubuh Thea ke tubuhnya dan memeluk erat tubuh isterinya itu. Sebelah tangannya mengusap lembut rambut panjang beralun itu dan sebelah lagi tangan tidak berganjak dari pinggang Thea.

"Stop crying, Thea."

Emeer mula bersuara namun arahan Emeer itu seakan tidak memberi kesan kepada Thea. Dia mengeluh kecil. 

"Tell me. Apa yang kau takut sangat? Tak akan aku tinggal pergi mandi kau sampai menangis macam ni?" Dia cuba meleraikan pegangan Thea namun makin di tariknya makin kuat Thea memeluknya.

Dia mula mendengus. Ada juga yang kena terkam malam ni. Nampak sahaja kurus tapi berat juga budak ni. Lenguh di pahanya mula terasa di tambah pula tubuhnya yang mula terasa penat. 

Esakan Thea mula reda sama seperti guruh dan petir yang tidak kedengaran di dada langit. Namun hujan dari tadi masih tiada tanda-tanda untuk berhenti sama juga seperti Thea yang kelihatan tiada tanda-tanda untuk turun dari badannya.

Tanda tanpa, Emeer memegang erat pinggang isterinya itu lalu tubuh di sandarkan rapat ke kepala katil. Bantal di letakkan di belakang tubuhnya. Manakala tubuh Thea di baring selesa di atas tubuhnya. 

Thea hanya menurut tanpa sebarang bantahan.

"I asking you one more time. What's wrong with you?" Kepala Thea yang melekat di dada tegapnya yang terdedah itu di angkat. Matanya tajam menikam mata yang kelihatan masih merah akibat menangis.

Tidak mampu untuk berlawan mata dengan lelaki di hadapannya itu, Thea terus menundukkan kepalanya. Dia yang seakan baru sedar dengan kedudukan mereka saat itu mula mengelabah. Mahu turun dari tubuh Emeer namun bukan senang untuk dia melepaskan diri dari lelaki itu.

"Jangan nak lari. Answer me, Thea Hazel." Kali ini sengaja suara di keraskan.

"Gu--guruh. Saya takut gu--guruh dan pe--petir. Saya cari awak tak ada. Saya ingat saya kena cu--culik."

Jawapan yang keluar dari mulut Thea itu buat Emeer tergelak kecil. Jari telunjuknya menolak naik dagu Thea ke atas. Separas dengannya.

"Kau ni demam ke? Siapa yang nak culik kau sangat. Kau tu bukan anak jutawan pun. And let's me clear in your mind. Once your are MINE, nobody can touch or take you from me. Get it, tesoro?" Sengaja dia menekankan perkataan MINE itu. Lebih kepada memberi peringatan dan amaran kepada Thea.

Thea hanya mengangguk kepalanya. Dia tidak mampu untuk membalas kata-kata itu dalam keadaan tubuhnya yang masih lagi terasa lemah.

"I can hear your voice, Thea. Answer me with your voice, not bahasa isyarat."

Thea mula menggigit bibir bawahnya. Tangan Emeer yang mula menjalar masuk ke dalam bajunya itu buat dia makin tidak keruan. Di tambah pula dengan kedudukan mereka saat itu.

"Sa--saya faham." 

"Good then." Bibir Thea yang dari tadi menjadi tatapannya itu terus di pautnya. Sejak tadi lagi dia perhatikan Thea tidak habis-habis menggigit bibirnya buat dia bertambah geram.

Tanpa memutuskan ciuman itu, tubuh Thea di baringkan di atas tilam sebelahnya. Disebabkan tidak cukup nafas, Thea menampar kuat dada Emeer.

"Awak nak bunuh saya ke?!" Marah Thea sebaik sahaja Emeer melepaskan bibirnya. Dia cuba untuk menenangkan diri sambil mengatur nafas.

"Kalau aku nak bunuh kau, dah lama aku buat. Tak perlu susah-susah aku kahwin dengan kau." Dengan selamba kepala Thea di angkat dan di letakkan ke atas lengannya. Pinggang Thea di peluknya erat.

Thea berdecit geram.

"Stop talking. Sleep. Sebelum aku ubah fikiran aku."

Dengar sahaja ugutan Emeer itu, Thea terus akur walaupun dia tidak selesa dengan situasi sekarang. Dia tahu apa maksud di sebalik kata-kata Emeer itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience