BAB 11

Humor Completed 6566

Aku memandang kolam. Aku sedang melayani perasaan. Tak tahu apa yang mengganggu.

"Adik.. buat apa tu?" Tegur kakak.

"Adik tengok ikan. Kenapa kak?" Tanya aku kembali.

"Pergi siap. Aliff nak datang tu." Mata aku nembeliak.

"Hah? Bila?" Tanya aku terkejut.

"Kejap lagi sampailah" aku terus berlari ke atas.

"Kejap lagi sampailah" aku terus berlari ke atas

Simple je pakaian aku. Ceh simple sangat.

Pintu bilik di buka. Kakak rupanya..

"Amboi dik..tebal nya make up. Tak payah lah beria sangat. Dalam rumah je. Ya Allah..shiningnya baju" aku tersengih.

"Nak jumpa bakal suami pun jangan lah menawan sangat. Pengsan Aliff nanti" usik kakak.

"Adik tukar baju ye" aku ambil tisu basah untuk membuang make up.

"Assalamualaikum!" Alamak! Aliff dah sampai!

"Waalaikumussalam. Marilah masuk! Adik! Aliff dah sampai!" Laung umi.

Aku pandang kakak. "Dah tak sempat lah, dik. Pakai je lah baju tu. Jom"

Aku menuruni tangga . Aliff sedang memandang aku sambil tersenyum . Umi dan kakak sudah menghilang.

"Assalamualaikum Rawdah "

"Waalaikumussalam"

"Maaf kedatangan saya menyusahkan awak."

"Eh tak. Saya suka" aku memukul mulut ku. Aih malunya!

"Yakah?" Tanya Aliff. Aku menggigit bibir.

"Er..." kelu lidah aku.

"Hah, Aliff jemputlah minum" kata umi yang meletakkan hidangan di atas meja.

"Susah-susah je umi, eh mak cik. Saya okay je. Apa-apa pun, terima kasih" aku pandang umi.

" Rawdah memang pemalu orangnya" kata umi tiba-tiba.

"Umi!" Aiseh.. malu aku.

"Apa? Betul kan apa yang umi cakap?"

Aku memuncungkan mulut.

"Tak apa. Malu tu yang comel bagi saya" aiseh..kembang lah kita.

"Hah..berborak lah ya kamu berdua" umi berjalan pantas meninggalkan kami berdua.

Sekali lagi, keadaan menjadi senyap.

"Err... Aliff? Awak...err..." Aliff memandang aku.

"Ya?" Aku menggigit bibir.

"Duduk lah minum" kata aku bersama sengihan.

Aliff ketawa kecil.

Kami berdua duduk. Aku menuangkan air ke dalam cawan Aliff.

" Rawdah.. maaf kalau selama ni awak rasa yang saya macam tak layan awak. Sebernanya saya tak nak berborak dengan selagi kita bukan kekasih halal. Saya nak kita berdua merasai kemanisan tu selepas bernikah. Saya harap awak faham"

Aku diam. Rasa tersentap pula. Selama ni aku beria nak putus.

"Er...tak mengapa" kata aku bersama senyuman kelat.

"Dan saya harap awak tak terbeban dengan perkahwinan ni" aku menggeleng.

"Saya tak pernah rasa terbeban. Saya akan menerima jodoh yang Allah tetapkan untuk saya dengan hati terbuka"

"Terima kasih, Rawdah "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience