APOLOGIZE

Humor Series 3218

Aku membuka mata perlahan-lahan. Sinaran cahaya yang melepasi langsir terkena pada mukaku. Sekejap! Ni bilik aku ni.

"Hah, kau dah sedar. Baguslah." Alisa yang berada di sebelahku bersuara. Aku kaget dan terjerit diikuti dia juga.

Bilik aku yang tadinya kosong kini penuh dengan manusia yang pelbagai ragam. Ini semua sebab aku terjerit dengan Alisa tadi.

"Kenapa ni? Tiba-tiba menjerit." Suffiyan memandang aku. Jeritan berhenti. Suffiyan terus memeluk aku bagi menenangkan diriku.

"Kan aku dah cakap jangan kacau dia. Kau degil." Marah Natrah. Alisa menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih. Melissa, Iman dan Suri juga ada.

"Hmm, awak semua boleh keluar sekejap tak? Bagi saya tenangkan Su dulu." Mereka semua akur lalu keluar bergilir.

"Ni semua sebab kau!" Jerit Natrah dingin ke arah lelaki yang membuatkan Sufiyah pengsan tadi. Lelaki itu menunduk. Rasa bersalah terbit di wajahnya.

"Sorry lah. Aku tak sengaja. Mana aku nak tahu dia senang pengsan." Kata lelaki itu.

"Dah berhenti. Yang penting Sufiyah dah sedar." Potong Melissa. Suri yang duduk dihujung sofa bangun dan menuju ke bilik aku.

Natrah menghalang tapi Suri tangkas bergerak dulu. Entah bila dia melepasi Natrah. Kaget Natrah dibuatnya.

'Tok! Tok!'

"Err, maafkan saya. Boleh saya masuk?" Soal Suri kepada Suffiyan. Dia mengangguk. Suri masuk lalu dia duduk disebelah aku.

"Sufiyah. Err, awak dah okay?" Tanya Suri. Aku menggeleng lembut lalu aku tekupkan wajahku pada dada Suffiyan. Tanpa sedar aku tertidur di dalam pelukan Suffiyan.

Suffiyan memandang Suri.

"Suri kan? Suri, saya nak tanya apa yang berlaku tadi." Suri melepaskan keluhan dan mula bercerita.

"Macam tu. Okay, awak tolong jagakan Su boleh? Saya nak bincang dengan mereka dekat luar." Suri mengangguk lalu mendekati aku yang sedang lena.

Suffiyan keluar dari bilik aku lalu menuju ke ruang tamu. Keadaan yang bising tadi terus menjadi sepi. Entah aura apa yang ada pada Suffiyan sehingga semua tunduk memandang lantai.

"Ermm. Siapa Rayyan ya?" Soal Suffiyan lembut.

Seorang lelaki mengangkat tangannya kanannya tetapi kepalanya masih memandang lantai. Suffiyan menuju ke arah Rayyan lalu mengajak Rayyan duduk bersembang di balkoni.

"Kau rasa apa abang Sufiyah nak buat kat mamat setan tu?" Soal Alisa. Mereka semua memandangnya tajam. Shuhh!

Alisa mengangguk lalu mengeluarkan telefon 'Oppo F7' miliknya. Semua diam. Tiba-tiba Suffiyan yang berada di balkoni bersama Rayyan bersuara.

"Kalau awak semua bosan. Bukalah tv tu. Kalau lapar, dalam peti ais ada kek." Terkejut mereka semua.

*********************
Aku bangun dari pembaringanku. Kelihatan Suri berada dimeja belajarku sambil membaca novel.

"Arghh. Suri apa awak buat dekat bilik saya?" Soal aku sambil meregangkan badan. Suri yang terkejut terus menoleh ke arahku.

"Awak dah bangun. Jom kita keluar." Suri bangun lalu menuju ke arahku. Aku mengangguk lalu turun dari katil. Kami berdua keluar bersama.

Tiba di ruang tamu. Semua orang memandangku. Secara drastiknya kumpulan PRINCE berbaris di hadapanku lalu tunduk mahu meminta maaf. Aku kaget.

"Sufiyah. Kami nak minta maaf fasal tadi." Ucap salah seorang dari mereka berlima. Mukaku terus merah bak tomato yang ranum. Tak pernah-pernah orang lelaki minta maaf dengan aku.

"Eh tak apa. Lagipun saya yang salah sebab tumpahkan air atas kawan awak tadi." Kataku sopan. Mereka berlima bangun lalu duduk semula di sofa.

Eh! Sekejap. Bukan tadi ada enam orang ke? Kenapa ada lima pula. Aku menggaru kepala yang semestinya tidak gatal.

Suri mengajak aku duduk. Muncul pula Melissa dan Natrah dari dapur. Mereka membawa sebuah jag yang berisi air teh berserta beberapa cawan.

"Kau dah bangun. Dah okay?" Soal Natrah. Melissa yang sedang tunduk untuk meletakkan jag itu diatas meja kopi memandangku.

"Dah okay. Awak semua jangan risau." Jawabku perlahan. Sebenarnya aku malu kerana ini kali pertama orang lelaki selain Suffiyan berada di dalam apartmen kami. Lebih-lebih lagi salah seorang ahli PRINCE asyik memandangku. Makin merah muka aku.

"Kau demam ke? Muka merah saja." Alisa yang perasan aku bertanya. Aku menggeleng. Alisa mengangkat bahu lalu menyambung kembali menatap telefonnya.

"Err. Awak semua buat apa dekat sini?" Soalan bodoh aku ajukan kepada kumpulan PRINCE. Terasa bahang dimukaku.

"Lepas awak pengsan, kami bantu awak hantar balik rumah awak tadi." Jawab seorang dari mereka. Dia kelihatan segak mengenakan kemaja putih berserta tali leher merah.

"Oh lupa. Saya Putera Adrian, boleh panggil Adrian. Yang sebelah ni Izz. Yang tinggi tu Naufal.  Yang putih melepak tu Chris dan yang hujung tu Eqram." Mereka semua serentak senyum ke arahku. Aduh, kacaknya. Patutlah semua orang suka mereka.

Tanpa aku sedar, Suffiyan kini berada di belakangku. Aku mendongak memandangnya. Juga salah seorang dari PRINCE yang membuatku pengsan tadi bersandar di dinding sambil tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.

"Err, aku Rayyan. Aku nak minta maaf sebab buat kau pengsan tadi. Aku tak sengaja." Kata dia. Aku mengangguk lembut. Perasan juga aku Natrah seperti tidak berpuas hati pada Rayyan.

" Tak mengapa. Saya dah maafkan. Lagipun saya yang bersalah tadi." Ucapku. Dia menundukkan mukanya ke bawah. Mungkin masih rasa bersalah.

"Eh  Jemputlah minum. Kenapa semua diam." Suffiyan bersuara memecahkan kesunyian. Melissa segera menuangkan air teh tadi ke dalam cawan dan mengagihkannya. Aku berasa senang bila melihat mereka. Seronok ada kawan.

Mereka semua berada dirumah aku sehingga petang. Para gadis sibuk berbual tentang diri masing-masing manakala para lelaki pula... Haih, sibuk dengan hal mereka. Dah serupa buat kenduri apartmen aku dan Suffiyan ini.

*********************
"Esok saya dah masuk. Jadi awak jangan risau ya. Saya ada untuk jaga awak nanti." Suffiyan yang baring di ribaku berkata. Aku mengangguk sambil mengusap rambutnya yang lebat itu.

"Awak rasa esok kita belajar apa ya?" Soal aku. Kami mengambil kursus yang sama iaitu Hospitality. Ini semua atas peemintaan ayah. Suffiyan diam seketika sebelum menjawab.

"Ermm. Tadi saya dah call lecturer. Dia kata esok kita tak perlu masuk kelas lagi. Awak belum habis teroka akademi tu kan? Jadi saya pun ikut awak sekali nanti. Kita akan mengembara. Yeayy." Sorak Suffiyan. Aku gelak seraya mencuit hidung mancungnya. Sesekali dah macam suami isteri kami berdua ini. Hahahaha.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Kami berdua masih lagi melayan cerita 'Annabelle'. Sudah berapa kali aku menjerit kerana terkejut. Suffiyan hanya gelak melihat gelagatku. Tambah pula dengan suasana yang gelap. Hanya diterangi dengan cahaya tv sahaja.

'Kringg!'

Jam loceng berbunyi kuat. Segera aku matikan suis loceng itu dan bangun. Aku menggosok mataku seraya meregangkan badan. Lena betul tidur walaupun malam tadi tengok cerita hantu.

Jadi bermulalah hari kedua aku bertemankan Suffiyan di akademi itu.~

***********************

Walaweii!

Hai para readers sekalian. Mesti tak best kan Chapter ni. Saya tahu. Huhuhu~

Ok, saya nak sampaikan sedikit maklumat. Untunk pengetahuan korang. Sufiyah amd Suffiyan ni kembar tak seiras. Suffiyan keluar dulu dari Sufiyah. So kenapa diorang nampak sweet sangat sebab ini cadangan daripada seseorang. So terciptalah the sweeteness twins.

Jadi dengan ini, saya mengisytiharkan chapter ini selesai.

SILAKAN VOTE YA. KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience