Sebaik sahaja dia mengangkat doa, dia telah digigit oleh sesuatu.
Spontan dia memegang erat lengannya, di tempat yang terkena gigit itu.
Bisanya menjalar disengenap urat nadi.
Hanya TUHAN yang tahu bagaimana rasa sakit yang dihadapinya.
Sekilas juga kelihatan bayang-bayang seseorang turut berada di dalam bilik itu sambil tersenyum.
Namun, bisanya semakin menyengat.
Dia tidak mampu bertahan lagi.
“Ouch… ss… sa… sakitnya…!” jeritannya nyaring sekali.
Cahaya samar dalam bilik itu tidak mampu melihat apa-apapun jua.
Pandangannya tiba-tiba gelap.
Lalu, Hajah Khatijah rebah di sejadah.
DIPUSARA orang ramai mula bersurai.
Yang masih tinggal, Kak Seha dan bersama dua orang anak arwah Hajah Khatijah.
Kedua-duanya lelaki.
Mereka tidak sempat untuk bertemu dengan arwah.
Masing-masing terkilan.
Namun, takdhir ALLAH tiada siapa menduganya.
Ia berlaku sekelip mata saja.
ALLAH lebih menyayangi ibu mereka.
Share this novel