Rate

Bab 18 Pergaulan Bebas

Romance Completed 278212

Adib membaringkan badannya di atas katil, termenung melihat syiling biliknya. Berfikir tentang kata-kata ayahnya tadi, bahawa Anis Umairah akan tinggal di rumahnya selama 2 minggu bermula minggu hadapan. Dia tidak menyangka pernikahannya seperti sandiwara semata, isteri di depan mata tapi tak boleh di sentuh dan tidak boleh sebilik. Nasib baiklah Adib masih boleh terima akan kemahuan ibu ayah dan umie abah mertuanya. Kalau tidak, sudah lama Adib memberontak.

Adib memegang dadanya, apa khabar hati ini? Sudah ada ke getaran untuk Anis atau belum? Adib tersenyum sendirian. Insya Allah, Adib akan berusaha menyintai isterinya sendiri. Mungkin inilah masanya yang tepat untuk Adib dan Anis memupuk cinta mereka yang belum tumbuh. Adib akan berusaha semampunya.

Treet treeet treeet!!
Treet treeet treeet!!

Adib melihat handphonenya yang tergeletak di atas meja. Ia mencapainya dan melihat nama pemanggil. Ia tersenyum sejenak sebelum menjawab panggilan tersebut.

"Hello! Assalamualaikum Amar, ada apa?"
Adib bertanya direct to point pada Amar, tak selalunya Amar call dia malam-malam begini.

"Jom kita jumpa tempat biasa, macam tak best borak dalam telefon."
Ajak Amar pada Adib. Tempat biasa tu kafe 24 jam yang selalu mereka tempati untuk meluangkan waktu bersama rakan-rakannya.

"Okay, jam berapa Amar? Kita berdua saja ke?"

"Lepas solat isyak la, macam mana? Kita berdua saja Adib, ada aku mahu tanya dengan kau ni!"
Sahut Amar dari seberang sana.

"Boleh, lagi pun aku tiada buat apa-apa juga ni. Macam penting saja bunyinya tu Amar?"

Adib berfikir-fikir, dia tiada juga kegiatan apa-apa kalau malam. Apa lagi kedua orang tuanya akan menonton television saja.

"Memang penting pun, rahsia negara." Ucap Amar sambil tergelak besar.

"Ya la tu!" Adib tergelak dengan gurauan Amar.

"Okay Adib nanti kita borak ya assalamualaikum!"

Amar mengakhiri panggilan telephonenya.

"Waalaikumussalam!" Sahut Adib menjawab salam Amar tadi sambil menekan butang letak di screen handphonenya.

Kemudian Adib menyimpan semula handphonenya di atas meja. Setelah itu Adib segera mandi membersihkan dirinya agar segar dan segera menunaikan solat maghrib sambil bertilawah Al Quran. Dia membaca Al Quran beberapa lembar sementara menunggu azan solat isyak. Adib sudah membiasakan dirinya untuk berjinak-jinak dengan Al Quran sejak kecil lagi, walaupun dia memang lama tinggal di luar negara, tapi itu tidak menyebabkan Adib gagal dalam beragama. Adib cukup menjaga akan nilai-nilai murni dalam agama dan kehidupannya.

Hidup mesti ada batas dan agama adalah nombor satu dalam apa jua tindakan yang akan dia ambil, itu adalah target hidup dan jati diri Adib Umair Al-Baihaqi. Adib cukup menjaga semuanya, dalam bersahabat juga, Adib akan menjaga pergaulannya terutama pada kaum yang berlawanan jenis dengannya.

Pernah Adib mendengar ceramah seorang ustaz di suatu masa dahulu. Tentang Pergaulan Menurut Islam iaitu,

Pergaulan bebas,seperti berpasangan. Berpasangan atau memiliki hubungan khusus dengan lawan jenis termasuk perilaku negatif dan layak untuk dihindari.

Dengan hanya berdasarkan nafsu demi memenuhi kebutuhan akan bersenang-senang, maka dikhawatirkan dapat menimbulkan hal negatif berikutnya.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk," (QS Al-Isra ayat 32).

Adib menyimpan semula Al Qurannya setelah azan isyak berkumandang di udara. Ia segera melaksanakan solat isyak dan setelah itu bersiap-siap untuk keluar menemui Amar. Tak tahu apa perkara penting yang Amar nak katakan. Adib menggeleng singkat dan tersenyum samar.

"Adib nak ke mana?" Teguran ibunya Puan Saleha kedengaran bila melihat Adib turun dari tangga dan jelas kelihatan ingin keluar.

"Adib nak jumpa Amar sekejap ibu." Sahut Adib singkat sambil mendekati kedua orang tuanya.

"Jangan balik lambat Adib, ingat jaga pergaulanmu... kau sudah jadi suami orang." Encik Amri memberi peringatan sekaligus nasihat pada Adib.

"Insya Allah Adib tahu ayah, tentang itu ayah dan ibu tak perlu risau." Ucap Adib dengan senyuman.

"Kamu sudah cukup dewasa untuk berfikir Adib, ayah dan ibu tidak dapat menjaga Adib 24 jam. Jadi, ayah berharap sangat Adib tidak akan pernah memalukan keluarga kita." Suara datar Encik Amri terdengar tegas menasihati anaknya.

"Insya Allah ayah, Adib jalan dulu jumpa Amar." Katanya sambil menyalam hormat kedua orang tuanya.

Setelah Adib Umair sampai di kafe 24 jam yang dimaksudkan itu. Adib sudah melihat Amar duduk didalam kafe dengan secangkir air panas di atas meja. Adib keluar dari keretanya dan menuju mendekati Amar.

"Assalamualaikum Amar, kenapa tiba-tiba nak jumpa ni?" Tanya Adib sambil menepuk pundak Amar.

"Waalaikumussalam Adib...aik, jumpa sahabat sendiri pun tak boleh ke?" Sahut Amar dengan nada gurauan.

"Bukan begitu, tapi apa yang penting sangat tu?" Ucap Adib sambil duduk bersebelahan dengan Amar.

"Kau pergi order minuman dulu baru kita rancak sembang." Usul Amar pada Adib.

"Jangan lupa kek Adib, sedap juga sembang-sembang sambil makan kek."

"Okay Amar, kita makan-makan ni malam!" Sahut Adib sambil pergi mengoder air dan beberapa jenis kek yang telah menjadi pilihannya.

"Sebenarnya apa yang kau mahu cakap dengan aku ni?" Soal Adib setelah dia sudah mengambil order dan duduk semula di tempatnya. Adib menatap Amar sambil merasa sedikit kek favoritenya.

"Macam mana sudah kau dengan secret wife mu tu?" Ucapnya sambil tersenyum penuh makna.

"Maksudnya?" Adib tak faham apa maksud Amar soal secret wifenya itu.

"Ye la, kau dah kahwinkan... apa perancangan kau lepas ni? Wifemu tu masih belum tahukan perkara sebenar. Tahan juga kau Adib, isteri boleh kata hari-hari jumpa tapi tak boleh nak buat apa-apa." Cakap Amar bertalu-talu sambil tergelak.

"Aku pun tak tahu nak cakap apa Amar, tengok saja la nanti. Minggu depan wife aku tinggal dekat rumah aku."

"Mertua kau dah ubah fikiran ke?" Tanya Amar hairan.

"Bukanlah, mertua aku keluar negara minggu depan... out station kata ayahku."

"Okay la tu, time kamu satu rumah nanti bolehlah kenal hati budi masing-masing." Ucap Amar bijak.

Adib mengangguk singkat membenarkan setiap ucapan yang keluar dari mulut Amar. Walaupun mulut Amar suka mengejek atau bergurau kasar tapi dia bercakap suka berterus terang dan tidak berbelit-belit (saat berbicara).

"Siapa lagi nama wifemu Adib?"

"Anis Umairah, kenapa Amar?

"Nama kamu pun dah hampir nak sama, memang dah jodoh kamu la tu..!"

"Ayah aku dengan abah Anis bersahabat sejak di university lagi, tu yang mereka sudah berjanji... nama kami pun mungkin mereka sudah cari siap-siap." Sahut Adib dengan nada gurau.

"Alah, secara kebetulan saja tu Adib!" Sahut Amar bergurau sambil menumbuk pelan bahu Adib.

Adib Umair cuma tergelak dengan kehebohan sahabatnya itu.

Adib dah tak sabar tunggu minggu depan. Esok apa khabar Anis? kalau saya ada masa, tengahari atau petang akan update lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience