Bab 63

Drama Completed 35637

5 tahun sudah berlalu...

"Assalamualaikum" ucap Tiara sebaik sahaja dia menolak daun pintu rumah. Perlahan dia menolak pintu kerana risau kalau-kalau anak buahnya yang baru berusia 2 tahun berada berdekatan dengan pintu.

"Waalaikumussalam" jawab satu suara wanita iaitu kakak iparnya. Selepas abang Tiara, Luqman Muaz bebas dari hukuman penjara, Luqman berkerja sebagai juruwang di pusat membeli belah.

Sepanjang setahun dia berkerja di situ, hatinya terpaut dengan seorang gadis yang manis orangnya iaitu Nur Zahirah.

Kakak iparnya juga sudah sedia maklum tentang sejarah lampau abangnya dan menerima Luqman dengan ikhlas kerana dia nampak Luqman ialah seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Dia tidak pandang tentang kisah silam Luqman kerana apa yang penting adalah masa depan. Bukan masa lalu.

Kemudian mereka berdua dikurniakan seorang anak lelaki yang lincah dan tidak reti duduk diam iaitu Izzat Muaz.

Tiara melihat kakak iparnya sedang mengemas meja makan manakala abangnya sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Sementara Izzat sedang bermain dengan kereta mainan nya di atas karpet.

Kasut dibuka lalu dimasukkan ke dalam rak kasut.

"Ara dah makan ke? Kalau belum, akak ada simpankan sikit lauk untuk Ara. Ada dekat dapur tu" tanya Zahirah.

Walaupun Tiara hanyalah adik iparnya, tetapi dia sudah menganggap Tiara seperti adik kandungnya sendiri.

Tambahan pula dia ialah seorang anak tunggal. Tidak mempunyai adik beradik. Jadi, Tiara lah adik ipar dan adik kandungnya.

"Ara belum makan lagi. Tak apa kak, akak rehatlah. Pandai-pandai lah Ara cari makanan nanti. Nak mandi dulu. Letih badan ni"

Kini, impian Tiara untuk menjadi seorang pendakwa raya hampir tercapai. Hanya tinggal beberapa bulan dan beberapa latihan yang perlu dia jalani kemudian dia akan bergelar seorang pendakwa raya.

Segala susah payahnya selama ini menuntut ilmu perundangan hampir terbalas.

Tiara juga sudah 2 tahun menetap kembali di Malaysia selepas menamatkan pengajian di negara orang.

Zahirah hanya tersenyum dan menyambung kerjanya. Baru sahaja berapa langkah Tiara menuju ke biliknya, kedengaran suara Luqman memanggil namanya.

"Ara. Abang ada benda nak cakap sikit dengan Ara. Sini kejap" Luqman menunjukkan ruang kosong di sofa yang sedang dia duduk.

Tiara sedikit hairan dengan kata-kata abangnya tetapi dia hanya menuruti sahaja. Dia menuju ke sofa dan duduk di sebelah abangnya.

"Kenapa bang? Duit bulan ni Ara dah bagi kan?" soal Tiara.

Sudah menjadi kebiasaan nya untuk memberi sedikit duit gajinya kepada Luqman. Ini supaya beban abangnya dapat diringankan memandangkan barang dapur ditanggung oleh Luqman.

Duit yang diberikan oleh Tiara dapat juga membayar bil elektrik atau bil air.

Luqman menggeleng kepala. Wajahnya yang serius menunjukkan bahawa apa yang ingin disampaikan oleh Luqman agak penting.

"Bukan. Duit untuk bulan ni Ara dah bagi dah dekat akak. Abang nak cakap pasal benda lain"

Kening Tiara berkerut. Tetapi dia hanya berdiam diri untuk memberi abangnya peluang untuk bercakap.

"Ada orang datang merisik Ara. Dia datang harini, waktu Ara pergi kerja" kata Luqman.

Tiara tersentak. Ini rupanya berita yang ingin abangnya beritahu.

"Abang, kan Ara dah cakap awal-awal lagi. Ara tak nak lah, abang. Tolong lah faham. Kali ni dah masuk tiga kali orang datang merisik. Entah siapa pun Ara tak tahu. Sekejap kawan abang, sekejap anak kawan abang. Kali ni siapa pulak lelaki tu?" jawab Tiara, tidak berminat.

Ketika ini, dia langsung tidak berminat untuk berbincang tentang mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin dia fokus adalah impiannya. Lagipun, hatinya sudah tertutup untuk lelaki.

"Tolong lah Ara. Jangan tolak yang kali ni punya. Sampai bila Ara nak tolak je pinangan orang kalau ada orang yang berkenan dengan Ara? Sampai bila, cuba cakap. Kalau Ara makin muda tak apa. Umur dah elok dah untuk kahwin. Ara dah 27 tahun kan?" Kali ini Luqman akan bertegas dengan adiknya. Takkan sampai bila-bila adiknya hidup bujang.

"Memang lah Ara 27 tahun and so what? Umur nak dekat 30 tahun je kena kahwin. Abang, banyak lagi benda yang Ara nak fikir daripada fikir pasal ni. Ara dah cakap. Ara tak nak" kata Tiara. Dia memutuskan keputusan muktamad.

"Tiara Adriana. Tolong dengar cakap abang. Abang tak kira, Ara kena kahwin jugak dengan lelaki ni. Apa pun yang Ara nak cakap, Ara cakaplah. Apa yang penting, abang tahu apa yang abang buat untuk adik abang. Lagipun, Ara ada 'boyfriend' ke sekarang ni?" kata Luqman dengan nada yang tegas.

"Memang lah tak ada 'boyfriend'. Tapi Ara tak kenal pun lelaki tu! Yang kenal dengan dia, abang! Yang kena kahwin, Ara. Apa ni?!" Tiara mula memberontak.

"Ara akan jumpa jugak dengan dia satu hari nanti dan akan kenal dia"

Terpancar kemarahan di wajah Tiara. Tanpa berkata apa-apa, Tiara bangun dari sofa dan menuju ke biliknya.

Zahirah pula hanya mampu melihat daripada jauh. Dia tahu, dia tidak mampu memujuk suaminya untuk mengikut kehendak Tiara kerana sebelum ini dia sudah lakukan begitu.

Pinangan kali ketiga ini suaminya mengambil serius.
Tiara mengunci pintu bilik nya lalu dia menghempaskan tubuhnya di atas katil.

Penat. Penat dengan kerja seharian nya dan penat dengan kehendak abangnya.

"Lelaki entah mana-mana yang abang nak kahwinkan dengan aku. Yang belah sana tu pun satu! Gila ke aku nak kahwin dengan orang yang aku tak kenal langsung? Macam mana entah dia kenal aku. Eee! Serabut lah!" rungut Tiara.

Tiba-tiba fikiran Tiara teringatkan seseorang. Tetapi tidak lama, Tiara memadamkan wajah orang itu daripada fikiran nya.

Dia hanya menganggap yang orang itu sudah bahagia dengan kehidupannya sendiri dan dia tidak perlu ambil tahu tentang perkara itu.
//
Keesokan harinya, Tiara sengaja ingin berjumpa dengan Kak Aisyah di kedai makan milik Encik Ahmad dan Puan Sakinah. Sudah lama rasanya dia tidak menjejakkan kaki di kedai itu.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kedudukan Kak Aisyah masih sama iaitu sebagai juruwang. Tiara tersenyum melihat Kak Aisyah daripada jauh.

"Kak Aisyah!" panggil Tiara.

Dengan pantas Kak Aisyah memandang ke arah suara yang memanggil namanya. Tidak silapnya, dia kenal dengan suara itu.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat suara itu kepunyaan Tiara.

"Tiara! Lamanya tak jumpa. Sihat?" tanya Kak Aisyah. Seronok dia dapat berjumpa dengan Tiara.

"Sihat je, alhamdulillah. Akak? Eh, mestilah sihat. Dah hidup disamping suami yang tercinta. Mana Abang Leman?"

"Ada tu dekat belakang kot. Kau ni, datang main terjah je. Terkejut akak tengok tiba-tiba kau datang. Ingat dah tak ingat jalan datang sini"

"Mana boleh lupa. Sentiasa di ingatan" jawab Tiara dengan senyuman. Dia melihat pelanggan masih tiada jadi dapat lah dia berbual sebentar dengan Kak Aisyah.

"Mana mak cik dengan pak cik? Dah lama tak jumpa" tanya Tiara. Tiada pula dia ternampak kelibat dua orang pemilik kedai itu.

"Ada dekat belakang la tu. Kan selalu akak yang cover depan ni. Ini, apa mimpi tiba-tiba je datang sini?" soal Kak Aisyah.

"Ala, Tiara saja je datang sini nak jumpa dengan akak. Sorry lah, Kak Aisyah sebab tak datang akak kahwin haritu. Akak lah kahwin awal sangat. Tiara still dekat overseas lagi waktu tu" kata Tiara.

Ketika majlis perkahwinan Kak Aisyah dan Abang Leman, Tiara masih berada dalam semester akhir di universiti jadi dia tidak berpeluang untuk berjumpa dengan Kak Aisyah.

"Tak apa. Akak faham, tak ambik hati pun lah" Kak Aisyah memberikan senyuman kepada Tiara.

Tiara menggigit bibir. Dia ingin katakan sesuatu pada Kak Aisyah tetapi dia takut.

"Akak" panggil Tiara.

Kak Aisyah tidak menjawab sebaliknya memandang wajah Tiara. Dia menunggu Tiara untuk bersuara.

"Tiara kena kahwin" kata Tiara, ringkas. Dia mencebik bibirnya.

Kak Aisyah tidak terkejut dengan apa yang diberitahu oleh Tiara kerana ini bukan kali pertama Tiara menceritakan tentang hal ini.

"Ada orang datang merisik lagi ke?" Kak Aisyah bertanya.
Tiara mengangguk perlahan.

"Habis tu, abang kau cakap apa?"

"Kali ni abang dah tak bagi peluang dah. Dia suruh jugak Tiara kahwin dengan lelaki tu. Akak, Tiara tak nak lah" adu Tiara.

Kak Aisyah menghela nafasnya.

"Tiara, akak rasa kau terima je lah pinangan lelaki tu"

Sungguh Tiara terkejut dengan kata-kata Kak Aisyah.

"Akak suruh Tiara terima je lelaki yang Tiara tak kenal? Akak ni"

"Mungkin ini yang terbaik untuk Tiara. Mesti abang Tiara tahu apa yang baik untuk adik kesayangan dia ni. Lagipun sebelum ni dua kali dah Tiara tolak kan?" kata Kak Aisyah, separa memujuk.

"Tapi..."

"Tiara istikharah. Mintak petunjuk daripada Allah. Kalau Tiara nampak lelaki tu yang baik untuk Tiara, Tiara terima. Mana tahu lepas tu hati Tiara terbuka ke untuk dia. Apapun, berbalik lah pada Dia. Allah tahu apa yang terbaik untuk Tiara" nasihat Kak Aisyah dengan nada yang lembut bersama dengan harapan Tiara menerima nasihat nya.

"Okey. Insyaallah Tiara buat solat sunat istikarah nanti" kata Tiara.

Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh Kak Aisyah. Kenapalah dia tidak teringat untuk melakukan solat sunat istikarah. Meminta petunjuk daripada yang Maha Esa.

thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for late update:(:(

Share this novel

Dina
2022-08-01 17:06:37 

hehe, tunggu tau! ;)

Rimatanti Rasyid
2022-07-31 19:36:05 

tak sabar nk tau siapa yg meminang tiara tu..


NovelPlus Premium

The best ads free experience