Part 22

Humor Series 90875

ISNIN .

Lebih sinonim dengan 'Monday Blue'. bagi aku, sejak titah perintah babah yang muktamad untuk aku dan Emir berkahwin, hari-hariku diibaratkan sebagai the darkest and gloomiest day in the century.

Aku cuba pujuk babah untuk membatalkan rancangan perkahwinan aku dan Emir, tetapi babah tetap tegas dengan keputusannya. Entah mandrem apa yang dibaca oleh Emir ketika berdua dengan babah ketika babah meminta untuk berjumpa secara privasi dengan Emir. Aku ingatkan babah akan menolak cadangan Dr. Awal, tetapi rupa-rupanya tidak!

Malah dia yang bertindak sebagai sekutu rapat Dr. awal dan berfungsi sebagai penyokong utama rancangan tersebut. Mahu meraung aku ketika itu. Siapa yang mahu dikahwinkan dengan budak berumur 22 tahun yang banyak rekod hitam di sekolah dan keluar masuk balai polis?

Kau rasa?

Akal logikku sudah awal-awal menolak idea gila ini.  Hati pun sepakat menyatakan benda yang sama. Semalam, ketika aku bersendirian di dalam bilik, aku menangis sepuas-puasnya. sesungguhnya aku tidak kuat untuk menghadapi dugaan yang terjadi ini.

Perkahwinan bukan perkara main-main. Bersuamikan Emir, aku tidak tahu apa yang akan terjadi nanti. Adakah aku ini bakal duduk sebelah dalam lokap polis jika Emir ditahan nanti? Adakah aku yang bakal menyumbatkan Emir ke dalam lokap nanti? Atau, seperti biasa aku yang akan ikat jamin Emir di balai polis kelak, membawa status guru kelas cum isteri Emir Hafiz.

Aku tarik nafas.

Aku hembus nafas. 

Mencari kekuatan yang bagaikan pudar pagi tadi apabila babah bersuara  semula untuk menyelesaikan borang pendaftran perkahwinan di sebelah pihak aku. Melayang selera  untuk menghabiskan mee goreng basah yang disediakan oleh mama awal pagi tadi. Di sebelah pihak Emir, rasanya Puan Mawardah dan Dr. Awal yang bertungkus lumus menyiapkan borang pendaftaran perkahwinan Emir.

Aku kemurungan. Kemurungan apabila dipaksa kahwin dengan Emir. Kalaulah manusia lain, rasanya boleh lagi aku memupuk perasaan terhadapnya. Tetapi dengan Emir? Kemurungan. Elok-elok boleh menghidap penyakit bipolar disorder. Kejap baik. Kejap tak. Kejap ketawa. Kejap menangis.

"Thea, okey tak ni?"

Aku menoleh. Raut wajah yang risau Cikgu Ilham menyambut pandangan mataku. Aku diam.

Kenapa tidak Cikgu Ilham yang dijadikan sebagai suami tangkap muat aku? Okey apa. Elok parasnya, ada kerjaya, stabil dan tua daripada aku. Tetapi, mahu ke Cikgu Ilham ni dengan aku?  Takut pula dah ada yang punya. Silap-silap aku pulak yang bakal diserang nanti. Hijacked 'kapal terbang' orang.

Kes naya.

Aku mengeluh.

"Kenapa ni? Thea ada masalah ke? Kalau ada, kongsilah dengan saya. InshaaAllah saya tolong semampu yang boleh."

Aku senyum kelat. Mampu ke Cikgu Ilham menolong aku?

"Takdelah. Risau dengan budak. Macam biasa. Dengan nak exam ni, cikgu yang rasa macam tak cukup aje nak diajar kat budak. Macam nak mintak tangguh aje exam tu."

Cikgu Ilham ketawa. "Ohh, itu ke?"

Aku ikut ketawa. Sekadar meredakan rasa hati yang bertamu dari semalam. Kalau ikutkan mahu sahaja aku ambil EL minggu ini semata-mata untuk mengelak daripada berjumpa dengan Emir dan mengelak daripada bekahwin dengan Emir. Kalau boleh, lari jauh daripada Sarawak. Melancong ke Singapura ke, Australia ke, Eropah ke, tak pun Afrika sana ke. Bermaustautin untuk beberapa tahun sehinggalah kes ini reda sepenuhnya.

Namun apakan daya, kerjayaku menuntut sepenuhnya tanggungjwab dan masaku. Apa akan jadi kepada anak-anak muridku nanti? Jadinya, mahu dan tidak mahu, aku terpaksa gagahkan diri untuk pergi ke sekolah, menabur bakti kepada anak bangsa.

"Thea, petang nanti free tak?"

Aku pandang Cikgu Ilham.

"Petang nanti saya ada urusan."

Urusan nak ambil borang daftar kahwin.

"Yeke?" Wajah Cikgu Ilham beriak kecewa. Suaranya perlahan.

Aku diam sahaja. Tiada mood hari ini. Tidak tahu hendak mengulas apa-apa apabila teringatkan perintah babah untuk menyelesaikan borang  daftar kahwin dalam hari ini.

"Takpelah kalau macam tu. Esok pulak free tak? "

Cikgu Ilham tanya lagi. Aku kerut kening. Esok?

"Takde kot. Bolehlah. Dengan siapa lagi? "

"Err, dengan Cikgu Jasmin, Cikgu Zainal, dengan Cik Fatin."

Cik Fatin? Cik kerani yang baru bertugas minggu lepas. Hmm? Macam  sesuatu sedang berputik aje?

"Cik Fatin pun ikut?" Aku menyoal kembali Cikgu Ilham.

Dia tersengih sambil garu pipi.

"Kebetulan dia tengah menyembang dengan Cikgu Jasmin, so ajaklah dia sekali tadi."

Aku angkat kening. Ohhhhhhhhh...

"Bolehlah kot. Apa-apa nanti, cikgu Ilham bagitau lah saya balik nanti. "

Aku senyum. Cikgu Ilham lagi lebar senyumannya.

Beredar sahaja Cikgu Ilham, aku kembali murung. Murung apabila melihat wajah Emir yang grumpy selang dua meja daripada mejaku. Meja Cikgu Hanim. Apa pulak masalah dia kali ini?

Sudah cukuplah semalam aku sakit hati dengan dia, hari ini muncul pulak wajahnya di bilik guru. Bagaikan diseru.

Seram.

Balik daripada sekolah, aku mahu terasa mahu merobohkan bangunan putih di hadapanku. Sesungguhnya prosedur meminta borang keberanan berkahwin cukup memeningkan aku. Apatah lagi bila sudah berkahwin dengan Emir Hafiz. Semunya takat paras negatif.

"Ambil dah borang tu?"

Soalan babah apabila aku melangkah masuk ke dalam rumah. Kesian Amira, gara-gara babah berambeh di rumah sewaku ini, dia terpaksa memakai tudung tiap kali keluar bilik. Ni semua gara-gara peristiwa di rumah Emir.

"Dah, Eiya baru ambil."

Aku menjawab tanpa nada. Sekarang, borang kahwin pun boleh isi online. Cuma kena print dan kena bawak untuk disahkan oleh pegawai yang sepatutnya.

Berbanding dengan lelaki, borang perempuan lebih lebih rumit. Saringan HIV pun belum dibuat. Aku mengeluh. Selepas ni nak selesaikan sebelah lelaki lagi.

"Eiya, sini kejap. Babah nak cakap."

Aku pandang babah yang duduk di ruang tamu. Nak cakap apa? Aku diam sahaja sambil mengheret kaki menghampiri babah.

"Eiya ikhlas tak tentang perkahwinan Eiya dengan Hafiz? "

Ikhlas?

Aku terasa mahu senyum sinis mendengar ayat babah. Rasanya perkataan ikhlas tidak pernah wujud dalam kamus hidupku saat dipkasa berkahwin dengan Emir. Semuanya terpaksa.

"Tak." Jawabku sepatah.

Babah tarik nafas.

"Bah, tak boleh ke Eiya tak kahwin dengan Emir? "

"Kenapa?" Babah pandang tajam ke arahku. Seolah - olah tidak menyukai aku jika tidak berkahwin dengan Emir. See, mandrem apa yamg Emir baca kat babah aku ni? Sampaikan nama pun dipanggil Hafiz. Bukan Emir.

"Bah, Emir tu anak murid Eiya. Eiya tahu perangai dia macam mana. Bayangkan dia yang selalu langgar peraturan sekolah, keluar masuk balai polis, boleh bimbing Eiya ke?"

Babah diam. Berfikir sejenak.

"Eiya tahulah, Eiya yang guru kelas mereka. Eiya yang selalu keluar masuk bilik PKHEM, ikat jamin dia kat balai polis," tambahku lagi.

Babah masih lagi diam.

Ohh, babah. Haraplah lepas ni babah cancel plan kahwin dengan Emir. Amin.

"Itu cuma luaran. Dalaman Hafiz? Mata babah tak pernah menipu. Hafiz baik budaknya."

Hampir terjatuh rahangku apabila kenyataan tersebut keluar dari mulut babah. Whatttttt!

Whatt the fish?

Emir Hafiz budak baik? Wow!!!

Hendak terkeluar anak tekak dan anak mataku. Kenyataan berani mati babah tentang Emir menyebabkan aku dalam dilema, sama ada mahu ketawa berguling-guling ataupun menangis meraung-raung.

Ya Allah, dugaan apa lagi ini Ya Allah. Berdarah telinga jika kenyataan ini keluar dan masuk ke dalam sekolah. Segera aku membayangkan reaksi para guru yang mengenali Emir apabila kenyataan babah diketahui mereka.

"Baik tang mana bah? Cuma babah cakap kat Eiya. Bah, Eiya ni lah mangsa kena makan makan dengan si Emir tu. "

Babah tiba-tiba ketawa. Aku garu kepala. Apa yang seronok? Apa yang lawaknya?

"Haa, baguslah kalau macam tu. Sesuai dengan Eiya yang garang tu. Boleh jinakkan Eiya kan."

Hampir kena serangan jantung aku. Biaq betiq babah?

"Bahh... Apa ni!" Aku tarik muncung.

Babah ketawa lagi.

"Betullah babah cakap. Hafiz tu sesuai dengan Eiya."

Aku tambah muncung. "Babah aje lah kahwin dengan Hafiz tu."

"Kalau babah ni perempuan apa salahnya. Hafiz tu handsome apa. "

Aku jeling babah. Amboii. Kemain babah. Suka benar nampaknya babah dengan Si Emir naga jantan bipolar tu.

"Babah jangan masuk geng kunyit."

Babah ketawa lagi.

"Nauzubillahi min zalik. Kunyit tak bersalah tau. Dah la tu makanan."

Seronok babah. Aku yang merana sekarang ni.

"Bahh, apa ni?"

"Eiya, apa yang babah buat, semua untuk kebaikan Eiya. Babah yakin Hafiz boleh bahagiakan Eiya. Hati orang tua ni Eiya, dia boleh detect siapa yang terbaik untuk anaknya, " tutur babah.

Aku diam. 

"Babah harap, Eiya reda dengan perkahwinan ini dan babah harap Eiya ikhlas terima Hafiz. Belajar untuk terima Hafiz nanti bila dah jadi suami isteri."

Aku pejam mata. Nampaknya babah memang berkenan dengan mahkluk Allah yang bernama Emir Hafiz bin Awalludin Asraf.

************************************

Maaf.. Sebab kali pun sy update lewat. Beberapa minggu ni saya agak sibuk sikit tetapi H=S sy akan update selalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience