bab5

Romance Series 14775

Naim duduk didepan television melayan astro, mana kala Fais pula pergi mengambil bekas makan didalam bilik yang Feena duduk. Fais memakai tenutup mulutnya dan masuk kedalam bilik Feena.

"Haii awak dah makan ke?
Saya nak ambil bekas makan ni semua. Bising pula Naim, biliknya kotor! Dia tu lain macam sikit, kalau rumah bersepah. Dia boleh jadi hijau. Lagi lagi kalau dia mengamuk. Silap silap kami semua kena halau keluar dar rumah ni heheheheh".
Fais membuat lawak.

"Saya dah habis makan... Nama u Fais kan?" Tanya Feena.

"Ye saya Faiz, mana awak tau?"
Tanya Faiz. Sambil duduk disebelah Feena, bila Feena tahu namanya.

I dengar mereka sebut sebut nama awak semalam". Kata Fieena.

"Ohh! Nama awak pula siapa?" Tanya Faiz

"Nama saya Feena".

"Cantik nama awak! macam tuannya".
kata Fais dan tersenyum. Feena juga terseyumm.

"Faiz, kenapa kamu semua culik saya? Apa salah saya atau keluarga saya dengan kamu semua?" Tanya Feena. Fais hanya berdiam sahaja dan menundukkan wajahnya.

"Tapi! saya tak rasa kamu semua jahat? Dari pandangan saya, kamu semua bukanlah orang yang membahayakan".
Kata Feena lagi.

"Pasal penculikan ini saya tak boleh cerita dekat awak, maafkan kami kalau buat awak sakit semalam. Naim, yang sebenarnya tak ada niat nak pukul awak. Dia tak sengaja.
Dia tu panas baran sikit. Tapi dia orangnya baik. Saya kenal dia, sejak zaman Kolej lagi".
Cerita Fais.

"Awak jangan takut ya, nanti kami akan lepaskan awak esok"... kata Faiz lagi.

Fais banggu dari katil dan terus menggankat makan yang sudah habis dimakan oleh Feena untuk dibawa kedapur.

"Fais"
panggil Feena lembut. Fais berpusing memandang Feena.

"Ye, awak nak apa?"
Tanya Fais lembut.

"Saya nak mandi boleh? Saya nak berus gigi dengan tuala bersih. Saya dah rasa tak selesa sangat! Kalau awak boleh dapatkan semua barang tu, nanti saya bayar balik? Dekat dalam bag saya ada kad credit, awak boleh guna untuk beli barang yang saya nak tu. Handphone saya semua ada dalam kereta. Boleh tolong ambil kan?"

"Barang barang awak ada dengan Khairul, khairul yang simpan. Lagi satu, barang barang yang awak nak tu, nanti saya suruh Khairul belikan. Tak payah guna Kad awak! Bahaya". Kata Fais sambil terseyum.

"Nanti Khairul nak keluar beli makan tenghari. Saya suruh dia belikan sekali".
kata Fais, sambil terseyum.

"Thanks Fais".
kata Feena juga terseyum. Hilang rasa takut Feena, bila dia dilayan baik oleh Fais.

Faiz mengunci pintu dan terus kedepan. Duduk bersama Naim dan khairul yang sudah keluar dari bilik.

"Woii, cepat mandi! pergi beli makan. Aku dah kebulur ni! Berapa lama nak tunggu".
kata Fais kepada Khairul.

"Awek tu ada bagi list untuk kau belikan dia barang".
hahahhahah, Fais ketawa.

"Dia nak apa Is?"
Tanya Naim.

"Dia nak berus gigi dengan tuala. Dia nak mandi. Dah tak selesa katanya. Biasalah bro, anak orang kaya. Mestilah nak bersih bersih... Bukan macam korang! Mandi pun malas".
kata Fais, terseyum.

"Pakaian dalam dia tak nak ke Is?hahahha".
Tanya Khairul. Sambil ketawa.

"Kau sanggup ke pergi beli Rul?"
Balas Naim.

"Kalau kau sanggup melangkah kaki kekedai pakaian dalam wanita, aku seluttttt kauu bro hahahhaha". Kata Naim sambil ketawa sampai nak pecah perut. Fais juga ketawa terbahak bahak.

"Shuuuu diam sikit, nanti awek tu dengar kita ketawa besar".
kata Fais.

"Bodohh lahh kau ni Im! Kau ingat aku tak ada perasaan malu ke nak pergi tempat macam tu. Kau pernah jumpa tak penculik muka handsome macam aku? Masuk beli pakain dalam wanita". Kata Khairul, sambil sambung ketawa.

"Ya lah bro! Kita ni golongan penculik yang paling hensomekan?" Kata Fais terseyum. Berkerut muka Khairul, memandang Faiz.

"Ehhh lupa aku nak tanya? Man mana? Dari tadi tak nampak?"
Tanya Khirul.

"Dia dah siap tadi, aku rasa dia dah pergilah tu".
Balas Naim.

"Dah lah aku nak mandi, nak keluar beli makan.bNanti mati pula awek dalam bilik tu".
Kata Khairul dan berlalu pergi mandi.

"Beb, kita kena suruh bos cepat buat kerja. Sebab dekat luar tu, ada penyakit kronik melanda dunia. Bila bila sahaja akan diistiharkan perintah kawal pegerakan. Habislah kita kena simpan lama awek tu nanti. Kau kena bagi tau Man tau Im, suruh dia buat kerja cepat cepat". kata Fais kepada Naim.

"Ahaaa Is, aku ada juga tengok berita tadi. Aku pun tengah risau ni.
Kita kena tengok berita malam ni. Macam mana nanti. Antara lockdown atau tak".
Balas Naim.

"Kalau esok bapa Feena buat bayaran untuk anak dia, Malamnya kita kena lepaskan dia tau Naim.
Aku risau simpan lama lama, dekat rumah ni".
Kata Fais lagi.

"Apa! siapa nama dia Is?"
Tanya Naim, bila Faiz menyebut nama Feena.

"Nama dia Feena. Tadi aku tanya dia. Cantikkan Im, aku suka pula tengok muka dia... Engkaulah Im, semalam pergi lempang dia kenapa? Terperanjat aku dengan yang lain.bCedera anak orang mati kita. Kesian aku tengok dia malam tadi".

"Aku tak sengajalah Is. Aku dah bagi amaran, jangan buat benda bodoh!
Dia tak nak ikut cakap aku, itu yang aku panas hati. Aku betul betul tak sengaja, buat macam tu. Tak ada niat pun nak pukul perempuan, menyesal juga aku lepas tu".

"Khairul mana? Dah pergi ke belum?". Tanya Naim.
Cuba tukar topi perbualannya.

"Hurmmm dah pergi dah.
lepas bersiap tadi, dia terus keluar".
kata Fais.

Aku tak perasan pun, bila dia keluar?" tanya Naim.

"Baru sekejap ni, kau tu sebok berangan. Sampai tak perasan".
Jawap Fais lagi.

"Naim, jom buat live Instagram.
Kau mainlah gitar. Lama aku tak buat live. Lagi pun aku ni betul betul boring. Kalau awek tu tak ada dekat sinuli, dah lama aku keluar jalan jalan, cari awek".
kata Fais sambil tersengeh.

"Ok jugak tu Is. Aku pun yang sebenarnya tengah bosan ni hehehheh".

Naim bangun dan mengambil gitarnya yang diletakkan disebelah almari television dan duduk semula disebelah Fais.

"Aku main gitar kau nyanyi ye Is?"
kata Naim.

"Ok, boleh boleh" Balas Fais.

"Jap aku setting handphone aku ni. Biarlah nampak handsome sikit, muka kita dalam live nanti". kata Fais tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience