PAP ! Terangkat bahu shafidah dengan zita dan pojaan hati nya . Mana taknya cikgu zainal ternampak diorang masa gaduh tadi.
"Cakap dengan saya siapa mulakan dulu?" Kata cikgu zainal dengan nada tegas.
"Dia dulu cikgu, dia tolak saya. Tak percaya tanya Zarif. Kann zarif." Kata zita, Zarif hanya diam.
"Eh minah ni , mana ada ! Kau mula dulu. Engko yang tolak aku dulu." Balas shafidah.
"Kau mula dulu !"
"Kau!"
"Kau!"
"Kau!"
"Dah ! Dah ! Esok saya nak jumpa bapak korang semua. Termasuk zarif !" Kata cikgu zainal. Pening kepalanya dibuat oleh budak tiga orang ni haaa.
"Apasal pula saya cikgu?" Zarif rasa tak adil baginya. Yelah, budak duaorang tu gaduh sebab dia sampai dia termasuk sekali.
"Menjawab ! Menjawab ! Dahh masuk kelas masing-masing !" Halau cikgu zainal. Halau kasar nampak.
Keluar sahaja mereka dari unit displin. "Bieyy, tak caye kat sayang eh. Sayang bukan mula dulu." Rayu zita.
"Dah la zita, sebab awak cari gaduh kat budak sengal tu , saya terikut sekali. Kan awak dah tahu budak tu sengal, awak pergi juga cari pasal. Dah laa malas layan awak." Kata zarif sambil memandang geram dengan shafidah. Shafidah apalagi kalau boleh nak terpengsan dia kat situ jugak.
"Zarif ! Zarif ! Zarif." Tergedik- gedik dia mengejar zarif. Pida hanya memerhati, Pelik juga dia. Macam mana la si zarif ni ada nafsu kat si zita ni. Dia pun berlalu menuju ke kelas.
"Apahal kau kena tadi oleh cikgu zainal? Kau okey tak pida?" Tanya Asyikin Hafiz aka kawan baiknya.
"Takde la , aku tak puah hati nohh tengok si zita tu , tergedik-gedik. Paihtu si zita panggil aku. Dia pi tolak aku , aku pun balas la balik" kata pida sambil betulkan tudungnya yang senget benget sebab WWE tadi.
"Lohhh , mesti kau pi kejar abang nestum engko tu kan? Dah la pida. Dia tak minat kau pun. " kata asyikin.
"Eh jangan pandang rendah kat aku tau, kau sahabat aku kin, kau kena tolong aku bukan hentikan aku." Sedih pida dibuatnya , mana taknya sahabat baik nya kata sendiri.
"Laaaa pasaipa aku pula kena. Ish buruk la pida muka engko. Hahaha jangan risau aku sentiasa doakan kau supaya jadi bini si nestum tu haaa " kata asyikin.
"Ohyaaa ! Habis engko nak bawak bapak kau pi sini kaa pida ? Kau tak takut kat mak tiri engko teriak satu kampung nanti? Engko bukan taktau mak tiri engko tu Bini tarzan, Habis pekak nanti dibuatnya bapak engko haa " asyikin baru teringat, yelah makcik tipah tu aka bini tarzan tu panas baran memanjang je. Entahlah bila nak datang menapos dia. Biaq dia tak marah-marah lagi .
"Entah la kin , haaa biaq la. Sat malam gi aku gitau ayah aku." Kata pida , malas dia benda dah jadi, biaq laa.
********
"Ayah." Panggil pida.
"Yea pida." Kata pak adi.
"Nahh surat" pida serahkan surat kepada pak adi, Pak adi membukanya, Terkejut bukan main kepalang dibuatnya.
"Apa kamu buat kali ni pida? Dari kecik sampai la kebesar kamu dididik jadi ayu bagai. Tapi lain jadinya. " kata pak adi.
"Alaaaa ayahh , pida minta maaf. Ayah datang esok eh, batang hidung ayah dah cukup buat cikgu zainal nak tengok kehadiran ayah esok." Kata pida , kalau boleh dia nak cuba bodek sehabiss mungkin ayah dia.
"Nanti ayah datang " kata pak adi , disayangnya satu satunya anak perempuannya, sebab sayang dia sanggup lakukan apa saja untuk anak dia.
"Mssehh ayah , sayang ayah ." Dipeluknya ayah kesayangannya tu, dia tahu pak adi sanggup lakukan apa saja untuk dia.
***********
"SHAFIDAH ! Kat sini rupanya engko yaaa. Siap kau aku kerja kan." Kata macik tipah sambil mengayunkan parang kontotnya. Malunya bukan main kepalang lagi sebab dia.
"Alamak wehhh ! Mak tarzan kau mengamuk la." Kata asyikin.
"Alamak , matilah aku. Cabut weh cabut !" Kata Pida.
Apalagi bertempiaran laa budak dua orang tu , kena kejar oleh mak tarzan diaaa. Asyikin dah lari tinggalkan dia pi rumah, Kelam kabut pida. Nasib ada pak adi di luar rumah.
"Ayahhh ! Ayahhh! Tolong ayah, Bini tarzan ayah mengamuk . Tolong pidaa." Kata pida sambil tercungap-cungap.
"Apa lagi ni pidaa. Takbaik tau kamu kata makcik kamu macam tu ." Kata pak adi. Pida hanya mencebik.
Share this novel