BAB 4

Humor Completed 8628

“Ehh, kamu berdua ni.. Jadi tak esok kita semua pergi ke rumah Wak Bon ni?” Tanya Haji Hamid kepada Pakcik Johari dan Tok Mat. Mereka berdua hanya menganggukkan kepala sebagai tanda setuju.

“Baiklah, kalau macam tu. Esok jangan lupa sediakan biskut kering. Ramai ahli jemaah ni nak datang esok.” Pesan Haji Hamid kepada Wak Bon. Wak Bon membetulkan kopiahnya.

“Yalah. Saya sediakan biskut cap ayam terbang nanti. Saya baru aje beli biskut tu petang tadi.”

“Kau ni Bon, tak ada siapa-siapa pun yang tanya fasal biskut cap ayam tu. Kau ni Bon, makin tua makin mereng.” Usik Tok Mat. Wak Bon hanya memandang wajah Tok Mat. Terguris hati kecilnya apabila Tok Mat berkata demikian.

Keesokan harinya.. Haji Hamid, Pakcik Johari, Tok Mat dan Razi datang ke rumah Wak Bon. Wak Bon kehairanan kerana mengikut kata-kata Haji Hamid, ramai ahli jemaah yang datang ke rumahnya.

“Eh, Haji.. Kata ramai ahli jemaah masjid yang datang. Ini cuma 4 orang aje yang datang?” Tanya Wak Bon kehairanan.

“Laa..betullah tu. Lebih daripada 2 tu kan dah ramai. Kami semua kan ahli jemaah masjid. Haha.” Jawab Haji Hamid cuba meloyar buruk. Razi hanya menutup mukanya melihatkan situasi itu.

“Mana lembu gila yang kau nak tunjukkan tu?” Tanya Tok Mat yang cuba mengubah topik. Pakcik Johari pergi ke belakang rumah Wak Bon.

“Ikut si Johari tu.” Kata Wak Bon.

Haji Hamid, Razi, dan Tok Mat mengikut Pakcik Johari ke belakang rumah Wak Bon. Wak Bon hanya mengikut dari arah belakang mereka sahaja.

Kelihatan seekor lembu sedang ganas mengamuk. Wajah Haji Hamid berubah. Wajahnya menjadi pucat lesi kerana Haji Hamid memakai baju Melayu berwarna merah. Lembu itu cuba melanggarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience