BAB 2 DICP

Romance Completed 255987

(PEMBERITAHUAN- Chapter ini sedikit sebanyak sudah saya oleh dari segi dialog agak kelihatan tidak terlalu hambar, )

"Saya ingin meminta para readers untuk berhenti menyalahkan saya kerana saya terpaksa sahaja",rayuan Fateh Uwais

persoalannya :adakah kalian sudi memaafkan dia atau lantakk kau la Fateh

(Boleh komen k)

Bye ii- n.a.s_author

Aku lalu memberhentikan kenderaan aku di bahu jalan ,fikiran ku menjadi kusut ketika ini sejak pertemuan aku dengan Fateh di tadika tadi

Niat untuk mengintai terbantut serta merta terpaksa ditangguhkan

Aku meraup wajah aku kasar menggunakan tapak tangan

"Kenapa mesti dia bukan orang lain "aku bermonolog sendirian , fikiran aku berserabut

Telefon aku dicapai lalu aku menghubungi seseorang

"Ryn i can't"

"Hah but why ,no Esya kau sorang jer boleh tolong aku sekarang ni dah lama aku cari dia kan ,please aku rindukan dia sangat-sangat ,aku hanya sempat cium dia sekali jer lepas dia lahir please help me"rayu Ryna

Aku jadi serba salah ,pada masa yang sama aku betul-betul takknak berhadapan dengan Fateh ,aku tak cukup kuat lagi

"Takpelah nanti aku fikir balik"balas Aku

"Haa aaa okay ,bye"

"Bye "

Lalu telefon aku campak ke sebelah penumpang ,

Aku menekan pedal minyak untuk menyusuri jalan raya pulang ke pangsapuri tempat aku tinggal sejak kembali dari Australia beberapa bulan yang lalu

Dalam fikiran aku tidak berhenti memikirkan dirinya ,dia sudah bergelar Duda sejak wife dia meninggal tapi kenapa wife dia meninggal

Arah lantaklah ,apa aku kisah 5 tahun aku pendam rasa sakit hati aku ni sebab diorang nikah

5 tahun aku memendam rasa rindu dan sengsara seorang diri ,untung sahaja diri aku sentiasa ditemani oleh Ryn sahabat baik aku yang turut membawa diri akibat duka lara yang ditinggalkan bekas suami

Aku dengan dia bersama menempuh kehidupan di sana dengan cuba melupakan mereka yang pernah membahagiakan tetapi akhirnya melukakan dengan hati yang tabah namun sia-sia nama -nama itu tetap terpahat di hati dan sukar terganti

Petang itu Fateh duduk di beranda rumah sambil termenung jauh mengenangkan pertemuannya semula dengan bekas kekasihnya Faneesya Irina

Agak-agaknya you dah kawin ke belum ,i harap belum sekurang-kurangnya i masih ada peluang untuk mendampingi you Irina

Eh ehh apa ke benda aku dah melalut ni ,sedar la sikit Fateh oiii orang tu dah dingin dengan kau dah macam ais batu lagi tadi

Nak bercakap dengan kau pun dia dah tak hingin. ,tengoklah tadi ,satu perenggan kau punya soalan sepatah jer jawapan dia nampak sangat dia tak takde sikit pun rasa nak bercakap apatah lagi berbual dengan kau ,(monolognya sendirian sambil tersenyum hambar)

Tapi dia sedar ,tidak layak dirinya untuk menaruh rasa terkilan itu sedangkan dia punca segalanya ,dia menghela nafasnya yang gusar itu dengan pendek

Menikahi adik angkatnya hanya satu tanggungjawab yang perlu dia galaskan
Sehingga kan terpaksa melukakan hati bekas teman wanitanya itu

Tapi dia juga terpaksa ,bukan kehendaknya semua ini terjadi ,Miranda betul-betul memerlukan dirinya 5 tahun lepas

Takkan lah dirinya sebagai seorang abang harus lepas tangan begitu sahaja walaupun Miranda hanya adik angkatnya

Dia menghela nafas lagi kusut rasa hati ini

Pappp!

"Haaaaa mengelamun ...engkau kalau rumah ni masuk perompak belum tentu kau sedar"
Ujar satu suara tanpa rasa bersalah

"Hoiii terperanjat aku bangang ,kau memang tak reti bagi salam erkk"bebel Fateh apabila dia terperanjat dek bahu yang ditepuk dengan kuat

"Lekk aaaaa "balas Arjuna sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapan dengan Fateh

"Ermmm ,bila kau sampai"

"Baru jer ,kau tak dengar kereta aku masuk dalam garaj tu"sambil dia menunjukkan garaj yang menempatkan keretanya

"Hurmm tak dengar"

"Kau asal Fat ,menung ajer aku tengok ,ada masalah ke?"tanya Arjuna lagi

Fateh mengankat wajahnya memandang ke arah Arjuna merangkap sepupunya,lalu dia menghela nafas , tubuhnya disandarkan ke kerusi untuk lebih selesa

Arjuna masih menanti jawapan daripada si duda itu

"Kalau aku cakap ni kau percaya tak"tebak Fateh

"Kalau kau tak bagitau macam mana aku nak percaya bangang"

Fateh mencerlung tajam ,suka hati dia aje bangangkan aku ,aku sepak bersepai jugak gigi kau jap lagi weiii geramm aku!!!!

"Oiii cepatlah ,apa dia"gesa Arjuna

"Aku jumpa dia tadi"balas Fateh mendatar

"Sapa ?"Arjuna tidak mengerti siapa yang dimaksudkan oleh Fateh tadi,lalu mug yang berisi air nescafe diteguk sekadar menghilangkan rasa dahaga

"Faneesya "sepatah nama dipaculkan dari mulutnya,wajah diraup kasar

Mahu tersembur air di dalam mulut Arjuna pada ketika itu ,sudah lama dia tidak mendengar nama wanita itu sejak 5 tahun lalu ,matanya terbuntang luas seakan tidak percaya

Uhukkk! dia terbatuk akibat air tadi

"Kau biar betul Fat, dekat mana ,macam mana korang boleh jumpa ,dia dah kawin ke ,apa reaksi dia bila jumpa kau ,korang berbual tak "bertubi-tubi soalan yang dilemparkan oleh Arjuna dalam beberapa detik sahaja

"Kau nak aku jawab yang mana satu ni ,dah macam peluru berpandu kau punya soalan"perli Fateh

"Jawab semua ,cepat la "gesa Arjuna tidak sabar

Fateh mendengus geram ,entah bagaimana harus dia mulakan cerita ini

Akhirnya dia menyusun ayat dan cerita yang telah berlaku tadi dengan begitu teliti

Arjuna mendengar cerita Fateh itu dengan begitu tekun tanpa menyampuk terlebih dahulu

Hanya dia dan Fateh sahaja yang tahu apa yang berlaku 5 tahun lepas ,mengapa Fateh mengambil keputusan yang sangat drastik pada ketika itu

Semuanya dilakukan sebab rasa tanggungjawab dan kasih sayang

Kasih sayang antara abang dan Adik , walaupun Miranda hanyalah adik angkat namun mereka telah membesar sama-sama

Fateh menjadi saksi setiap penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Miranda sejak kecil

Kalau sebelum Fateh menikahi Miranda ,Miranda dijaga rapi oleh ibu mereka luar dan dalam ,namun segalanya berubah apabila ibu dan bapa mereka berdua meninggal dalam satu nahas kemalangan jalan raya

Fateh tepaksa menggalas tanggungjawab itu dengan hati yang pasrah ,dia tidak boleh mengahwini Faneesya dan menjaga Miranda bersama dengan wanita itu

Tanpa memberitahu Faneesya sebab mereka putus Fateh mengankat kaki begitu sahaja

Bukan niatnya begitu cuma dia takut prasangka Faneesya terhadap Miranda akan jadi lebih teruk

Sudahlah mereka memang ada selisih faham pada ketika itu risau ianya menjadi lebih parah maka Fateh hanya merahsiakan sahaja

"So macam mana dia layan kau ,maksud aku cara bercakap"tanya Arjuna ingin tahu

"Dingin sangat ..... dingin ,"balas Fateh kecewa

"Ala relax la ,mungkin dia masih terkejut kut" pujuk Arjuna cuba menyedapkan hati Fateh

Fateh hanya tergelak hambar ,langsung pujukan itu tidak melegakan hatinya

"Tapi dia dah kawin ke?"tanga Arjuna lagi

Fateh mengerling ke arah Arjunan,dia juga tidak tahu

Akhirnya dia hanya mengjongkitkan bahu tanda tidak tahu ,jauh di sudut hatinya berharap agar wanita itu belum berkahwin lagipun dia baru 26 tahun ni

Aiii kejam kau Fateh kau nak tengok dia jadi anak dara tua ke apa

Tidak lama selepas itu ,

"Uncle Juna "tempik Aurora dari dalam rumah , kanak-kanak itu ketika ini berada di hadapan pintu sambil memegang anak patung nya telah berlari anak mendapatkan Fateh dan Arjuna atau lebih mesra disapa Uncle Juna olehnya

"Hey Aurora ,meh sini"balas Arjuna tangannya sudah didepakan untuk menyambut kanak-kanak itu ke dalam pelukannya ,Feteh hanya tersenyum sahaja melihat kemesraan yang sudah lama terjalin antara Aurora dan Arjuna

Kini tubuh kecil Aurora sudah melekat di dada bidang milik Arjuna

"Uncle bila sampai"begitu petah si kecil bertanya

"Baru jer sampai sayang"balas Arjuna dengan senyuman mekar setaman apabila bercakap dengan kanak-kanak itu

"Ouuuu ,Uncle ii nak tahu tak tadikan Aurora jumpa seorang Untie ni kan cantik sangat ,dia kawan lama papa nama dia Untie Faneesya "begitu bersungguh-sungguh kanak-kanak itu menceritakan pertemuannya dan Faneesya di tadika tadi

Arjuna sudah terbeliak biji mata ,uihhhh kemain budak ni cerita pasal Faneesya

"Ouhh yer ker ,"Arjuna buat-buat melayan sahaja cerita si kecil Aurora dengan tekun

Sementara itu Fateh sudah mengelengkan kepala melihat gelagat dua makhluk dihadapan nya pada ketika ini

Seusai menunaikan solat Isyak ,aku melipat semula telekung dan sejadah aku lalu diletakkan di tas rak

Aku lalu duduk dibirai katil ,tubuh aku yang sudah kepenatan sejak petang tadi lalu dibaringkan seketika

mata aku dipejamkan untuk menghilangkan segala rasa penat lelah pada hari ini

Tiba- tiba wajah Fateh melintas di minda aku ,secara spontan mata aku terbuka luas lalu aku gosok berkali-kali

Tubuh aku lalu ditegakkan ,mata aku digosok berkali untuk menghilangkam gambaran wajah Fateh dalam kelopak dan minda aku

Wajah aku diraup kasar

"Serabutla aku macam ni ,lain yang aku rancang lain pulak yang jadi"omelnya sendirian

"Kenapa erkk dalam banyak -banyak orang mesti kauu"bebelnya sendirian

"Dan kau Ryn kenapa aku kesiankan kauu ,kenapa aku tak jadi kejam jer kan senang"

"Penat la aku macam ni ,macam mana aku nak halau dia keluar dari hidup aku ,keluar dari hati aku ,keluar dari kotak pemikiran aku Ya Allah bantulah aku"

"Arrrhhh!"

Bantal lalu diambil ,aku menekup wajah aku menggunakan bantal tersebut

Aku meronta-ronta di atas katil , sebentar bergolek ke kanan sebentar ke kiri ..habis rintik cadar katil aku

"Arhhhh tolonglah ,usir nama dan bayang dia dari minda aku Ya Allah berhenti lah menyeksa diriku ,kalau macam ni lah keadaannya mahu aku jatuh terguling guling ,Fateh i love you ,mahu meroyan aku dibuatnya"monolognya sendirian

Tanpa dia sedar dia sudah terlelap , disangkakan bayang lelaki itu akan hilang namun hampa

Boleh pulak dia berlegar-legar dalam mimpi aku ,aduiii

follow IG ainshuhada_02 Heheheheh Kalau diikutkan sama jer dengan yang sebelum ni chapter ni tapi sedikit perubahan telah dilakukan agar cerita tidak terlalu hambar Dan Fateh ada sedikit permintaan kepada readers "Wahai readers ,berhenti lah menyalahkan diriku ,dirku tidak bersalah ,hanya terpaksa yang menjadi punca "-Fateh Uwais

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience