GET LOST 2!

Humor Series 3218

1 tahun yang lepas~

Aku yang baru saja keluar dari pejabat Papa terkejut apabila seseorang melanggar aku dengan kasar. Ok tak kasar mana pun.

"Aduh, sakitlah." Bentak aku.

"Sorry." Sepatah saja. Weh sepatah saja.

Aku tak dapat lihat muka dia sebab tertutup dengan hoodie. Malas nak buat drama pukul 7 aku terus beredar.

Jam tangan sudah pukul 9.30 pagi. Kelas aku bermula sekejap lagi. Tanpa membuang masa, aku terus berlari ke gelanggang latihan. Maklumlah aku saja gadis yang ambil kursus Army. Yang lain semua penakut. Cewahh.

Tiba saja di gelanggang. Aku lihat semua pelajar sudah berkumpul. Alamak! Aku dah lambat. Segera aku berlari masuk ke barisan.

Sebenarny course Army ni khas untuk lelaki saja. Aku seorang saja yang sesat masuk. Biarlah! Hak aku.

Ok stop...

"Selamat datang ke kursus Army Artisa. Saya Puan Maria selaku pengerusi kursus ini. Selamat berkenalan semua." Puan Maria memperkenalkan diri.

Tiba-tiba dia memandang aku. Dia tersenyum sebelum menyambung semula ucapannya.

"Wah! Nampaknya kita ada seorang pelajar perempuan disini. Saya dimaklumkan kursus ini hanya untuk lelaki. Boleh awak bangun dan memperkenalkan diri?" Arah dia. Aku mula kaget. Segera aku bangun.

"Err.. Saya Nurul Natrah binti Shaufie. Selamat berkenalan." Semua terus memandang aku sambil buat gaya terkejut. Ada juga suara-suara yang aku dengar berdekatan.

"Weh, tu bukan nama Pengetua ke?" Rakan disebelahnya mengangguk.

"Ouh. Awak rupanya anak Pengetua." Puan Maria berkata sambil acah tenang. Dia ingat aku tak nampak dia terkejut tadi. Ceh.

Aku mengangguk lalu duduk semula. Semua masih memandang aku. Menyampah dengan pandangan mereka aku menjeling. Terus semua pandang depan semula. Takut ah tu.

"Baiklah, seperti yang awak semua dah belajar. Kursus ini merupakan kursus yang sangat mencabar berbanding kursus-kursus lain. Objektif kami adalah untuk merekrut pelajar yang berbakat supaya boleh berbakti kepada negara. Selain itu, saya sebagai Pengerusi amat berbangga dengan anda semua yang mendaftar dengan kursus ini. Sila beri tepukan." Semua menepuk tangan sambil menjerit-jerit bagaikan beruk. Beruk pun tak macam tu.

Setelah 1 jam lebih mendengar ucapan Puan Maria yang katanya hanya beberapa patah perkataan saja. Akhirnya kami dibenarkan masuk ke kelas. Fuhh, lenguh kaki.

Aku telah diasingkan daripada pelajar lelaki. Akhirnya aku dapat kelas persendirian. Sedihnya seorang diri disini.

**********************
Akhirnya kelas tamat. Segera aku berlari ke pejabat Papa untuk meminta izin balik dahulu. Setelah menyalam Papa aku berlalu ke pintu pagar.

Sebuah lorong sunyi aku lalu. Seram jugalah sebab keliling pokok saja. Siapa saja tak seram. Cuba cakap dengan aku.

Tiba-tiba aku terdengar suara orang bergaduh. Dari jauh aku perhatikan seorang lelaki dikerumuni beberapa orang lelaki berbadan sado. Terbeliak mata aku apabila darah keluar dari mulut lelaki itu.

Sementara itu....

Darah muncul dari mulut aku. Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku hanya mampu terbaring sambil mendengar gelak tawa mereka.

"Hahahaha tulah. Tadi berlagak sangat. Bila dah terbaring baru nak menyesal." Kata salah seorang daripada mereka.

"Tak adil. Aku seorang lawan korang bertiga. Gila apa!" Aku menengking dia dan cuba untuk bangun. Salah seorang dari mereka terus memijak aku.

"Arghh!!" Jerit aku.

Flashback.

Aku seorang diri berjalan di lorong sunyi ni. Memang jalan ni aku lalu kalau balik dari akademi. Earphone aku sumbat dalam telinga.

Tiba-tiba muncul tiga orang lelaki di hadapan aku. Mereka nak apa pula ni.

"Woi budak. Kau ke yang cari fasal dengan bos kita orang haritu." Bos? Ouh baru aku ingat tempoh hari aku bergaduh dengan seorang mamat ni. Teruk juga dia aku kerjakan. Entah hidup lagi ke tak.

"Haah. Pahal? Nak aku belasah korang juga ke?" Aku sudah mula membuka langkah.

"Berlagak eh. Jom!" Kata salah seorang dari mereka. Tanpa sempat bergerak dulu aku sudah menyepak muka lelaki tadi. Dua orang lagi terkejut lalu cuba memukul aku.

Aku mengelak dan menumbuk perut mereka. Kebelakang mereka aku buat. Seorang lagi cuba bangun dan memukul aku. Aku sempat elak tapi malangnya aku terjatuh.

Dua orang lelaki tadi berlari ke arahku dan memegang kedua tanganku erat. Satu lagi menumbuk perut aku kuat. Terbatuk aku dibuatnya.

"Hah siapa yang kuat sekarang?" Aku meludah muka dia dan satu lagi tumbukan hinggap diperut aku.

"Arhh sial!" Jerit aku.

Aku kemudian dibawa pergi ke kawasan yang lebih lapang sedikit.

End..

Ketika aku hampir merasakan riwayat hidup aku hampir tamat. Muncul seorang gadis dihadapan aku. Eh! Ni bukan budak yang langgar aku ke tadi..

**********************
"Apa korang buat hah!" Jerit aku. Mereka hanya tersenyum sahaja. Ceh, ingat aku perempuan aku lembik ya.

Sempat aku mengerling lelaki itu. Pelajar sekolah?! Kenapa mereka pukul dia? Berbagai soalan muncul di kepala aku.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka bertiga cuba memegang aku. Sempat aku elak daripada disentuh. Ingat aku murah ke hah!

Dengan kudrat yang tinggi aku menendang bahagian sensitifnya. Dia melompat-lompat sambil memegang Kelengkangnya.

Dua orang lelaki dibelakang terkejut dan cuba membantu rakan mereka.

"Woi yang korang dekat aku pahal. Pergi belasah budak tu!" Tengkingnya. Mereka berdua terus menerpa ke arah aku.

Dalam sekelip mata mereka berdua tumbang. Oh! Aku lupa pisau aku ada dalam beg. Hehehe. Tapu mereka tak mati lagi. Cuma luka sedikit.

1 sakit dekat bahagian sensitif. 2 luka. Selesai sudah. Aku terus memapah lelaki yang cedera teruk tadi meninggalkan mereka bertiga yang tidak berguna.

"Kau okay tak?" Soal aku. Mukanya yang lebam aku tampal dengan Handiplast. Dia senyap hanya membiarkan aku merawat dia.

"Terima kasih." Jawabnya sepatah. Aku mengangguk dan terus merawat luka dia. Dapat aku lihat air muka diwajahnya. Air muka seorang yang keseorangan.

"Nama aku Natrah. Kau?"

"Rayyan." Sepatah lagi.

"Hmm. Kau tinggal kat mana? Sini aku hantar." Ucap aku cuba untuk rapat dengan dia. Bukan nak menggatal!

"Apartmen dekat dengan akademi." Aku meng'oh'kan dan terus memapah dia perlahan-lahan.

Tiba sahaja di apartmen dia. Rayyan mengucapkan terima kasih sambil mengajak aku masuk. Jangan risau ok. Aku tahu jaga diri kalau dia nak apa-apakan aku.

"Kenapa diorang pukul kau?" Tanya aku. Rayyan memandang aku sambil menuang air ke dalam gelas.

"Aku pukul bos diorang. Dan dia hantar diorang untuk pukul aku." Aku mengangguk sebelum dia menghalakan gelas tadi ke pipi aku. Tersentak kejap. Sejuk kot..

"Hmm kau tinggal sorang eh?" Dia hanya mengangguk seraya meneguk jus oren. Aku tak tahu nak tanya apa lagi. Tengok dia dingin saja.

"Kau nak balik ke? Nak aku teman?" Rayyan memecahkan kesunyian. Aku berfikir sejenak.

"Kalau kau tak kisah boleh je."

Dan aku terus bergerak pulang ke rumahku syurgaku ditemani oleh Rayyan yang tak sampai berapa minit aku kenal. Huhu.

**********************

Skreeeettttt!!!

Pin pin!!!

Ok stoppp

Hah!!! Hambar tak part ni? Yeah aku tau hambar..

Btw sorry lama tk update. Memang aku sengaja pun. Hahaha

Ok aku nk tanya something. Jika korang rasa korang hebat. Kn?

Korang cer cium siku korg! Boleh tk? Tkkn... Aku dah cuba... Sampai sakit pinggng dibuatnya. Kbye

Dengan ini saya mengisytiharkan part ini tamat.

Pom pom

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience