Malam sudah tiba,jika boleh,mereka mahu tidur,namun menurut Inspektor Kang,kes penculikan adalah kes paling bahaya.Jadi mereka perlu selamatkan Seo Ra secepat mungkin.
Mereka tiba dikawasan terpencil itu.
Disebabkan gelap,mereka masing-masing bawa torchlight.
"Macam mana kita nak cari ya?"Soal Mi Soon mula kebosana. setelah setengah jam berjalan tanpa apa-apa petunjuk.
Tiba-tiba...
"LEPASKAN !!!"Jeritan gadis kedengaran.
Mereka pantas berlari menuju ke arah suara tersebut.
"Kenapa ni?"Soal Han Na kepada gadis belasan tahun itu.
Seorang wanita keluar dengan senduk ditangannya.
"Berani kamu ponteng sekolah kamu ya,... mana mak nak letak muka kerana malu ni?!!"Herdik wanita itu kuat.
"Saya cuma ponteng 3 hari,kenapa cikgu nak lapor pada mak?!!"Anak gadisnya membalas.
Maknya mahu memukul anaknya,tetapi kehadiran mereka menarik perhatian wanita tersebut.
"Mak cik pernah nampak wajah lelaki ni tak?"Soal Inspektor Kang sambil menunjukkan wajah Ji Ka Chi.
Wanita itu meneliti wajah tersebut.
"Pernah rasanya... saya pernah nampak dia di... urmm,... dilorong kanan itu.Ketika dia membeli kayu besbol dari kedai alatan sukan itu."Beritahu wanita itu terperinci.
"Mungkin itulah alatnya untuk membunuh !!"Tebak SangYeob.
Mae menampar lengan SangYeob.
"Mana ada ! Tak tahu ke,yang mula-mula dia seksa,lepastu perkosa,lepas tu dia cekik mangsa dia dengan pakaian mangsa sendiri.Tak baca dokumen ke?!!"Marah Mae.
SangYeob meminta maaf.
"Tak,... itu alat dia... untuk menyeksa..."Sambung Seo Hee perlahan namun didengari mereka semua.
"Jadi,... dia akan membunuh lagi malam ni !!"Ujar MinSeok pula.
"Disana,ada dua lorong,kita pecah kepada dua kumpulan,kalau ada dengar bunyi jeritan atau sesuatu yang aneh,telefon kami.Kita selesaikan kes ni,malam ni juga."Arah Inspektro Kang tekad.
Mereka akur.
Seo Hee,MinSeok,Mae dan Inspektor Kang dalam satu kumpulan.
Mereka mengambil keputusan untuk masuk lorong kanan.
Setelah hampir sejam berjalan,mereka terdengar bunyi hentakkan.
"Aahhh..."Rintihan seorang gadis kedengaran.
"LEPASKAN DIA ! TOLONGLAH,SAYA MERAYU..." Suara Seo Ra pula kedengaran.
MinSeok pantas menelefon yang lain.
Inspektor Kang mengambil langlah berani masuk ke rumah usang itu.
Pistolnya dikeluarkan.
Mereka bergerak masuk.
Kemudian disatu bilik,mereka jumpa Seo Ra dan gadis lain yang diculik.
Seo Hee lari dan memeluk Seo Ra erat.
Tangisannya pecah.
"Oh Tuhan,Seo Ra... syukurlah kau selamat..." Ujar Seo Hee hiba.
"Tolong gadis tu,Seo Hee.Lelaki tu akan bunuh dia malam ni !!"Beritahu Seo Ra sambil tubuhnya menggigil.
Seo Hee memandang Inspektor Kang.
Inspektor Kang faham dengan pandangan mata Seo Hee.
Dia merempuh pintu bilik yang lagi satu.
PANG !
Kelihatan Ji Ka Chi sedang mencekik gadis itu kedinding sehingga gadis itu terapung.
"Berhenti,atau saya tembak !!!"Jerit Insepktor Kang.
Lelaki itu tidak berhenti,...
BOM !
Tembakan dilepaskan.
Lelaki itu jatuh sambil mulutnya tersembur darah.
Gadis itu pengsan.
Dibawanya Ji Ka Chi kebalai polis,dan gadis itu kehospital.
Min Ho dan Seo Ra berpelukan.
Diluar bilik wad Seo Ra,wartawan datang menyerbu tanpa henti.
"Syukurlah awak selamat,... Seo Ra..."Bisik Min Ho.
Seo Ra ketawa kecil.
"Apa,awak ingat saya akan mati?"Usiknya.
Min Ho ketawa kecil.
Inspektor Kang memandang Seo Hee.
"Terima kasih diatas bantuan kalian.Bos saya bagitahu,jangan lupa datang ke hari penting kalian.Nama kalian akan tercatat dalam sejarah." Ujar Inspektor Kang bangga.
Mereka tunduk dan tersenyum bangga juga.
"Kes..."
"... selesai !"Mereka menyambung kata-kata Seo Hee.
Mereka semua ketawa riang dan lega yang kes selesai,dan keadaan akan kembali seperti biasa.
CEO Choi dan Manager Kim tersenyum sesama sendiri kerana bangga akan anak buah mereka.
MinSeok mengucup dahi Seo Hee tanda bangga,dan gembira.
Seo Hee ketawa besar dengan gurauan rakannya.
Dia mengambil peluang itu untuk menikmati pemandangannya iaitu Seo Hee,dengan tatapan penuh kepuasan.
Hari penting mereka sudah tiba,inilah harinya nama mereka akan tercatat dalam sejarah.
"Buat pertama kalinya didunia,didalam sejarah,idol k pop membantu pihak polis menyelesaikan kes penculikan.Malah,Dream Girls,WHITE,CEO AA Entertainment dan pengurus Dream Girls turut membantu,mempersilakan ! Wira kita !!"Ketua Lyang berucap dan memberikan pingat peringatan,dan mencatat nama mereka dalam buku penting iaitu segala yang berlaku dicatat disitu dan diberikan kepada wartawan yang mencari berita.
MinSeok tampil dipentas.Bersedia untuk berucap dihadapan puluhan atau ratusan polis yang mendengar.
Dia berdehem dulu.
"Ehem ! Maaf,sebenarnya... saya tak sediakan apa-apa ucapan lagi... saya hanya mahu ucapkan apa yang muncul difikiran saya..." Luahnya gementar.
"Sebenarnya semua ni bermula sejak tahun lepas,bila mendiang JiHye,kawan baik Seo Hee bunuh dirinya sendiri,dia jadi curiga.Dia baca diari JiHye,dan jumpa bukti mengatakan semua ini ada dalangnya.Sejak itu kami menyiasat sama-sama,kumpul bukti dan saksi.Dan kami berjaya masukkan pelaku ke dalam penjara.Kali ini,bakat menyiasat kami semua,terutamanya teman wanita saya,Seo Hee... terserlah kerana kes culik rakannya,Seo Ra.Kami semua cari petunjuk dan dengan bantuan Inspektor Kang dan Han Na,tanpa mereka,kami tak.mungkin berjaya."Ucap MinSeok jujur dari hatinya.
Tepukan tangan gemuruh kedengaran.
MinSeok turun dari pentas sambil dipandang Seo Hee dengan pandangan penuh rasa bangga dan terharu.
Esoknya,berita sudah keluar.
"Sebenarnya semua ni bermula sejak tahun lepas,bila mendiang JiHye,kawan baik Seo Hee bunuh dirinya sendiri,dia jadi curiga.Dia baca diari JiHye,dan jumpa bukti mengatakan semua ini ada dalangnya.Sejak itu kami menyiasat sama-sama,kumpul bukti dan saksi.Dan kami berjaya masukkan pelaku ke dalam penjara.Kali ini,bakat menyiasat kami semua,terutamanya teman wanita saya,Seo Hee... terserlah kerana kes culik rakannya,Seo Ra.Kami semua cari petunjuk dan dengan bantuan Inspektor Kang dan Han Na,tanpa mereka,kami tak.mungkin berjaya.Itulah yang dikatakan MinSeok dari WHITE."Min Ho membacanya kuat-kuat.Sengaja mahu mengusik MinSeok.
Mereka ketawa.
"Kau macam mana,Seo Ra?Dah boleh lupa dah apa yang jadi?"Soal Seo Hee bimbang.
Seo Ra senyum.
"Jangan risau.Aku okey..."Jawabnya ringkas.
"Sayang,... jangan menghilang lagi dah tau.Saya risau..."Bisik Min Ho romantis ketelinga Seo Ra.
Seo Ra memandangnya dengan pandangan menggoda.
Mereka semua ketawa riang.Saling usik-mengusik.
"Terima kasih semua... sebab dah berusaha selamatkan saya..."Tulus dari hati Seo Ra berkata.
"Takde masalahlah,... asalkan,kau selamat."Ujar Mae dan Mi Soon.
Semoga tahun depan,akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun ini.
-Tamat-
Share this novel