Bab 111

Romance Completed 78329

Hari ini Gia dibenarkan pulang oleh doktor. Niat Gia untuk berpantang di rumah ibu sudahpun diberitahu pada mama dan mama pun bersetuju saja. Ikut pada keselesaan Gia. Tak salah kalau ikut kehendak Gia.
Sampai saja di rumah ibu, Luqman menolong Gia keluar dari kereta dengan baby yang berada di dalam dukungan Gia.

“Dah sampai pun Gia! Jomlah masuk! Vi dengan Doktor Ariff pun ada dekat dalam. Katanya tak sabar nak tengok baby Gia dengan Luq,” Puan Aminah memimpin Gia masuk ke dalam rumah manakala Luqman pula menuju ke kereta untuk mengambil barang-barang Gia dan baby.

“Oh my God sis! He’s too cute!!!” Vitalika dah separuh menjerit sebaik saja menggendong baby Hariq.

“Vi! Jangan kuat sangat! Terkejut anak akak nanti,” tegur Gia. Vitalika tersengih menyedari kesilapannya. Nasib baiklah baby ni tak terkejut. Kalau tak, konfem aku dah kena luku dengan kak Gia.

“Hah Luq…Luq pun akan stay dekat sini ke?” Soal Puan Aminah sebaik saja Luqman melangkah masuk ke dalam rumahnya.

“Yelah ibu. Takkanlah Luq nak tinggal ibu dengan Gia je kan? Kalau Luq ada, Luq boleh tolong apa yang patut. Tak ada lah menyusahkan ibu sangat.”

“Hmmm…tak ada apa yang susah pun. Ibu ok je nak uruskan Gia dengan anak kamu. Tak ada yang susah pun.”

“Alah ibu ni…bagilah chance Luq nak bermanja dengan isteri sendiri.”

“Nak manja tu boleh tapi jangan sampai terlajak! Isteri kamu ni baru je bersalin beberapa hari yang lepas.”

“Ye…Luq tahu ibu.” Mama pun pesan dekat aku benda
yang sama. Takut sangat kalau aku apa-apakan Gia dalam waktu dia tengah berpantang.

“Vi dengan Ariff pulak bila nak kahwin?” Gia bertanya kepada Vitalika dan Ariff.

“Huh? Kahwin? Vi on je tapi tulah…kena tanyalah doktor kita yang selalu busy sangat ni.”

“Eh? I pulak yang disalahkan?”

“Yelah!” Vitalika menjeling tajam.

“Hahaha…doktor kahwin jelah dengan adik saya ni. Jangan tunggu lama-lama sangat sebab dia dah nak kemaruk rasa malam pertama!”

“Akak!!!” Terus tangan sebelahnya naik menutup mulut Gia. “Akak ni cakap merepek apa pulak ni?!” Ada pulak dia cakap aku dah kemaruk nak rasa malam pertama?! Nak kena terajang kakak aku ni.

Ariff, Luqman dan Puan Aminah ketawa dengan gelagat mereka adik-beradik.

“Betul apa?” Kata Gia sebaik saja Vitalika menurunkan tangannya.

“Tak ada maknanya!” Melampau betul statement kakak aku.

“GIA…kau dah siap mandi ke?” Tanya Luqman di luar pintu bilik. Maklumlah tak duduk sebilik sekali. Ibu tak bagi, mama pun tak bagi. Nak jugak dia asing bilik dengan Gia. Aku pun? Redha jelah.

“Dah…kenapa?”

“Ibu panggil makan. Jom makan sekali?”

“Kejap…”

Luqman setia menunggu di hadapan bilik sebelum Gia membuka pintu biliknya dan berdiri di hadapannya. Apa yang mencuri tumpuan Luqman ialah cara Gia memakai kain batik. Hampir lepas ketawa dia dibuatnya tapi dia cuba cover.

“Saya tahu awak nak gelak kan sebenarnya Luq?”

“Emmm…mana ada.”

“Nak gelak, gelak jelah.”

“Ok, ok. Janganlah terasa. Bukan apa, ibu tak ajar kau ke cara pakai kain batik ni?” Aku ingatkan ibu dah ajar.

“Ajar tapi saya tak berapa nak mahir lagi…” Bibirnya dicebirkan rupa sedih.

“Meh sini aku tolong,” Luqman menghampiri Gia lalu ikatan kain batik dirungkaikan dan dia kembali mengikat dengan cara yang betul.

“Siap!” Kain batik sudah pun diperkemaskan. “Baru cantik dengan kau.” Pujinya.

“Ye ke?”

“Takkanlah aku nak bohong kau pulak?”

“Luq? Gia? Ada apa ni?” Tanya Puan Aminah bila melihat Gia dengan Luqman masih lagi berborak.

“Tak ada apa lah ibu. Luq tolong Gia ikat kain batik ni. Tadi dia ikat salah…”

“Lah…Gia? Kan ibu dah ajar tadi?”

“Ya tapi Gia tak berapa mahir lagi. Nasib baik Luq tolong buatkan tadi. Kalau tak, silap-silap londeh kain batik ni…”
Gia tersengih.

“Hmmm…tak apa lah kalau macam tu. Jomlah makan? Ibu dah lapar ni.”

“Jom!” Mereka bertiga menuju ke ruang makan bersama. Luqman mengambil tempat di sebelah Gia. Nasi pun dah sedia terhidang di atas meja makan.

“Ibu masak lauk ni je Luq. Luq ok ke? Bukan apa…ibu kesian dekat Gia kalau kita makan lauk lain dia terliur pulak. Dalam fasa pantang ni bukannya boleh makan makanan sembarangan. Sebab tulah ibu masak lauk pantang.”

“Tak apa ibu. Lauk pantang pun nampak sedap jugak.” Ada daging goreng kunyit dengan ayam ungkep lada hitam. Huish! Sebut pun dah tahu sedapnya macam mana.

Luqman mencedokkan daging goreng kunyit ke dalam pinggan Gia. Gia sekadar tersenyum dan mengucapkan terima kasih. Dia menyuap nasi bersama daging ke dalam mulutnya. Menu nampak sangat simple tapi tetap menyelerakan.

“Gia nak tahu satu benda tak?”

“Apa dia ibu?”

“Dulu masa ibu pantang…ikut cara orang tua-tua pantang…ibu hanya dibenarkan makan ikan kering dengan nasi putih saja. Tak macam sekarang…menu pantang sekarang dah banyak dan dah diolah. Tak ada lah seksa sangat nak makan.”

“Ye ke ibu? Tiap-tiap hari makan nasi dengan ikan kering je?”

“Ye Gia. Maklumlah orang tua-tua dulu kan? Tak boleh nak makan itu ini takut badan masuk angin, bila anak minum susu kita jadi gatal, tajam dan segala macam lah. Tapi pantang ni pun ada bagusnya jugak. Dapat ringankan badan dan bagus jugak untuk kesihatan dalaman selepas bersalin.”

“Ohhh…jadinya macam ibu suruh Gia bengkung, mandi herba, bertungku apa semua tu untuk kesihatan jugak ke?”

“Ya…”

“Apa guna bertungku tu ibu?” Tertanya-tanya jugak dia sebab masa di Filipina dulu, dia tak pernah pun bertungku dan tak pernah tahu pun.

“Bertungku ni bagus untuk buang angin dalam badan, kecutkan rahim selepas bersalin dan lembutkan urat yang tegang. Bertungku ni bukannya perlu dibuat lepas bersalin je, kalau nak buat dalam waktu lapang pun boleh.”

“Ohhh…” Bagus jugak benda ni.

“Mungkin Gia akan rasa susah selama tempoh berpantang sebab itu tak boleh makan ini tak boleh makan tapi ibu yakin bila Gia dah terbiasa dengan rutin makanan macam ni, Gia takkan rasa susah dah.”

Gia pantas menggeleng. “Gia ok je ibu. Gia pernah je makan nasi dengan lauk kicap saja. Jadi, bila menu berpantang macam ni pun Gia dah bersyukur sangat.

“Yelah.”

Gia kembali menyambung makan makanannya. Luqman di sebelah sekadar memandang Gia. Bibirnya tersenyum kecil melihat Gia yang mudah adapt dengan suasana baru dan tak banyak ragam nak itu ini.

“Kau…”

Puan Aminah memintas laju. “Kau? Hai Luq…sampai dah ada anak pun takkanlah beraku-kau dengan Gia lagi? Panggillah yang sweet sikit. Kasar sangatlah kau-aku tu Luq. Tukar.”

“Nak panggil apa?” Haih! Lemah betul bab-bab nak sweet bagai ni.

“Apa susahnya? Tengok jelah drama. Drama boleh bagi contoh dekat Luq. Abang…sayang…honey…”

Wow! Bravo ibu! Mesti ibu rajin layan drama pukul tujuh ni!

“Nantilah ibu…Luq akan try cadangan ibu tu,” dia tersengih kecil. Aku syak nak sebut perkataan yang ibu suggest tadi tu pun ambil masa sejam.

JERICHO menghampiri Lisa yang sedang duduk menghadap laptopnya di salah sebuah café. Hubungan aku dengan Lisa tak ada improvement pun. Aku sedar aku masih sayangkan Lisa lagi tapi tulah sebabkan ego aku dan rasa sakit hati aku, aku buatkan Lisa dah jadi keras hati dengan aku. Pujukan aku langsung tak jalan.

“Lisa…”

Tumpuan Lisa yang tadinya pada laptop miliknya kini naik memandang Jericho yang sedang berdiri di hadapannya.

“Ya? Ada apa?”

“Ako ay may talakayin sa inyo (aku ada benda nak bincang dengan kau).”

“Anong upang discuss (apa yang nak discuss)?”

“About us?” Dapat dia perhatikan yang Lisa mula tak senang dengan permintaannya.

“Apa lagi Jer? May mga talakayin ang anomang bagay tungkol sa atin (tak ada apa lagi yang nak dibincangkan pasal kita). Wala (tak ada)!”

“Lisa…kenapa you selalu nak larikan diri dari I?”

“Sebab I tahu you takkan pernah sukakan I balik dan I pun dah berhenti berharap dah Jer.”

“Tapi kalau I cakap yang I masih nakkan you? I masih sayangkan you?”

“Are you serious Jer? Boleh tak jangan main-main?” Yang sebenarnya aku saja je jual mahal selama ni. Nak tengok macam mana dia nak pujuk aku dan ya…dia tak berhenti cuba pujuk aku dan nak get back dengan aku.

“I tak pernah main-main dengan apa yang I cakap Lisa. You sendiri pun kenal I macam mana kan? Pernah ke I main-main dengan apa yang I cakap selama ni?”

“Entah…” Lisa menutup laptopnya dan melangkah pergi.

“Oh my God…Lisa! Boleh tak you jangan lari dari I?” Jericho menyaingi langkah Lisa.

“Apa Jer? I ada kerja ni. I kerja makan gaji bukan buat gaji.”

“I tahu tapi boleh tak kita berjumpa?”

“Entahlah…akan difikirkan. Kalau I rasa I nak jumpa dengan you, I akan call you. Ok?” Lisa terus melangkah pergi tanpa endahkan Jericho. Dalam diam-diam dia senyum. Aku saja je cakap macam tu. Yang pastinya aku memang akan call dia nanti. Hehehe…

“KAU risau sangat ni Jer. Aku yakin Lisa mesti akan call kau punya nanti. Yang kau nak gelabah sangat ni dah kenapa? Rileks jelah. Aku tahu Lisa tu macam mana.” Call aku semata-mata nak cakap pasal hal ni je? Baik aku layan anak aku je.

“Yelah…aku takutlah kalau Lisa betul-betul dah tak ada hati dekat aku.”

“Dah tu masa dia terhegeh nak dekat kau dulu, kau jual
mahal. Buat-buat marah dekat dia apa semua. Dah bila dia mula move on dengan kau, kau pulak tak boleh nak
terima?”

“Dulu tu aku saja-saja je Gia. Aku nak test sampai mana sangat dia betul-betul sungguh nakkan aku.”

“Dah tu kau pulak yang mula menggelabah sekarang kan?” Gia hanya mampu menggelengkan kepalanya kecil.

“Aku tak sangka pulak dia…emmm….”

“Kau rileks jelah. Aku yakin dia akan call kau malam ni. Kalau dia dah call kau, kau ajak dia kahwin terus. Kan senang? Tak payah nak couple bagai.”

“Banyaklah kau.”

“Aku cakap yang betullah Jer. Kalau kau betul-betul sayangkan dia, kau ajak dia kahwin terus. Buat apa nak simpan hubungan lama-lama. Lagipun kau memang berharta dan kerja tetap dengan family kau. Kau mampu untuk tampung hidup dia dan segala keperluan dalam rumah. Apa yang kau takutkan lagi?”

“Pasal duit semua tu aku tak kisah tapi aku takut Lisa tak ready lagi nak kahwin dengan aku. Yelah…dia ada komitmen kerja kan?”

“Aku yakin Lisa mesti nak kahwin. Dalam dunia ni perempuan mana je tak nak kahwin bila dia dah sayangkan lelaki tu sepenuh hati dia? Dia mesti nak hidup semati dengan kau. Kau percayalah apa yang aku cakap sekarang ni. Senang kata kau tengok jelah aku
Jer…aku dulu pernah cakap dekat kau yang aku tak nak kahwin sebab aku takut kalau aku dapat lelaki macam Danial tapi sekarang? Apa status aku? Dah jadi isteri orang pun. Kalau kau cakap pasal terikat dengan komitmen kerja? Aku pun terikat dengan komitmen kerja tambah-tambah lagi job model. Kadang-kadang jadual aku pack sampaikan tak ada masa untuk diri sendiri.”

“Tapi…lepas aku jumpa dengan Luqman…aku rasa satu benda yang aku tak pernah rasa dalam diri aku. Aku bukan nak bebel dekat kau tau Jer tapi aku cakap based on pengalaman aku sendiri. Aku nak cakap pasal komitmen yang kau sebut tadi. Setiap perempuan memang ada komitmen dia sendiri tapi kau tanyalah mana-mana perempuan pun mesti ada impian nak kahwin, nak ada family sendiri dengan lelaki yang dia sayang. Kau kena yakin dengan diri kau Jer yang Lisa adalah jodoh kau. Kau mintaklah banyak-banyak supaya Tuhan tetapkan jodoh kau dengan Lisa. Jangan skip pergi church setiap hari Ahad. Dari dulu sampai sekarang kau tak pernah pergi church. Pergi pun kalau kena paksa.”

“Hak alah Gia! Dalam kau membebel dekat aku, kau sempat nak mengata aku lagi ehhh? Kau dulu pun samalah tak pernah pergi church walhal ikut je Lola pergi church.”

“Hehehe…itu dulu. Sekarang dah lain Jer. Aku seorang Muslim. Aku tak bolehlah pergi sembah Tuhan yang lain. Berdosa besar. Aku percaya Tuhan aku adalah Allah Yang Maha Esa.”

“Ye Gia…aku hormat kau dan kepercayaan kau. Aku akan ikut cakap kau. Aku akan pergi church and no skip. Alright?”

“Suit yourself. Do good and good will not stop coming for you. Ingat tu.”

“Yes Madam Gia Vatanika. Eh…Gia! Lisa incoming call! Oh my God!!!” Dia punya jerit tu memang satisfied betul tapi memekakkan telinga Gia.

“Yeyeye…kau pergilah jawab. Aku nak tengok anak aku kejap.” Gia meletakkan panggilannya. Fokusnya dihalakan ke arah anaknya yang nyenyak tidur dalam keadaan berbengkung.

Bibirnya tersenyum kecil sambil jarinya tangannya lembut mengusap kepala anaknya. Comelnya hero mummy ni dan mummy harap hero mummy ni akan membesar jadi anak yang taat pada Pencipta serta mummy dan ayah.

“Gia?”

“Hmmm? Awak?” Gia memandang Luqman yang sedang berdiri di hadapan pintu bilik.

“Kau free tak?”

“Free je. Kenapa?”

“Tak ada apa. Aku just nak berborak dengan kau.”

“Ok…” Luqman duduk di birai katil. Matanya memandang ke arah anaknya yang nyenyak tidur. “Hariq tak terjaga langsung ke?”

“Emmm…dari tadi lagi tidur. Kaki tidur rasanya Hariq ni.” Betul…dari tadi dia tidur je. Nak kata ada kuning, tak ada pun. Doktor sendiri pun cakap Hariq ni tak ada kuning.

“Kau macam mana? Ok?”

“Alhamdulillah. Ok…badan pun rasa ok. Kenapa? Awak nampak saya macam tak ok ke?”

“Tak ada lah. Saja je aku tanya. Kalau kau ok baguslah.”

“Luq…saya ada benda nak tanya awak.”

“Kau nak tanya apa?”

“Andai satu hari nanti saya pergi dari hidup awak, awak akan membenci saya ke tak?”

Luqman dah mula mengerutkan dahinya. “Maksud kau? Kau ada niat nak tinggalkan aku ke satu hari nanti?”

“Tak ada lah macam tu. Saya cuma tanya je.”

“Kau sebenarnya masih tak boleh terima aku sebagai suami kau lagi kan? Aku tahu Gia…aku tengok dari riak muka kau pun aku dah tahu. Tak apa, aku faham keadaan kau. Aku tak pasksa pun untuk kau terima aku. Aku tahu kau perlukan time.”

“Jawapan saya awak tak jawab lagi Luq.”

“Tak…aku takkan marah kau. Tapi, aku mintak sangat kau stay dengan aku demi anak kita. Ambiklah berapa banyak masa sekalipun untuk kau terima aku tapi aku mohon dengan kau. Jangan pergi tinggalkan aku dengan Hariq.”

Gia tak menjawab. Hanya mendiamkan diri. Tak tahu jawapan apa yang dia harus bagi dekat Luqman. Jadi, jawapan yang terbaik adalah diamkan diri dari berjanji tapi satu hari nanti dia akan mungkiri jugak janjinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience