H4

Crime Series 45700

"Wan... err.. Kak Mai berhenti kerja.."

Dafika yang duduk bersila sebelah anaknya teragak-untuk memberitahu, sesekali matanya melirik kepada Ezhar yang berdiri di muka tingkap yang terbuka luas. Muka lelaki itu selamba je menghembus asap rokok keluar dari jendela.

"Laaa... kenapa Mai berhenti? Takde pulak dia datang jumpa Wan cakap nak berhenti."

Soal Hajah Salhah kembali.

"Err... dia.."

"Har yang halau dia tadi."

Laju Ezhar memotong ayat Dafika yang belum habis.


Serentak mata yang berada di raung tamu itu menoleh kepada Ezhar. Lelaki itu masih berlagak biasa di tepi tingkap.

"Kenapa Har halau Kak Mai?"

Lembut Wan bertanya lagi.

"Tak guna la perempuan tu ada kat situ Wan, dia masak bukan sedap pun. Sedap lagi Fika masak. Lagipun bukan Har tak tahu dia selalu buli Fika. Buat Fika macam hamba dia. Tak guna simpan pekerja macam tu lagi Wan."

"Kan saya dah cakap dengan awak, Mai tu memang selalu buli Fika. Awak tak percaya."

Bidas Haji Borhari tiba-tiba.

"Betul ke Fika?"
Soal Hajah Salhah lagi sambil memandang Dafika yang masih bersila sebelah anaknya.

"Tak la Wan.. Kak Mai memang garang sikit, tapi perangai dia memang macam tu, dia tak buli pun cuma dia banyak ajar Fika.."

"Tak payah kau nak sebelah perempuan tu lagi Fika, Aku tengok dia sekali pun aku tahu dia suka conquer orang. Bukan aku tak dengar dia arah kau macam-macam. Dia ingat kedai tu bapak dia punya ke?!"

Sekali lagi hujung mata Dafika mengarah tajam kepada Ezhar. Nak dilawan takut Wan dengan Atok kata apa, akhirnya dia diam je la.

"Kalau macam tu, esok Wan turun ke kedai, tolong Fika, sementara kita dapatkan tukang masak baru."

Cadang Hajah Salhah, dia pun tahu panas baran Har bukan boleh dibuat main-main. Dan Salhah sedikit menyesal bila dia lambat tahu tentang perangai Jamaidah pada Dafika.
Pernah beberapa kali dia bertanya Dafika, namun wanita itu seolah-olah menutup buruk Jamaidah.. huh...

"Tak payah susah-susah lah Wan, nanti Har tolong Fika kat kedai."

"Kau nak tolong apa Har? Kau tahu memasak ke?"
Sedikit tergelak Haji Bohari dengan kenyataan cucunya. Bukan dia tak tahu, Ezhar paling malas ke dapur. Nak buat air pun sanggup ke kedai makan sebab malas nak kacau sendiri kat dapur. Mmmm...

"Ala Tok.. setakat potong-potong sayur, buat air tu, kacang je la! Har dah biasa. Nanti Har jadi pembantu yang setia untuk CHEF DAFIKA AWANIS!."


Sekali lagi Dafika melirih kearah Ezhar. Lelaki itu dengan selamba mengenyit mata ketika pandangan mereka bertemu. Makin la sakit rasa jiwa Dafika!

Kalau bukan Ezhar tu cucu Atok ngan Wan, dah lama dia sekeh kepala lelaki tu!

"Takpe.. nanti balik sekolah, Arsyad pun tolong mama kat kedai okay."
Ujar Karsyad yang dari tadi sedang menyiapkan tugasan sekolahnya.

"Eh budak kecik, Kau tu masih sekolah. Tak payah nak buat kerja orang tua. Kerja kau tu belajar je. Nanti dah pandai, dah ada kerja baru bagi duit kat mama kau. Mimpi basah pun tak lagi, ada hati nak buat kerja kat kedai."

Laju Dafika menerkup kedua telinga Karsyad ketika mendengar perkataan 'mimpi basah' yang dikeluarkan dari bibir Ezhar.
Sekali lagi matanya menjeling lelaki itu.

"Kau ni Har.. nak nasihat tu elok-elok la.. Arsyad tu budak kecik lagi. Entah apa yang dia fikir nanti."

"Salah ke Har cakap macam tu kat Arsyad?"

Ezhar membidas semula nasihat Wan nya.

"Salah tu tak la... tapi berlapik la sikit."

Terang Hajah Salhah sekali lagi.

"Takpe la Atok, Wan.. Fika nak bawa Arsyad tidur,esok nak sekolah. Nanti dia lambat bangun."

Malas untuk bertegang dengan Ezhar, Dafika membantu anaknya mengemas buku yang digunakan tadi dan memasukan kedalam beg galas Karsyad.

"Woi budak! nanti bila kau dah mimpi basah, kau tak boleh tidur dengan mama kau lagi! Kau kena tidur sorang-sorang!"

"Har..."
Dafika berpaling semula ketika kakinya baru ingin melangkah menuju kebilik bersama anaknya.
Nama Ezhar diseru pendek dengan keluhan dihujung lidah.
Lagi geram hatinya ketika melihat lelaki itu mengangkat kening tanda mengejek!
Haish!

"Kau ni Har... suka sangat nak menyakat Arsyad. Sebab tu la dia takut nak dekat dengan kau."
Hajah Salhah bersuara lagi ketika Dafika dan Karsyad sudah hilang didalam bilik mereka.

Haji Bohari pula hanya menggelengkan kepala. Dia tahu Ezhar takde niat nak persendakan Karsyad.
Sikap Ezhar sama seperti dulu, sentiasa kasar dalam pergaulan namun jauh disudut hati cucunya menyimpan seribu kasih sesama manusia yang sengaja dibekukan sehingga kini.

Bohari nampak Ezhar Iqbal yang sebenarnya adalah seorang lelaki yang penuh perasaan cinta. Hanya masa bisa merubah perwatakan cucunya itu. Insha Allah..

*****

"Kau tak tidur lagi?"

"Opocot!"
Dafika yang baru melangkah masuk kedapur hampir tersentak ketika mendengar suara garau Ezhar menyapanya dalam gelap.

Ketawa Ezhar sebentar, ketika mendengar latah dari Dafika.
Dah macam orang tua!

"Saya nak minum air, Awak pun tak tidur lagi ke?"
Balas Dafika seraya memetik suis lampu dapur untuk membuka. Takkan nak berdua dalam gelap kot.
Yang mamat ni pun apasal la merokok kat dapur dalam gelap? Pelik.

"Aku dah tidur, tapi terasa haus. Tu yang bangun balik."

"Awak haus air ke, haus rokok?

"Aku haus perempuan."

Balas Ezhar selamba.


Main-main je jawapan Ezhar ni!

Hujung mata bulat Dafika melirih kepada Ezhar yang masih berdiri di tingkap yang dibuka sedikit. Sikit pun dia tak takut dengan Lelaki itu.

"Fika.. terlanjur kau kat sini, buatkan aku kopi."

"Awak buat la sendiri, bukan awak tak biasa bancuh kopi."

Dafika memcebik bibir, suka hati je Ezhar ni mengarah dia.

"Kopi kau bancuh lagi kaw. Tolong la buat."

Rayu Ezhar lagi. Pandangan masih tak lepas menghadap keluar jendela sambil menghembus asap rokok. Rasanya lebih puas kalau perkena kopi 'kaw' dari air tangan Fika.

"Hish... awak ni..."

Dafika merengus sebentar, namun kemahuan Ezhar diturut jua.

Gelas kaca diambil dan menuang air panas yang sedia ada didalam mesin pemanas air.

"Berapa lama kau hidup dengan laki kau sebelum dia tinggal kan kau, Fika?"


Sekali lagi ekor mata Dafika dibawa kepada tubuh Ezhar di jendela. Wajah lelaki itu masih dihala keluar tingkap.

"Seingat aku, sebelum aku dipenjara. Kau pernah bagi tahu yang mak kau dah terima pinangan Nasir?"

Ezhar cuba mengingat kembali kisah 7 tahun yang lepas.Wajah Nasir Imran, anak orang kaya kat kampung ni bermain dibenak fikiran Ezhar.

"Jadi.. dia lah laki kau? bapak kepada Arsyad?"

Soal Ezhar lagi, ketika Dafika terus mendiamkan diri.


Wanita itu masih meneruskan kerja mengacau kopi didalam gelas. Malas nak menjawab

"Tapi... kalau Arsyad tu anak Nasir, kenapa dia bin dengan nama Abdullah?"


Ting!

Bunyi sudu yang dicampak kedalam sinki, menyebabkan tubuh Ezhar laju berpusing. Muka ketat Dafika dipandang.

"Saya taknak ada apa-apa hubungan dengan Nasir lagi, sebab tu saya 'bin' kan Arsyad dengan 'Abdullah'. Puas hati dengan jawapan saya?"


Boleh ke suka suka 'bin' kan anak dengan nama 'Abdullah'?

Ezhar garu kepala, dia tak puas hati dengan jawapan Dafika. Namun kalau ditanya lagi, sah-sah makin tinggi suara wanita tu.

"Har.. saya mintak awak jangan tanya dan cakap lagi pasal ayah Arsyad, saya taknak Arsyad dengar perbualan ni. Saya pun taknak Arsyad tahu hal sebenarnya. Dia masih kecik, tak mengerti apa-apa."

"Ye lah.... Aku mintak sorry kat kau, aku cuma curious je tentang status Arsyad."

Ezhar menjawab lantas melabuhkan punggung diatas kerusi seraya Dafika meletakan gelas kopi yang siap dibancuh, dihadapanya.

"Awak dah tahu, jadi saya mintak awak jangan tanya apa-apa lagi."

"Ai Ai CHEF FIKA!"


Jelingan Dafika makin tajam ketika melihat aksi Ezhar menabik kepadanya.

Huh!

Perangai tak pernah berubah!

"Dah la.. Saya nak masuk tidur!."

"Eh! tunggu lah sekejap, teman aku minum kopi dulu."

Berkeriut muka tampan Ezhar ketika melihat Dafika yang ingin keluar dari ruang dapur.

"Har.. Dah malam la. tak elok kita berdua je kat dapur ni. Nanti Wan ngan Atok nampak, apa diorang cakap."

"Diorang nak cakap apa? Aku bukan buat apa-apa pun dengan kau. Sentuh kau pun tak. Aku ajak teman aku minum kopi je."

Bibir Ezhar menyisip sedikit kopi yang masih hangat. Fuh... 'Kaw giler'

Sikit pun tiada riak takut dengan kata-kata Dafika tadi.

"Awak tahu tak Har, bila berdua macam ni. Syaitan akan berada kat tengah-tengah."

"Syaitan kat dunia ni takut dengan syaitan yang ada kat dalam badan aku. Takde sekor pun yang berani datang kat tengah-tengah ni hah!"
Bidas Ezhar sinis seraya sekali lagi mengalirkan kopi ke tekaknya.

"Awak ni main-main kan."

"Takdenya aku nak main-main, kau ingat bila kau ceramah tengah malam ni, aku akan insaf ke?"


Dafika merengus lagi, ada je jawapan pemati ayat yang diberi oleh mamat depan dia ni! Tak pernah nak serius!

"Kalau kau taknak duduk sini, kau berdiri je kat pintu tu, dengar apa aku nak tanya."

Ezhar mengalah bila melihat muka tempe Dafika yang tak sudah.

"Awak nak tanya apa?"
Dafika menyandar belakangnya di tepi dinding sebelum kedua tangan dilintang kedada. Pertanyaan Ezhar ditunggu.

"7 tahun aku kat dalam, banyak yang aku lupa, banyak juga yang berubah kat sini. Aku nak tanya, kau kenal tak Raykal. Satu sekolah dengan kita. Tapi dia kelas depan tak sama dengan kau dan aku."

Raykal?!
Serta-merta lutut Dafika terasa longlai, namun cepat dia membetulkan tubuh takut terjelepok ke lantai tiba-tiba.

"Kau tahu tak dia tinggal mana? Aku pusing-pusing kampung ni, tapi tak jumpa pun. Nak tanya member lain pun, aku tengok macam dah takde dah kampung ni. Agaknya semua dah pergi bandar kot."
Soal Ezhar lagi, tanpa sedikit pun perasan kalut yang melanda Dafika sejak tadi.

"Err... kenapa awak nak cari dia?"

Terketar suara Dafika ketika dia bertanya kembali.

"Takde la... aku cuma teringat, masa kes pukul Malik dulu, aku perasan kelibat dia. Tapi lepas tu aku tak sedar apa-apa lagi. Masa kat mahkamah aku lupa nak mention nama Raykal. Bila aku dah lama dalam penjara baru aku terfikir balik. Aku rasa kalau aku jumpa Raykal, mungkin aku akan tahu siapa sebenarnya yang pukul Malik sampai dia koma."


Glup!

Dafika membetulkan peti suaranya sebelum dia berbicara.
"Har... kes Malik, Atok dengan Wan tahu bukan salah awak.Tak payah lah awak nak siasat lagi."

"Atok dengan Wan je tahu aku tak salah, tapi orang kampung ni masih tuduh aku yang pukul Malik, Malik mati pun diorang cakap sebab aku. Atlist kalau aku tahu siapa yang buat onar sebenarnya dan kenapa dia nak kena kan aku, takdelah aku terkilan sangat kena penjara 7 tahun."

"Jadi awak rasa Raykal boleh bagi pertunjuk pada awak?"
Soal Dafika walaupun lidahnya terasa panas ketika menyebut nama 'Raykal' .

"Mungkin.."
Balas Ezhar seraya menganggukan kepala. Halkumnya laju berputar ketika kopi hangat dihirup lagi.

"Har.... selama 7 tahun ni, macam-macam yang awak tak tahu, dah berlaku. Selama 7 tahun, manusia boleh berubah-ubah. Kalau betul lah awak nampak Raykal ada masa tu, awak ingat Raykal akan bagi tahu hal sebenar?"

Ezhar meraup wajah petaknya dengan tapak tangan. Kata-kata Dafika ada benarnya. Namun entah mengapa dia masih ingin mencari bukti kes 7 tahun yang lepas.
Ezhar tak salah.
Memang dia bergaduh dengan Malik ketika hari kejadian.

Puncanya apabila Ezhar cuba menghalang Malik dari mengambil dadah.

Ezhar sendiri pun tak sedar bila Malik mula menghisap barang terlarang itu. Apabila dia tahu, beliau cuba bertanya, dari mana Malik mendapat bekalan dadah.

Belum sempat Malik menjawab, kepala Ezhar dipukul dengan objek keras sehingga menyebabkan dia pengsan.

Ketika Ezhar sedar, matanya memandang tubuh Malik yang terbaring kaku dengan kesan darah yang masih pekat mengalir di tepi kepala lelaki itu.

Dia cuba mengerakan Malik, namun Malik hanya kaku.
Tanpa sempat Ezhar melakukan apa-apa, kedengaran siren dari kenderaan polis datang menghampiri.


Ezhar ditangkap dan disabitkan kesalahan kerana bertindak kasar terhadap Malik. Waktu tu umur Ezhar mencecah 20 tahun. Dia masih tak mengerti tentang hukuman mahkamah,


Ketika itu juga tiada siapa yang membelanya.


Walau beribu kali Ezhar nyatakan pada pihak mahkamah bahawa dia tidak bersalah. Namun tiada bukti yang dapat menyokong kata-katanya.


Sebulan dia di lokap, Malik sedar dari koma.

Tanpa berjumpa dengan Ezhar, sepupunya itu menceritakan bahawa Ezhar yang memukulnya pada hari kejadian.


Apa lagi, teruslah keputusan dijatuhkan dan Ezhar dipenjara selama 5 tahun atas kesalahan yang bukan dia lakukan.


Ah! Kenapa kau mati dulu Malik! Masih banyak pertikaian antara kita yang belum diselesaikan!

"Kalau takde apa-apa lagi, Saya masuk tidur dulu"


Sapaan Dafika membuang kejadian hitam 7 tahun yang lepas. Sekali lagi Ezhar menarik nafas sebelum dihela pendek.

Kepala diangguk memberi ruang untuk Dafika meninggalkanya. Mentelah lah Ezhar pun ingin berseorangan sebentar.


Didalam bilik, Dafika membuka tudung bawal dari kepalanya dan disangkut pada paku di dinding kayu.

Badan meleret kedinding hingga dia terduduk diatas lantai.

Nafas yang tersangkut tadi, cuba ditolak keluar bagi menggantikan oksigen yang baru.


Dafika rasa dadanya sempit ketika Ezhar menyebut nama Raykal.
Dia tak mahu kisah 7 tahun dulu berulang lagi. Cukup lah dia terseksa. Cukup la jiwanya sakit kerana terpaksa mengharung semua ni keseorangan.

Dafika tak mahu hidupnya diganggu lagi, Dan yang pasti Dafika tak mahu hidup Ezhar terus porak poranda.
Dia tahu Ezhar terseksa selama 7 tahun dipenjara.
Tapi apa Dafika boleh lakukan? Dia sayangkan hidupnya. Dalam masa yang sama, Dafika sayangkan Ezhar lebih dari seorang kawan..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience