Bab 6

Thriller Completed 7165

Sebaik tiba di tingkat atas,Faiz menendang keras pintu bilik yang berdekatan tangga. Pintu tersebut terkuak. Faiz mara ke bilik seterusnya dan menendang pintu bilik tersebut sehingga terbuka.

“Mana kau puaka? Muncullah depan aku!”bentak Faiz. Kelakuannya seperti orang gila. Dia terpusing-pusing mencari sesuatu. Kemudian satu susuk tubuh muncul di pandangannya. Seorang perempuan yang berpakaian serba putih dengan rambut terurai. Wajahnya ditundukkan. Sebaik wajahnya diangkat kelihatan wajahnya yang buruk. Cebisan daging membusuk membaluti wajahnya. Biji matanya tergantung keluar dan ulat-ulat jelas kelihatan jatuh satu persatu dari wajahnya. Lidahnya terjelir sehingga ke paras dada. Dia tidak berjalan sebaliknya kelihatan seperti terawang-awang. Faiz terkejut bukan kepalang. Dia cuba berlari keluar dan tidak semena-mena pintu bilik terkatup rapat. Puas dicuba tetapi tetap tidak mahu terbuka.

“Kau yang mahukan aku menjelma. Sekaran kau akan aku bunuh!”jerit lembaga tersebut seraya terbang sambil menyeringai. Tangannya tergenggam kemas sebilah pisau. Faiz mula cemas. Lembaga tersebut menusuk pisau tersebut ke tangan kiri Faiz yang memegang tombol pintu sehingga tembus. Faiz menjerit kesakitan. Pintu bilik terkuak dan Faiz segera melarikan diri sambil dikejar lembaga tersebut yang kelihatan begitu bernafsu mahu membunuhnya. Oleh kerana terlalu takut,Faiz terjatuh ketika bertapak menuruni tangga. Dia tergolek jatuh ke bawah tetapi dia bingkas bangun berlari menuju ke ruang tamu.

“Kita keluar dari rumah ini. Rumah ini betul-betul berpuaka.”ujar Faiz separuh menjerit. Dia memegang tangannya yang berlumuran darah. Rakan-rakan yang lain mula cemas.

“Aku dah kata dari awal lagi. Rumah ni memang sedang menunggu kehadiran kita. Tapi korang tetap degil nak datang juga.”bentak Asri secara tiba-tiba.

“Habis tu kau nak salahkan kami pula sekarang ni?”marah Hafiz. Suasana tegang mula tercetus. Faiz pula teraba-raba pintu keluar. Dia memulas tombol berulang kali.

“Kenapa pintu ni tak boleh buka? Aku nak keluar dari rumah ni.”kata Faiz sambil memulas-mulas tombol pintu. Dia kelihatan benar-benar ketakutan. Kemudian secara tibatiba Atilia melolong dan jatuh rebah di atas lantai. Dia tersentak-sentak seperti orang diserang sawan. Semua cemas memandang ke arahnya. Niza cuba membantu tetapi tidak semena-mena dia ditempis kuat sehingga terjatuh. Atilia berubah karekter. Mukanya kelihatan membengis. Dia menderam seperti seekor singa yang kelaparan.

“Atilia?”tegus Hafiz. Dia cuba merapatkan diri untuk menyentuh Atilia tetapi Atilia secara tiba-tiba memalingkan wajah ke arahnya. Mata Atilia putih sehingga tidak menampakkan mata hitam. Wajahnya juga pucat dan membengis. Rambutnya berserabut menutup sedkit wajahnya. Hafiz berundur ke belakang beberapa tapak.

Atilia melemparkan pandangan ke arah Faiz yang menggeletar ketakutan. Dengan kekuatan yang luar biasa Atilia menerkam. Faiz tidak sempat melarikan diri. Atilia mencakar wajah Faiz berulang kali sehingga menampakkan kesan calar pedih. Kemudian Atilia mendapatkan pisau yang berada di poket seluarnya. Lantas pisau tersebut dibenamkan berulang kali ke dada Faiz. Faiz terlopong kesakitan. Darah memancut-mancut keluar dari kesan tikaman. Tiba di tikaman terakhir,Atilia berhenti. Pisau yang terbenam di dada ditarik ke bawah perut sehingga jelas kelihatan isi perut yang terburai. Faiz terbuntang mata tidak bernyawa. Kemudian,Atilia merodok isi perut Faiz dan mengoyak luas. Daging yang berlumuran darah dilapah dengan lahap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience