Malam 5 julai.
"Aisyah, nah" satu suapan di arahkan kehadapan mulutku.
Ha? Aku tahan senyuman. Tanpa menunggu lama, aku sambut suapan tangannya dengan mulutku.
Aku senyum. Dia pun begitu, walaupun aku tidak dapat melihat sepenuh wajahnya. Hanya kelihatan bibir mungilnya yang kemerahan sahaja.
Kenapa? Em.. ada sinaran yang terlalu terang di wajah lelaki itu. Aku tidak tahu mengapa, seakan tidak mengizinkan aku untuk melihat wajahnya secara langsung.
"Abang" Aku tergelak kecil. Lelaki itu tersenyum. Sesekali tangannya menyuapi aku, rasa makanan itu semakin enak pula. Hahaha.
"Abang, nama abang apa?"
Lelaki itu masih tersenyum. Mesra sekali senyumannya.
"Aisyah akan tahu suatu hari nanti" Ujar abang, lembut sekali lantunan suaranya.
"Abang, Aisyah tak dapat tengok muka abang. Aisyah cuma nampak bibir abang je" berkelip-kelip mata aku cuba melawan sinaran yang terang di wajah abang.
"InsyaAllah, suatu hari nanti Aisyah" abang membalas tenang.
Aku perhatikan dada bidang lelaki itu. Walaupun wajahnya masih terselindungi namun melalui bentuk badannya yang tegap, aku yakin lelaki ini tampan.. mungkin.
Share this novel