EP 2 : Fakta Pelik Tentang Kucing Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Mystery & Detective Completed 1789

11 – Bagi yang tidak tahu, kucing sememangnya mempunyai kebolehan untuk mencari rumah mereka apabila mereka pergi ke mana-mana.Pakar percaya yang ia menggunakan sudut matahari atau ia menggunakan sel-sel dalam otak sebagai kompas.

12 – Idea yang genius ini datangnya dari Isaac Newton yang mahu membuat pintu kucing untuk kucing peliharaannya. Semasa melakukan eksperimen dalam bilik gelap salah seekor kucing beliau yang bernama Spithead telah menolak pintu terbuka dan menggagalkan eksperimennya. Selepas itu, Isaac mencipta pintu yang khusus untuk kucing.

13 – Terdapat spesis kucing liar yang dikenali sebagai luwak tinggal di Indonesia di mana tempat berasalnya Kopi Luwak. Kopi itu dihasilkan dari biji kopi yang diambil dari tahi kucing setelah kucing tersebut memakannya. Kopi ini dijual pada harga $500 untuk setiap beg.

14 – Di Jepun, mereka percaya yang kucing boleh menjadi roh yang kuat apabila mereka meninggal. Menurut agama Budha, badan kucing adalah tempat berehat sementara roh manusia sebelum ianya dilepaskan.

15 – Kucing paling berat pernah direkodkan ialah Himmy iaitu kucing dari baka Tabby dari Queensland, Australia. Malangnya Himmy meninggal dunia pada usia 10 tahun mungkin akibat berat badannya.

16 – Sebuah menara dibina di Scotland untuk memperingati kehidupan Towser, seekor kucing yang menangkap lebih 30,000 tikus semasa hayatnya. Sungguh mengagumkan apa yang sesetengah orang sanggup lakukan untuk memberi penghormatan kepada binatang.

17 – Pertunjukan kucing yang pertama adalah pada tahun 1871 di London. Selepas itu pertunjukan kucing menjadi kegilaan di seluruh dunia dan masih berterusan hingga hari ini.

18 – Dalam tempoh 7 tahun, sepasang kucing dan anak-anak mereka boleh menghasil jumlah anak kucing yang banyak iaitu sekitar 420,000. Bayangkan kucing sebanyak itu berjalan di mana-mana sahaja bukan hanya di rumah anda.

19 – Kucing termahal yang pernah dibeli ialah hibrid Asian Leopard Domestic Shorthair yang diberi nama Zeus. Harganya ialah $154,000.

20 – Kucing sememangnya diketahui akan selamat walaupun jatuh dari tempat yang tinggi. Walau bagaimanapun, Andy memegang rekod ketinggian dijatuhkan dan selamat. Kucing itu jatuh dari pangsapuri tingkat 14 setinggi kira-kira 200 kaki dan selamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience