BAB 1 GEMBIRA

Romance Series 24257

“ Eh Dhia kau balik sekolah nanti dengan siapa?” Ammara bertanya pada Dhia yang sedang asyik makan keropok lekor dikantin sekolah.
“ Aku? Balik sama-sama dengan kau la. Aku mana ada kawan lain selain kau seorang. Lain la kau ramai peminat ada je yang tunggu peluang nak hantar kau balik rumah..” mengomel Dhia pada Ammara yang senyum-senyum kambing padanya.
“Ala kau jangan la merajuk.. ye aku ramai peminat tapi tu semua bukan citarasa aku. Aku tak nak bercinta selagi aku belum habis sekolah, kau tau la papa aku tu punya la garang kalau dengan aku.” Balas Ammara pada Dhia.
“ yela-yela, cepat la makan dah bunyi loceng pun.. nanti bising cikgu kelas kejap lagi ” kata Dhia.
Mereka terus berlari ke kelas tingkatan 5 SAINS 1 dengan hati yang gembira tanpa peduli apa yang akan berlaku di kemudian hari.. Gembira atau sedih harus tetap mereka hadapi.

Itula usia yang harus dinikmati semasa remaja. Tanpa perlu fikirkan tentang dunia CINTA orang dewasa.. yang pasti setiap kegembiraan pasti datangnya kesedihan.

Jam 1.30 petang... loceng berbunyi menandakan waktu belajar telah habis.. Riuh rendah didalam kelas terdengar setelah ketua kelas mengucapkan terima kasih kepada guru kelas. Lumrah remaja, masa yang ada jangan disia-siakan untuk berseronok walaupun hujan kilat ke, musim kemarau ke sekali pun. Hati yang gembira jangan ditabur garam ke atasnya..

“ Ara kau memang tak ada kawan lain ke selain Dhia ni? Aku tengok kau ni punya la memilih kawan dari tingkatan 1 sampai la sekarang?” tanya Akif kawan sekelas Ammara.
“ Aku ramai je kawan lain.. tapi aku lagi selesa berkawan dengan Dhia je.. kau nak tahu kenapa ? sebab dia seorang je faham aku selama ni.” Balas Ammara. Sambil berjalan bersama-sama dengan Dhia, Akif dan ramai lagi.
Selepas mereka berpisah di depan pagar sekolah Ammara perasan yang Dhia senyap dari tadi.
Akif adalah lelaki pujaan gadis-gadis yang hanya memandang rupa. Akif juga adalah lelaki yang tersenarai hensem di sekolah mereka. Itulah perempuan sesama umur 13 hingga 19 tahun hanya memandang rupa untuk dijadikan kekasih. Umur 20 hingga 30 tahun mengharapkan kekasih yang setia sepanjang perhubungan, dan 31 tahun dan ke atas hanya berharap pilihan yang telah terbina bersama kekal selamanya.
“ Dhia kenapa kau diam je.. kau ada masalah ke? Tadi elok je dalam kelas? Jangan kata kau cemburu Akif bercakap dengan aku tadi?.. kau jangan macam-macam ye. Aku tak akan ambil yang kawan baik aku punya ye. Kau kena ingat tu.” Usik Ammara pada Dhia yang masam je mukanya.
“ Aku bukannya apa Ara, kau pun tau kan aku suka Akif tu.. tapi tula dia mana pernah nak tegur aku ni.. sahkan nak tegur..nak tengok muka ni aku pun macam jauh sangat..erm.. sedihkan aku ni.. apa dia ingat aku ni tak lawa ke? Aku pun lawa kot.. Cuma kurang sikit la dari kau.. hahahaha...” Dhia gelak tanpa fikirkan yang melihat mereka.
“ Kau jangan risau, kau cantik kot. Kau tak perlu berharap pada lelaki yang hanya pandang rupa saja, sebab aku ada untuk kau.. kita akan cari lelaki yang cintakan kita tanpa menilai siapa kita, faham? ” pujuk Ammara.
Kadang-kadang hati manusia penuh dengan emosi.. dalam sekelip mata yang sedih bertukar gembira. Kerana kita yang menciptakan rasa hati kita .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience