BAB 21

Romance Completed 497

Azalea sedikit terkejut. Rumah Syairi ?? Jadi, Syairi ni pun anak orang berada jugak lah?

“ Kalau rasa nak lari nanti, lari ke sini. Saya tunggu.”

Syairi & Azalea

Pintu Duncan CoffeeHouse ditolak. Syairi melangkah mendekati kaunter. Americano dipesan. Syairi menunggu di situ sementara menanti pesanannya siap. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling kedai. Tidak ramai pelanggan sebab baru jam 7 pagi. Kalau dulu nak minum atau makan benda istimewa di Duncan CoffeeHouse kena tunggu pukul 8.00. Sekarang, mereka dah mula beroperasi 24 jam. Senang buat pengunjung setia Duncan CoffeeHouse macam Syairi.

“ Your Americano, sir.”

Syairi mengambil pesanannya dan menghulur duit bayaran. Selepas mendapat duit baki, dia berpusing dan mula melangkah untuk pergi.

Baru sahaja Syairi hendak menolak pintu, pintu itu sudah ditarik dari luar. Syairi memerhati gadis yang masih menahan pintu. Gadis itu memandangnya lalu tersenyum. Syairi langsung tidak mengendahkan senyuman itu, apa yang menarik perhatiannya adalah baju yang tersarung di tubuh gadis tersebut.

T-shirt pink dengan smiley.

Pantas Syairi mencari namanya di sudut bawah baju tersebut. Dan memang sah. Ada namanya tertulis di situ.

“ Mana kau dapat baju tu?”

Gadis itu tersentak bila Syairi bertanya dengan suara kasar. Nyata ada riak tidak puas hati di wajahnya.

“ Kenapa?”

“ Aku tanya mana kau dapat??”

Terkebil-kebil Edina memandang lelaki dihadapannya itu. Padanlah tengok dia lama-lama. Tengok baju dia rupanya! Heh!

“ Belilah!”

“ Tanggalkan sekarang.” Syairi merenung Edina tajam.

“ Kau ni apahal? Gila ke??”

“ Aku tahu tu bukan baju kau. You better take it off now.”

Syairi & Azalea

“ Azalea, kau bagitau aku mana kau dapat baju pink tu??” Edina yang masih bengang setelah dimalukan sebegitu rupa oleh lelaki yang entah siapa-siapa kat Duncan, terus sahaja menyerang Azalea sebaik tiba di rumah.

“ Baju pink mana?” Azalea menarik lengannya yang Edina pegang.

“ Baju yang semalamlah!”

“ Beli.”

“ Tipu! Baju tu orang bagi kan? Lelaki bagi kat kau kan??” jerkah Edina lagi.

Azalea telan liur. Macam mana Edina dapat tahu tentang itu?

“ Ohh sekarang kau dah pandai main cinta pulak ye kat luar tu?? Kau tau tak apa yang boyfriend kau tu dah buat kat aku??”

Buntang mata Azalea memandang Edina. “ Dia buat apa??”

“ Ohh jadi memang betullah tu boyfriend kau??”

“ Dia buat apa kat kau??”

“ Edina, kenapa ni?”

Edina berpaling. Dato’ Erman sudah mendekatinya. “ Papa, papa tau tak dia ni dah pandai bercinta sekarang ni!” kepala Azalea ditunjal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience