Anya sedang mengheret beg bagasinya. "Cik Anya.." kata seorang lelaki. "Eh, Pak Mahmud." Kata Anya, terkejut. Setahunya Becky yang akan mengambilnya. "Mana Becky, Pak Mahmud dengan Becky ye?" Soal Anya. Perkara ini Anya sudah maklumkan sebelum dia berlepas dari Paris.
"Tak Cik, saya dengan.." datang seorang lelaki dan dia kenal siapa, tak perlu diberitahu. "Welcome back Candy, I miss you a lot." Senyum Bahr. "Amboii.. ayat bukan main." Senyum Anya.
"Kijap." Kata Bahr, dia mendekati Anya dan merenung matannya. "1..2...3..4..5.." kira Bahr, secara tiba-tiba. Anya hanya pelik. "8...9...10." "Okay, done 10 detik. Jom makan, aku lapar. Kau mesti lapar, lepas ni Pak Mahmud hantar kau, sebab lepas ni, aku nak ambil Sherry pula." Kata Bahr.
Tersentak Anya, "what the heck just happened..?" Tanya Anya sendiri. Kenapa Bahr yang ambil dia?
***
Anya makan dengan perlahan. "Kenapa? Tak sedap ke ?" Soal Bahr. "Sedap, tapi biasalah.. perut masuk angin" kata Anya. "Kenapa tak cakap, you need something with ginger." Soal Bahr.
"Eh.. takpe. Hehehe.. lusa aku bagi buah tangan ye. Aku nak rehat esok." Kata Anya. "Takpe, kau rehatlah. Aku tak perlu buah tangan tu, kau selamat sampai pun aku dah bersyukur. Bukan apa, kau dua minggu takda. Kucar-kacir hidup aku ni." Kata Bahr.
Naik ketawa Anya, "kurang asam punya orang! Ni mesti kes takda selamatkan dia lah ni." Kata Anya. "Tahu takpe, Shasha, Ally, Mawar, aishh.. naik pening kepala aku tau." Kata Bahr.
"So, kau kenalah kurang perangai playboy kau tu. Cuba kau stick dengan satu perempuan je. Taklah pening kepala kau. Ni tak, asyik aku je yang nak selamatkan kau. Ni kenapa kau ambil aku ni? Aku tahu kau ambil Sherry, tu sebab aku suruh Becky ambil, lain kali tak payah lah susah-susah nak ambil aku." nasihat Anya.
"You come first, Anya. Memang lah aku jumpa kau dulu. Sherry, kijap lagi aku ke tempat dia. Landing pun belum, biarlah aku jumpa kau dulu. Lagipun..." Bahr terus merenung Anya.
Dan, pandangan Bahr tiba-tiba berubah. "Aku, kalau aku.. aku akan tetap dengan seorang gadis, seorang gadis yang aku akan jaga dan seorang gadis yang akan aku sayangi dia. Dan, dia tak akan aku sia-siakan. Datanglah sepuluh gadis cantik depan mataku, dia tak perlu risau.. sebab hanya dia yang ada di dalam mata dan hati aku. Dan, bila saat tu tiba, harap gadis itu akan bersabar dengan perangai overprotective aku. Sebab, she's mine! Aku punya satu orang. Lelaki lain yang usha dia, biar hanya bagi pandangan biasa sahaja. Aku tumbuk sampai dia, paling kurang pun masuk hospital." Kata Bahr, terus bersandar di kerusi.
Terkesima Anya. Baru kali ni dia nampak Bahr menjadi sangat serius. "Kenapa? Takut.. aku dah cakap .. baik kau hadam dulu perangai aku yang macam ni." Kata Bahr, ketawa. "Suka hati kau lah.. Bahr." Mereka teruskan makan kemudian, telefon Bahr berdering.
"Dahlah, aku nak pergi jemput Sherry dah ni. Kau makan je ye. Aku dah bayar. Pak Mahmud akan hantar kau. Kau rehat tau.. lusa aku dengan Becky pergi rumah kau. Okay.. Bye, Candy." Kata Bahr. "Okay, bye.." kata Anya, masih meneruskan makannya.
***
"Cik Anya, ni ada hadiah daripada Tuan Bahr." Kata Pak Mahmud. Anya hanya tersenyum, "terima kasih Pak Mahmud. Nah, ni buah tangan. Bagi dekat Mama dan Mummy tau, sekali dengan Pak Mahmud juga." Kata Anya.
"Terima kasih Cik Anya." Kata Pak Mahmud.
Setelah dia sudah siap mandi, dan mengasingkan pakaian yang harus dicuci esok. Dia melihat ke arah bakul pemberian Bahr. Dia membuka dan terkejut melihat bracelet Pandora.
"Candy, Anya Inayla" di bahagian atas bracelet dan melihat di bawah pula tulisan "partner in crime 4eva B.M". Tersenyum Anya. Kelihatan satu kad putih di hadapan bakul.
"Welcome home, Candy.. Ni untuk aku pujuk kau dulu.. pakai tau, kalau kau tak pakai. Aku pula merajuk. Aku jumpa je kau selepas kau dapat bakul ni, kau kena pakai." -B.M
"Amboi... Mengarah aku nampak, ingat apa . Aku ni girlfriend dia ke? Mangkuk punya lelaki!" Kata Anya. Penat badannya dengan semua ini, terus dia merebahkan badannya di katil.
***
(Flashback three years ago)
"Anya.. tolong aku, Anya. Dia datang balik Anya, dia kata dia nak ajak aku untuk jumpa terakhir kali, kalau sampai satu jam kau tak dapat panggilan dari aku, cari aku dekat tempat ni ye ..."
Alamat diberikan melalui aplikasi whatapps. "Gila punya jantan, posesif dekat Becky. Siapa aku nak call ni.." Anya sudah mulai mengigit jarinya. "Think fast.. Anya .. Cepat.." kata Anya, sedikit risau.
"Bahr?" Terlintas satu nama di kepalanya sekarang. Nombor Bahr didailnya secepat mungkin, nombor yang dia dapat daripada Mummynya jika ada sesuatu terjadi kepada Becky.
Salam diberikan, "Siapa ni?" Soal lelaki tersebut. "Bahr, Becky dia..." belum sempat Anya meneruskan kata.. meninggi suara lelaki di hujung talian.
***
"Masuk Anya.." kata Bahr, Anya terus masuk ke dalam kereta Lamborghini hitam kepunyaan lelaki itu. "Kenapa Becky masih jumpa lelaki tak guna tu?" Bentak Bahr. Dia geram. Namun, Anya hanya diam .
"Lelaki itu, dia tak akan pernah diam, aku syak Becky terserempak dia dekat mana-mana, sekarang ni, kita jangan salahkan sesiapa.. Becky ataupun Idlan. Tapi, hubungan mereka dah lama putus semenjak Becky dah tahu perangai sebenar Idlan. Ingat Bahr, walau apapun pastikan Becky selamat. Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia, biarpun apa terjadi." Kata Anya.
***
"Kau yakin dekat sini?" Soal Bahr. " A ah, location last telefon Becky dekat sini." Kata Anya, melihatkan kepada rumah kosong. Sungguh dia terkejut.
"Jom cari Becky, kau tahu guna kayu ni tak? Ayunkan je kalau jadi apa-apa.." kata Bahr menyerahkan kayu besbol. "No need, aku tahu lindungi diri aku, aku ada ambil taekwando. Aku rasa kau yang perlu ambil." Kata Anya. "Aku pun ada belajar silat. Tapi, yalah. Just incase, jom." Kata Bahr.
"Aku dapat lelaki ni, aku siat dia." Kata Bahr. "Relaks Encik Bahr Malik. Jangan sampai ada pertumpahan darah, biar polis selesaikan." Kata Anya. Masuk ke dalam rumah kosong.
Kedengaran jeritan dari atas. Milik Becky, berlari Anya ke atas begitu juga Bahr. Pintu ditendang oleh Anya tanpa menghiraukan Bahr yang terkesima di belakangnya.
"Hello Cik Abang? Saya ganggu ke?" Soal Anya, sempat dia melihat Becky yang diikat di kepala katil dan terkoyak baju serta menangis dan Idlan yang bila-bila masa akan melakukan perkara tak elok kepada Becky.
"Ahh.. perempuan tak guna. Balik-balik kau je yang gagalkan rancangan aku!." Kata Idlan terus meluru ke arah Anya, semuanya berlaku terlalu pantas. Bahr ingin memegang lelaki tersebut namun dengan senjata api dan pisau kedua-dua tangannya menyukarkan Bahr dan Anya melindungi diri meraka.
Sempat Anya menendang tangan Idlan yang mempunyai pistol dan pisau yang berada di tangannya. Cepat - cepat Bahr menumbuk muka Idlan, "jantan tak guna! Kau nak apa dengan adik aku ahh?" Jerit Bahr. Anya hanya membiarkan Bahr menguruskan Idlan.
Anya meluru ke arah Becky, mulutnya yang ditutup dibuka. "Anya.. aku takut.." tangis Becky. "Aku ada, jangan risau. Jangan takut." Kata Anya. Anya terus melepaskan ikatan tali. "Bahr, enough.. tolong aku ni. " Kata Anya. Dia melihat Idlan sudah berdarah mukanya di lantai dan tidak berdaya.
Bahr membuka ikatan tali di kaki Becky, kereta polis juga sudah sampai di bawah. Mereka sempat menghubungi polis sebelum naik ke atas sebentar tadi. "Korang semua memang tak guna." Kata Idlan, namun sedikit mereka tahu.. Idlan sudah menghalakan pistol ke arah Bahr dan melepaskan tembakan.
"Awas.. Bahr." Jerit Anya. Bang! "Anya!!!" Jerit Becky dan Bahr serentak. Polis yang ketika itu sampai terus meluru ke arah Idlan dan Becky dan Bahr terus meluru ke arah Anya yang tertembak di bahu.
"Aku puas.. aku puas.. hahahhahahaha.." kata Idlan. "Anya..." Jerit Bahr dan Becky sedang menangis di hadapan Anya. Anya tidak sedarkan dirinya.
***
Tersentak Anya dari mimpi. Mimpi tiga tahun lalu. Dia meraup wajahnya. Dia sempat melihat jam, 6 pagi.. Awal dia tidur semalam kerana terlalu penat.
Dan, selalunya jika dia penat dia akan bermimpi perkara ini walaupun dia tahu keadaan sekarang sudah selamat. Idlan tidak akan bertindak kerana dia berada di hospital yang sepatutnya dia berada.
Idlan disahkan sakit mental. Anya bangun dan menarik nafas dan cuba bertenang. Semuanya sudah selamat sekarang.
Anya bangun dan terus mandi untuk menunaikan solat Subuh. Sempat dia melihat bekas tembakan di bahunya. Tapi, dia harus berterima kasih dengan dua insan itu yang selalu ada untuknya bangkit daripada trauma yang dihadapinya.
Ketika mengingatkan Bahr dan Becky, telefonnya mendering dengan kuat. Anya hanya mendengus, "dia ni lagi..." kata hatinya.
Malam ni pula Killa update What Dresscode For Today ye.. Stay tuned..
Share this novel