Majlis ulang tahun syarikat berlangsung dengan gilang-gemilang dan meriah. Ini kali pertama Zara hadir majlis yang serba mewah ini. Dress berwarna light pink memang kena dengan wajahnya yang putih mulus sehingga ramai jejaka yakni pekerja syarikat ini menjeling ke arahnya namun langsung tidak dipedulikan apa yang berada di fikirannnya cuma reaksi Puan sri Jasmin ketika memakan kek buatannya itu.
Sebelum acara memotong kek Tan sri Razak memberikan sepatah dua kata kepada semua
yang hadir sebelum secara tiba-tiba memberi kucupan kepada Puan Sri Jasmin yang berseri berhijab penuh pada malam itu. Laungan nyanyian selamat hari jadi bergema di dewan syarikat. Puan sri Jasmin segera memotong kek dan menyuapkan kepada suaminya madunya dan juga kepada anak-anaknya termasuk Ryan yang terlihat kacak di pentas utama.
"Hi Zara.
"opocot mak kau handsome.
"Mak aih melatah rupanya adik abang ni. ha apa yang handsome sangat tu abang Ryan hang ka?
"eh abang Ikhwan bila sampai,
"Hang tudia la Zara abang lama dah dok perati hang ni.mana kawan hang Ryan kata hang mai dengan staf hang.
"Dia tak dapat datang abang,sakit perut katanya.
"Oh hang dah jumpa Ryan ka dak?Abang ni memang hang selalu jumpa abang Ryan hang tu hang tak mau jumpa langsung noh.
"Bukan la abang. Zara dah jumpa dah dia haritu.
"Ni Puan Sri cakap kek hang sedap nanti dia nak jumpa hang tu yang abang mai sini nih.
"Puan Sri nak jumpa Zara ke?
"Dah jom kita pi jumpa.
Zara terus mengekor di belakang abang Ikhwan.
"auntie Jas,ni ha chef yang buat kek auntie tu.
Puan sri Jasmin terus tersenyum dan bersalam dengan Zara. Wajah yang tidak dimakan usia itu menarik dipandangan matanya.
"Oh ini la orangnya yang buat semua desserts dekat sini ye. sedap sayang semua yang awak buat tu.
"Terima kasih Puan sri.
"Hish apa yang Puan sri ni panggil auntie Jas je mungkin tak lama boleh panggil mama kan Ryan.
Ryan tertunduk malu apatah lagi Zara yang merasakan mukanya hampir meletup kerana panas.
Hubungan Ryan dengan ibu tirinya sudah semakin baik atas nasihat dari ustazah Aisyah aka ummi Aisyah ibu tiri baru Ryan. Puan sri Jasmin berkali-kali memohon maaf kepada Ryan dan menasihati Ryan supaya tidak perlu takut untuk bercinta.
"Ryan nak pergi ambil makanan dulu la"Ryan pantas melarikan diri. Along dan angah cuma tersenyum melihat perlakuan Ryan.
"Zara single lagi ye?tanya Razif secara tiba-tiba.
Belum sempat Zara bersuara Rania pantas mencelah.
"Along rasa belum la sebab dia tunggu Ryan kan Zara.
"Errr Zara minta diri dulu la dah lewat ni Zara datang dengan grab tadi.
"La yeke jap ye Zara. Ryan hantar Zara balik angah risau la perempuan cantik macam ni kena kacau ke apa ke?
"Angah hantarkan la Ryan nak makan lagi ni,ujar Ryan mengelak.
"Ryan,pergi hantar Zara balik.Kalau angah kamu hantar kejap lagi si Juwita tu tarik muka masam 14 pulak.Papanya mula bersuara.
"Ye la Ryan ummi rasa kamu kena hantar Zara balik.Ummi Aisyahnya juga menyokong.
Heran aku kenapa semua macam berpakat je. Ni mesti kerja si Ikhwan jebon ni. Siap kau nanti.
Dalam kejauhan Ikhwan mengangkat ibu jari kepada Ryan.
.......................
Zara berjalan dengan pantas meninggalkan Ryan di belakang namun ketika hampir berjaya sampai ke kereta kakinya terpelecok gara-gara memakai heels.
Ryan pantas menangkap lengan Zara menyebabkan mereka saling memandang. Akhirnya keduanya tersedar setelah handfon Zara berdering.
"Assalamualaikum ayah.
"Waalaikumsalam Zara.Kamu ada dekat mana tu ayah nak bagitau esok ayah nak buat kenduri doa selamat sempena abang kamu naik pangkat. Kamu balik kan esok.
"Haah ayah esok Zara balik.Zara nak balik dulu bye ayah. lantas mematikan telefon.
"Jom la masuk saya hantar awak balik
Zara lantas memasuki kereta Ryan. Keduanya diam seribu bahasa.
"Esok nak balik Pd ke?Ryan memecahkan kesunyian.
'Haah..ayah nak buat doa selamat untuk abang.
"Oh drive sendiri ke?
"Haah.
"Nak saya hantar.
"Boleh jugak.
Allahu Zara apa yang merasuk kau ni.
Ryan senyum hingga ke telinga.
......................
Ryan bersiul-siul ketika bersiap pagi esoknya.
"Amboi Ryan bukan main happy kamu ni mama tengok ada apa-apa ke?Tegur mama Jas ketika bertembung di tangga.
"Hihi tak ada apa mama. Ryan gerak dulu ye.
Lantas Ryan bersalam dengan mama Jas nya.
Hon dibunyikan setelah sampai di rumah Zara.
Zara tergesa-gesa keluar setelah Ryan muncul awal dari waktunya. Keayuan Zara terserlah dengan baju kurung moden yang dipakainya.
"Lambatnya bersiap macam Mama Jas saya la awak ni.sempat lagi diperli Zara dan Mama Jas nya itu.
"Awak tu yang awal sangat sape suruh.
"ooo ek awal ye hihi.
"Dah jom la tunggu apa lagi drive la kereta ni.
"Alamak bos marah la..okay sory bos.
Perjalanan ke Port Dickson berjalan lancar. Nasib ayahnya menempah katering jikalau tidak pasti dia perlu tiba awal dari sekarang.
"Zara ajak kawan makan sekali jangan duduk terpacak je dekat situ. Ryan jemput makan buat macam rumah sendiri ye. Dian ada bagitau pak cik dulu kamu ni kawan kolej Zara kan.
"Betul pakcik.
Sikap Ryan yang ramah membolehkan dia masuk dengan seluruh ahli keluarganya. Malah makcik makciknya kerap memuji kekacakan dan kebaikan Ryan.
Nak buat macam mana Zara layan kan aje ler.
"Ha berangan patutla gula kapas bentuk macam awan suka terawang-awang macam awak la kan",perli Ryan ketika tiba - tiba muncul di belakang Zara.
"ish nasib aku tak melatah la mamat ni.
"Mana ada.
"Dah jom balik esok saya kerja banyak ni.
"Jap nak salam semua dulu.
"Zara kejap. Saya sukakan awak.Dah jom.
Zara membatu sendiri ketika Ryan mula menyalami ahli keluarganya
Share this novel