3 bulan kemudian
Kehidupan aku dan Jaemin berjalan seperti biasa. Cuma semakin hari, Jaemin jarang bercakap denganku.
Dalam masa 3 bulan ni, aku dapat tahu banyak perkara.
Omma dan appa layan aku dengan baik disebabkan Lee Minhee. Masa dia dalam badan aku, dia banyak bercakap dengan omma appa. Macam mana herh aku nak cakap? Dia selalu ambil hati omma appa. Sebabtu omma appa layan aku dengan baik sekarang.
Macam mana aku boleh jumpa Jaemin? Disebabkan Lee Minhee jugak of course. Dia tolong Jaemin daripada kena buli dengan pembuli di sekolah.
Mesti pelik kan? Orang yang selalu dibuli tolong orang yang kena buli?
And aku juga dapat tahu yang sekarang aku berkawan dengan geng² Minji. Tu yang paling buat aku terkejut.
Sekarang aku duduk di tepi tingkap besar yang berada di dalam bilikku. Dalam kepala aku just ada muka Hyunjin.
Tiba² telefonku berdering. Aku segera mengangkatnya selepas melihat nama Jaemin.
"Annyeong Jaemin, kenapa call?"
"Annyeong Yuri, boleh tak saya nka mintak tolong sikit? Awak tolong ambilkan fail warna coklat yang ada atas meja kat ruang tamu tu and then hantar kat saya boleh tak?"
"Boleh². Nanti saya sampai. Oh ye kat mana tempat kerja awak?"
"Nanti saya bagi location"
"Ok"
Aku pun meletakkan panggilan lalu ke ruang tamu. Satu fail coklat yang ada di atas meja terus ku ambil. Aku mengambil kunci kereta lalu ke tempat kerja Jaemin.
.___.
Aku berdiri lama di hadapan bangunan tempat kerja Jaemin.
Ni syarikat appa Minhee
So maksudnya...
Ada Hyunjin?
Aku memasuki ke dalam bangunan tersebut.
Aku just berjalan lurus ke arah lift. Jaemin dah cakap yang dia kerja di tingkat 7. Aku menekan butang lift ke tingkat 7.
Apabila sampai di tingkat 7, aku mencari² Jaemin tapi tak jumpa. Aku bertanya kepada seorang perempuan yang bekerja di situ.
"Meja Na Jaemin ada di dalam bilik kaca sana" perempuan itu menunjukkan ke arah bilik kaca yang ditutupi oleh langsir putih (dari dalam).
"Oh terima kasih" ucapku lalu menunduk kepadanya. Selepas itu aku pun pergi ke bilik itu.
Aku mengetuk pintu biliknya
"Masuk lah" terdengar suara Jaemin dari dalam.
Aku membuka pintu, mata aku membulat apabila memandang seseorang yang amat kurindui.
"Hyunjin" aku memanggilnya tak percaya. Hyunjin sekarang tengah duduk di hadapan meja Jaemin.
"Yuri, awak kenal Hyunjin?" tanya Jaemin. Aku menganggukan kepalaku perlahan.
"Kita pernah jumpa ke?" tanya Hyunjin. Aku menggigit bibir bawahku perlahan.
"Tak" balasku sepatah.
"Wow popular jugak kau herh Hyunjin" kata Jaemin, dia sengaja menekup mulutnya tanda terkejut.
"Alaaa, orang handsome macam aku siapa je tak kenal?" kata Hyunjin bangga. Jaemin menepuk tangan kuat.
"Jaemin saya kena pergi dulu" kataku lalu menyerahkan fail nya.
"Eh cepatnya? Taknak duduk dulu?" tanya Hyunjin. Aku mengelengkan kepalaku dengan senyuman palsu.
"Takpe lah" kataku lalu keluar.
Aku menekan butang lift untuk ke tingkat bawah. Beberapa minit kemudian (tak sampai pun 2 minit), pintu lift terbuka.
"Eh Kim Yuri?"
"Lee Minhee?"
.___.
Kami sekarang berada di caffee berdekatan bangunan ini.
"Kita tak pernah jumpa kan?" tanya Minhee. Aku menganggukan kepalaku sebagai jawapan.
"Ok jom start dari awal. Nama i Lee Minhee" Minhee mengulurkan tangannya untuk berjabat tangan.
"Nama saya Kim Yuri" aku pula mengulurkan tanganku untuk berjabat tangannya.
"So, u happy tak dengan Jaemin?" tanya Minhee. Aku mengelengkan kepalaku perlahan.
"Kenapa tak happy? Tak silap i masa i couple dengan dia, dia tu baik" kata Minhee pelik.
"Arh...Dia memang baik tapi saya tak cintainya. Jadi saya rasa macam...Entah lah nak cakap macam mana...Tak bahagia?" ujarku sedih.
"U tak cintakan dia, so maksudnya u dah cintakan seseorang lah kan?" soalan Minhee membuatkan mata aku membulat.
"U cintakan Hyunjin right?" tanya Minhee lagi.
"A-ani! Sa-saya..."
"Yuri i know you love Hyunjin right?"
Aku menelan air liurku. Aku menganggukan kepalaku perlahan. Habis lah aku, mesti Minhee mengamuk sebab suka kan bf dia.
"Good" aku memandang Minhee pelik.
"Good?"
"I sebenarnya sama macam u...I tak cintakan Hyunjin sebab i still lagi cintakan Jaemin" kata Minhee.
"I terfikir patut ke kita tukar bf herh?" kata Minhee lagi.
"Macam mana kalau dieorang taknak?" tanyaku. Muka Minhee nampak befikir keras.
"I tahu. Apa kata i bawa u jumpa Hyunjin and u bawa i jumpa Jaemin. Kita goda lah dieorang" kata Minhee. Aku mengangkat keningku sebelah.
"Takde idea lain ke?"
Belum sempat Minhee mahu cakap, ada dua orang lelaki yang datang duduk di tepiku dan tepi Minhee.
Hyunjin dan Jaemin
"Hey Minnie" Hyunjin mengapa Minhee lalu mencubit perlahan pipi Minhee.
Tapi entah kenapa aku juga berpaling apabila dia panggil 'Minnie'.
"Hey Yuri, jangan lah tengok Hyunjin je. Boyfriend awak ada kat sini ni" kata Jaemin. Aku sekadar memberikan senyuman senget padanya.
"Apa korang berdua buat kat sini?" tanya Minhee.
"Ni kat caffee yang selalu pekerja lepak bila waktu rehat or balik kerja? Apa salahnya kiteorang datang sini jugak?" kata Hyunjin. Minhee menganggukan kepalanya faham.
"Saya nak balik dulu" kataku.
Aku takleh arh, bila aku pandang Hyunjin semua kenanganku semasa jadi Lee Minhee berputar balik di dalam kepalaku.
"Yuri duduk lah dulu" kata Jaemin. Aku mengelengkan kepalaku lalu keluar dari kedai dengan begitu sahaja.
"Yuri!" aku berpaling ke belakang apabila terdengar orang memanggilku.
Bukan Jaemin
Tapi Hyunjin
"Saya nak nombor telefon awak boleh?" tanya Hyunjin sambil menghulurkan telefonnya.
Aku menggigit bibir bawahku, bagi ke tak ye?
Perlahan² aku mengambil telefonnya lalu menekan nomborku. Apabila selesai, aku memberikan padanya balik.
"Thank Minnie" ucap Hyunjin lalu masuk balik ke dalam kedai.
Wait
'Minnie'?
_Disebabkan author rasa dah lamaaa author x update, so author keluarkan satu chap ni dulu_ _Banyak lagi chap yang lain, tapi sengaja xnak terbit_ ^^
Share this novel