BAB 6

Romance Series 68161

Hubungan sofea dan danish masih sama dan lebih menyakitkan hati apabila danish membawa irdina dinner bersama keluarga nya tanpa pedulikan sofea...

"Mak yam masak apa? boleh sofea tolong" tegur sofea pada mak yam lalu duduk di kerusi yang ada di situ...

"Mak yam nak masak kan bubur untuk datin , datin tak beberapa sihat" jawab mak yam sambil menyiapkan bahan bahan bubur..

"Biar sofea masak boleh?"

"Betul ke sofea nak masak ni? mak yam risau datin marah sofea nanti" ucap mak yam yang bimbangkan sofea..

"Tak ada la mak yam , biar sofea masakkan datin ya" , mak yam mengangguk dan duduk di tempat sofea pula , mak yam memerhatikan sofea memasak nampak nya sofea memang mahir di dapur....

"Sofea tahan ke hidup macam ni? mak yam kesian tengok sofea , mak yam risau keselamatan sofea" ujar mak yam...

"Suami mak yam meninggal 3 tahun lepas , anak mak yam pula meninggal waktu dia usia 8 bulan , mak yam tak ada sesiapa , keluarga datin ni la keluarga mak yam mereka layan mak yam dengan baik dan tak pernah abaikan mak yam , itu sebab mak yam sayang sangat dengan keluarga datin" cerita nya lalu sofea duduk di hadapan mak yam..

"Mak yam agak terkejut bila dapat tahu danish kena tangkap khalwat dan di paksa kahwin demi menjaga air muka keluarga , mak yam pada mulanya agak kurang senang dengan kehadiran sofea tapi lama kelamaan mak yam selesa dengan sofea , sikap lemah lembut sofea yang buatkan mak yam selesa" ujar mak yam lagi..

"Sofea sayangkan danish?" soal mak yam lalu sofea tersenyum , "Dia suami sofea mak yam tipu la kalau sofea kata sofea tk sayangkan"

"Sofea tak bahagia dengan danish kan? kenapa bertahan?"

"Sofea tak nak malukan keluarga sofea dengn penceraian , sofea dah malu kan diorng disebabkan khalwat jadi sofea tak nak buat mereka malu lagi" jawab sofea dan di dengari oleh danisya...

"Kau perasaan tak sekrang ni si salmah tu mana nk tegur kita lagi mentang mentang anak dah kahwin dengan orang kaya sombong dengan kita dah" kata mak jah orang kampung..

"Tu la kahwin pun disebabkan kena tangkap basah , aku ingat sofea tu baik la tapi hum kelaut" sampuk mak odah...

Mak hisyam terdengar berbualan mereka , "Odah jah jangan cakap sedap mulut je ya , kita semua kenal perangai si sofea tu macam mana , kenapa kita nak tuduh dia tanpa bukti" marah cik kiah

"kiah oi satu kampung dah kecoh tentang ni apa lagi yang kau nak selindung , nasi dah jadi bubur dah kiah oii" ujar mak jah

"Untung si laki tu nak bertanggung jawab kalau tak tunggu masa je la perut si sofea tu memboyot"

"Ya allah apa kau ni odah , kita ni sepatutnya doa yang baik baik untuk mereka bukan mengata mcam ni"

"Kiah , kau pesan la dengan hisyam tu supaya jangan dekat lagi dengan keluarga salmah tu takut nanti anak kau kena bala nya" pesan mak odah dan terus pergi bersama mak jah...mak kiah hanya mampu mengeleng kepala dengan sikap mereka yang suka menyata orang...

*******************************

Sofea selesai menhidang bubur dan air suam untuk datin , baru sofea nak mengangkat dulang tu tapi ditahan oleh mak yam..

"Sofea lebih baik mak yam je yang hantar , mak yam takut nanti datin marah sofea"

"Mak yam tak apa , biar sofea je sofea nak cuba ambik hati mama insha allah mana tahu mama terbuka hati untuk sofea" ujar nya dan akhirnya mak yam mengizinkan...

Sampai sahaja di pintu bilik datin , sofea mengetuk dan aofea dapat mendengar suara datin yang membenarkan dia masuk ke dalam....Sofea masuk ke dalam dan terus berjalan ke tepi katil datin lalu meletakkan bubur di meja...

"Mak yam boleh" datin berpusing dan melihat wajah sofea yang ada...

"Kau kenapa ada dekat sini?" soal datin lalu cuba untuk duduk , Sofea ingin membantu tetapi dihalang oleh datin..

"Datin saya ada masak bubur untuk datin , datin nak saya suapkan? saya boleh"

"Kau bawak bubur ni keluar , aku tak nak makan makanan kau la" arah nya...

"Apa kau tercegat dekt situ , ambik ni bawak keluar eh kau tu hanya perempuan pembawak sial kau tahu tak , hidup anak aku hancur disebabkan kau" datin menolak dulang itu...habis pecah mangkuk dan cawan yang ada di atas dulang tersebut..

"Sekrang kau keluar bawak makanan kau ni keluar , aku tak percaya perempuan macam kau ni , kau perempuan jijik di mata aku" ucap datin..

Mak yam yang terdengar bunyi kecoh di bilik datin terus masuk kedalam , mak yam melihat bubur masakan sofea habis tumpah di lantai dan terlihat kaki sofea yang mengeluarkam darah...

"Ya allah datin , saya minta maaf sangat sangat" ucap mak yam , "Bawak perempuan ni keluar" arah datin kepada mak yam...

"Saya mintaa maaf datin" ucap sofea dan keluar bersama sofea , "Sofea sini mak yam ubatkan kaki tu , luka tu"

"Mak yam tak apa biar saya buat sendiri" kata sofea dan masuk ke bilik danish , "Ya allah kesian sofea" bisik mak yam...

Masuk sahaja bilik sofea mendengar danish yang seronok berbual dengan irdina melalui video call , "B perempuan asal tu? cacat ke?" soal irdina...

Danish berpusing dan melihat sofea yang jalan terhecut hecut oleh kerana kakinya mula rasa sakit , "Kau apahal? kena langgar ke dekat luar sana tu?"

"Saya tak sengaja pecahkan mangkuk tadi" jawab sofea dan duduk di sofa , "Ouh ingat kena langgar asal tak mati je terus"

"Awak boleh tak jangan cari pasal dengan saya untuk satu hari je danish , saya dah penat dengan semua ni la" lawan sofea dan itu membuatkan danish rasa tidak berpuas hati...

"Omg , dia lawan you b , beraninya dia b you kena bgi buat sesuatu b kalau tak dia akan naik kepala dengan you" kata irdina yang memanas kan danish..

Danish bangun dari kerusinya dan pergi ke arah sofea lalu mencengkam dagu sofea dengan kuat , "Kau cuba lawan aku? sofea kau lawan aku?" soal danish dengan suara yang agak kuat..

"Saya tak lawan , tapi saya dah penat dengan semua ni , saya ada hati dan perasaan danish" jawab sofea , danish mematikan video call nya bersama irdina dan membawak sofea ke katil..

"Cukup la danish , awak tak boleh buat saya macam ni , awak buat tanpa relaan dari saya , saya penat danish tolong la , saya dah penat nak cakap yang saya tak bersalah susah ke untuk awak percaya saya? susah ke danish?" ucap sofea dengan tanggisan..

Danish terdiam dan terpandang kaki sofea yang berdarah , Entah kenapa badannya seperti berjalan sendiri ke arah almari lalu mencapai peti pertolongan cemas itu...

Danish memberi peti itu ke sofea , sofea sendiri agak terkejut dengan reaksi danish entah apa yang rasuk dia ni pun tak thu la , sofea cepat cepat mencapai dan buka peti itu...

"Kau tahu guna tak?" soal danish , Sofea membalas dengan anggukkan sahaja..

"Auch" adu sofea dan meniup tempat luka itu , "Ada kaca ke?"

"Hum tapi kecik je , tak apa saya boleh buat sendiri"

Danish terus ambik peti itu dan dia duduk di lantai , danis menarik kaki sofea kemudian dia memerhatikan luka itu , "Cuai" ucap danish

Sofea menarik semula kakinya dari pegangan danish , "tak payah la , saya boleh buat sendiri la"

"Kau nak aku teruskan dengan hukuman aku tu ke atau kau nk bagi kaki kau dekat aku? pilih la"

Sofea diam , "Nampaknya kau suka hukuman dari aku" danish bangun semula dan mula merapatkan dirinya pada sofea..

"Kaki kaki , saya bagi kaki saya" jawab sofea dengan cepat dan menoleh ke tempat lain , tanpa sofea sedar danish tersenyum kecil...

"Dia matikan? seriusly danish you matikan call i" irdina tidak berpuas hati kerana danish mematikan callnya oleh kerana sofea...

"Aku baru nak tengok apa yang danish buat dekt perempuan tu , ish kacau la" marah irdina dan terus campak phonenya ke katil ...

"Saya nak tanya boleh?" soal sofea pada danish yang fokus pda kakinya , "Apa dia? aku tak layan kalau soalan kau tu bodoh bodoh"

"Saya ni beban untuk awak ke?"

Danish melepaskan keluhan , "Iya kau beban bagi aku , disebabkan tangkap basah tu hidup aku hura hara , tapi nasib la hubungan aku dengan irdina masih okey walaupun habis putus" jawab danish..

"Awak boleh lepaskan saya dan kahwin dengan irdina" kata sofea.

"Aku tak akan lepaskan kau sofea , aku boleh kahwin dengan irdina tanpa lepaskan kau sebab aku mampu , aku nak kau rasa seksa dan merana" ujar danish lalu keluar dari bilik itu...

"Kenapa tak kau je bla dari sini? keluar dari sini dah pergi ke pejabat agama sana minta cerai" tegur danisya dari pintu...

sofea dengan cepat lap air matanya , "Saya tak boleh buat macam tu" jawab sofea kemudian bangun dan menuju ke bilik air...

"Baik sangat , itu sebab mudah kena pijak" bisik danisya....

******************************


"Siapa masak ni?" soal datin bila sofea dan mak yam hidangkan lauk di meja , "Saya datin" jawab mak yam

"Bagus , jangan bagi perempuan ni masak nanti entah apa dia masuk dalam ni , racun ke apa ke susah pula nanti" ujar datin dan duduk di tempatnya...

"Hi Auntie , how are you? good?" soal irdina yang datang bersama danish .

Sofea hanya mampu memandang danish sahaja , "Auntie okey dah , cuma bagi tadi tu pening sikit mungkin sebab cuaca"

Cara bercakapa datin kepada irdina dan sofea sungguh berbeza , "Eh tunggu apa pergi la hidang lagi" arah datin...

"Masih datang ke sini? tiap malam kamu ke sini makan sama dengan kitorang kamu tak ada rumah ke?" celah datuk yang baru turun..

"Kamu bukan perempuan perampas kan?" soal datuk pada irdina dan terus danish memandang papanya , "Pa apa benda papa nk cakap ni?"

"Dia thu kamu suami orang tapi still macam ni , nampak sangat la dia ni bukan perempuan yang baik"

"Habis dia ni baik sangat ke?" datin tunjuk ke arah sofea , "Saya tak pernah tengok dia keluar dari rumah kecuali dengan danish dan awak " jawab datuk..

"B i nak ke bilik air kejap" bisik irdina pada danish dan terus pergi , irdina tidak ke bilik air tetapi dia ke dapur untuk mencari masalah dengan sofea...

Irdina memerhatikan dapur nampaknya cuma ada sofea sorang sahaja di situ , "Oi perempuan , aku nk kau minta cerai dengan danish"

sofea terus berpusing ke belakang , "Cik irdina boleh suruh danish tu lepaskan saya , sebab saya dah minta dia lepaskan saya tpi dia tak nk"

"Kau yang tak mintakan? dengar sini eh sebelum kehadiran kau dalam keluarga ni , aku dilayan dengan baik tapi sejak kau ada uncle jadi tak suka dengan aku ni semua sebab kau tahu tak" marah irdina..

"Saya minta maaf kalau tu disebabkan saya , saya tak berniat pun nak buat macam tu saya minta maaf" ujar sofea , sofea berjalan ke pintu keluar tapi di tahan irdina..

"Kau" irdina melempang sofea dengan kuat , "Minta cerai atau kehidupan kau akan merana , aku akam pastikan kau tak akan hidup lama sofea" bisiknya pada sofea..

Sofea memegang pipi nya dan cuba keluar dari dapur tapi masih di tahan oleh irdina , sofea menarik semula tangannya jadi irdina terlepas dan dia terhantuk di bucu meja....

"Ya allah" ucap sofea bila tengok kepala irdina mengeluarkan darah , "Apa kau buat ni sofea" jerit danish..

"Saya tak salah ,saya tak sengaja"

Danish berlari ke arah irdina , "sayang okey tak? sayang you dengar i kan?"

"I minta maaf pada you sofea , i cuba nak lepaskan danish untuk you tapi i tak boleh" ujar irdina yang membuatkan sofea sendiri hairan...

"Apa semua ni? kau buat apa?" soal danish pada sofea , Danish mengangkat irdina untuk bawak ke hospital sebelum melepasi sofea danish sempat berkata..

"Kalau jadi apa apa pada irdina , kau siap sofea aku akan buat lebih teruk lepasni" kata danish dan itu di dengar irdina..

Tubuh sofea seakan akan mengigil seketika dan mak yam terus memeluk tubuh sofea , "Kau ni memang perempuan bawak sial kan , siap kau" marah datin...

Datuk dan datin sama sama mengikuti jejak danish ke hospital tetapi danisya duduk di rumah bersama sofea , "Apa jadi sebenarnya??"

"Saya tak sengaja" jawab sofea , "Kalau jadi apa apa pada irdina kau tahu akibatnya kan? kau jangan main main sofea"


"Umie kenapa ni? hisyam tengok dari pagi tadi umie asyik termenung je? kenapa?" soal hisyam pada mak kiah..

"Umie dengar macam macam cerita pasal sofea , kampung ni semua salah kan sofea kata nya sofea jual diri sebab nak kan kehidupan mewah , tapi umie tak percaya semua tu , umie kenal sofea"

"Umie jangan la fikir pasal tu , biarkan apa orang kampung nak cakap , yang penting kita thu sofea tak akan buat macam tu , kita ada untuk sofea" pujuk hisyam lalu memeluk umienya..

"Umie tahu hisyam mesti sedihkan , tapi insha allah ada jodoh ada la tu nanti" ucap mak kiah pada hisyam , dia tahu bahawa anaknya menyayangi sofea dan mahu menjadikan sofea sebagai isterinya....

************************************

Selepas 2 jam danish di hospital , danish balik dengan keadaan marah pada sofea kerana irdina menceritakan hal yang terjadi di dapur tetapi cerita yang di buat oleh irdina sendiri...

"Danish bincang baik baik bukan dengan pukul faham" pesan datuk dan di angguk oleh danish , datuk dan datin masuk ke bilik mereka entah kenapa rasa selera makan tu hilang...

"Mak yam sofea mana?"

"Dia dekat bilik , sembayang katanya" jawab mak yam dan terus danish melangkah ke biliknya , mak yam mendoa agar tidak terjadi hal buruk pada sofea..

Sofea baru selesai melibat telekung dan sejadah miliknya , nampa danish masuk ke bilik dia terus bertanya keadaan irdina..

"awak irdina macam mana? dia okey?" soal sofea , tapi apa yang dia dapat adalah tamparan yang begitu kuat sehingga tepi bibirnya mengelurkan darah sedikit...

"Sakit awak"

Danish menarik rambut sofea dan mengheret sofea ke pintu lalu mengunci pintu itu dan kepala sofea di hentak pada pintu dengan kuat , "Sakit?"

sofea menahan kesakitan , "Apa kau buat pada irdina? kau buat apa dengan dia? kau bagitahu aku la sial" tengking danish dan kuatkan cengkaman di dagu sofea...

"Saya tak sengaja , saya cuma nak lepaskam diri saya tu je" jawab sofea dengan tangisan dan menahan sakit...

Danish menarik sofea berdiri dan mencengkam semula dagu sofea , "Aku tahu kau tak puas hati dengan irdina sebab aku pilih dia dari kau , kau sepatutnya sedar diri yang kau tu perempuan jijik memang tak la aku nk sayangkan kau , mimpi la" marah danish...

"Sakit tolong la lepaskan saya"

"Lepaskan kau macam ni" danish menolak sofea ke lantai sehingga terduduk lalu melempang wajah sofea lagi...

"Kau lebih dari ni? aku boleh bagi" danish mengangkat sofea lalu di campak ke katil dan danish terus melepaskan bajunya..
"Saya tak nak , tolong la lepaskan saya" rayu sofea..

rayuan sofea langsung tak di ambik endah oleh danish setiap kali sofea melawan dia akan di lempang dan itu membuatkan tubuh sofea kesakitan....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience