6

Family Series 1372

"Hello my boy macam mana?" Soal puan shahirah pada destiny. Kening sebelahnya terjongket sedikit ke atas meminta jawapan.

" Okey ma...kitaorang dah menang kan..k-pop is our style" balas haris. Ini haris destiny ya.

"Tak! Cuma haris sorang..." kata fandi yang mencelah.

Haris membalas tidak puas hati, "Yelah tu...tapi lagu korea korang layan jugak, jangan nak tipu la...kojimariya (penipu)!"

Fandi dan adam mengetuk bahu haris dengan sengaja. Haris mengaduh kesakitan. "Apasal aku kena pulak? Betulkan!"

Shahirah hanya tersengih melihat gelagat mereka. Dia sudah terbiasa dengan destiny yang sudah dianggap seperti anaknya. Tambahan pula kempat-empat ahli destiny berkawan dengan anaknya asyraf sejak dari kecil lagi. Kecuali halis syukri yang baru menyertai kumpulan itu dua tahun lepas setelah dicadangkan oleh haris bagi menggantikan seorang ahli kumpulan mereka yang mengundur diri.

"Ada-ada ja kamu ni.."

Mata shahirah melilau sekeliling. Dia lantas bersuara kala itu,

"Mana asyraf dan halis? Mama tak nampak diaorang pun!"

Mereka bertiga melihat sekeliling pentas itu. Haris segera membalas,

"Oh...halis dan asyraf ya...diaorang tu memang selalu hilang. Asyraf nak elak jumpa may, halis pulak nak elak adik may. Pendek kata dua-dua sedang melarikan diri."

Dua tamparan kuat hinggap di kedua bahu haris.

Fandi membisik perlahan di telinga haris, " kau pergi bocor rahsia tu kenapa? Kan diaorang dah cakap suruh rahsiakan!"

Haris menepuk dahinya manakala adam dan fandi hanya memeluk tubuh sambil menggeleng-geleng.

Shahirah bersuara lagi,  " Okey, mama pergi dulu ya...get ready nak jumpa dengan pelajar-pelajar. "

"Ya...ya..."balas mereka bertiga dengan senyuman. Fandi mengetuk bahu haris perlahan.

Dia masih bersuara tidak berpuas hati,
"kan mama dah sedih tu...haris...mulut capoi la kau ni!"

"Ya lah..sori la geng...aku tak sengaja..
jahat betul mulut aku ni! "

Kata haris lalu menampar-nampar bibirnya.

'Menyesal pecah rahsia pulak. Mulut jahat! ' Omel hatinya.

***************

DEWAN TERBUKA

Kelihatan ramai pelajar sudah memenuhi dewan terbuka sekolah yang terletak di belakang dewan tertutup. Hanya pelajar-pelajar perempuan yang membanjiri dewan itu. Masing-masing sedang berdiri panjang menanti giliran touch- up dan meminta sign dengan ahli destiny.

Shaza melihat sekeliling. Matanya masih tercari-cari seorang gadis bertudung labuh. Kebanyakan pelajar gadis di sekolah itu bertudung paras dada dan ada beberapa pelajar di kalangan pelajar wanita yang membebaskan rambut.

Peraturan di sekolah itu membenarkn tindakan sedemikian. Namun adab dan etika masih menjadi kepentingan utama sekolah ini.

Shaza beriak agak kecewa. 'Hmm..kira marah aku lagi ka? Dia cakap nak pergi tandas sekejap, tapi mana dia sekarang?.' omelnya.

" Destiny!"

Suara teriakan pelajar bergema sebaik kelima-lima ahli destiny melangkah masuk. Namun wajah shaza masih beriak kecewa.

Dia tersenyum nipis saat melihat haris berada di hadapan matanya.

'Ya, haris..aku gembira dapat tengok dia...tapi tak sepenuhnya. kalau kira tak ada... Aku rasa sedih. kira masih marah lagi ke?' Hati shaza merintih.

Kelima-lima ahli destiny mengambil tempat di tempat duduk masing-masing yang diletakkan tag nama mereka.

Sesi pertemuan khas dimulakan, pelajar-pelajar perempuan sibuk meminta autograf dan bergambar.

Shaza turut berbaris. Dia sempat mengerling haris yang sedang tersenyum. Senyuman turut terukir di wajahnya. Namun itu hanya seketika cuma, wajah kira asyik menjengah ke minda.

'Kira...kira mana kau?' hanya kata-kata itu sahaja yang asyik bermain di mindanya.

"Erk... Awak yang kat depan," Tegur shaza pada seorang pelajar perempuan bertudung di hadapadannya. Pelajar itu bereaksi dan menyambut sapaannya.

"Shaza tersenyum lebar, dia asyik tersengih-sengih sejak tadi.

'Rasa malu pulak nak menyusahkn orang!' bisik hatinya sendiri.

"Boleh awak tolong???" Soal nya lalu kening kanan dijongket ke atas. Dia menghulurkan sebuah kotak miliknya pada pelajar itu.

"Boleh tolong beri pada haris... Saya nak ke tandas sekejap!" ujar shaza padanya.

Tersenyum lebar shaza saat kotak ditangannya disambut dengan baik. Malah senyuman dihadiahkan pelajar itu.

"Hanya ALLAH dapat membalas kebaikan awak!" Kata shaza sebelum dia betul-betul menghilang dari situ.

Kakinya melangkah pantas menuju ke tempat keberadaan kira. Dia segera memanjat tangga menuju ke bahagian bangunan kelasnya. Dengan segera dia melangkah ke tandas perempuan yang terletak di hujung bangunan.

Diterjah masuk ke tandas." Nampak kira?" soal shaza sebaik dia terlihat beberapa pelajar perempuan dari kelasnya di tandas itu. Mereka membalas dengan gelengan.

'Mana kira ni?!'

Shaza lantas menolak kasar semua pintu tandas, Namun hanya kosong! Shaza lantas menuruni tangga menuju ke tandas di tingkat bawah dan di bahagian bawah.

'Mana kira ni..semua tandas kosong...kosong...dan pelajar-pelajar kat situ cakap dia tak ada!'

Shaza tercungap-cungap keletihan akibat asyik berlari ke sana ke mari.

"Kira kau marah aku lagi ke? Kenapa sanggup buat aku macam ni? Kau pergi mana?"  bisik shaza sendiri.

" Aku tahu dia ada kat mana!" Kata seseorang dari belakangnya. Shaza menoleh untuk melihat si penegur,

"Kau siapa?" Soal shaza agak berkerut.

"Kau tak perlu tahu siapa aku...tapi aku terdengar ada beberapa pelajar tengah kecoh dengan senyap pasal sesuatu besar sedang berlaku kat bangunan belakang padang sekolah, " Balasnya dengan bersahaja.

" Apa kaitan dengan kira?" soal shaza lagi. Namun pandangannya dibalas kosong.

Oh ya!

Shaza teringat kejadian di dewan terbuka tadi.

'Maysara? Entah-entah....' Kelopak mata shaza terus terbuntang luas.

Tbc....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience