B.4 - Diktator & Witch

Family Completed 42464

"Come back home,
Can you come back home? ayy
Chagaun sesang kkeute nal beoriji malgo nae gyeoteuro
Come back home,
Can you come back home? ayy..."

Mendayu-dayu Jazzlyn menyanyikan lagu come back home nyanyian kumpulan kpop 2ne1 yang cukup popular dahulu.

"Ni apa ni!? Mana semua pekerja aku? Makan gaji buta. Kerjanya mengular je. Aku potong gaji kau orang semua baru ada akal!" Suara petir Nenda Rosiah sudah berbunyi seawal pagi lagi.

"Siapa pula yang memekak pagi-pagi ni?" Desisnya mendengar sayup-sayup suara menyanyi. Tercari-cari arah suara itu.

Terlihat Jazzlyn yang sedang rancak menyanyi sambil menari-nari tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Ditelinganya memakai Airpods Max yang membuatkan dirinya begitu asyik mendengar lagu yang sedang dipasangnya.

Tergeleng Nenda Rosiah sambil bercekak pinggang. Matanya sudah dibulatkan.

"Hoi! Kau boleh diam tak? Pagi-pagi dah memekak. Kalau menyanyi sedap tak apa la juga. Ini entah lagu apa-apa dinyanyinya. Toke toke je aku dengar!" Jerkah Nenda Rosiah.

Namun Jazzlyn yang tidak mendengar panggilan itu terus melayan jammingnya.

"Come back home, come back home...."

Nenda Rosiah yang tidak tahan melihat gelagat itu terus mendekat lalu di ketuk kepala Jazzlyn. Airpodsnya ditarik.

"Kau tak dengar ke apa aku cakap? Kau tu memekak menganggu orang lain!" Jerit Nenda Rosiah di sebelah telinga Jazzlyn.

Jazzlyn terus menutup telinganya kerana berdesing mendengar suara Nenda Rosiah.

"Ish...Nenda ni tak boleh cakap perlahan sikit. Telinga saya ni mahal tau lagi mahal dari gelang emas yang Nenda pakai tu." Jazzlyn mengosok-gosok telinganya.

Nenda Rosiah mencebik.

"Gelang aku ni kau tak mampu belilah. kau tengok ni besar macam tali kapal tau. Setakat telinga kau yang banyak tahi telinga tu apa sangat harganya nak dibandingkan dengan gelang aku ni." Ditunjukkan gelang Emas yang besar itu kepada Jazzlyn sambil diusap-usap. Mukanya sangat-sangat angkuh.

Jazzlyn tersenyum sumbing.

"Sebab nenda tak kenal lagi saya siapa. Kalau nenda dah kenal baru nenda tahu telinga saya ni aset paling berharga malah lebih berharga dari gelang tu. Telinga saya ni telinga duit."

"Kau jangan nak memperbodohkan aku. Mana ada telinga boleh buat duit. Yang boleh buat duit ni macam aku buat sekarang ni. Ni kau bersenang-lenang tak reti buat kerja. Kau pergi buat kerja sekarang kalau tak jangan harap aku nak bagi kau makan. Dah la memekak sahaja. Menganggu tetamu kat sini."Herdik Nenda Rosiah lagi.

Melopong mulut Jazzlyn dengar. Dia dikatakan memekak. Dah tu yang Nenda Rosiah menjerit terlolong lalak mengalahkan askar pencen tu tak apa pula.

"Excuse me. Sorry boleh perlahankan suara tak? Anak saya masih tidur lagi." tegur salah seorang penginap di situ.

"Hah! kau tengok tu orang dah tegur kau. Suara kalau sedap tak apa."

"Sorry, bukan adik tu tapi suara mak cik boleh perlahan sikit." tegurnya lagi.

Nenda Rosiah tergemap. Bibirnya diketap menahan malu dan geram. Jazzlyn sudah mengekek geli hati.

"Sorry ya,Mem. I akan slowkan volume radio cabuk ni. Enjoy your vacation!" ujar Jazzlyn kepada tetamu itu. Dilihat tetamu itu merapatkan kedua tapak tangannya memohon maaf atas ketelanjuran menegur mereka berdua sebelum dia berlalu masuk ke biliknya semula.

"See, Nenda. Bukan saya yang memekak tapi suara Nenda tu yang mengalahkan Hitler. You know Hitler?"

"Siapa pula Hitler tu?" gumam Nenda Rosiah sambil berpeluk tubuh. Matanya sudah dijulingkan ke atas.

"Hitler tu diktator macam Nendalah." Perli Jazzlyn sambil tersenyum sumbing. Keningnya diangkatkan. Terbeliak mata Nenda Rosiah dengan perlian itu.

Jazzlyn tidak banyak cakap dia terus memakai semula Airpods nya lalu dia menyambung nyanyiannya semula. Sempat matanya melirik ke arah Nenda.

"One two three neon nareuk tteonatjiman..."

Kening Nenda Rosiah saling bertaut melihat pemergian Jazzlyn sehingga susuk tubuh itu hilang di pandangannya.

"Lagu apa yang dinyanyi tu. Jiman toke toke je aku dengarnya."

* * *

"Come back home... come back home... come, baby baby come come baby..." Masih lagi terdengar suara nyanyian memenuhi isi ruangan lobi yang sunyi itu.

Tahlia yang berada di kaunter sedang menyusun beberapa dokumen di dalam fail berhenti apabila mendengar suara lunak Jazzlyn. Tersenyum dia melihat Jazzlyn yang sedang berjalan itu sambil menyanyi-nyanyi. Adakalanya gerak badannya menari-nari mengikut rentak lagu yang dinyanyikan.

"Happy nampak?" sapa Tahlia dengan mesra.

"Happylah. Siapa lagi nak happykan diri kita ni kalau bukan diri sendiri." jawab Jazzlyn bersahaja. Jazzlyn menjengahkan kepalanya di balik Kaunter untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh Tahlia.

"kau buat apa tu?" tanyanya.

"Saya tengah susun resit-resit perbelanjaan resort ni. Nanti senang saya nak masukkan dalam akaun." Jawab Tahlia.

Jazzlyn hanya mengangguk sambil bibirnya dimuncungkan.

"Beb, Kau lapar tak? Aku laparlah. Jom breakfast." Ajak Jazzlyn.

"Awak tak breakfast lagi ke?" tanya Tahlia sambil mendonggak memandang wajah Jazzlyn.

Jazzlyn mengeleng sambil bibirnya dimuncungkan.

"Jomlah. Saya bawa kat kafe kita. Kita tengok Emy masak apa hari ini." lawa Tahlia sudah bangun dari duduknya. Fail yang digunakan disusun semula.

"Eh! Resort yang old school ni ada kafe?" tanya Jazzlyn mengerutkan dahi.

"Ada. Kafe kita bukan sahaja untuk guest di sini tapi untuk orang luar juga. Baru lagi kafe tu buka. Baru beberapa tahun. Yelah untuk tambah ekonomi dan tarikan kat Resort ni. Macam awak cakap resort ni old school jadi guest makin hari makin berkurang. So, kami buka cafe untuk tarik lagi pelangan." jelas Tahlia sambil mereka berdua berjalan menuju ke arah kafe.

"Sedap tadi awak menyanyi. Walaupun saya tak tahu pasal lagu luar tapi saya dengar fluent betul awak menyanyi lagu tu macam awak memang penyanyi asal." puji Tahlia.

Jazzlyn terus menghamburkan tawanya.

"Kau kata kau tak tahu pasal lagu luar tapi macam mana kau boleh tahu lirik lagu tu betul ke tak? Kau ni lawak betullah. Hahahahaha!"

Tahlia termalu. Digarunya pipinya.

"Ala aku hentam sahaja lirik lagu tu. Entah betul ke tidak." Dalih Jazzlyn padahal lirik yang dinyanyikan sangat jelas kedengaran dimulutnya.

"Aku suka menyanyi. Menyanyi ni boleh hilang stress tau." tambah Jazzlyn lagi.

"Ni apa yang bising-bising ni? Dari jauh lagi aku boleh dengar kau orang berborak." tegur Wati dibelakang Jazzlyn dan Tahlia. Jazzlyn hanya mengangkat keningnya sebelah.

"Mak cik Wati. Awal Mak cik Wati sampai hari ini." sapa Tahlia di mesrakan wajahnya. Hairan dia melihat keberadaan Wati di Resort itu pada waktu begini. Selalunya waktu tengah hari baru nampak bayangnya atau langsung tidak nampak kelibatnya di Resort ini.

"Apasal aku tak boleh awal ke? Pelik kalau jam segini aku dah tercongok kat sini." Sinis sahaja katanya.

"Aku nak tengok budak rambut ulat ni boleh buat kerja tak. Nanti abes barang-barang kat resort ni rosak dikerjakan budak rambut ulat ni."

Jazzlyn tercenggang. Di pegang rambutnya yang dikatakan rambut ulat tu.

"Sekurang-kurangnya rambut ulat yang mak cik cakap ni ada daya tarikan sendiri. Bukan macam mak cik. Pakaian Mak cik tu kolot sangat." Jazzlyn membalas perlian Wati.

Melopong Wati.

"Kau! Kau kata aku kolot. Kau tahu ini fesyen sekarang. Kau apa tahu pasal fesyen. Daripada kau rambut dah macam ulat. Baju pula berwarna-warni. Humph!" Gumam Wati geram. Dia meneliti pakaian yang dipakainya. Baju blouse bercorak bunga kecil dipadankan dengan seluar palazo.

Jazzlyn tidak melatah dengan perlian Wati mengenai cara pemakaiannya.

"Biar pakai macam ni tapi tak menyakitkan hati dari mak cik nampak elok berpakaian tapi mulut tu menyakitkan hati." balas Jazzlyn dengan tenang.

Wati bertambah sakit hati mendengar kata-kata mendalam Jazzlyn. Kedua tangannya digenggam geram. Direnungnya Jazzlyn seperti helang yang akan menyambar mangsanya. Jazzlyn tidak gentar dengan renungan itu. Hanya senyuman sinis dipamerkan.

Tahlia terus menarik lengan Jazzlyn apabila melihat keadaan makin keroh. Kaki Jazzlyn mula melangkah kerana tarikan Tahlia dan wajahnya berpaling dari terus memandang Wati. Melihat Jazzlyn sudah pergi kakinya dihentakkan. Sebal rasa hatinya. Baru beberapa langkah Jazzlyn melangkah dia berpaling semula ke arah Wati dengan wajah menyeringai.

"Fesyen Mak cik ni tak sesuai untuk Mak cik. Mak cik perlu tukar fesyen mak cik barulah sesuai dengan mak cik." Bicara Jazzlyn.

Berkerut Wati tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh Jazzlyn.

"Saya fikir fesyen yang lebih sesuai dengan Mak cik adalah pakai baju dan skrit warna hitam dan bertopi warna pun hitam. Lepas tu bawa penyapu sekali." jelas Jazzlyn.

"Hah..."

Wati masih tidak dapat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh Jazzlyn.

"Gincu tu pun boleh tukar. Tak cantiklah warna merah menyala tu. Warna hitam sesuai sangat dengan mak cik yang hatinya hitam. Hidung tu acik pergi buat plastic surgery bagi tajamkan. Tajam setajam bentuk kon tu." Tersengih- sengih Jazzlyn berkata sambil membayangkan wanita depannya mengubah stailnya.

Wati cuba membayangkan dirinya dengan saranan yang diberikan oleh Jazzlyn. Otaknya cuba mencerna. Tidak lama matanya membulat seakan faham apa yang cuba disampaikan oleh Jazzlyn.

"Kau!" Jerit Wati sambil jari telunjuknya dihalakan kearah Jazzlyn mengigil menahan geram.

Makin menyeringai wajah Jazzlyn melihat wajah Wati sudah merah padam itu.

"Sesuaikan cik. Fesyen ahli sihir memang sesuai sangat dengan mak cik sebab Mak cik kan ahli sihir di sini." Perli Jazzlyn lalu terus laju melangkah meninggalkan Wati yang sedang menahan geram.

Hatinya puas pagi ini sahaja dia sudah mengenakan dua insan yang tidak menyambut kedatangannya di Resort itu.

* * *

Jazzlyn dan Tahlia melangkah masuk ke dalam kafe yang agak sunyi itu. Dilihat hanya beberapa pelangan sahaja sedang menyatap santapan mereka. Jazzlyn dan Tahlia terus melangkah lalu mengambil tempat di anjung kafe tersebut. Anjung itu menghadap ke pantai dan membuatkan suasananya amat mendamaikan dengan bunyi ombak yang menghempas pantai.

"Awak nak makan apa? Nanti saya ambilkan." tegur Tahlia yang sudah ingin berlalu.

"Self service ke?" tanya Jazzlyn.

Tahlia mengangguk.

"For Breakfast and lunch only. Untuk hi tea dan dinner boleh order." balasnya.

"Anything. Aku tak kisah pun."

Tahlia terus meninggalkan Jazzlyn seorang diri untuk mengambil makanan. Jazzlyn melihat sekeliling pemandangan yang indah. Sangat tenang tapi ketenangan itulah yang membuatkan ibunya selalu bersedih. Walaupun Azizah tidak pernah bercerita lebih lanjut waktu zaman mudanya namun Jazzlyn tahu hidup ibunya terseksa dahulu kerana sering kali Jazzlyn melihat ibunya menangis seorang diri.

Tidak lama Tahlia datang sambil menatang sedulang yang berisi sepinggan mee hon goreng, dua potong sandwich, beberapa keping karipap dan dua cawan kopi. Diletakkan dulang itu di meja sebelah yang kosong lalu makanan dan minuman yang dibawanya di hidangkan pada meja yang diduduki oleh Jazzlyn.

"Makanlah. Sedap tau. Semua ni chef hebat kita yang sediakan. Namanya Fahmi tapi kami panggil Emy sahaja."

Jazzlyn memandang makanan yang terhidang di hadapannya. Nampak menyelerakan. Dia memulakan santapannya dengan menghirup kopi yang sedang berasap itu. Bau aroma kopi membuatkan dirinya terasa segar. Disisipnya sedikit. Setelah itu, dia meletakkan semula cawan itu di piringnya semula. Di ambil garfu lalu di kuis sedikit mee hon goreng itu lalu disuakan ke dalam mulutnya. Di kunyahnya dengan perlahan menikmati mee hon itu.

"Sedap. Cukup rasa semua." puji Jazzlyn lalu di sua lagi mee hon itu ke dalam mulutnya.

"Kan... Saya dah cakap dah. Emy kalau bab memasak memang no 1." Tahlia tersenyum puas apabila melihat Jazzlyn berselera dengan makanan yang dihidangkan itu.

Sedang asyik Jazzlyn menikmati sarapan paginya, dilihat Tahlia mengangkat tangannya memanggil seseorang. Tidak lama seorang gadis dan dua orang lelaki muncul mendekati mereka berdua.

"Jazz, Saya nak kenalkan mereka ni semua staff kita." bicara Tahlia.

Jazzlyn memandang tiga figure di depannya sambil mengangkat kening sebelah. Mereka bertiga mengambil tempat masing-masing dihadapan Jazzlyn.

"Ni Adira. Panggil Adi je. Dia penyambut tetamu di sini." Tahlia memperkenalkan seorang demi seorang. Jazzlyn sudah bertemu dengan Adira sewaktu mula-mula dia menjejaki kaki di Resort ini.

"Yang tengah ni pula chef terhebat kita. Fahmi tapi panggil Emy."

"Hi, Just call me Emy. You nak makan apa cakap je. Nanti I masakkan." Fahmi memperkenalkan diri. Fahmi ini seorang lelaki yang berpewatakkan lembut.

"Yang sado ni pula Munir namanya. Dia ni techician kat sini. Dia ni popular tau kat sini. Menjadi pujaan gadis-gadis di pulau ni."

"Hi." sapa Munir pendek. Jazzlyn mengaku Munir mempunyai wajah yang agak tampan dan badan yang sasa.

"Abang Munir ni bukan setakat techician. Dialah tukang kebun, tukang sapu dan tukang ampu. Pokoknya semua kerja tukang diserahkan pada abang Munir." Seloroh Adira yang dari tadi diam.

Mendecit mulut Munir apabila mendengar kata-kata Adira itu.

"Hah..."

"Hi, aku Jazzlyn. Boleh panggil Jazz." Jazzlyn memperkenalkan diri.

"Jazzlyn sahaja nama you?" tanya Emy.

Jazzlyn mengangkat kedua bahunya.

"Cukuplah untuk waktu sekarang kau orang tahu nama aku tu je." jawabnya mendatar.

"Tak macam nama Amelia kan. panjang sangat namanya sampai terbelit nak menyebutnya. Siapa jadi suami Amelia tu memang parah jawabnya masa nak nikah nanti." Kata Emy lagi.

Amelia. Apa yang Jazzlyn tahu Amelia adalah anak tunggal Wati. Entah macam mana rupa dan perangainya masih lagi Jazzlyn tidak diketahuinya.

"Apa nama penuh dia?" tanya Jazzlyn tertarik.

"Dayang Emelia Faliyana esyhila. Lebih kurang macam tulah namanya."

Hampir tersembur kopi yang sedang dihirupnya. Wah nama tak mahu kalah.

"Itu pun tak cukup panjang. Kalau boleh Pn. Wati tu nak letak lagi panjang." potong Adira pula.

"Kau Adira kan. Penyambut tetamu?" Jazzlyn bertanya sambil merenung tajam Adira di hadapannya.

Adira mengangguk.

"Aku nak tegur kau sedikit boleh?"

Adira menelan liurnya sambil dengan perlahan mengangguk mengizinkan.

"Lain kali jangan layan guest macam yang kau buat pada aku semalam. Setiap orang yang datang tidak kisah apa niatnya perlu berikan layanan yang sepatutnya. Sentiasa senyum walaupun waktu tu kau tengah bad mood. Hi! Welcome. May I help you? itu adalah basic. So, Jangan buat macam tu lagi. Walaupun Resort ni dah usang tapi service kita jangan turut usang. Faham?" tegas Jazzlyn menegur.

Adira menundukkan kepalanya. Dia sedar akan kesilapannya melayani Jazzlyn semalam. Tahlia yang melihat air muka Adira sudah berubah cuba menjernihkan keadaan.

"Jazz, Adi ni baru kerja sebulan di sini. Masih lagi dalam proses belajar."

"Baru ke lama attitude kena betul. Layan customer ibarat king and queen. Barulah orang pandang salute dengan kita. Reputasi Resort pun takkan terjejas. Ni dahlah reputasi resort ni dah rosak sebab ada diktator dan ahli sihir di sini. Jadi kau sebagai pekerja takkan nak rosakkan juga. Kau orang sebagai staff cuba naikkan semula reputasi resort ni. Barulah orang datang puas hati dengan layanan yang diterima. Kalau macam nilah layanan yang dia orang dapat alamatnya Resort ni memang lingkup."

Ketiga mereka mengangguk menyetujui apa yang dikatakan oleh Jazzlyn.

"Aku tengok kau ni muda lagi tapi kau macam dah tahu selok belok pasal business ni." Kata Munir yang dari tadi mendiamkan diri.

"Umur aku memang masih muda tapi bab business ni aku memang hebat. Bukan aku nak puji diri aku. Tapi aku dah didedahkan dengan dunia business ni dari aku kecil. So, sedikit banyak memang aku tahu selok-belok business dan customer services."

"Wait. Tadi you kata diktator dan ahli sihir. Siapa?" tanya Emy ingin tahu.

"Siapa lagi, Nenda dan mak cik Watilah." Jawabnya bersahaja.

Mereka bertiga mengerutkan dahi.

"Hah!" ketiga-tiga mereka memanculkan ayat yang sama dengan serentak.

"Nenda diktator, mak cik pula ahli sihir. Hah... Memang kenalah tu. Yang tak kenanya nama resort ni. Patut kena tukar bukan Resort Perindu tapi Resort Diktator & Witch." Jelas Jazzlyn lagi.

Akhirnya mereka bertiga ketawa melekek geli hati. Mereka menyetujui apa yang diperkatakan oleh Jazzlyn itu.

Nenda Rosiah memang ibarat diktator di resort ini. Kesemua pekerjanya dikerahkan bekerja seperti tiada hari esok dengan suaranya yang seperti halilintar yang menyakitkan telinga dan hati. Wati pula seperti ahli sihir yang selalu mengampi Nenda Rosiah dengan menghasutnya. Pasangan anak beranak yang sangat sesuai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience