Rate

4

Humor Series 2272

Location: Los Angeles, California

Adam melihat sekilas jam tangan miliknya.

"Mana pulak si minah ni." Keluhnya sendirian. Dia sudah naik angin dengan sikap Daleena yang tidak menepati waktu.

Hari ini, Daleena dan Adam akan duduk serumah memandangkan ibu bapa Adam tidak membenarkannya duduk bersendirian.

Kali terakhir ibu bapa Adam tinggalkannya bersendirian, Adam telah melakukan kebakaran didapur. Bila lelaki masuk dapur. Faham-faham sajalah.

"Any sorry words for me? For getting late?"

"Nope ." Daleena dengan selambanya membuka peti sejuk lalu mengambil sebijik epal hijau dan duduk di atas sofa seperti tiada apa yang berlaku.

Adam masih berdiri dihadapanya, bercekak pinggang.

Dia mendekatkan mukanya kearah Daleena. Muka mereka hanya 3 inci jauhnya.

Daleena tergamam seketika. "Ini rumah aku. Aku boleh tentukan kau keluar atau kau boleh stay."

Daleena melihat kedalam mata coklat gelap milik Adam dengan riak muka tidak bersalah. "Cubalah buat aku keluar. Mama kesayangan kau tu dah bayar aku untuk jaga kau. Dah besar pun tak boleh jaga diri sendiri. Anak mak betul." Daleena menolak sedikit dengan perlahan badan Adam.

Dia memang tidak selesa dengan keadaanya tadi.

Adam mendengus marah. "Kalau kau nak apa-apa, aku ada kat swimming pool." Dia mengambil sebuah tuala yang berada di sofa tersebut dan berjalan pergi.

Daleena sedang makan 'Pringles' yang berada di atas meja. 'Aku makan banyak-banyak dekat rumah orang ni, Auntie dengan uncle tak marah ke?' Detik hatinya.

'Senyap je. Adam buat apa ek?' Bisik hatinya. Dia melangkah ke swimming pool yang terletak di bahagian belakang rumah.

Dia ternampak Adam sedang bermandi dengan seluar pendek sahaja. 'Aduh, salah time lah.' Sedang dia ingin melangkah pergi, Adam sempat menarik rambutnya.

"Kau stalk aku?" Adam tersenyum senget. "Aku. Takda. Masa. Nak. Stalk. Kau." Daleena memukul tangan Adam supaya melepaskan rambutnya.

"Jangan marah. Kau comel bila marah." Adam tertawa.

"And you're a jerk." Daleena marah.

Dia hanya mahu rambutnya dilepaskan sahaja.

"Kau nak aku lepaskan rambut ni? Kalau kau nak aku lepaskan rambut kau, mengaku dulu aku ni handsome."

"Memang tak ah. Kau handsome macam BABI." Carut Daleena.

"Okay, fine. Kalau camtu, kita tunggu je lah sampai mama dengan papa aku balik, tengok kau dengan keadaan camni, nyawa-nyawa ikan."

"Eh tengok apa tu!" Daleena menunjuk kearah belakang Adam sengaja untuk menarik perhatiannya.

Adam melepaskan rambutnya untuk melihat apa yang berada di belakang.

Daleena segera berlari sepantas yang dia boleh.

'Takpe kita tengok siapa yang akan kena nanti.' Adam tersenyum senget.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience