3: My House, My Rules

Other Series 14159

"Tapi ada syarat, Kim. Kalau kau nak berada dekat dengan aku… kau tak boleh pakai pakaian dalam ketika kau berada di dalam rumah ini dan bila berada dengan aku."

Kimberly tergamam, mulutnya sedikit ternganga.

"Apa? Tuan serious ke ni?"

Astaroth tidak berganjak dari tempatnya, masih memegang gelas wine di tangan, matanya tetap tajam menatap Kimberly.

"Serious. Kecuali kalau kau dalam fasa period, aku boleh faham. Tapi kalau tak… kau kena pakai apa yang aku sediakan."

Kimberly terdiam seketika, terkejut dengan syarat itu. Dia memandang Astaroth, cuba mencari maksud di sebalik permintaan pelik itu.

"Apa yang tuan nak cuba buat sebenarnya?" Dia akhirnya bersuara, nadanya penuh dengan rasa ingin tahu.

Astaroth hanya tersenyum, tenang dan penuh keyakinan.

"Itu bukan urusan kau, Kim. My house, my rules. Kau nak stay dekat sini? Kau ikut syarat aku. Kalau tak… pintu ada di situ." Dia menunjuk ke arah pintu bilik dengan anggukan kecil.

Kimberly menggigit bibir, matanya bersinar marah tapi penuh cabaran. Dia tahu lelaki di depannya sedang mengujinya. Tapi dia takkan kalah.

"Fine." Kimberly akhirnya bersetuju, walaupun hatinya masih berdebar.

"Saya akan ikut permainan awak, Tuan Astaroth. Kita tengok siapa yang menang nanti."

Sebelum Astaroth beredar dari bilik tidur itu, matanya sempat menjeling pakaian dalam milik Kimberly yang tergeletak di atas tilam berwarna biru gelap, dihiasi renda dengan sulaman keemasan. Fikirannya melayang sejenak, mengingatkan dia kepada satu kejadian yang berlaku sebulan yang lalu.

(Flashback - Sebulan yang lalu)

Petang itu, Astaroth dan Solomon tiba secara mengejut di rumah bujang milik Caster. Mereka datang dengan niat mahu memberi kejutan untuk meraikan ulang tahun ke-25 Caster.

Rumah kecil itu sunyi sepi, namun pintu depan tidak berkunci. Tanpa membuang masa, mereka masuk ke dalam dan mendapati Caster sibuk mengemas barang-barang di bilik tidurnya.

Caster yang memang terkenal sebagai seorang yang pendiam dan agak pemalu, kelihatan terkejut dengan kehadiran Astaroth dan Solomon.

“Eh, korang buat apa datang sini tanpa bagitau?” Dia tersenyum kelat, cuba menyembunyikan rasa segan.

Solomon, yang memang suka mengusik, memerhati keadaan bilik Caster dengan teliti. Pandangannya terhenti pada sesuatu di atas katil. Senyuman sinis mula terukir di wajahnya.

“Apa ni, Cas?” Solomon menunjuk ke arah satu set pakaian dalam perempuan berwarna biru gelap, dengan hiasan keemasan yang mencolok mata.

Caster tersentak, wajahnya berubah merah padam.

“A-ah, ni... bukan macam yang korang fikir...” Dia tergagap, cuba mencari alasan, tetapi jelas dia tidak bersedia untuk menjelaskan keadaan itu.

Astaroth yang berdiri di belakang hanya tersenyum kecil. Dia tahu betul perangai Caster yang pemalu, tapi dia tidak pernah menyangka kawannya yang satu ini akan menyimpan barang perempuan di rumahnya.

“Hah, tak sangka kau ada taste jugak, bro.” Astaroth menyindir, tetapi nadanya lebih tenang dan terkawal berbanding Solomon yang ketawa terbahak-bahak.

“Caster... Caster...” Solomon terus mengusik sambil menggeleng kepala, “kau bawa perempuan ke sini ke? Takkan selama ni diam-diam, bro? Cerita la sikit!”

Caster hanya tersenyum malu, tak mampu nak berbalas kata. Tetapi dalam senyap, hatinya dipenuhi rasa suka yang dia cuba sembunyikan selama ini.

Perempuan yang memiliki pakaian dalam itu... dia memang sangat sukakan perempuan itu. Namun, dia belum berani mengungkapkan perasaannya, apatah lagi untuk melibatkan dirinya lebih jauh dalam hubungan tersebut.

Astaroth dapat menangkap sesuatu dari reaksi Caster. Dia tak pernah tengok Caster jadi selemah ini, terutama bila bercakap tentang perempuan.

“Siapa perempuan tu, Cas? Kau betul-betul suka dia, kan?”

Caster tak dapat lagi menyembunyikan perasaannya, walaupun cuba bertahan. Dia tahu, cepat atau lambat, dia harus jujur dengan dirinya sendiri.

“Yeah... Aku suka dia.” Caster mengaku perlahan, suaranya hampir tak kedengaran.

Tapi itu sudah cukup untuk membuatkan Astaroth dan Solomon tersenyum penuh makna.

Namun, apa yang tidak mereka tahu pada ketika itu, adalah perempuan yang disukai oleh Caster itulah yang bakal menjadi punca kepada kehancuran hidupnya.

Dan segala yang berlaku selepas itu, hanya menyemarakkan dendam yang membara dalam hati Astaroth hingga ke hari ini.

(Kembali ke masa kini)

Astaroth menghela nafas panjang, memalingkan wajahnya dari pakaian dalam Kimberly yang tergeletak di atas katil.

Ingatan tentang Caster dan apa yang telah berlaku itu masih segar dalam ingatannya. Segalanya bermula dari saat Caster jatuh cinta... kepada perempuan yang salah. Kimberly.

"Kimberly..." bisik Astaroth perlahan, sebelum dia beredar dari bilik itu, dengan rencana dendam yang semakin menebal di hatinya.

Astaroth duduk di ruang makan, matanya tak lepas memerhati Kimberly yang sedang sibuk di dapur. Jarak yang tidak terlalu jauh membolehkan dia melihat setiap gerakan perempuan itu.

Kimberly hanya memakai dress labuh longgar berwarna kuning susu, dan walaupun potongan baju itu nampak sederhana, Astaroth tahu betul apa yang tersembunyi di sebalik kain lembut itu—tiada pakaian dalam, hanya tubuh Kimberly yang bergerak bebas di bawahnya.

Kimberly melangkah perlahan ke arah Astaroth, membawa sepinggan spaghetti yang sudah siap di tangannya. Dia dapat rasakan setiap tatapan lelaki itu seolah-olah menembusi kain yang dipakainya. Jantungnya berdegup kencang, tetapi dia cuba mengawal riak wajahnya agar tetap tenang.

"Sabar, Kim, sabar..." bisiknya dalam hati, cuba menenangkan diri.

Kimberly meletakkan pinggan spaghetti di hadapan Astaroth.

"Ni... spaghetti macam yang tuan nakkan."

Astaroth tersenyum sinis, memandang wajah Kimberly dengan penuh minat sebelum mengalih pandangan ke arah pinggan di depannya.

"Hmm... boleh tahan." katanya, suaranya lembut tetapi penuh makna.

"Tapi... aku tak rasa spaghetti ni yang aku nak sangat malam ni."

"Tuan yang suruh saya masak, kan? Saya dah buat apa yang tuan minta."

Suaranya hampir bergetar, tapi dia tetap tegas. Matanya bertemu dengan pandangan Astaroth yang seolah-olah menikmati setiap detik ini.

"It's true." jawab Astaroth perlahan, mengambil garfu dan mengacau sedikit spaghetti itu.

"Tapi aku rasa... ada benda lain yang lagi menarik untuk aku nikmati malam ni."

Matanya sekali lagi menjalar ke seluruh tubuh Kimberly, seolah-olah mencabar gadis itu untuk melawan.

Kimberly menelan air liur, cuba untuk tidak berasa terancam. Dia tahu ini hanya permulaan.

"Kalau tuan tak suka spaghetti ni, saya boleh balik sekarang." Suaranya kedengaran lebih keras dari yang dia jangka, namun dia tidak menyesal.

Astaroth ketawa kecil, senyumannya melebar.

"Balik? No, Kimberly. Aku rasa kau belum habis lagi di sini..."

Kimberly menarik nafas panjang, cuba mengawal riak tak puas hati yang jelas terpancar di wajahnya.

Walaupun hatinya membara, dia tetap mengukir senyuman yang samar. Dengan perlahan, dia menarik kerusi dan duduk dekat sekali dengan Astaroth, sehingga jarak antara mereka hampir tiada.

Dengan tangan yang sedikit bergetar, Kimberly menyedok spagetti menggunakan garfu dan mengangkatnya ke arah Astaroth.

Dia tak mahu menatap wajah lelaki itu, matanya hanya fokus pada pinggan, tetapi dia tahu betapa tajamnya pandangan Astaroth yang terus memerhatikannya tanpa henti.

"Jangan takut, Kimberly." bisik Astaroth, suaranya lembut tapi penuh sindiran. "I won't bite you without any reason."

Kimberly memejamkan mata seketika, cuba menahan sabar, sebelum perlahan-lahan menyuap spagetti itu ke mulut Astaroth.

Majikannya itu membuka mulut, dan saat makanan itu masuk, mata mereka bertembung. Kimberly masih cuba mengelak daripada menatap Astaroth, tapi tatapan lelaki itu terlalu mendalam, seolah-olah cuba menelannya bulat-bulat.

Astaroth mengunyah perlahan, senyuman sinis terbentuk di bibirnya.

"Sedap… tapi cara kau suap tu, Kimberly. Boleh rasa ada emosi kat situ. Kau marah ke?" dia bertanya, nada suara main-main tapi pandangannya masih tajam dan menembusi Kimberly.

Kimberly menelan air liur, cuba menyembunyikan debaran hatinya.

"Tak marah, cuma... saya cuma ikut arahan je." jawabnya perlahan tapi penuh makna.

Astaroth ketawa kecil, suara tawanya menggema di ruang makan.

"Good girl."

Malam itu, setelah selesai dengan tugasnya melayan karenah Astaroth yang berubah-ubah—sekejap menggoda, sekejap dingin—Kimberly masih keliru.

Lelaki itu seolah-olah bermain tarik tali dengannya. Dia tak faham apa sebenarnya yang Astaroth mahukan.

Namun, satu perkara yang jelas—sentuhan hangat Astaroth malam semalam masih terasa di kulitnya, membuatkan hatinya berdebar setiap kali teringat.

Sebelum keluar dari rumah itu, Kimberly berdiri sejenak di tepi pintu, mengintai kalau-kalau majikannya perasan dia hendak pergi.

Rasa ingin tahu merayap di hatinya—dia ingin tahu sama ada Astaroth akan mencarinya, atau adakah lelaki itu masih bermain dengan perasaannya.

Namun, sebelum sempat dia melangkah lebih jauh untuk mencari lelaki itu, kehadiran Hunter tiba-tiba muncul di hujung koridor. Langkah Kimberly terhenti. Hunter memandangnya dengan wajah serius, seolah-olah sedar niatnya.

"Awak nak pergi mana, Kimberly?" suara Hunter terdengar dalam nada tegas, tapi tenang.

Kimberly menelan air liur, menenangkan dirinya.

"Saya dah siap semua kerja. Cuma nak tengok kalau ada apa-apa lagi yang perlu diselesaikan."

Hunter mengangguk, namun matanya tetap waspada.

"Tuan Astaroth tak perlukan apa-apa lagi malam ni. Awak boleh balik. Tapi jangan risau, dia tahu awak akan pergi."

Kimberly teragak-agak untuk melangkah keluar sepenuhnya dari rumah itu. Hatinya gundah, dan sebelum sempat dia keluar, dia berbalik kepada Hunter. Ada sesuatu yang dia ingin tahu.

"Hunter..." Kimberly bersuara perlahan, cuba mengatur kata.

"Tuan Astaroth... kenapa dia susah sangat nak difahami? Macam... selalu berubah. Ada sebab ke dia jadi macam tu?"

Hunter memandang Kimberly dengan tenang, bibirnya terkatup rapat seketika.

"Tuan Astaroth dah lalui banyak benda, Kimberly. Benda yang mungkin awak sendiri takkan faham." Hunter akhirnya menjawab, suaranya rendah tetapi penuh makna.

Kimberly cuba korek lebih lanjut.

"Apa... apa yang sebenarnya dia dah lalui? Awak tahu, kan? Ceritalah sikit."

Hunter menatap wajah Kimberly, matanya memerhati dengan tajam. Kimberly jelas sekali tak tahu hubungan rapat antara Astaroth dan Caster. Wajahnya penuh tanda tanya, tak mengerti apa yang berlaku di sebalik dingin dan sikap aneh majikannya itu.

"Tuan Astaroth dah alami banyak perkara. Bukan urusan awak untuk faham semuanya." balas Hunter pendek, jelas tak ingin mendedahkan lebih dari itu.

"Macam mana saya nak ikut cakap dia kalau saya sendiri tak faham apa dia nak?"

"Tuan Astaroth bukan lelaki yang awak boleh teka atau faham mudah. Dia sentiasa ada sebab untuk setiap tindakannya. Awak cuma perlu buat apa yang dia minta, dan awak akan selamat."

Kimberly menghela nafas perlahan, menerima kenyataan bahawa rahsia Astaroth bukan sesuatu yang mudah untuk dibongkar. Dia tahu, tak ada gunanya mendesak lebih banyak dari Hunter.

"Baiklah..."

Astaroth berdiri di balkoni bilik di tingkat dua, angin malam menyentuh lembut wajahnya yang dingin. Kimberly menghidupkan keretanya, dan sebaik sahaja dia mula beredar dari perkarangan mansion, Astaroth tidak melepaskan pandangannya.

Dia masih belum selesai dengan Kimberly. Itu pasti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience