Bab 64

Romance Completed 207871

Intan tersandar di sofa dalam pejabatnya. Berat kepala dengan perkara yang difikirkan.

Pasal Caden, pasal kahwin, misi baru.. Adoi.. Penat otak memikirkannya.

Jari naik memicit pelipis kepala. Teringat pula pada Aishah, perempuan tu rajin mengurut, tak kiralah, urut belakang, kaki atau kepala, memang lega.

Intan tegak badannya. Lama tak jumpa diaorang, agak-agak kalau pergi hotel jumpa, okey tak.

Jam dipergelangan tangan dijeling. Hm.. Tengah hari dah. Biasanya waktu ni diaorang tengah rehat

Tanpa menunggu lama, Intan menyarung jaket di tubuh lalu kunci kereta dicapai.

Cuma kali ini buka kereta Axia yang dipandu sebaliknya Honda HRV kesayangannya.

Sebaik sampai di parking basement, kereta terus diparking dalam petak yang kosong. Intan keluar memerhatikan sekeliling.

Mujurlah kad pekerja masih ada, boleh dia parking di bawah sini.

Kaki diatur ke lift dan butang ditekan.

Sedang asyik menunggu lift tiba, dapat dirasakan seperti ada yang memerhati.

Kepala ditoleh sekeliling. Tiada sesiapa.

Intan sudah bersiap sedia andai ada kemungkinan yang berlaku nanti.

Ting

Pintu lift terbuka. Pantas kaki diatur masuk. Belum sempat pintu lift ditutup rapat, ada tangan menjulur masuk dari celahan pintu lift.

Terkejut dibuatnya.

Pasti wanita, dengan kuku yang panjang siap berwarna lagi.

Sebaik pintu dibuka, betul tekaan Intan. Wanita berpakaian seksi menjeling maut pada Intan.

"Are you Deaf? Can't you hear me?" merah wajahnya menahan marah.

"I'm sorry Madam, I'm not hear you" balas Intan sopan.

Pasti wanita ini adalah pelanggan di hotel. Tidak mahu nanti timbul masalah.

"Madam? Do i look like married?" nyaring suaranya marah sambil kaki melangkah masuk ke dalam perut lift.

Butang lift ditekan di tingkat 37.

Oo.. Tingkat VVIP ni.. Bisik Intan dalam hati

Intan di sebelah, dipandang atas dan bawah dengan bibir merahnya disengetkan.

"Sorry miss, my mistake" Intan membalas sambil tersenyum.

Bimbang jika wanita ini mengadu, tak pasal-pasal pula hotel dapat imej buruk.

"Huh! Buona sensazione" (perasan bagus) kata wanita itu sambil menjeling Intan disebelah.

Pandang-pandang, mengata aku la tu.. Macam tak tau.

Senyum Intan, senyum.. Nanti kalau pelanggan komplen, yang masalah hotel suami kau juga.

Sebaik pintu lift terbuka, Intan melangkah keluar dan melempar senyuman pada wanita itu.

Menjeling macam nak terbalik matanya..

Ketawa Intan.

Orang macam ni pun ada. Letih..

Muka dah lawa, seksi pun seksi dengan blouse hitam yang jarang lagi pendek. Tapi budi bahasa, tak ada!

Nasib baik bukan orang Malaysia. Kalau tidak memang dah kena sekolah dah tadi.

Intan mengatur langkah ke bilik rehat yang menjadi tumpuan rakan-rakannya untuk berehat.

Pintu ditolak. Sebaik wajahnya terjengul ke dalam, kuat namanya dijerit.

"Intan..!"

"Ye.. Ye.. Tak payah la jerit" kata Intan lalu mendapatkan Aishah, Amira dan Kak Ana.

Berpelukan mereka melepaskan rindu.

"Wei, kau nak mintak kerja kat sini semula ke?" soal Aishah sebaik Intan mendapatkan tempat di tengah-tengah sofa, diapit mereka kiri dan kanan.

"Eh, tak lah. Saja datang jumpa korang. Rindu pulak" jawab Intan.

"Sunyi tau lepas kau tak de" kata Amira pula.

"Tapi kau ke mana ek, tak cakap apa-apa pun. Tup-tup hilang, lepas tu Carlos bagitau kau dah berhenti sebab ada masalah keluarga" kata Aishah yang duduk di kanan Intan.

"Aaa.. Haah, ada masalah sikit, tu sebab tak sempat nak bagitau korang semua. Sorrylah ye" ucap Intan.

Hampir satu jam Intan menghabiskan masa di bilik rehat dan berbual.

"Rasanya saya dah lama kat sini. Nanti lain kali saya datang lagi" kata Intan pada mereka bertiga.

Intan sudah pun bangun dan membetulkan pakaiannya. Bersiap mahu pulang.

Kaki diatur menuju ke pintu.

"Selalu-selalu la datang jumpa kitaorang. Eh, tapi sekarang ni, Intan kerja di mana?" soal Kak Ana.

"Kerja?" soal Intan kembali.

Sudah, aku nak cakap apa pulak. Baru Intan mahu membuka mulut. Muncul En Rahim.

"Eh, Intan. Buat apa kat sini?" soal En Rahim sebaik nampak Intan yang berada di celah pintu.

"En Rahim, saya datang jumpa diaorang ni. Rindu, lama tak jumpa" balas Intan sambil bergerak ke tepi untuk memberi ruang pada En Rahim yang mahu masuk ke bilik rehat.

En Rahim hanya mengangguk.

"Aishah, Amira dan Kak Ana, ikut saya. Ada kerja nak buat di tingkat 37" kata En Rahim.

"Baik" balas mereka bertiga.

"Intan, lain kali lah kita berbual lagi. Kitaorang ada kerja ni" kata Amira pula.

"Ye la, nanti ada masa saya datang lagi" balas Intan pula.

Ketiga-tiga mereka mengekori En Rahim ke lift untuk ke tingkat 37.

Hm.. Aku nak ke mana pula. Kalau ke pejabat Caden agak-agak dia marah tak? Soal Intan sendiri.

Tanpa berfikir panjang, Intan membuka langkah menuju ke lift untuk ke tingkat 40 berjumpa Caden.

Sebaik pintu lift terbuka, Intan menggunakan kad yang ada padanya. Kad tersebut masih boleh digunakan dan Caden juga tiada masalah dengan penggunaan kad itu.

Ting

Tingkat 40.

Pintu lift terbuka dan Intan melangkah keluar. Kaki diatur menuju ke pejabat Caden.

Sewaktu tiba di hadapan bilik Caden, dapati biliknya kosong. Hm.. Sibuk la tu..

Intan terus ke pejabat Caden. Password ditekan dan bunyi beep menandakan pintu unlock.

Sebaik daun pintu dibuka, terkejut Intan dengan pemandangan yang ditonton di hadapan.

Caden yang waktu itu sedang memegang lengan seorang wanita yang berpakaian seksi.

Dari pandangan belakang, macam kenal.

Wanita itu kemudian menoleh ke belakang. Dia juga turut terkejut dengan kehadiran Intan.

"Cosa ci fa lui qui?" (apa dia buat di sini?) soal Alice pada Caden.

"Chi è lui?" (siapa dia?) soal Alice lagi.

Caden yang sedar tangannya masih memegang lengan Alice laju melepaskannya.

"Sayang. Kenapa tak bagitau nak datang" kata Caden lalu berjalan mendapatkan Intan yang masih lagi berada di hadapan pintu.

Tidak lama muncul Carlos dari pantry membawa dua mug.

"Pretty, bila sampai?" soal Carlos pada Intan.

"Baru lagi. Siapa ni?" soal Intan sambil memandang wajah Caden di sebelahnya.

Alice dan Carlos pada waktu itu sudah pun mengambil tempat di sofa.

"Oh, kawan abang" jawab Caden lalu menarik Intan masuk.

"Hey, Amico? Lascia perdere, sono il tuo fidanzato" (hey, kawan? Dah lupa saya ni tunang awak) sampuk Alice yang berada di sofa.

Tegak Intan memandang pada Caden.

"Non è necessario interrompere!" (tak payah menyampuk) marah Caden.

"Ho sbagliato su quello che ho detto" (salah ke apa I cakap?) Alice masih lagi bersuara.

Intan yang mendengar hanya diam. Caden di sebelah ditenung.

Apa yang abang sembunyikan ni.. Intan berkata di dalam hati.

"Carlos, kau bawa Alice keluar. Aku ada perkara nak bincang dengan Afrina" kata Caden sambil tangan Intan ditarik mengikutnya ke meja kerja.

Menjeling Alice apabila mendengar ayat Caden.

"Perché devo uscire?" (kenapa pula I kena keluar?) soal Alice tidak puas hati.

"Perché è mia moglie!" (sebab dia isteri aku) balas Caden marah.

Intan hanya mendengar perbualan itu.

Tersenget bibir merah Alice.

"Moglie? Sei cieco Caden, questo tipo di donna è una moglie" (Isteri? Buta kau Caden, perempuan macam ni jadi isteri) ejek Alice.

"Non ho nemmeno una bocca con cui parlare" (Jangan sedap mulut nak bercakap) marah Caden lagi.

"Carlos, please" pinta Caden.

"Alice, vieni fuori. Ti ho portato da bere" (Alice mari keluar. Saya belanja awak minum) ajak Carlos sambil bangun dan menunjukkan tangan kanannya ke hadapan bagi memberi laluan pada Alice.

Kuat Alice mendengus kerana tidak puas hati.

"Caden sarà presto mio. Aspettate!" (Tak lama lagi Caden jadi milik aku. Kau tunggu!) kata Alice pada Intan semasa melintas di hadapan Intan berhampiran meja kerja Caden.

Intan hanya memandang Alice menghilang di sebalik pintu bersama Carlos.

"Sayang. Sorry" pinta Caden lalu tubuh Intan ditarik untuk duduk di ribanya.

Pinggang Intan dipeluk erat dan kepala direhatkan di dada Intan. Laju dengupan jantung itu berdegup.

Tiada tindak balas dari Intan.

Caden mendongak memandang wajah isterinya itu.

"Sayang, itu Alice adik rakan kongsi abang di Italy. Abang tak ada apa-apa hubungan dengan dia" terang Caden tanpa dipinta.

Intan diam tidak berkutik.

"Sayang.. Say something. Abang tak senang hati bila sayang senyap macam ni" kata Caden.

Susah hatinya bila Intan tiada emosi begitu.

"Sayang ada misi. Bulan depan bertolak" kata Intan yang masih lagi keras di ribaan Caden.

Sakit hati punya pasal, terus setuju dengan cadangan Tuan Saiful tanpa berfikir panjang.

"Apa sayang cakap?" soal Caden terkejut.

Share this novel

Angah Ajalah
2020-05-28 21:32:11 

update lg n lg..tq


NovelPlus Premium

The best ads free experience