(PAST) ~Angel Emmerich Forrestor~

Other Series 152481

(Translated In Malay)

Malam itu Angie makan malam bersama dua orang kakaknya, Paula dan Georgia yang baru berumur 15 dan 17 tahun.

Mak dan ayah mereka tiada, begitu juga atuk kerana ada urusan di luar. Mak angie merupakan orang Germany dan ayahnya pula adalah orang Italian.

Malam itu seperti malam-malam sebelumnya, bosan dan sunyi tanpa seberang gelak ketawa mahupun gurauan.

Angie mula tak sukakan kakak-kakaknya apabila mereka bersaing merebutkan status 'cucu sulung' keluarga Forrestor yang mana akan menjadi peneraju syarikat atuk apabila meningkat dewasa. Hal itu menyebabkan hubungan mereka kian regang hampir setahun yang lalu.

Mereka telah disertakan guru-guru terbaik di Black Forest oleh mak dan ayah untuk diajarkan pelbagai perkara terutamanya dalam bidang perniagaan dan perubatan kerana syarikat atuk merupakan pengusaha dan pembekal terbesar dadah dan ubat-ubatan di Barat Jerman.

Secara tak langsung Angie turut serta belajar perkara yang sama dengan apa yang kakak-kakaknya yang lain pelajari.

Mak Angie, Romana Forrestor, mahukan anak-anak perempuannya yang mengambil alih syarikat bapanya daripada Angie yang berpenyakit dan langsung tak matang.

Dia mahukan mereka berdua menjadi wanita sepertinya, seorang pengusaha dan professor yang amat disegani dan dipandang tinggi masyarakat. Bukan seperti kebanyakkan warga wanita Jerman yang pada tika itu didiskriminasi mengikut jantina.

Angie? Romana memang kurang rapat dengan Angie dari dulu lagi kerana budak itu amat rapat dengan atuknya, Rhico Forrestor dan membuatkan kedudukan anak-anak perempuannya dalam pemilihan pewaris terancam.

Dia mula membenci Angie disebabkan satu insiden 2 tahun lepas di mana Angie hampir-hampir membongkarkan rahsia hubungan sulitnya dengan anak ketua daerah Black Forest pada suaminya, Alpheus dan telah memberitahu hal itu pada ayahnya.

Setelah hubungannya itu diketahui Rhico, ayahnya itu menyekat terus komunikasi Romana dan teman lelakinya dari Rusia.

Memandangkan ayah Angie, Alpheus Vanni Mia Andrelisandro Vincenzo merupakan antara golongan bangsawan terkenal di Italy, keakraban kedua belah pihak adalah amat penting dalam kesinambungan penjualan dan pendapatan syarikat bapanya yang mula berkembang di Eropah selatan tengah.

Tak seperti Romana, lain pula Rhico yang melihat keistimewaan dan kebolehan Angie sebegai peneraju syarikat pharmaceutical miliknya berbanding cucu-cucunya yang lain.

Disebabkan Romana melebihkan anak-anak perempuan saja dan Alpheus tinggal di Italy, Angie hanya punya atuknya saja tempat dia bermanja dan rapat bersama.

Angie sangat lembap dalam setiap ujian dalam pengajaran guru-gurunya dan langsung tak menunjukkan minat dalam belajar. Tapi atuknya tahu cucu tunggal lelakinya itu sangat bijak. Dia hanya tak mahu menunjukkan kebijaksanaannya.

Suatu pagi, semasa dia berada di bilik kerjayanya.

Tok Tok Tok.

"Siapa?" Richo bertanya biasa.

"Angie lah atuk! Boleh angie masuk?" laungnya dari luar.

"Ouh.. masuklah, pintu tak berkunci." Richo menjawab ramah. Sememangnya di rumah itu Rhico hanya membenarkan Angie saja yang masuk ke bilik kerjanya itu.

Angie masuk dengan wajah cerianya dan duduk di atas ribaan atuknya di kerusi tanpa dipinta. Rhico menangguhkan dulu kerjanya dan melayan cucu kesayangannya itu.

"Ala.. atuk perlu ke pergi Perancis esok? Sunyilah Angie nanti.. sape nak teman Angie.." muncungnya kelihatan. Meminta simpati. Walaupun Perancis hanyalah negara jiran German, tapi Angie rasakan atuknya akan pergi semakin jauh dari dirinya. Terlalu jauh..

Entah mengapa..

"Maaf cucu atuk..atuk sibuklah sayang.. mari sini." Tubuh Angie ditarik rapat padanya, memeluk sambil menggosok belakang kepala Angie, manja.

"Tapi jangan risau sebab...." kening tajam Angie terangkat ingin tahu.

"Ayah balik!!" mata biru Angie mula bersinar menatap atuknya.

"Really? Yeay!!! Ayah balik! Bila ayah nak balik atuk?" teruja saja Angie bertanya.

Walaupun Alpheus jarang pulang ke Jerman, hanya setahun sekali pun belum tentu, Angie masih rapat dengan ayahnya kerana si bapa selalu mengutus surat menyurat padanya.

"Ayah akan balik esok selepas atuk ke Perancis.. nanti kamu tinggal dengan ayah dalam seminggu okay?" Rambut kuning kehitaman Angie dielus lembut.

"Baik atuk. Ni.. Angie ganggu atuk ke?" Angie bersandar pada tubuh tua atuknya dan mengambil sehelai kertas kerja di atas meja. Manja.

"Tak adalah.. Atuk okay je.. kenapa sayang?" Ubun-ubun Angie dikucup beberapa kali. Sememangnya Angie adalah kesayangannya di rumah itu. Si cucu yang tiba-tiba diam, melihat ke kertas bertulisan France itu dipandang sayang.

"Apa yang kamu tengok ni...? Angie bukannya faham pun. Bagi sini pada atuk." kertas di tangan Angie di ambil dan diletakkan semula ke atas meja.

"Angie sayang atuk.." secara tiba-tiba, tubuh kurusnya dipeluk erat Angie. Rhico terdiam dan pantas menjauhkan kedudukan mereka.

Pipi tembam cucunya dikucup manja. Menenangkannya.

"Kenapa tiba-tiba je ni Angie?" risau juga melihat cucunya itu tiba-tiba menangis tanpa sebab.

Angie menarik air hidungnya dan mengesat air matanya dengan wajah yang tersembik-sembik menahan tangis. Jari telunjukkan diangkat menunjukkan pada kertas kerja atuknya tadi.

"Atuk sakit ke? Atuk tak apa-apakan?" Rhico terpampam sebentar.

Kertas kerja dia atas mejanya itu sebenarnya merupakan laporan kesihatannya yang kian merundum mendadak. Dia menghidap barah otak yang sudah berginjak ke paras kritikal dan perlu menjalani rawatan dan pembedahan segera di Perancis.

"Kamu faham laporan dalam bahasa France ni Angie? Tapi macam mana?" Rhico bertanya lembut. Dia tak pernah meninggikan suara pada Angie, hanya pada Paula dan Georgia.

Itu juga menjadi punca kakak-kakak dan maknya makin membenci Angie, kerana atuknya melebihkan cucu lelakinya itu.

Sememangnya bahasa France, Latin atau English dijadikan bahasa kedua selepas bahasa German di negara itu. Tapi pada setiap peperiksaan Angie, markahnya amat mendukacitakan. Teruk.

Tapi bagaimana..

"Faham. Angie tak berniat nak tipu atuk atau sesiapa. Angie cuma tak nak mak benci Angie lagi.. Sebab tu Angie tak nak jadi lebih bagus dari kakak-kakak. Angie tak nak Paula dan Georgia jauhkan diri dari Angie.." sayu suara comel itu bertutur.

Dan dari situlah atuknya mula mendapati Angie, cucu lelaki tunggalnya itu merupakan seorang genius ataupun dikenali sebagai seorang 'intellectual giftedness'.

Pada umur 10 tahun itu, Angie sudah menguasai bahasa di Jerman dan bahasa-bahasa kedua mereka iaitu German, France, Latin, English, Dutch, Italian, Polish, Spanish dan classical Greek yang mana merupakan bahasa-bahasa negara-negara jiran German.

Dia hanya belajar dengan membaca dan mendengar. Menulis pula untuk mengingati. Bagi Angie, pembelajaran adalah perkara yang membosankan kerana semuanya amat mudah baginya. Sebab itulah dia langsung tak minat dalam sesi pembelajaran dan banyak meluangkan masa dengan satu-satunya rakan baiknya iaitu Olin Terry.

Angie meminta agar atuknya itu merahsiakan tentang dirinya daripada pengetahuan ahli keluarga yang lain kerana tak mahu menimbulkan masalah pula.

Dia selalu juga dipukul dan didera secara lisan oleh kakak-kakak dan si ibu apabila ketiadaan atuknya. Hanya Hilda dan penjaga-penjaga rumah saja yang tahu tentang hal itu tapi mereka tak mampu berbuat apa-apa apabila diugut oleh Romana.

Petang, Olin datang ke mahligai mewah Forrestor seperti selalu. Menjemput Angie untuk bermain bersama-sama.

Angie yang melihat Olin di pintu pagar di luar perkarangan rumah, terus teruja. Beg galasnya dieratkan, Hilda di belakangnya ditoleh sekali dengan senyuman lebar.

"Hilda, tak perlu hantar saya. Saya pergi dulu ye! Olin dah tunggu tu. Bye!" Riuh saja suaranya bertutur, dua berlari anak di jalan utama luas itu ke arah sahabat baiknya. Olin.

Sungguh, waktu bersama Olin adalah yang paling dia sukai selepas bersama atuk dan ayahnya. Olin sangat baik dan selalu menceriakan hari-harinya dengan jenaka dan mulut celotehnya.

Kelibat Angie yang berlari ke arah Olin, si budak miskin, di lihat oleh Romana di sebalik kaca di tingkat atas rumah agam itu.

"Kau tak layak untuk peroleh sikit pun kemewahan keluarga ni.. budak tak guna." ujarnya sendirian sebelum melangkah kembali masuk ke dalam biliknya.

Dia tahu suaminya akan pulang esok hari untuk meminta cerai, manakala ayahnya pula akan ke Perancis kerana penyakitnya makin teruk.

Semuanya adalah seperti yang dia rancangankan. Sempurna.

Romana sengaja menukar ubat-ubatan Rhico dan digantikan dengan ubat-ubatan lain yang akan lebih memudaratkan kesihatan tua ayahnya itu dengan menggunakan Beta-blockers seperti Tenormin, Lopressor, Toprol XL dan Inderall.

Ubat-ubatan ini adalah dihasilkan sendiri oleh pharmaceutical milik ayahnya. Dia pula, selaku professor di salah sebuah makmal pembuatan ubat dadah mereka, dengan lebih mudah memalsukan ubat-ubatan yang sepatutnya diambil dengan yang lebih memudaratkan.

Ubatan medikasi tekanan darah itu berperanan memperlambatkan degupan jantung dalam diri pesakit dan menyebabkan mereka lebih cepat penat atau letih kerana kekurangan oksigen yang dipam jantung ke seluruh badan.

Walaupun tumor di otak mampu dikurangkan dek ubatan yang sama, ianya juga boleh mengakibatkan tubuh lebih letih dengan menukarkan protein dan level horman di dalam tubuh.

Seperti mana, ianya membunuh tumor, kebanyakkam sel-sel sihat dan hidup yang lain akan turut terjejas. Kemudian, tubuh akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk membaiki dan membersihkan sel mati kesan ubatan beta tadi.

Dan Romana yakin.. tubuh tua ayahnya tak akan mampu pulih dengan sendiri.

Apabila Rhico mati, lebih mudahlah dia melakukan apa yang dia mahu tanpa dihalang sesiapa.

"Olin!! Maaf saya lambat.." Angie tersenyum manis memperlihatkan susunan gigi putihnya.

"Tak apa.. Jomlah. Hari ni kita masuk hutan. Memburu!" Olin bertutur riang, dia tersenyum lebar apabial melihat Angie yang mula menyeringai teruja dengan kata-katanya.

"Jom Angie!" dia mula berlari anak ke hadapan dan sesekali menoleh pada Angie di belakang.

"Tunggu saya!" Angie turut mengikuti langkah Olin dan tangan rakannya itu digenggam erat. Mereka bergandingan tangan ke dalam hutan Black Forest bersama.

Tak seperti Angie yang masih punya insan yang disayangi, bagi Olin pula, Angie adalah insan yang paling dia sayang. Angie bagaikan adiknya dan sahabat sejatinya.

Masalah yang dia hadapi di rumah terhapus begitu saja apabila Angie ada bersamanya.

Segala penat lelah dia membantu makcik Lia melakukan kerja-kerja berat, menjaga bapanya yang kurang upaya dan pemabuk serta pekerjaan gila si ibu..

Semuanya hilang begitu saja apabila mereka bersama-sama.

Mereka meredah hutan bersama-sama jauh ke dalam. Disebabkan Angie penakut dan manja, tangan si adik tak pernah dilepaskan Olin apabila mereka semakin dalam memasuki hutan gelap itu.

Memandangkan Olin selalu juga mencari kayu-kayu api untuk memanaskan rumah, dia agak mahir dan tahu selok-belok hutan walaupun masih kecil.

Black Forest tampak menakutkan dengan namanya dan dari luarannya, tapi kebenarannya, hutan di barat daya German itu merupakan antara 10 hutan tercantik di dunia.

Olin turut berasa gembira melihat Angie gembira bersamanya. Dirasakan segala penat lelahnya terbayar dengan melihat senyuman comel rakannya itu.

Olin memberikan sebilah pisau bersarung pada Angie selepas dia mengajar Angie memanah burung.

"Nak buat apa dengan pisau ni Olin?" Angie yang sedang memakan daging burung yang dibakar mereka bersama tadi memandang pelik ke arah Olin.

"Ni hadiah dari aku.. bukalah." dengan teragak-agak sambutan diambil.

Angie tak pernah seumur hidupnya memegang pisau sebelum ini. Ini adalah kali pertama. Dia jakun sebentar.

Sarung pisau dibuka menampakkan sebilah pisau belati sepanjang tapak tangan dengan gerigi di bahagian bawahnya.

"Waaaa.. hebatnya.. untuk saya? Betul ni?" dengan teruja Angie meneliti pisau tersebut dan sesekali menatap wajah Olin di depannya.

Mereka berehat bersebelah anak sungai kecil di dalam hutan gelap tersebut. Keadaan sunyi hanya memperdengarkan derusan air tenang mengalir dan kicipan burung-burung saja.

"Olin? Kenapa ni?" Angie bertanya polos melihatkan Olin yang hanya mendiamkan diri apabila ditanya tadi.

Matanya mula berkaca dalam tak sedar melihat Angie di depannya. Angie yang panik terus ke arah Olin dan dipeluknya erat. Turut serta menangis sekali.

"Janganlah menangis.. kalau awak menangis, saya pun menangis jugak.." tuturnya perlahan disertai esak tangis kecilnya.

Pelukan dileraikan oleh Olin, mereka berpandangan sebentar.

"Tak ada apa Angie.. betul ni. Aku cuma ada masalah sikit di rumah. itu je.. kau tak perlu risau." tangan Angie digenggam erat.

"Olin kongsilah dengan saya?" Angie bertanya penuh pengharapan.

Tak menunggu lama, Olin menggeleng dengan senyuman. Kesan air mata di pipi gebu Angie dikesat lembut.

"Pisau ni.. aku bagi kau sebab ini barang yang paling rapat dengan aku. Aku nak kau sentiasa bersamanya okay? Kau kene kuat.. tak boleh lemah-lemah macam ni. Aku tak akan selalu ade untuk kau." pisau yang terjatuh tadi diletakkan kembali di dalam pegangan Angie, mata biru yang hampir gelap itu ditatap lembut.

"Hidup ni tak selalunya baik Angie, kadang-kadang kita kena lakukan sesuatu yang buruk untuk sesuatu yang baik.. " rambut kuning rakannya itu digosok manja.

Angie mengangguk pantas sebelum ketawa bahagia sambil kembali memeluk Olin erat.

"Saya janji tak akan jadi lemah lagi. Saya sayang awak Olin." tuturnya manja.

Olin hanya tersenyum sambil membalas pelulakan Angie, air matanya ditahan dari berguguran.

"Aku pun sayang kau Angie si budak manja." balasnya perlahan.

Dia terlalu rindukan Angie bagaikan tak akan lagi bertemu rakannya itu. Hatinya sesak dihimpit resah dan perasaan yang dia tak faham maksudnya.

'Aku harap ini bukan petanda yang buruk..'

Pelukan dileraikan.

"Dah la.. jom balik, aku hantar kau. Nanti lewat pulak." Olin bangun sambil menepuk sedikit punggungnya yang terdapat kesan tanah hutan.

"Baiklah.!" Angie turut bangun dari duduknya. Pisau belati lama milik Olin tadi dimasukkan kembali ke dalam sarung dan diselitkan pada belt di pinggannya.

Mereka bergandingan tangan keluar dari hutan bersama-sama, pulang ke kediamana Forrestor.

Setiba di hadapan pagar, seperti kebiasaan, Hilda sudah sedia menunggunya.

Tangan Olin dirasakan bagai tak mahu dilepaskan. Angie menatap Olin yang sama tinggi dengannya itu. Polos.

"Kenapa Angie?" tanya Olin musykil.

Angie pantas menggeleng menidakkan perasaannya.

"Bye.. saya pergi dulu Olin. Terima kasih untuk hari ni." akhirnya tangan Olin dilepaskan.

Olin melambainya dan dia juga begitu, Hilda sudah memberi bayaran pada Olin dengan agak banyak sebelum ini, jadi pada hari itu dia tak perlu mengambil duit dari Hilda lagi.

Melihat Angie yang berjalan ke arah pintu pagar membelakanginya, Olin berpaling mahu beredar seraya mengeluh berat. Dia rindukan Angie.. dia rasa seperti tak mahu berpisah dengan rakannya itu tapi mungkin hanya mainan perasaannya saja.

Baru tubuh dikalihkan,

"Olin!!" Angie menjerit memanggil namanya kuat dan sebaik saja dia berpaling semula,

"Saya silap cakap tadi.. terima kasih untuk semuanya.. segalanya.." dipeluk tubuh Olin erat, Olin turut membalasnya.

"Sudahla.. aku kene pulang ni. Dah, kau pergi masuk sekarang.." tutur Olin dengan senyuman sebelum melabuhkan satu kucupan di dahi Angie.

Rakannya itu mengangguk polos sebelum kembali berlari ke arah Hilda.

"Bye Olin!!" Lambainya bersemangat pada Olin dari kejauhan.

Olin tak bersuara, dia hanya membalas lambaian Angie beserta senyuman. Apabila Angie hilang dari pandangan, barulah dia beredar ke neraka nya.

Angie dengan perasaan gembiranya berjalan pulang ke rumah kerana malam itu ayahnya akan pulang untuk memberikannya kejutan. Hilda lah yang secara tak sengaja berkata soal itu.

Akhirnya kejutan si atuk terbongkar jua..

'Pandai atuk buat kejutan untuk Angie.. ingatkan ayah pulang esok, rupa-rupanya malam ni!! Tak sabarnya nak jumpa ayah!' desis hati kecil Angie kegembiraan...

..tanpa die ketahui..

..peristiwa ngeri yang akan mengubah hidupnya malam itu..

Share this novel

Mimie Harmiza
2020-06-30 00:18:07 

ok.faham.mengapa dom benci btul dgn perempuan sebelum ni.night hans


NovelPlus Premium

The best ads free experience