"Sebenarnya..." Hadi masih lagi tidak mampu meneruskan ayatnya. Tiara yang sudah naik meluat dengan perangai Hadi, bersuara.
"Sebenar nya, sebenar nya. Kau ni tak ada ayat lain ke? Kalau kau tak nak cerita aku balik lah macam ni. Kalau dengar dari mulut kau 'sebenarnya' je baik tak payah" Tiara sudah bangun daripada bangku dan ingin berlalu pergi.
Tetapi belum sempat dia melangkah, Hadi mencapai pergelangan tangannya yang berlapik dengan baju.
Tiara terpempan dengan tindakan Hadi itu. Hati nya berdebar tidak tentu pasal.
"Duduk. Siapa suruh kau balik hah?" kata Hadi kemudian menarik tangan Tiara supaya duduk semula.
Tiara hanya senyap dan mengikut kata Hadi. Jantung nya masih berdebar lagi.
"Okey, macam ni" Hadi mula bersuara. Tiara menoleh kan kepala nya supaya memandang muka Hadi.
"Boleh ke... Err, kau... Kau cerita dekat aku pasal family kau..." Akhirnya keluar juga daripada mulutnya semua ayat yang di ingin katakan daripada tadi.
Hadi rasa bersalah kerana berkata begitu tetapi dia ingin tahu. Tiara pula tidak percaya dengan soalan Hadi itu.
Rupanya sebab itu yang Hadi susah sangat nak cakap.
Lama Tiara senyap untuk berfikir, akhirnya dia bersuara.
"Kau nak tahu apa?" tanya Tiara lembut. Tiara rasa sudah tiba masanya untuk dia menceritakan kisah hidupnya pada seseorang.
Dia juga tidak sanggup lagi untuk menyimpan segala rahsia itu sendiri. Dia perlukan seorang teman yang boleh memberikan dia nasihat dan kata-kata semangat dan Tiara rasakan mungkin orang itu adalah Ikhwan Hadi.
"Kau... Kau okey ke nak cerita?" Hadi terkesima mendengar jawapan Tiara.
Pada mulanya, dia fikirkan yang Tiara akan menolak untuk bercerita mengenai keluarga nya tetapi sangkaan nya meleset. Tiara dengan senang hati ingin ceritakan.
"Iye lah, dah kau tanya"
"Kau cerita je semua yang kau nak cerita. Aku setia dengar dari awal sampai habis" Hadi menguntumkan senyuman manis pada Tiara.
"Dulu aku ada ayah. Ayah aku ni orang dia suka buat lawak, sentiasa senyum walaupun ada masalah and selalu layan aku. Tapi tu lah, Allah lagi sayang ayah aku. Allah bagi aku merasa kehadiran seorang ayah dalam hidup aku sampai aku 11 tahun, darjah 5. Masa tu abang aku tingkatan 5. Aku memang sedih, tapi yang paling sedih abang aku. Dia memang rapat sangat dengan ayah aku. Diaorang selalu pergi memancing sama-sama. Kalau mak aku marah abang aku, lepastu ayah aku akan tenang kan abang aku. Aku ingat lagi apa yang ayah aku cakap setiap kali dia tenangkan abang aku, "Jangan marah ibu. Ibu sayang dekat abang sebab tu ibu marah. Kalau ibu tak marah, abang akan selalu buat macam tu. Lagi satu, kalau ibu tak marah dekat abang maksud nya ibu tak sayang langsung dekat abang. Jadi, kalau ibu marah abang, abang sabar ye?" Aku mesti ada dekat situ setiap kali ayah aku cakap macam tu. Sebab tu aku ingat" cerita Tiara.
Kemudian dia diam sekejap dan termenung. Dia teringin sangat untuk mendengar ayat itu lagi sekali daripada mulut ayahnya. Hadi yang mendengar juga hanya senyap.
Kemudian Tiara sambung bercerita.
"Abang aku tak boleh terima yang ayah aku dah tak ada. Start dari situ hidup dia dah tak terurus. Dia dah tak nak pergi sekolah padahal tahun tu dia ada SPM. Dia dah tak kisah dah pasal pelajaran. Mak aku banyak kali nasihat, tapi tak jalan. Dia tu keras kepala. Dia dah selalu tak ada dekat rumah. Kadang seminggu tu, 3 hari je dia balik. Tak pun, tak balik langsung. Aku takut waktu tengok perubahan abang aku. Dia dah lain sangat. Dia dah tak bercakap dengan aku, layan aku. Setiap kali aku nak cakap dengan dia, mesti dia tengking aku. Bila dah banyak kali sangat aku kena tengking, aku jadi malas nak layan dia. Aku dah anggap macam dia bukan abang aku. Aku pun rasa macam aku tak ada abang" Tiara menarik nafasnya dan hembus.
Dia tidak pernah cerita pada sesiapa tentang abangnya selama ini.
"Lepas tu?" Hadi bersuara.
"Satu hari, aku dengan mak aku dapat tahu yang..." Tiara seperti tidak mampu untuk meneruskan ayatnya.
"Yang dia ambik dadah" sambung Tiara dengan berat hati.
Terkedu Hadi mendengar kata-kata Tiara. Patutlah abang Tiara mintak dia duit tadi, rupanya untuk beli...
"Mak aku dah pernah dah hantar dia pergi pusat pemulihan dadah tapi dia dengan senang hati nya lari dari pusat tu. Lepas seminggu dia lari, dia balik rumah macam tak ada apa-apa. Memang tak tahu malu. Mak aku dah tak tahu nak buat apa dengan dia. Sebab tu mak aku selalu pesan dekat aku untuk sentiasa doa supaya Allah bukak pintu hati dia untuk berubah. Tapi tu lah, macam kau tengok haritu dia still macam tu. Aku pun tak tahu lah apa nak jadi dengan dia" Tiara akhiri ceritanya.
Dia memandang wajah Hadi yang masih lagi terkesan dengan kisah hidup Tiara.
"Kau okey tak ni?" tanya Tiara apabila Hadi hanya diam.
"Okey, aku okey. Selama ni, kau tak pernah cerita dekat sesiapa ke pasal semua ni?"
Tiara tersenyum.
"Tak. Kau orang first yang dengar semua benda ni. Yang orang just tahu pasal ayah aku tapi bukan abang aku. Jarang orang tahu yang aku ada abang" jawab Tiara.
Tersentuh hati Hadi mendengar jawapan Tiara.
"Aku harap kau tak cerita lah dekat sesiapa. Aku cerita ni sebab aku percaya dekat kau" sambung Tiara
"Eh! Tak kan aku nak cerita dekat orang. Tak ada, aku tak bagitahu sesiapa. Macam yang aku cakap dekat pantai haritu, you can trust me" Hadi mengenyit mata nya pada Tiara.
Sekali lagi, jantung Tiara berdegup kencang melihat Hadi mengenyit mata padanya.
"Apasal dengan aku ni? Dia just kenyit mata je kot, yang nak gelabah sangat apahal?" desis hati Tiara.
"Kenapa kau tiba-tiba je nak tahu pasal hidup aku ni?" tanya Tiara.
Hadi tersentak mendengar soalan Tiara.
"Saja nak tahu. Kan aku pernah cakap dekat kau yang aku ni busybody orang nya" Hadi memberi alasan.
Dia tak akan ceritakan pada Tiara yang abangnya berada di hadapan rumah pagi tadi dan abangnya mengambil duit Hadi. Biarlah perkara itu antara dia dan Luqman.
"Okey lah, jom lah aku hantar kau balik" Hadi bangun daripada bangku.
"Okey jom" jawab Tiara kemudian melangkah pergi. Dia sendiri terlupa yang dia mempunyai perjanjian dengan Hadi. Antara dia terlupa atau sengaja buat buat lupa.
Hadi sedikit terkejut mendengar jawapan Tiara.
"Wah, senang nya dia cakap okey. Selalu nya kena ugut dia dulu baru lah jalan" Hadi tersengih kemudian berjalan pergi mengikut Tiara dari belakang.
Nia yang berada dari jauh hanya melihat mereka berdua dengan hati yang panas membara. Daripada tadi dia melihat sahaja mereka berdua duduk berbual di bangku.
Sebenarnya dia senyap senyap mengikut Hadi ke situ.
"Eh, itu Hadi lah!" Nia ketika itu sedang berjalan dan ternampak Hadi berjalan ke arah kolam ikan. Lantas, dia pun mengikut Hadi tetapi dia duduk jauh daripada Hadi.
"Dia buat apa dekat sini? Dia macam tunggu someone je. Kejap! Dia tunggu aku ke?!" kata Nia riang. Dia ingin pergi menyapa Hadi.
Baru dua langkah dia berjalan, matanya tertumpu pada satu susuk tubuh yang sedang menuju ke arah Hadi. Tiara Adriana.
"What?! Apa betina tak guna tu buat dekat sini?" marah Nia. Dia kembali duduk di tempat nya dan melihat mereka berdua daripada jauh.
Dia juga sempat melihat yang Hadi menarik tangan Tiara dan menyuruh Tiara duduk.
Nia yang melihat perkara itu ingin saja dia pergi ke arah Tiara dan menampar muka nya berkali kali.
"How dare she! Useless girl!! Macam mana Hadi boleh nak pegang tangan perempuan jijik macam tu? Bila aku tarik tangan dia, dia marah pulak! Memang tak tahu malu langsung perempuan tu! Saja je nak perhatian Hadi!" amuk Nia.
Nasib baik tempat itu tiada orang, boleh lah dia mengamuk sepuas hati nya.
//
Tiara baru sahaja selesai mandi. Dia merebahkan badan nya di atas katil dan pejamkan mata. Dia masih teringat lagi semua perkara yang diceritakan oleh dia pada Hadi.
"Well, Ikhwan Hadi is not bad. Dia tak ada lah seteruk yang aku fikir sebelum ni" kata Tiara.
Baru sahaja dia nak lelapkan mata nya, telefon pintar nya berdering. Tetapi, dia tidak tahu dia letak telefon itu di mana.
"Aduhai! Siapa pulak call ni? MANA PHONE AKU NI?!" Tiara mencari cari punca bunyi deringan telefon pintar nya.
Setelah lama mencari, rupanya telefon itu terletak di bawah timbunan buku. Telefon nya masih lagi berdering.
Tiara melihat siapa si pemanggil dan nama Hadirah tertera di skrin. Lantas dia menjawab panggilan itu.
"Hello" Tiara memulakan perbualan.
"Hah, jawab pun! Punya lama aku tunggu kau jawab. Ingatkan tak nak jawab tadi" balas Hadirah dengan nada seakan merajuk.
"Sorry la. Tadi phone aku hilang entah ke mana tadi, tu yang lama tu. Kenapa kau call aku ni?" tanya Tiara kemudian duduk di birai katil nya.
"Aku call ni sebab nak tanya, kau ada rumah tak?"
"Ada je. Kenapa?" jawab Tiara dengan kehairanan.
"Kalau aku nak datang boleh tak? Dengan Farhan sekali" tanya Hadirah
Lagi bertambah pelik Tiara mendengar soalan Hadirah itu. Tapi, hatinya gembira kerana kawannya mahu datang ke rumah.
"Boleh! Datang je lah. Lagipun aku sorang je dekat rumah sekarang ni"
"Okey kalau macam tu, boleh tak kau bukak pagar rumah kau ni? Aku dengan Farhan dah ada dekat depan rumah kau" kata Hadirah.
Terbeliak mata Tiara mendengar kata-kata Hadirah itu. Lantas dia bangun dan pergi ke arah tingkap biliknya.
Memang benar kata Hadirah. Mereka berdua sudah berada di hadapan rumahnya.
Sebenarnya Hadirah dan Farhan sengaja mahu beri Tiara kejutan. Itu yang mereka datang tanpa pengetahuan Tiara.
"Dah berapa lama kau dengan Farhan dekat depan rumah aku ni?!" tanya Tiara terkejut. Dia cepat-cepat mencapai tudung sarung dan jaket dan terus memakai nya.
"Ada lah dalam 15 minit" jawab Hadirah
"Kejap, aku bukak pintu" Tiara menamatkan panggilan itu dan bergegas ke depan pintu. Apabila dia buka pintu, kelihatan Farhan dan Hadirah yang sedang di hadapan pagar.
"Ya Allah, kenapa tak cakap awal-awal yang korang nak datang sini?" Tiara membuka pagar rumah pula.
"Saja nak surprise kan kau. Surprise tak?" tanya Hadirah riang.
"Banyak la kau punya surprise. Kesian dekat korang lah sebab lama tunggu dekat depan rumah ni"
"Alah, tak ada apa-apa lah. Lagipun, bukan nya hujan" jawab Farhan pula.
"Masuk lah jom" pelawa Tiara kepada Farhan dan Hadirah.
Hadirah dan Farhan duduk di sofa ruang tamu. Itu kali pertama mereka masuk ke dalam rumah Tiara.
"Kau datang sini dengan Hadi ke? Eh, bukan. Dengan Farhan" Tiara tersasul. Hadirah yang mendengar itu tersenyum nakal.
"Apa dia? Hadi? Macam mana boleh tersilap nama Abang Hadi dengan Farhan ni? Haa! Mesti ada benda yang kau sorok ni" usik Hadirah.
Sama sahaja Hadirah dengan Akmal dan Hafiz. Ketiga-tiga nya kaki mengusik. Tetapi tidak Farhan. Farhan hanya senyap dan menunjukkan reaksi kurang senang dengan usikan Hadirah itu.
Tiara yang perasan dengan riak wajah Farhan, menidakkan usikan Hadirah itu.
"Ish! Apa kau ni? Aku tersalah sebut je, itu pun nak besar besarkan. Jawab lah soalan aku. Kau datang sini dengan Farhan ke?" tanya Tiara sekali lagi.
"Iye lah! Tak kan aku datang dengan Abang Hadi pulak!"
Geram sahaja Tiara dengan perangai Hadirah itu. Kalau Farhan tiada di situ, sudah dipukul pukulnya Hadirah itu.
"Kitaorang datang sini ni sebab nak ajak kau jalan-jalan. Ingat tak plan kita nak jalan-jalan yang tergendala tu? Kau free tak?" tanya Farhan.
Kalau dibiarkan, mahu macam-macam usikan berkaitan dengan Hadi keluar daripada mulut Hadirah. Lagi bertambah sakit hati dia dibuatnya.
"Ouhh, itu sebab korang datang. Free! Aku pun bosan jugak duduk rumah ni. Kejap ek, aku siap. Kalau korang lapar ke apa, cari je lah makanan dekat dapur tu. Ambik je mana berkenan. Buat macam rumah sendiri. Aku siap kejap" kata Tiara meminta diri untuk bersiap.
"Kalau aku berkenan dengan kau, aku boleh ke dapatkan kau, Tiara Adriana?" bisik hati Farhan. Dia melihat Tiara berjalan ke biliknya.
"Hoi! Mata tu aku cucuk sat gi kang! Yang kau pergi tengok anak dara orang tu kenapa hah?" Hadirah membaling kusyen sofa ke muka Farhan. Terperanjat Farhan dibuatnya.
"Aku tengok dia masuk bilik je, bukan buat apa pun. Hey, aku tahu lah apa yang boleh dengan tak boleh buat. Hang tu, sat gi aku koyak mulut hang biar rabak baru tahu" balas Farhan.
Dia meletakkan kembali kusyen itu di tempat asalnya.
"Eleh, kalau suka Tiara tu cakap je lah" kata Hadirah selamba kemudian berjalan menuju ke dapur.
Lapar pula perut nya kerana lama menunggu Tiara di hadapan rumah.
Terhenti seketika jantung Farhan mendengar kata-kata Hadirah itu.
"Gila lah perempuan ni. Nampak je macam selekeh, tapi boleh agak benda-benda macam ni" kata Farhan perlahan.
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(
Share this novel