8

Romance Series 10716

"Pakcik tak apa-apa?" soal Fea dengan perasaan bimbang. Yelah, mana tidaknya, sepatutnya diusia seperti pakcik ini, harus berehat dan tidak patut bekerja.

Lelaki tua itu ketawa.

"Adakah wajah atuk kelihatan begitu muda sehinggakan cucu memanggil saya pakcik?" suaranya dengan tawa yang masih bersisa.

Fea malu alah.

"Maafkan saya, atuk" mohon Fea.

"Mari" Fea membawa lelaki tua itu duduk pada sebuah kerusi kayu yang terlihat agak lapuk.

Fea berjalan ke arah kaunter lobby hotel,
"Boleh ambilkan saya segelas air?" soal Fea kepada receptionist.

Wanita muda itu bangun lalu mengambil segelas air lalu diserahkan kepada Fea.

Fea kembali membawa segelas air lalu diletakkan dihadapan bibir lelaki tua itu.

"Minum air ni, atuk." arah Fea lembut.
Lelaki tua itu hanya menurut. Selepas meneguknya beberapa kali, dia menolaknya.

"Cukup, atuk dah tak nak" ujarnya dengan suara garau.

Fea meletakkan gelas berisi separuh air kosong di atas meja kecil yang berada tidak jauh dari kerusi tersebut.

"Atuk kerja disini ke?" soal Fea dengan penuh santun dan lemah lembut.

Lelaki tua itu mengangguk perlahan dan dalam masa yang sama, dia terdengar keluhan dari Fea.

"Atuk, saya Fea. Boleh Fea tahu, siapa pemilik hotel ni?" tanya Fea tanpa berselindung.

"Fea" sapa satu suara.
Fea menoleh.

"Eh, Ed.." Ed menghampiri mereka berdua.

"Kenapa ni?" soalnya pura-pura tidak tahu. Padahal, dia sudah melihat semuanya dari awal lagi.

"Awak kenal atuk ni?"
Ed diam.

"Saya tak sangka pemilik hotel ni begitu kejam. Atuk dah tua, sudah tidak mampu nak lakukan kerja berat, masih lagi nak beri kerja yang berat-berat" Fea bangun.

"Awak nak kemana?" soal Ed pantas.

"Saya nak berjumpa dengan pemilik hotel ni" balas Fea dengan nada amarah.

"Fea" panggil Ed perlahan. Fea yang tadinya hendak berjumpa dengan receptionist, membatalkan hasratnya.

"Sebenarnya, sayalah pemilik hotel ni" Ed terpaksa mengaku.

Fea terkedu. Wajahnya berubah pucat pasi.

"Atuk ni sebenarnya atuk saya, pemilik asal hotel ni"

Fea ternganga. Perlahan satu tangannya terangkat lalu menutup mulutnya. Dia seolah-olah tidak percaya.

**

"Maafkan saya, atuk, Ed. Saya sebenarnya tak ada niat nak burukkan pemilik hotel. Tapi yelah, kalau orang lain ditempat saya pun, tentu akan lakukan hal yang sama" jawab Fea sambil memuncungkan bibirnya.

Ed tersengih melihat sikap sebenar Fea.

"Atuk, lepas ni tolong jangan buat kerja-kerja berat lagi ya. Atuk rest je dalam bilik." pinta Fea yang bimbang akan kesihatan Atok Eldon.

Lelaki tua itu terkekeh ketawa.
Sekali lagi Fea melopong.

"Kamu tak ubah macam cucu atuk, Ed. Asyik suruh atok rest. Atok bosan, asyik baring je." adu Eldon.

"Kalau atok bosan, atok bacalah buku ke, buka YouTube ke, main game ke, hah beryoga ke, barulah atok tak bosan"
Ed dan Eldon ketawa berdekah dengan cadangan Fea.

Fea menarik muka masam. Dia tidak tahu dimana lucunya kata-katanya sebentar tadi.

"Dah lewat ni. Fea pulang dulu. Ada masa nanti, Fea datang lagi" Fea bangun dan berlalu dari situ.

"Takkan kamu sekadar nak tunggu dan lihat Fea tu pergi macam tu saja. Pergi kejar dia, lakukan sesuatu" Ed keliru dengan sikap Eldon. Selama ini, dia tidak pernah melihat sikap Atuknya sebegini perhatian dan ambil berat tentang orang lain.

Ed bangun lalu mengejar Fea.

Kereta Mitsubishi Triton 4x4 berwarna merah berhenti disebelah Fea yang sedang berjalan di gigi jalan.

"Fea" panggil Ed.
Fea yang sejak tadi sedar yang dia sedang diekori, hanya memandang kosong.

"Awak marahkan saya?" pertanyaan Ed mematikan langkah Fea.

Fea menoleh memandang Ed dengan memasang wajah yang tegang.

"Apa sebenarnya yang ada dalam fikiran awak saat saya suarakan pendapat mengenai hotel ni, huh? Awak sengaja nak kenakan saya kan?" sindir Fea.

"Bukan macam tu, Fea. Saya sebenarnya tak sangka yang awak akan masuk ke dalam dan bertanyakan hal ni. Dan saya juga tak sangka awak akan berjumpa dengan atok."

"Kenapa, awak fikir saya main-main ke?" Fea kembali menapak ke depan. Begitu juga dengan Ed. Sejauh mana dia berjalan, sejauh itu juga Ed mengekorinya dengan kereta.

Fea sekali lagi berhenti melangkah. Dia mengeluh berat.

"Boleh tak awak berhenti dari ikut saya?" suara Fea geram sambil bercekak pinggang.

Ed menahan tawa melihat gelagat Fea seperti keanak-anakkan.

"Selagi awak tak masuk dalam kereta ni, selagi itu saya akan terus ekori awak" suara Ed yang ikut berkeras.

"Tak perlu. Saya datang sendiri dan saya akan pulang sendiri" suara Fea dengan nada merajuk.

"Atuk yang berkeras mahu saya hantar awak pulang"
Mendengar nama atuk meniti dibibir Ed, membuat hati Fea mencair.

"Kenapa tak cakap dari tadi" gerutu Fea lantas masuk ke dalam kereta.

Ed tersenyum menang. Jika dia tahu begini caranya, dari awal lagi dia sudah memetik nama atuknya.

"Awak dah makan?" tanya Ed setelah keduanya hanya diam sejak tadi.

"Tak lapar" balas Fea pantas.
Tiba-tiba ada satu suara yang datangnya dari perut Fea.
Fea menyentuh perut saat ia berbunyi.

Mukanya merah padam saat ditatap lama oleh Ed.

**

"Bila kali terakhir awak makan?"
Fea berhenti menyuap. Donut yang ditoppingkan dengan pelbagai jenis perasa tersusun di hadapannya di dalam kotak. Dia belum pernah menjamah dessert sesedap ini.

Mata Ed terpaku pada bibir Fea yang comot dengan coklat.

"Pagi tadi" balas Fea.

Satu tangan Ed terhulur lalu menyentuh hujung bibir Fea.

Fea terkedu dengan tindakkan Ed.

"Bibir awak comot dengan coklat" beritahu Ed terus terang. Kemudian, sisa coklat yang ada pada jarinya tadi dihisapnya bertujuan untuk membersihkan jarinya.

Fea hanya memandang tingkah laku Ed.

"Sedap. Saya tak sangka kuih sebegini sebenarnya mempunyai rasa yang sangat enak." suara Fea sambil tersenyum.

Muka Ed nampak kaget.
"Ek, awak belum pernah makan makanan macam ni ke?" Fea menggeleng.

"Sebenarnya saya tak suka makan makanan yang manis. Tidak elok untuk badan dan kesihatan tubuh. Sebab itulah saya sebolehnya mahu elakkan dari makan makanan yang macam ni." cerita Fea jujur.

"Kenapa awak makannya sekarang?" soal Ed sekadar mahu menguji wanita dihadapannya.

"Awak dah beli banyak macam ni, takkanlah saya nak tolak. Bukankah itu satu pembaziran."
Ed menerima alasan dari Fea.

"Erghhh!!! Mungkin lepas ni sukar untuk saya lupakan makanan enak seperti ini" rungut Fea dalam kekenyangan.

Ed tersenyum dengan gelagat Fea.

"Esok saya harus berlari lebih kilometer dari biasa. Sudah beribu kalori makanan yang masuk dalam tubuh saya untuk malam ni saja." rengek Fea kesal.

"Saya terpaksa berdiet lagi"

Ed menahan dari tawanya meledak.

"Awak dah kurus, buat apa nak diet lagi. Setakat makan makanan manis 30 tahun sekali, apa salahnya" seloroh Ed. Tawanya sudah pecah sejak tadi.

Fea menyentuh wajahnya.
"Tengok tu, sebab gula juga wajah saya sudah nampak lebih tua dari usia" luah Fea bersedih.

Ed berdekah ketawa. Dia hanya bergurau, tidak sangka dianggap serius oleh Fea.

**

Fiona resah. Dia berjalan ke hulu hilir menanti kepulangan Fea. Puas dia hubungi Fea, tapi tidak berangkat.

Fea keluar tadi, waktu masih pagi dan sekarang sudah lewat malam. Apa yang patut dia beritahu kepada papa Fea jika anaknya itu hilang.

"Fea, balik la.." rayu Fiona penuh mengharap.

Ceklek!

Saat pintu terbuka, terpancul wajah Fea dimuka pintu.

"Fea" Fiona meluru kearah Fea lalu memeluk tubuh wanita itu erat. Dia betul-betul bimbangkan Fea.

Fea terkejut dengan perlakuan rakannya.

"Aku pergi sekejap je, takkan kau dah rindu" seloroh Fea.

Fiona melepaskan pelukkan.

"Sekejap ke kalau keluar dari pagi, malam baru balik?" marah Fiona geram.

Fea terdiam. Melihat rakannya itu begitu serius, membuatkan Fea merasa bersalah.

"Sorry.. Aku tak ada niat nak buat kau risau. Tadi aku.." Fea terdiam. Patutkah dia beritahu Fiona yang dia telah pergi ke Kana Hotel?

"Aku janji, lepas ni aku akan beritahu kau kemana aku pergi" janji Fea sambil menggenggam tangan Fiona.

Raut wajah Fiona masih tegang. Dia menatap tajam ke wajah Fea.

Fea tunduk sambil memasang wajah sedih.
"Sebenarnya waktu aku keluar tadi aku tak bawa phone, tengah cas dalam bilik. Aku ingat nak keluar jalan-jalan kejap jer, sebab tempat ni cantik sangat sampai aku ikut je ke mana kaki aku melangkah. Sedar-sedar, aku dah jauh dari rumah kau. Aku sesat" gumam Fea perlahan.

"Macam mana kau boleh balik sini?" Fiona penasaran.

"Aku terserempak dengan Ed, dia yang hantar aku balik" jelas Fea.

Fiona menggeleng sambil mengeluh berat.
Dia menarik tubuh Fea perlahan lalu memeluknya.

"Thank God" bisik Fiona sambil mengeluh lega.

"Sorry" ucap Fea kesal. Dia tidak menyangka, Fiona begitu mengambil berat mengenainya.

"Kau dah makan?" tanya Fiona seraya meleraikan pelukkan.

Fea mengangguk pantas sambil tersenyum.

"Ed bawa aku makan donut"

Mata Fiona terbelalak.

"K..kau makan apa tadi?" tanya Fiona seolah tidak percaya. Adakah dia salah dengar?

"Donut" jawab Fea lagi.

"Kau, makan donut?" tanya Fiona sambil menunding jari ke dada Fea.

Fea mengangguk.

Bersambung...

Fiona sebenarnya tidak percaya yang sepupunya itu mampu runtuhkan diet Fea yang selama ini begitu menjaga kesihatannya. Mereka yang sudah kenal lama pun, masih tak mampu pujuk Fea untuk makan makanan sebegitu. Ilmu pukau apa yang Ed gunakan pada Fea?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience