Rate

Bab tiga

Romance Series 14721

Tengku Ayyan membelek-belek fail yang berada di atas meja kerjanya dengan serius. Sedang menilik dalam fail itu, ada seorang wanita yang tidak cukup kain meluru masuk.

"Hai biy!" Sapa wanita itu dengan manja.

Tanpa segan dia duduk di atas riba Tengku Ayyan.

"Dahlia Batrisyah! Sini office. Bukanya tempat perempuan jalang macam kau ni!" Marah Tengku Ayyan sambil menolak wanita itu sehingga jatuh.

"U ni kenapa? Pagi-pagi dah marah i? I ada buat salah ke?" Tanya wanita itu.

Tengku Ayyan mencampak beberapa keping gambar wanita itu dengan beberapa orang lelaki masuk ke dalam hotel. Wanita itu terkejut.

"U pasang spy eh?"

"Ye aku pasang spy. Aku sebenarnya dah tau apa yang kau buat kat belakang aku. Tapi mummy tetap backup kau. Aku tak faham apa yang kau dah bagi kat mummy sampai dia setuju kau bertunang dengan aku. Aku rasa, mummy aku tak tau kan siapa kau sebenarnya? Kalau mummy tau, mesti dia sedih dan menyesal sebab dapat menantu macam kau," jawab Tengku Ayyan.

"Biy, i.... I..... I...."

"Kau jangan panggil aku biy lah! Loya tekak aku mendengarnya. Macam nilah, aku tak nak buang masa, mulai hari ni, pertunangan kita putus. Aku akan bagi tau sekali tunjuk gambar ni," potong Tengku Ayyan.

"U tak boleh putuskan pertunangan ni!" Bantah wanita itu.

"Why tak boleh?" Tanya Tenku Ayyan.

"I mengandung anak u Ayyan," jawab wanita itu.

"What the f**k! U jangan ingat i bodoh. Dalam kandungan tu bukan i. Malah anak Zackery right?"

Lagi sekali wanita itu terkejut.

"Macam mana u tau ni anak Zackery?"

"Zackery datang jumpa aku dan ceritakan semuanya. Dia janji nak bertanggungjawab atas kandungan tu dan kau kalau aku putuskan pertunangan dengan kau," cerita Tengku Ayyan.

"Jadi u setujulah?"

"Ye aku setuju. Aku tak nak jadi pak sanggup untuk anak luar nikah tu. I nak u kahwin dengan Zackery. Pasal family kau tu, nanti i cakap dengan mereka. Now, kau boleh pergi. Dan jangan pernah muncul depan aku lagi. Tasha, tolong bawa cik Dahlia keluar," arah Tengku Ayyan melalui interkom.

Seorang wanita datang dan membawa wanita itu pergi.

Tak guna kau Zackery. Kau dah hancurkan semua plan aku! Kau fikir aku nak ke kahwin dengan budak miskin macam kau? Dahlah berkerja sebagai kilang. Ada hati nak bertanggungjawab. Diri sendiri pun tak reti urus ada hati nak jaga aku.

Pedal minyak di tekan. Kereta yang di pandu oleh wanita itu pun gerak pergi.

Waktu rehat sudah tiba ... Semua pelajar sudah keluar dari kelas masing-masing. Ada yang duduk dalam kelas, ada yang pergi perpustakaan dan ada juga yang pergi kantin.Tapi tidak pada Kayla Hazel and the geng. Mereka lepak di atas bumbung bangunan sekolah lama. Dekat situlah tempat port-port mereka lepak setiap kali waktu rehat. Dan tempat itu yang dulu usang berubah menjadi cantik selepas di cat semula oleh mereka. Bukan semua orang yang boleh pergi ke bangunan itu tanpa pengetahuan mereka.

"Wei Kay, aku dengar ada budak baru masuk kelas kau. Siapa wei? Lelaki dan perempuan?" Tanya Ku Akila.

"Lelaki," Jawab Kayla Hazel sepatah.

"Handsome tak?" Tanya Putri Adelilah.

"Ish kau ni pantang betul dengar nama lelaki. Terus jadi gatal," Tegur Ku Akila.

"Kau pun samalah. Lagi-lagi bila nampak lelaki macho dan badan sado," balas Putri Adelilah.

"Haih kau orang berdua, bergaduh pula. Aku campak kau orang ke bawah baru tau," marah Kayla Hazel.

"Alah Kay chilllah. Kau nak emo-emo dah kenapa?" Tanya Putri Adelilah.

"Ah aku tahu ni. Mesti tengah datang bulan kan?" Tanya Ku Akila pula.

"Banyaklah kau aku datang bulan. Aku tengah fikir macam mana nak kenakan budak baru tu," kata Kayla Hazel.

"Why? Budak baru tu buat apa kat kau sampai kau nak kenakan dia?" Tanya Ku Akila.

"Dia tadi langgar aku. Selepas tu bukanya nak mintak maaf. Malah melawan cakap aku," jawab Kayla Hazel.

"I see.... Sebab tulah kau badmood. So, kau nak buat apa?"

"Entahlah. Aku takde idea. Kau orang pun tolonglah cari idea sekali," arah Kayla Hazel.

Dua orang sahabatnya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience