25

Other Series 56144

HARI PERKAHWINAN Nabihah sudah pun tiba. Majlis akad hanya dibuat sederhana sahaja dan hanya wakil masjid yang dijemput. Itu semua kemahuan dari Nabihah sendiri. Baginya, tak penting nak buat besar-besaran asalkan akad yang mengesahkan mereka termaktub, itu sudah memadai.


Selesai dengan sekali lafaz, kini Nabihah sudah sah menjadi isteri kepada Azrul. Perasaan hiba dan bahagia mula bercantum tatkala dahinya dikucup perlahan oleh sang suami. Sudah terlalu lama menjadi balu, dia hampir lupa rasa bahagia itu bagaimana. Dan hari ini, Azrul telah merealisasikan impiannya.

Deeja dan Ayish duduk di samping Azrul dan Nabihah ketika sesi bergambar. Gelak tawa dari dua anak kecil itu sudah cukup meriuhkan keadaan sekeliling meskipun tidak ramai yang bertandang.

Setelah sesi bergambar selesai, pengantin diarak ke meja makan pula. Natrah dan Eirfan menjadi pengapit kepada pasangan mempelai. Masing-masing menikmati jamuan yang disediakan pagi itu.

Lagak Natrah tak senang duduk tatkala sepasang mata milik Eirfan galak memerhatikannya. Tak tertelan rasanya daging masak hitam tersebut di kala lelaki itu seolah sengaja bermain mata dengannya.

Melihatkan Natrah gelabah, Eirfan tergelak sendiri. Baru disakat sebegitu rupa, gelabahnya macam dah tak kenal dunia!

"Kenapa duduk sini? Pergilah sana. Nanti orang bergosip pasal kita pulak" Natrah mengusir Eirfan ketika lelaki itu menghantar punggung di kerusi sebelahnya. Elok saja dia tadi duduk di sisi Azrul sambil berbisik dan tertawa.

"Amboi, halau kita nampak! Yelah, takde orang sudi nak bergosip dengan kita. Kalau dengan encik yang sorang tu lagi, sudi pulak dia kena gosip" Eirfan seakan berjauh hati.

Sepantas kilat Natrah menoleh. Wajah serius Eirfan ditatap. Cemburu ke dia?

"Alaaa, takat tu pun nak jeles. Jangan nak mengadalah!" tukas Natrah lalu menghirup air bandung sejuknya.

"Awak ni memang tak reti nak memujuk ke? Bakal suami merajuk pun buat tak tahu. Sedihlah kita macam ni"


Demi mendengarkan omongan Eirfan, serta-merta air yang dihirup oleh Natrah tersembur keluar. Dia hampir nak tergelak dengan intonasi dan cara lelaki tersebut.


"Bencilah macam ni! Kita serius, dia gelak pulak. Dahlah!" Eirfan angkat punggung dari situ. Natrah terkebil-kebil. Aikk? Merajuk ke?


Dari kejauhan ,kelihatan Hasma dan Azizah melambai-lambai ke arahnya. Langkah yang sempat diatur untuk mengejar Eirfan terbantut gara-gara kehadiran dua sahabatnya.


"Sorry lambat. Majlis dah start ke?" sapa Hasma tatkala mereka sudah mendekati Natrah.


"Dah selesai dah. Apasal lambat?" sahut Natrah.

"Hang tanya budak sekoq ni! Malaih akuu..Lain kali kalau keluaq, aku tak mau dia mai sama. Tak dan ehh nak pi tunggu dia" Azizah sudah berleter. Menunggu Hasma bersiap memakan masa yang panjang. Silap haribulan, dia boleh bermalam di rumah Hasma itu!


Mengekek Natrah ketawa dengan celoteh minah utara itu. Dengan mimik mukanya yang kalut itu, sangat lucu pada pandangan Natrah. Hasma turut tergelak sama. Dia tahu kealpaan sendiri namun sudah kebiasaannya bersiap lama. Dia tak pandailah nak bersiap 5 6 minit je macam si Azizah tu.

"Aku bukannya apa. Aku tak pandailah nak berkemas kejap. Aku kalau bersiap, kau kena standby 2 jam awal. Kalau tak, menanggunglah kau menunggu aku" Hasma bela diri.

"Taulah! Tapi takkanlah lama sangat sampai berejam-jam nak tunggu hang sorang! Ni kalau hang kawen, 5 6 jam laki hang kena tunggu hang tau dak?"

"Azizahku sayang. Badan besar takpe. Tapi muka ni.." Hasma tunjuk wajah dia sendiri. "Kena sentiasa cantik dan bersih. Flawless tau tak?! Barulah orang pandang tak berkelip-kelip"

Azizah menyengetkan mulut. Jemu betul dia mendengar omelan Hasma itu. Tapi betullah kata Hasma, bersiap lama punya pasal, cantik bak pengantin sahabatnya itu.

"Hang cantik-cantik lagu ni, silap haribulan abang ipaq Ara tu ingat hang ni pengantin perempuan. Tapi versi XXXXL!" Azizah tertawa di hujung bicaranya.

Natrah menggeleng kepala namun tawanya juga meriuhkan keadaan sekeliling.

"Dah-dah! Jomlah masuk. Berbual kat sini, sampai kesudah nak habis" ujar Natrah.

"Jom-jom. Aku dah lapaq menunggu si Hasma ni tadi"

"Eleh yelah tu! Kau jugak yang puji aku cantik tadi"

Kedua mereka tak berhenti sahut-menyahut sehingga bayang keduanya hilang di sebalik khemah itu.

SELESAI sudah majlis perkahwinan Nabihah. Para tetamu beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing. Hasma dan Azizah juga sudah pamit sebentar tadi.Kekenyangan keduanya dengan lauk-pauk yang sedap dihidang. Tak henti-henti mulut mereka memuji masakan tersebut.

"Tengok apa tu?" Suara romantis Eirfan menyapa di cuping telinganya.

"Oo mak engkau!" Terkejut dek sapaan Eirfan, Natrah sempat berlatah sambil mengusap dadanya.

Sedang Eirfan elok ketawa dengan gelagat gadis itu.

"Tak reti bagi salam ke?" omel Natrah dengan cemberut di wajah.

"Laaa marah ke?"

"Taklah! Terkejut je.." akui Natrah ,jujur.

"Hasma dan Azi dah balik ke?"

Natrah mengangguk kepala.

"Syukur Alhamdulillah, semua dah selamat kan? Happy betul saya tengok kak Bihah atas pelamin tadi. Tengok Ayish pun happy dapat kakak n ayah tiri yang baik" Hampir bergenang air matanya saat melihat Nabihah dan Ayish melakar hari bahagia bersama insan tercinta. Harapan dia cuma satu, Nabihah dapat menemui kebahagiaan hidupnya. Dia percaya, Azrul lelaki yang baik. Sudah pastinya lelaki itu mampu membahagiakan kakak dan anak saudaranya.

"In Shaa Allah, saya yakin yang abang Az mampu bahagiakan dia. Awak janganlah risau. Yang perlu awak risaukan sekarang adalah saya ni"

Sepantas kilat Natrah menoleh ke arah Eirfan. Wajah lelaki itu serius semacam sahaja. Dahi Natrah berkerut.

"Kenapa pulak?"

"Haiii tak tahu lagi ke? Dah banyak kali diri ini dicabuli olehmu. Dada ini.. " Eirfan tepuk dadanya dengan penuh perasaan. "Dah acapkali kena peluk dengan awak. Saya dah tak suci lagi. Sedihnya"

Gelagat Eirfan mengundang tawa di bibir Natrah. Terkekek-kekek dia menahan perut dengan kata-kata lelaki itu.

"Saya tak buat lawaklah!" getus Eirfan, geram.

"Okay-okay, sorry" Natrah menyudahkan tawanya.

"So awak nak apa sekarang?" tanya Natrah sambil mengesat air matanya. Asyik sangat dia tertawa sehingga hampir menitiskan air mata.

"Aikk, tanya lagi?! Awak kena bertanggungjawab" sahut Eirfan, tegas dan serius.

"Awak ni..."

"Nur Natrah, kawen dengan saya" Eirfan potong kata-kata Natrah yang tak sempat dihabiskan itu. Wajahnya penuh serius.


"Saya sedar dan saya tahu yang saya tak sekaya Ehsan atau tak sekacak dia. Dan saya sedar saya banyak kekurangan. Saya tak boleh bagi awak intan permata atau emas berlian. Saya tak mampu nak janji untuk beri awak bulan dan bintang. Tapi saya berjanji akan menjaga dan melindungi awak serta menyayangi awak seikhlas hati saya. Saya akan jadi payung ketika hari hujan. Saya akan jadi selimut ketika awak sejuk. Saya sedia menjadi rumah untuk awak berteduh. Dan dada ni..." Eirfan sentuh dadanya sambil menyambung "Akan sentiasa menjadi sandaran awak"

Natrah bungkam dengan lamaran Eirfan yang berbaur romantis itu. Sejak semalam lelaki itu melamarnya dan dia masih belum memberikan sebarang jawapan. Dan hari ini, dia dilamar lagi oleh lelaki yang sama. Gembira? Sudah semestinya sehingga dia tak mampu nak berkata-kata. Speechless!

"Natrah?" Panggil Eirfan tatkala Natrah diam tidak berkutik. Hatinya risau jika gadis itu menolak lamarannya secara tiba-tiba.

Wajah Eirfan ditatap dengan penuh kasih sayang. Saat dia mengangguk kepala, serta-merta air matanya jatuh mengiringi. Entah kenapa perasaan bahagia datang menjelma, ditambah pula dengan emosi yang bercampur-aduk.

Air mata Eirfan turut berkaca. Tidak menyangka Natrah menerima lamarannya. Dia keluarkan sesuatu dari dalam poket seluar Melayunya.

Bekas berwarna merah itu ditatap. Saat ianya terbuka, hampir saja mulut Natrah ternganga. Tak dia menduga Eirfan menyiapkan segala-galanya.

"Cincin ni..." Eirfan keluarkan cincin tersebut dari bekasnya. Laju saja dia menggapai jari-jemari Natrah dan menyarungkan ke jari gadis tersebut.

"Cincin yang awak pakai ni hadiah dari arwah ibu untuk perkahwinan kita. Maaf, saya belum mampu untuk belikan awak cincin. Tapi saya janji akan usahakan untuk awak"

Natrah pandang cincin tersebut. Sangat cantik dan bersinar. Dan ianya tampak mewah dan mahal! Namun bukan itu yang diharapkannya. Cukup sekadar keikhlasan dan kasih sayang Eirfan curahkan kepadanya.

"Buat masa ni, awak pakai cincin ibu dulu ye? Nanti ada rezeki lebih, saya belikan awak cincin baru"

Natrah speechless! Benar-benar rasa tak mampu nak ungkapkan apa-apa. Namun dia tetap mengangguk kepala. Sesungguhnya, hari itu dia rasa bahagia sangat. Double triple happiness!

SEMINGGU sudah berlalu. Dan hari-hari tersebut dilalui dengan tenang tanpa ada gangguan ada emosi berkaitan Ehsan. Natrah mampu melepas nafas lega dek perkara itu. Sungguh pun dia juga sibuk bekerja dan menguruskan event untuk annual dinner tidak lama lagi, dia dan Eirfan sempat berjumpa dan menguruskan juga hal perkahwinan mereka.

Menurut Eirfan, dia tidak mahu menangguh lagi hari bahagia mereka kerana dia ingin sentiasa berada di sisi Natrah dan melindungi gadis itu. Disebabkan itulah dia mahu perkahwinan mereka diadakan dalam masa terdekat. Natrah tak banyak bunyi, hanya bersetuju dan mengikuti perancangan Eirfan sahaja. Nabihah dan Azrul yang sedang berbulan madu di Thailand juga sudah dikhabarkan akan berita gembira itu.

Tak habis-habis dia disakat oleh kakak dan abang iparnya itu. Kata Nabihah, esok atau lusa mereka akan tiba di Malaysia dan membantu apa-apa yang patut untuk perkahwinan mereka. Meskipun ditolak oleh Eirfan dan Natrah berkali-kali, namun Nabihah dan Azrul tetap berkeras mahu menawarkan bantuan. Jadi mahu tak mahu mereka terpaksa bersetuju saja.

Majlis juga dibuat sederhana saja. Natrah tak punya ibu dan ayah lagi. Dari pihak Eirfan pula, seperti diduga, Datuk Elias dan Datin Jenny tidak mahu mengambil peduli akaj perkara tersebut meskipun sudah diundang oleh Eirfan. Berkenan Tuan Kassim pula, Eirfan sempat mengkhabarkan berita tersebut dan lelaki tua tersebut ternyata bahagia mendengarnya.

Tuan Kassim sudah menyiapkan hadiah berbulan madu untuk mereka. Eirfan menolak, tetapi Tuan Kassim bertegas mahu dia menerimanya. Dan Eirfan terpaksa menurut.

Hasma dan Azizah? Merekalah orang paling bahagia tatkala menerima berita tersebut. Habis tubuh kecil Natrah dipeluk seerat-eratnya. Terkekek Natrah gara-gara penerimaan mereka.

"Kawen jugak Anjali kita ni kan?"

Natrah mengerut dahi. Anjali? Minah Hindustan mana pulak dia sebut ni?

"Anjali? Siapa tu?"

"Hang tak tengok ka cerita Kuch Kuch Hota Hai? Kan ada Anjali dalam tu" terang Azizah.

"Ya, aku tahulah! Masalahnya apa kaitan aku dengan Anjali?"

"Sebab kau, dia samakan dengan Anjali tu! Tapi engkau Anjali versi putih melepak!" sahut Hasma sambil tergelak.

"Pandai kau eaa?" gerutu Natrah namun turut sama tergelak. Anjali ke Anjala ke, janji dia happy hari ni!

"Tak menyabar betullah encik Eirfan tu kan? Setahu aku, baru je seminggu kakak kau kawen. Dia dah lamar kau" usik Hasma dengan senyuman sinis di wajahnya. Mula berfikir yang nakal sahaja.

Berbahang wajah Natrah dengan usikan Hasma itu. Alamakkk!!

"Yalah kan? Macam tak menyempat ja dia ajaq hang nikah. Tapi siapa ja tak jatuh hati dengan muka ala-ala Chinese hang ni. Dahlah comel tapi rendah pulak. Sekali aku pijak hang, tak menyempat hang nak lari tau?" seloroh Azizah lantas tangannya naik ke atas kepala Natrah. Rambut Natrah sengaja dia main-mainkan.

"Amboii!! Kau kata aku pendek ye?"

"Alaa, pendek-pendek comel lotey gituu"

"Yelah tu" getus Natrah.

Ketiga-tiga mereka ketawa.

"Kad undangan kau dah bagi kat semua ke?" tanya Hasma pula.

"Dah. Tadi aku bagi"

"Dekat..." Azizah tunding jari ke arah bilik pejabat Ehsan.

Natrah mengeluh. Sejujurnya dia sendiri tak tahu nak menjemput lelaki itu atau tidak. Kalau dia jemput, risau pula akan berlaku kekecohan nanti. Kalau tak dijemput, nanti Ehsan anggap dia tak hormat bos.

"Errr, ada aku bagi. Aku letak atas meja dia. Tapi untunglah masa tu dia takde dalam bilik dia" jelas Natrah. Jikalau Ehsan berada di biliknya, entah bagaimana dia hendak berhadapan dengan lelaki itu gamaknya. Eee seramlah! Arghhh, tak sabar nak kawen!

"Aku terfikirlah kan, apa perasaan dia bila terima kad undangan kau tu?" Hasma melontarkan kebimbangan.

Natrah juga terfikir perkara sama. Adakah dia gembira atau sebaliknya? Hatinya mula tak tenang saat terfikirkan perkara itu. Mintak jauh perkara tak baik Ya Allah!

"Yalah kan? Dia kan obses gila dekat hang. Kalau aku, dah teriak melalak kat bucu meja tengok crush aku menikah" sampuk Azizah sambil buat aksi nak menangis.

"Dahlah! Tak payahlah fikir perkara tu. Tak penting pun bagi aku. Aku jemput dia sebab hormatkan dia sebagai bos aku. Tu je" Natrah menyedapkan hatinya sendiri.

"Okay, kita tak payah fikir pasal perkara tu. La ni, aku lapaq lah! Lunch jom. Dah akhir sangat ni"

KAD UNDANGAN berwarna merah hati itu ditatap dengan pandangan kosong. Wajahnya serius dari tadi saja. Berkali-kali dia baca nama yang tertera di situ. Sungguh hatinya tak tertahankan saat terpandang akan dua nama tersebut.

Kenapa harus begini? Kenapa Natrah menyeksanya sebegini rupa? Kenapa harus dia yang merasa sakit hati dan sedih? Kenapa bukan Natrah atau Eirfan? Dia ikhlas cintakan Natrah tetapi kenapa dia yang merasakan sakitnya?

Penumbuk digenggam seiring dengan menitiknya air mata jantannya. Pertama kali dia menangis kerana seorang wanita. Dan wanita itu adalah wanita yang berjaya mencuri hatinya.

Cinta yang tak kesampaian lebih menyeksakan daripada putusnya cinta. Belum sempat berjuang, dia sudah jatuh tersungkur. Dia malu kerana satu bangunan bercakap mengenainya. Pasti semua orang mentertawakannya kerana cintanya tak membuahkan hasil. Cintanya bakal dimiliki lelaki lain.

Ehsan meraup wajahnya dengan kasar. Nafas yang dihela terasa berat semacam. Kad undangan tersebut dikoyak sepuas hati. Hancurnya kad tersebut berkeping-keping tak ubah seperti perasaannya kala ini. Namun ianya lebih parah kerana penawarnya tiada.

"Sampai hati kau Natrah! Sampai hati kau. Kau akan menyesal sebab buat aku macam ni! Kau tunggu..."

Sebuah senyuman sinis terlakar pada wajah tersebut. Hujung jari mengesat air mata yang tersisa. Takkan dia tangisi gadis itu lagi kerana dia sudah merancang sesuatu. Pasti Natrah akan dia miliki, zahir dan batin!

ANNUAL DINNER yang bertemakan Masquarade kelihatan sangat gah dan berwarna-warni dengan pelbagai kostum dan hiasan yang aneh. Mata mereka disembunyikan dengan pelbagai jenis mask dan hampir tidak dikenali.

Natrah melangkah masuk ke dalam dewan dengan dress ala-ala Red Riding Hood dan wajahnya pula dihiasi dengan mask yang bercorak 2020. Dia mencari-cari kelibat Hasma dan Azizah namun tak ketemu.

"Jangan bergerak. Kalau tak, aku tembak hang" Suara itu kedengaran serius namun Natrah hampir nak tergelak. Dia tahu pemilik suara itu dengan loghatnya.

Pistol diacukan ke arah pinggangnya. Natrah tak takut bahkan rasa lucu saja.

"Ikut aku!" arah suara itu lagi. Ketika itulah baru Natrah rasa sedikit takut kerana suara itu berubah keras. Dia jadi teringat akan perbualannya dengan Hasma dan Azizah sebelum ini. Takkan Ehsan kot? Azizah ke ni? Kenapa suara dia berubah?

Natrah akur pada arahan si pemilik suara. Mereka mengatur langkah perlahan-lahan di sebalik keriuhan ramai orang yang bersesak ke sana sini. Ketika tiba di ruangan yang penuh dengan jamuan makanan, langkah mereka terhenti.

Natrah kehairanan. Kenapa berhenti di sini? Pemilik suara tadi sudah berdiri di hadapanya sambil membuka mask berwarna hitam berbulu itu. Ketika itu, barulah Natrah dapat menghela nafas lega tatkala bersabung mata dengan Azizah.

"Kau ni buat aku takutlah!" Natrah menampar bahu Azizah yang sudah hanyut dengan donut.

"Alaaa rilekslah! Bukannya ada villain pun kat sini"

"Kalau ada macam mana?"

"Kalau ada, aku rasa yang tu encik Ehsan ja yang buat. Eeee aura dia semacam tau dak?" sahut Azizah dengan mulut penuh dengan donut. Lapar benar gamaknya!

"Tak payahlah sebut nama dia" Natrah rasa tak sedap hati pula. Kot-kot Ehsan muncul di depan mereka, eee seramlah! Dia melilar sekeliling, manalah tahu terserempak dengan Ehsan di situ. Walaupun takde siapa yang tahu siapa di sebalik topeng.

Tetapi melihat postur badan dan gerak-geri, mustahillah dia tak kenal si Ehsan tu! Kalau dia bertemu dengan Ehsan, dia akan mencuba untuk mengelak.

"Hasma mana?"

Dari tadi mereka tak nampak kelibat Hasma di mana-mana. Takkan tak datang kot?

"Aah la kan? Mana dia ni? Semalam excited sangat dia habaq kat aku nak pakai kostum yang ala-ala Cinderella tu. Aku gelak hang tau? Ha ha ha.. Aku tengah dok bayangkan badan dia yang besar gedebak tu pakai hat tu..."

Geli hati Azizah mengingatkan perbualan mereka semalam mengenai acara tersebut. Bukan main semangat dan excitednya Hasma nak try pakai dress Cinderella tersebut. Tak sabar dia nak tengok Cinderella versi XXXXL itu!

"Tak baiklah kau gelakkan dia!" komen Natrah tetapi dia juga ikut ketawa.

"Amboiii, bukan main lagi ye korang berdua gelakkan aku? Nak aku libas dengan benda alah ni?" Hasma muncul dengan baju berwarna hitam. Kostum... errr Natrah dan Azizah telan liur.

Kemudian keduanya saling berpandangan. Dan ketawa mereka meletus.

"Hang pakai kostum apa ni? Dah macam bawang holland aku tengok hang ni" Azizah tekan perut dek tawanya.

"Ye arr.. Lawak sungguh hang ni" sampuk Natrah, ikut loghat utara Azizah itu. Dia juga sekepala dengan Azizah, ketawa tak henti-henti.

"Haaa gelak! Gelak!" Aku bagi betul-betul kang benda ni" Hasma sudah bersedia hendak 'menghenyak' kedua mereka dengan tongkat kayu tersebut. Dah macam ahli sihir ghupenya si Hasma tu!

"Ni...kostum aku kecik sangat. Tailor tu salah jahit. Nombor 9 dia ingat nombor 6" Hasma sudah teresak-esak di hujung bicaranya.

"Sudahnya, aku jahit sendirilah kostum ni. Apa nama entah kostum ni. Tapi tu laa, memang macam bawang. Huwaaaaa... aku nak menangis"

Azizah sudahkan tawanya.

"Hang tau dok? Aku dok imagine hang sama macam satu watak dalam Cinderella tu. Yang jadi lelaki yang kendalikan kuda tu. Sebijik weii macam hang"

Muncung Hasma sudah sedepa. Dia sudah mengagak reaksi dari Azizah. Memang kena bahanlah dia!

"Ni bukan Cinderella. Ni cindai malam dah ni" sambung Azizah lagi.

"Weii, dahlah tu! Tengok muka kawan kita tu. Aku takut banjir je dewan ni" ujar Natrah sambil menepuk lengan Azizah.

"Entahlah dia ni! Orang dalam kesedihan, dia dok gelak macam apa.." Nada Hasma berbaur merajuk sahaja.

"Ala sorry lah. Tapi hang tetap cantik. Mana tau nanti kostum ni bawak tuah kat hang" Azizah memberikan mini love kepada Hasma.

"Nasib baik pandai pujuk" tukas Hasma lagi.

"Tapi aku tak boleh blahlah dengan kostum hang. Aku nak sambung gelak lagi" Azizah mengekek, disambung oleh Natrah pula. Melihatkan kedua mereka tergelak, Hasma tak jadi nak marah. Sebaliknya, dia join mereka sekaki!

ACARA berjalan lancar. Dimulakan dengan beberapa ucapan dari Datuk Elias, kemudian persembahan menari sehinggalah nyanyian. Semuanya terhibur sambil bertepuk tangan. Tak ketinggalan juga persembahan silap mata turut diadakan.

Bahkan Anugerah Pekerja Cemerlang bagi setiap jabatan turut diadakan bagi meraikan dedikasi dan kerja keras setiap staf yang bekerja.

Anugerah Kostum Paling Menarik pula dimenangi oleh Hasma. Kostum bawang yang sempat ditangisinya tadi rupa-rupanya berjaya mencuri hati para juri. Senyum lebar dia menunjukkan trofi serta wang tunai sebanyak RM2000 itu kepada Azizah dan Natrah. Benar kata Azizah. Kostum itu bawa tuah padanya malam itu.

Selepas itu, masing-masing menuju ke meja jamuan yang digelar sebagai Long Table Dinner. Meja makan tersebut panjang dan lebar serta pelbagai jenis jamuan dihidangkan. Dari western sehinggalah menu kampung, semuanya dinikmati dengan begitu berselera.


Entah kenapa, Natrah rasakan ada mata-mata yang sedang memerhatikannya. Apabila dia menoleh ke kiri dan kanan, tiada satu pun yang mencurigakan. Atau mungkin itu cuma khayalannya saja? Bahkan sejak dari acara bermula tadi, dia dapat merasakan diperhatikan oleh seseorang.

"Kau apasal?" tegur Hasma tatkala melihat kelakuan Natrah yang semacam itu.

"Takde apa-apalah!" jawab Natrah sekadar menyedapkan hati.

Telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Natrah tersenyum melihat nama yang tertera di situ.

"Majlis dah habis?" tegur Eirfan di hujung sana.

"Belum hubby. Kejap lagi kot. Kita orang tengah makan ni. Awak kat mana?"

"On the way balik ni Love. Tadi singgah kejap ambik baju kat tailor. Esok awak boleh try ye? Nanti kalau rasa tak selesa atau kurang puas hati, kita boleh ubah lagi. Ada lagi 3 hari majlis kita" Cerita Eirfan penuh teruja. Dia rasa macam nak ajak je Natrah kahwin malam tu jugak! Haishhh, dasar gatallah kau Fan!

"Okay hubby. Kenapa tak tunggu saya sekali je ambik baju tu?"

"Takpe. Kebetulan one way kan, takpelah. Saya ambik awal. Esok awak try. Nanti dah ada apa-apa kurang, bagitau je"

Bunyi musik yang bising dan kuat dari atas pentas membataskan perbualan mereka. Baik Eirfan mahupun Natrah, masing-masing tidak mampu mendengar percakapan masing-masing.

Natrah memberi isyarat kepada Hasma dan Azizah untuk keluar sebentar bagi berbual dengan Eirfan. Seolah memahami, mereka hanya mengangguk kepala.

"Apa bunyi bising tadi?" tanya Eirfan setelah Natrah keluar dari dewan.

"Ada show musik apa entah kat atas stage tu. Ni saya kat luar, kejap lagi masuk"

"Laaa yeke? Okaylah Love. Saya tak nak ganggu awak. Balik nanti tak nak saya ambik?"

"Takpe. Saya tumpang Hasma je nanti" Tadi pun dia naik grab saja kerana Eirfan tak dapat nak hantar. Ada banyak kereta di bengkel yang memerlukan khdimatnya.


"Are you sure?"

"Ya, sure. Tak payahlah risau. Takdenya si Hasma tu nak culik saya" Natrah tergelak di hujung sana.

"Ya, saya tau. I'm just worried" Eirfan menyuarakan kebimbangan. Entah kenapa hatinya rasa tak tenang saja dari tadi.

"In Shaa Allah takde apa-apa"

"If anything, please update me"

"Okay hubby. Got to go. Take care"

"You too sayang"

Sejurus menamatkan panggilan, telefon bimbit disimpan kembali di dalam beg. Natrah hendak menapak ke dalam dewan namun langkahnya terbatas apabila ada seseorang menghadang jalannya.

Lelaki bertopeng itu mengukir senyum sinis lantas menekup mulut Natrah tanpa sempat gadis itu melawan.

Telefon bimbitnya terjatuh di atas lantai..dan pandangan Natrah mulai gelap gelita...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience