BAB 6

Horror & Thriller Completed 1513

“Adi… thanks sebab sudi faham I. Thanks sebab jadi suami yang terbaik buat I…” Qaisara menutup mata. Adi menarik nafas lega. Dia menarik selimut menutupi tubuh insan kesayangannya.

“Hello Inspektor Bakar…” Adi menutup pintu bilik.

‘Getaran Jiwa… Melanda Hatiku… Tersusun nada…Irama dan lagu… ’

Qaisara terbangun dari tidur bila telinganya menangkap lagu Getaran Jiwa berkumandang. Dia bangun dan duduk dengan tegak. Dia berdiam untuk mendengar dari mana datangnya lagu itu. Dalam biliknya tak ada sebarang radio. Makin lama lagu itu makin kuat hingga bergema di seluruh bilik.

Qaisara sudah tak tentu arah. Dia diserang ketakutan. Dia menutup telinganya. Tidak mahu membenarkan lagu itu terserap masuk ke dalam otaknya. Dia bukan pembunuh. Dia bukan pembunuh. Jerit Qaisara dalam hati. Dia bukan pembunuh. Dia tak perlu takut dan tunduk.

Pembunuh!

Qaisara melihat tulisan di cermin meja solek. Tulisan yang seakan ditulis dengan darah.

“Aku bukan pembunuh! Aku bukan pembunuh!” jerit Qaisara lagi. Namun suaranya tenggelam disebalik lagu Getaran Jiwa yang semakin kuat. Terasa getaran di hatinya. Sedikit demi sedikit semangatnya terhakis. Lagu Getaran Jiwa perlahan-lahan meresap dalam jiwanya.

“Aku pembunuh! Aku pembunuh!” bisik hati kecil Qaisara. Dia pembunuh… kini dia akui dia pembunuh. Qaisara mengakui dirinya pembunuh. Dia bangun dan menuju ke bilik mandi dengan pandangan kosong. Akhirnya dia tewas.

Dia seorang pembunuh. Dan hukuman untuk seorang pembunuh adalah kematian. Qaisara memandang kosong bilah pencukur ‘gillete’di tangannya. Adi memang suka memakai pencukur tradisional bukan yang moden seperti orang lain. Qaisara tersenyum sinis. Perlahan dia mengelar pergelangan tangannya. Darah mula menitik dan jatuh ke lantai. Dia ketawa sekuat-kuatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience