Rate

BR 2 Chapter 2 : One lie can end a million trust.

Humor Completed 214294

QISTINA dan Zack terkebil-kebil saat melihat Mawar masuk ke dalam rumah mereka. Nadine yang didukung diletak ke ruang tamu. Riak muka wanita itu kelihatan selamba. Tanpa dipelawa, Mawar menghenyak punggungnya ke sofa ruang tamu.

Zack dan Qistina saling berpandangan antara satu sama lain. Namun, mereka sudah dapat menebak apa yang sedang berlaku. Pasti tentang kes siang tadi.

“Don’t tell me that you lari dari rumah, Kiera,” mendatar sahaja suara Qistina saat ini. Matanya memandang tepat pada wajah Mawar.

“I nak tumpang a week, maybe… atau lama lagi,” Balas Mawar. Riak wajahnya tampak bersahaja.

Qistina tarik nafas dalam sambil mencebir bibir. Dia menghampiri Nadine dengan senyuman manis. “ Your ummi gaduh dengan papa ke, baby?” Soalan itu diajukan pada Nadine walaupun Qistina tahu, Nadine tidak bisa menjawab pertanyaannya.

Mawar sungging senyum nipis. Matanya ditalakan pada si kecil yang sibuk bermain dengan patung yang dipegang sejak dari tadi. Dia diam beberapa detik sebelum kepala ditoleh memandang pada susuk tubuh abang iparnya. “Aku tumpang kejap je sini. Kalau kau tak selesa, aku cari tempat lain,” tutur Mawar.

Zack menggeleng sambil ketawa kecil. “Aku tak cakap apa-apa pun, Mawar. But, I'm sure, Dean tak suka kau lari macam ni,” sinis ayat itu dilontarkan pada Mawar.

Mawar mendengus perlahan. Dia menatap kembali Nadine yang berada di depan mata. Kemudian, matanya beralih pula pada Qistina. “You bagi tak I tumpang sini? Kalau tak, I pergi tempat lain,” Soal Mawar kepada Qistina.

“Takkan I nak biarkan adik I dengan anak buah I ni? Tinggal lah seberapa lama you nak. Lagipun sini orang gaji I boleh jagakan Nadine. Tak payah you usung Nadine ke restoran lagi,” tutur Qistina dengan tenang.

Zack mengerut dahinya. Dia tidak bersetuju dengan Qistina. Sepatutnya wanita itu menasihati Mawar agar menyelesaikan segala kemelut rumah tangganya dengan baik. Namun, sebaliknya, wanita itu seolah-olah menyokong tindakan adik iparnya itu.

“Aku bukan tak suka kau duduk sini, Mawar. Tapi, aku kena tegur benda ni. Kalau ada masalah antara kau dengan Dean, better bawa berbincang. Lari macam ni, tak selesaikan masalah. Kena berbincang secara matang. Bukan elak macam ni," Zack mencelah dan dia berjalan menuju ke arah Qistina dan Mawar.

Qistina merenung tajam pada Zack saat mendengar kata-kata lelaki itu. Zack buat tak endah. Dia tidak peduli dengan padangan Qistina terhadapnya. Yang penting dia harus menegur perbuatan Mawar. Dia tidak mahu bersubahat dan menyokong tindakan yang salah.

Seperti biasa, Mawar hanya diam. Dia perlukan masa untuk berdepan dengan Aydean. Fikirannya bercelaru saat ini. Pelbagai perkara yang bermain dibenak fikirannya. Dia mula merasakan Aydean sudah berubah hati.

Nafas ditarik dalam-dalam. Sukar untuk dia membuang fikiran yang sebegitu kerana setiap masa dia merasakan yang dia masih tidak layak mendampingi Aydean.

“Zack, please. Bagi Kiera masa.” Kata Qistina cuba membela adiknya.

Zack menggeleng. “I sendiri sebagai suami tak suka bila bergaduh, you lari dari rumah. Hal rumah tangga kena settle cepat. Bukan lari macam ni,” Selar Zack sudah tidak peduli lagi dengan kata-kata Qistina.

Jelingan tajam dihadiahkan buat si suami. “You memanglah cakap macam tu. You lelaki sebab tu you bela Dean tu. Kiera ni adik I tau!” Bentak Qistina dengan geram.

“Qis, janganlah sebab I korang berdua bergaduh,” Pintas Mawar cuba menenangkan keadaan yang kian tegang itu.

Zack mendengus perlahan. Dia terasa hati saat dibentak sebegitu di depan adik iparnya. Tercalar maruah sebagai suami.

“Nantilah aku bincang dengan Dean. Buat masa sekarang ni, I need space. Aku nak bertenang,” sambung Mawar dengan nada yang lemah. Saat nama Aydean meniti di bibirnya, dia seakan hilang semangat.

“It’s up to you,” Zack terus mengatur langkah naik ke bilik meninggalkan Qistina dan Mawar di situ.

Qistina mendengus kasar sambil menjeling tajam pada susuk tubuh yang sudah pun menghilang naik ke bilik. “Merajuklah tu.” Terkumat kamit mulut Qistina menutur kata.

“You janganlah bergaduh dengan Zack sebab I,” kata Mawar tanpa nada. Susuk tubuh Nadine direnung lama. Entah mengapa hatinya dihenyak rasa sedih dan pilu.

“Dari siang tadi dia asyik nak bergaduh dengan I tau,” adu Qistina. Terketap-ketap bibirnya menahan geram. Entah apa angin yang melanda lelaki itu, dia sendiri tidak tahu.

Mawar hanya tersenyum pahit. Dia menyandar tubuh ke dada sofa sambil meraup muka dengan perlahan.

Terbit rasa kasihan di hati Qistina tatkala melihat riak suram adiknya itu. “So, you dah tanya Dean pasal tu? Dia cakap apa?” Soal Qistina ingin tahu.

Mawar hela nafas panjang sebelum dia memulakan bicara. “Dia kata hal kerja dan minta I faham,”

“Masalahnya, kenapa dia tipu you?” Soal Qistina lagi. Bukanlah niat dia ingin menjadi batu api. Tetapi, perbuatan Aydean itu akan menyebabkan Mawar hilang kepercayaan pada lelaki itu nanti.

Mawar jungkit bahu tanda tidak tahu. Dia penat dan malas mahu memikirkan tentang permasalahan itu. Dia hanya mahu berehat dan bertenang seketika. Itu sahaja.

Qistina mengosok bahu adiknya dengan lembut seraya berkata, “You pergilah naik bilik, rehat. I jagakan Nadine. Muka you nampak letih sangat,”

Mawar tersenyum hambar pada Qistina. “Thank you, Qis. I love you,” ucap Mawar. Tubuh ditolak bangun dari situ. Kemudian dia menapak ke tangga dan mendaki satu persatu anak tangga menuju ke bilik.

 

 

AYDEAN meraup muka dengan kasar. Dia marah dengan Mawar yang keluar dari rumah tanpa izinnya. Dia tahu Mawar pasti melarikan diri dan tidak mahu bertemu dengannya.

Surat yang ditinggalkan Mawar dibaca sekali lagi.

Saya perlukan masa untuk berdepan dengan awak. Beri saya ruang. Jangan risaukan Nadine. She will be fine.

Cukup ringkas pesanan itu ditulis. Namun cukup membuatkan Aydean merasa kesal dengan keputusan Mawar.

Beberapa kali Aydean cuba menghubungi telefon bimbit Mawar, tetapi, nombornya telah disekat. Begitu juga pesanan ringkas. Langsung tidak berjaya dihantar.

Sunyi terasa rumah tanpa gelak tawa Mawar dan Nadine. Selalunya, waktu-waktu begini, rumah itu akan riuh dengan bebelan Mawar yang memaksa Nadine untuk mengemas mainan yang telah disepahkan oleh si kecil itu. Tetapi, kali ini, suasana senyap sunyi. Aydean melepaskan keluhan berat.

Beberapa minit kemudian, telefon bimbit milik Aydena berbunyi. Pantas lelaki itu melihat pada skrin telefon bimbitnya.

Zack!

Tanpa menunggu, dia menatal icon jawab pada skrin telefonnya.

“Hello, Zack,”

“Dean.. Kau buat apa ni?” Soal Zack dengan nada seakan berbisik.

“Mawar ada dekat rumah kau ke?” Soal Aydean tanpa menjawab pertanyaan Zack.

“Yup. Apa yang jadi ni?” Soal Zack lagi.

Aydean mendengus perlahan. Dia menghenyak punggungnya ke sofa sambil menyandar ke dada sofa. Tubuhnya melorot sedikit ke bawah. Terasa lega apabila mengetahui isteri dan anaknya berada di tempat yang selamat.

“Aku tipu Mawar,” datar nadanya menjawab dengan jujur soalan Zack.

“Kenapa kau tipu dia?” Nada Zack bertukar sedikit keras. Geram juga dia dengan Aydean kerana menipu Mawar.

“Kalau aku terus terang, Mawar tak bagi aku jumpa Aurora. Lagi pun aku bincang hal kerja je dengan Aurora. Bukan aku berdating ke apa.” Selar Aydean cuba membela diri.

Zack mendengus kasar. “Dean.. Dean.. Berterus terangkan lebih baik daripada kau menipu dia. Sekarang kau tengok, apa dah jadi? Kau tahukan Mawar tu jenis susah nak percaya orang?" Zack membebel geram.

“Okay, aku mengaku salah aku. Kejap lagi aku ke sana. Bawa diorang balik,”

“No. Jangan datang sekarang. Esok pagi kau datang. Aku tengok Mawar betul-betul kecewa. Aku rasa dia tak kan dengar apa pun penjelasan kau buat masa sekarang ni. Better bagi dia ruang untuk bertenang dulu.” Larang Zack. Dia tidak mahu mengeruhkan keadaan dan dia juga tidak mahu emosi Mawar bertambah teruk.

Aydean mengeluh berat. Wajahnya diraup perlahan. Leher yang terasa tegang digosok lembut. Dia cuba menenangkan hatinya yang tidak keruan itu.

“Takkan aku nak biarkan Mawar dengan Nadine tidur sana.” Aydean masih mencuba.

“Dengar cakap aku. Biar Mawar bertenang dulu. Kalau kau cakap dalam keadaan dia tak nak dengar, aku takut jadi masalah besar nanti,” nasihat Zack.

Aydean diam. Mahu tidak mahu, dia terpaksa akur. Ada benarnya kata-kata Zack. Bukan dia tidak kenal Mawar. Wanita itu perlu diberi ruang untuk bertenang agar apa jua perkara yang dibincangkan berakhir dengan baik.

“Okeylah kalau kau cakap macam tu,” akhirnya, Aydean mengalah.

“Esok after Subuh aku nak kau terpacak depan rumah ni. Terus masuk bilik Mawar. Aku suruh Qis bawa Nadine tidur dengan kami malam ni. Pandai-pandailah kau pujuk dia nanti,” ujar Zack memberi arahan.

“Okey,” jawab Aydean dengan lemah. Dia pasti Mawar tidak akan mudah terpujuk. Tetapi, dia harus mencuba dan memaksa agar wanita itu memaafkan dirinya.

Talian ditamatkan.

Aydean merenung skrin telefon yang sudah gelap itu. Kemudian, matanya beralih pada surat yang masih berada dalam genggaman tangannya. Dia melepaskan keluhan berat sekali lagi.

Dalam hatinya berdoa agar Mawar akan lembut hati dengan pujukannya esok. Nampaknya malam ini, dia terpaksa tidur sendirian tanpa Mawar dan Nadine.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience