BAB 21

Romance Completed 13562

Kotak milik Fuad diletakkan di atas meja di ruang tamu. Aqisha hanya menunggu kedatangan Hakim. Di cafe semalam Hakim sudah berjanji ingin membantunya menghantar barang ini ke alamat yang dia sendiri belum pasti dimana. Kata Hakim, dia selalu berulang-alik jalan itu dan tambahnya lagi alamat itu senang dicari. Entah betul ataupun tidak.
Sedang asyik termenung, Aqisha terdengar satu bunyi hon dari luar rumah. Aqisha menjenguk sebentar ke luar rumah, kelibat Hakim di dalam kereta. Puan Maisarah yang ketika itu berada di dapur sedang memeriksa barang dalam peti sejuk lantas dihampiri oleh anak daranya. Aqisha menyalami tangan mamanya lantas pamit meminta diri.

"Hati-hati pergi dan balik Aqisha. Qish tu perempuan.. Risau pulak mama bila tahu kawan yang hantar Qish tu lelaki. Apatah lagi mama tak kenal dia sape.."

"alahh.. Tak payah risau mama.. Lain kali Qish kenalkan kat mama okay? Pada pandangan Qish, dia ni baik ma.."

"walau apepun Qish cakap tentang budak tu, mama tetap rasa tak sedap hati lepaskan Qish dengan dia.."

"mama.. Trust me, Qish akan jaga diri baik-baik.. Okey, my Queen?"

"yela yela. Jaga diri Qish elok-elok. Mama doakan Qish selamat pergi dan selamat balik rumah. Kalau ada apa-apa berlaku, terus call mama tau.. Ingat tu."

Pesan Puan Maisarah hanya disertakan dengan anggukan oleh Aqisha dan segaris senyuman dihadiahkan kepada mamanya. Risau betul Puan Maisarah dengan anak daranya. Setelah berpelukan, Aqisha meminta diri. Sejurus selepas itu, Aqisha memboloskan diri ke dalam kereta Hakim. Barang milik Fuad ditaruh di bahagian belakang tempat duduk penumpang.

"Hai, precious. How are you today?"

Sapa Hakim sebaik sahaja Aqisha melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang di sebelahnya.

"sihat , alhamdulilah."

Sebuah senyuman dihadiahkan kepada Hakim. Kini Aqisha tidak lagi berasa kekok dengan jejaka di sampingnya. Walaupun hanya berkenalan tidak sampai seminggu, Aqisha sudah boleh membiasakan diri dengan Hakim.

"er sorry but ni kereta siapa pulak you rembat?"

Tanya Aqisha tiba-tiba. Kereta Aiman lain, yang ni lain. Setahunya, ketika mereka pergi ke cafe semalam, Hakim masih meminjam kereta Aiman.

"Ni kereta i la. I banyak spare part. Kalau you nak satu, i boleh bagi you free of charge."

Hakim kemudiannya tersenyum mesra namun kemudian meneliti penampilan Aqisha saat itu. Aqisha hanya menggunakan blouse merah jambu dan skirt hitam paras lutut pada malam itu.
Aqisha yang merasakan Hakim sedang "loyar buruk" menghadiahkan jelingan kepada Hakim. Orang tanya betul-betul, dia boleh pulak main-main. Gumam Aqisha, geram.

"okey..sekarang kita nak pergi mana? Dinner maybe? Or candle light dinner?"

Pertanyaan Hakim sekali lagi dibalas dengan jelingan tajam.

"Ape pulak pergi dinner? Kita pergi ke alamat ni laa.."

Nota yang diselitkan dalam poket skirt diambil dan disuakan. Nasib baik skirt yang dipakainya itu mempunyai poket bahagian tepi.
Hakim sudah melihat nota itu sebelum ini ketika mereka berada di cafe tempoh hari. Tapi itulah, Hakim mungkin terlupa.
Melihatkan reaksi Hakim yang tidak memandang nota yang disuakan kepadanya tetapi sebaliknya memandang Aqisha dari atas ke bawah, Aqisha mulai berasa cuak dan tidak selesa. Tenungan lelaki itu nampaknya ada seperti ada sesuatu yang tidak kena. Aqisha lantas beristighfar dan membuang segala firasat buruk mengenai lelaki itu.

"hello? Kenapa you tengok i macam tu sekali?"

Hakim yang terkejut disergah begitu segera mengalihkan pandangan ke hadapan. Hatinya berdebar tiba-tiba.

"Cantik pulak dia malam ni... Please jangan cakap aku dah suka dia.. She is not my taste. " bisik hati Hakim, cuba mengingatkan dirinya mengenai Aqisha bukan gadis yang tergolong dalam pilihan hatinya.

"Helloo???? I cakap dengan tunggul ke??" Kedengaran nada suara Aqisha agak ditinggikan kerana geram pertanyaannya tidak dijawap.

Hakim mengumpulkan kekuatan dan memandang tepat ke sepasang mata milik Aqisha. Mata mereka bertaut seketika. Kali ini, Aqisha pula merasakan jantungnya berdegup kencang seperti ingin meloloskan diri dari sepasang tubuh miliknya.
Panahan tenungan Hakim begitu menusuk jiwanya. Aqisha tewas dengan renungan itu lantas menunduk.

"You are beautiful tonight, Riana."

Sebaris ayat itu ternyata mengegarkan jantung Aqisha sekali lagi. Aqisha menarik nafas dan menghembus kuat seraya bersuara.

"Thank you. Can we move now, please?"

Aqisha tidak kuat dipandang sebegitu rupa. Dalam hati dia mohon Hakim segera menghantarnya ke rumah Fuad dan selepas selesai amanah Ain ini, dia boleh balik dan tidur dengan lena.

"okay. Let' s go."

Hakim mula melepaskan brek tangan dan memandu kereta itu keluar dari pekarangan rumah Aqisha.
Aqisha kini sudah boleh bernafas dengan selesa tanpa halangan dan cabaran!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience