Bab 4

Humor Completed 19792

4

Rihana menyandarkan badannya ke kerusi setelah mereka selesai memesan makanan. Tangannya bermain game di Samsung Note 3 miliknya. Malas mahu menyampuk perbualan merpati sejoli itu. Tambahan pula, Wan dan Laila sedang membincangkan hal jemputan tetamu pada hari perkahwinan mereka nanti.

“Wan,” Ridwan mendongak. Sampai pun sepupunya itu. Rihana dan Laila saling berpandangan.

“Eh, Ash. Duduklah. Aku ingat tak jadi datang dah tadi,” kata Wan.

“Mana boleh tak datang. Dah janji dengan kau kan,” balas Ashraf sambil mengambil tempat duduk yang kosong di hadapan Rihana.

“Ni aku kenalkan, bakal isteri aku…”

“Laila,” potong Ashraf.

“Korang kenal ke?”

“Apa pulak tak kenalnya. Dia nilah suami tak jadi minah kat sebelah ni hah,” kata Laila laju, selaju keretapi bergerak di atas landasan.

“Oh, kaulah si Heikal sewel bin mereng tu ya,” tebak Wan.

Rihana tersengih sinis. Ish, macam manalah boleh terjebak dengan mamat sewel ni. Ibu punya pasallah ni. Nak sangat bermenantukan anak Tan Sri Baskar tu. Siapa lagi kalau bukan Ashraf Heikal kat depan dia ni.

“Siapa yang pandai-pandai bagi nama aku macam tu?”

“Entahlah. Kau tanyalah dua orang budak bertuah depan ni,” Ridwan menghalakan pandangan pada Rihana dan Laila.

“Memang bertuah. Bertambah tuahnya sebab terserempak pula dengan Heikal sewel bin mereng ni,” Ashraf mengerling Rihana. Bukan dia tak tahu. Pasti itu kerja bekas tunangnya yang menggelarkan dia begitu.

“Ibu,” Cekap sekali mata Rihana menangkap susuk tubuh ibunya dan ibu saudaranya di luar restoran mewah itu. Sebalnya hati.

“Hana, ibu kat luarlah. Auntie Hasni ada sekali tu,” tegur Laila.

Irwan dan Ashfiq turut mengalihkan pandangan mereka ke luar.

Rihana mengeluh kecil. Nak pergi ke tak? Takut pula ibunya ternampak si Ashraf. Tak pasal-pasal si ibu teramah mesra pula dengan menantu tak jadi dia ni. Bukannya nak marah si Ashraf yang selamba badak air memutuskan pertunangan mereka yang baru sahaja berusia dua bulan itu malah semakin peramah pula.

“Biarlah,” jawab Rihana acuh tak acuh.

“Alah, Laila. Dia takutlah tu. Takut auntie Rohana ternampak abang Heikal kat sini…”

“Hello, buang masa aje nak takut bagai. Macamlah tak boleh jumpa kat rumah,” Rihana menjeling Ashraf.

“Eleh, padahal memang ada niat pun nak pergi tegur, kan. Ingat tak tahu ke? Anak emak,” tempelak Ashraf. Ini sudah menaikkan darah Hana.

“Eh, hello. Cakap tu biar elok sikit. Dah tentu-tentulah anak emak. Takkan anak monyet pulak,” tukas Hana pula, geram.

“Eee, kau ni kan…”

“Okay, stop. Makanan kita dah sampai. Kita makan dulu. Nak bergaduh ke bertumbuk ke… lepas makan eh,” Ridwan meleraikan pergaduhan budak berdua yang tak jadi kahwin tu.

“Memang nak makan pun,” balas Ashraf dan Rihana serentak.

“Korang ni… orang tua-tua dulu cakap jangan bergaduh sangat. Nanti terjatuh hati, kan susah,” ujar Laila.

“Huishh, La. Mustahil! Aku ni bukan macam stewardess yang selalu berkepit dengan dia tu,” sindir Rihana.

Terasa gitu. Tapi, si Ashraf tu cool saja. Tak ada pula nak menempelak balik kata-kata bekas tunangnya itu.

“Cakap pasal stewardess ni. Ash, kau punya girlfriend tu mana? Dah lama aku tak nampak kau dengan dia?” tanya Wan.

“Entah. Malas ambil tahu. Dok mengurat kapten burung gergasi agaknya,” jawab Ashraf malas. Kecewalah tu. Bak kata pepatah, yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.

Seleranya langsung tidak terganggu mendengar isu stewardess yang dipujanya dulu. Memang salah dia juga. Yang terkejar-kejar cinta seorang perempuan yang memang tidak puas dengan seorang lelaki itu. Akhirnya, dia yang makan hati.

“Abang Heikal… Hana. Cuba korang dengar lagu yang dok terpasang ni…”

“Hello..my ex. Okey…”

“Kau tahu lagu ni, Tee? Alah, baru nak surprisekan korang,” cebik Laila.

“Abah tersayang terpasang terlalu kuat… semalam. Nasib tak pekak lagi telinga aku ni hah,” Wan dan Laila sudah tergelak sakan.

“Pandai abah kau, Hana. Minat juga uncle Wahab dengar lagu Korea ni,” Rihana mengeluh. Dah berapa kali mengeluh pun tak tahu.

“Okey punya pasallah tu. Habis abah dengan ibu dia suruh tengok kpop,” jelas Hana.

“Bagus betul adik kau. Jangan dia ajar dia orang menari sudah…”

“Nauzubillah. Rosak,” Hana menggelengkan kepalanya perlahan. Laila menahan tawa.

“Dah habis makan. Siapa bayar?” Ashraf meletakkan sudu dan garfu. Habis satu pinggan spaghetti Bolognese ditelannya.

“Lajunya kau makan, Ash. Nak pergi mana?”

“Aku nak balik dululah. Malam ni ada date dengan mat scramblers pulak,” jawab Ashraf.

“Iyalah. Kau pergilah balik. Aku belanja hari ni,” jawab Wan pantas.

Ashraf tersengih panjang. Jimat duit dia hari ni. Tapi, kalau dia belanja pun okey saja.

“Okey. Nanti apa-apa hal nak aku tolong, roger aje. Anytime,” pesan Ashraf kepada Ridwan. Rapat juga hubungan mereka. Mungkin kerana mereka sering bertemu. “Oh lagi satu, Laila, kirim salam kat kawan kau yang senget tu eh. Dan tolong kirim salam sayang jugak dekat bekas tunang abang Heikal, Hana,” sambung Ashraf lagi.

Laila mengulas senyuman.

Dalam hatinya, kau faham-faham sendirilah Tee. Malas dia nak mengulang kembali ayat Ashfiq.

Ashraf berlalu keluar dari restoran. Rihana hanya menghantar dengan hujung mata sahaja. Padahal, berat hati nak tengok Ashraf berlalu. Orang tu dah ambil hati dia kan. Huh!

Itulah Ashraf Heikal. Dia bekas tunang si Hana. Kawan-kawannya semua cakap dia kacak. Badan sasa dan tinggi. Ramai yang tergila-gilakan dia termasuklah si Hana ni. Tapi gara-gara si stewardess tak cukup kain tu, dia putuskan pertunangannya dengan Hana. Sadis betul!

Jawapan dia ringkas dan padat apabila semua orang menyoal kenapa dia nak putuskan pertunangannya dengan Hana: Sara bukan jodoh Ash.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience