Dia mengambil keputusan untuk tinggal di kampung.
Dia sayangkan rumah pusaka arwah suaminya.
Ini sahaja satu-satunya kenangan indah buat mereka berdua.
Manik jernih nan hangat mengalir deras di pipi, dia lekas menyekanya dengan rakus.
Sebak dah hiba dia terkenangkan arwah suaminya, air mata pasti bergenang.
Dia memejamkan mata yang berkedut sekilas Cuma.
Kolam matanya perit dek air mata yang berlinangan di pipi.
Dia mengesat sekali lagi.
Namun, air matanya tetap mengalir deras tak mahu berhenti.
Bahunya terhenjut-henjut menahan getar tangisan.
Nadanya beralun.
Sayu dan pilu menusuk ke hati.
Entah mengapa pada petang ini, hatinya luluh.
Jiwanya rapuh.
Malah, sebak dalam dadanya semakin menjadi-jadi.
Barang kali juga, dia merindukan suaminya.
Juga rindunya terhadap anak-anak sangat menebal di hatinya.
Pilu.
Rindu ini berat.
Share this novel