3 BULAN KEMUDIAN..
Tv yang terpasang itu di perlahankan suaranya. Melihat anak lelakinya yang melintasi ruang tamu itu menarik minatnya untuk menegur.
"Haider, papa nak cakap sikit dengan kau."
langkah kakinya terhenti bila namanya di seru. Di kerling ke kiri melihatkan papanya yang sentiasa memasang wajah serius. Jarang untuk dia melihatkan senyuman ikhlas dari lelaki itu.
"lama tak? Haider ada kerja dekat luar ni. Dah Lambat."
Megat Rusydi menyilang kakinya di sofa itu dan menunjukkan arah sofa kepada Megat Haider untuk menyuruh anaknya duduk di situ.
Apakan daya? Megat Haider hanya akur.
"Sekejap je." Megat Rusydi menatap tajam ke arah Lelaki itu.
"Apa hal yang nak di bincang tu?".
Rambutnya yang tebal itu di betulkan bila terasa senget kerana terlalu memakai banyak pomade rambut.
"Papa nak kau berhubungan rapat dengan Karlisa. Dia wanita ada class, elegan dan sesuai untuk kau".
Sepantas kilat Megat Haider membalas pandangan itu.
"What do you mean by hubungan rapat? i don't get it."
Megat Rusydi mengeluh.
"Lepas ini banyak projek yang kau kena handle dalam office tu. Papa rasa cukuplah masa yang papa beri untuk kau ikut jalan kau. Sekarang sampai masa untuk kau ikut jalan yang papa pilih."
Terbangun Megat Haider dari sofa itu.
"Papa tak boleh buat Haider macam ni. Haider tak puas lagi jadi pensyarah. Haider dah janji kan yang Haider akan pegang juga jawatan ceo dalam company tu nanti. Tapi biarlah Haider yang tentukan bila."
Megat Haider ingin berlalu. Kemudian dia menoleh kembali.
"Pasal Karlisa, untuk Haider berkawan atau berbaik-baik dengan dia, Haider setuju. Tapi untuk berhubungan lebih Haider tak berminat. Jangan cuba-cuba aturkan perasaan orang papa."
Megat Haider terus hilang dari paparan Megat Rusydi. Kepalanya di gelengkan. Budak ini memang degil.
"Papa...papa. Kalau dah Haider tak nak. Bagi la kat Hanif. Anak bujang papa ni bukan seorang, tapi dua."
Muncul Megat Hanif yang melintasi sofa itu dan menuju ke pantry rumah.
"Huh, kau tu tak pernah serius kalau bab perempuan."
Balas Megat Rusydi memerli anak sulungnya lalu beredar naik ke atas.
"Huh.. sikit-sikit Haider. Manjakan sangat." Rungut Megat Hanif sendiri sambil menggoyangkan gelas berisi jus epal di tangan.
MESIN air minuman layan diri di tepi tangga itu di perhatikan Nurjihan dengan perasaan tidak puas hati.
"Kau dah telan duit aku 2 ringgit tapi kau tak nak keluar eh...siap kau."
Jarinya laju menekan-nekan ke semua butang yang menyala di mesin itu. Geram rasanya bila duit telah di masukkan tetapi hasilnya tiada. Siapa punya mesin ini? macam mana dia setting? aku ni dahaga tak boleh bawak bincang tau. Kau pulak buat hal ye mesin.
Mesin itu di goyang-goyang pula oleh Nurjihan.
Hasil tetap sama. Tiada satu pun tin minuman yang keluar di pintu laluan bawah itu.
Nurjihan kepenatan di tambah rasa marah. Dia berhenti sebentar. Masih merenung mesin minuman itu.
Seketika Nurjihan tertoleh pada satu tangan yang bergerak memasukkan duit ke dalam mesin itu dan ...
Dang ! jatuh sebuah air tin minuman berperisa anggur hijau itu.
kemudian dia menoleh ke arah empunya tangan.
Lah... dia ni ke?
Dr.Haider bersandar pada mesin air minuman tersebut dan berpeluk tubuh memandang Nurjihan yang beriak tidak puas hati itu.
"Take it. and you're welcome" Dr. Haider tersenyum sinis.
"ikhlas ke ni?" Tanya Nurjihan ragu-ragu.
Dr.Haider mengganguk.
"Thanks Dr." Nurjihan ingin berlalu.
"well nothing free. Ada harganya."
Suara di belakang itu memberhentikan langkahnya.
Aik kata ikhlas? ikhlas taik kucing !
"what?". Tanya Nurjihan.
Dr.Haider tersenyum.
"nanti-nantilah saya tuntut. Awak pergilah sambung kerja menghias di dalam tu."
Nurjihan malas melayan. Dr.Haider itu ikut anginnya. Kalau baik itu.. baik sangat-sangat. Kalau tak baik.. tersangatlah menyakitkan hati !
Senang sekali dapat menyakat gadis itu. Semakin hari semakin comel pada pandangan matanya.
Lalu dia beredar turun menghilang ke dalam perut lif.
"Assalamualaikum Dr." Panggil seseorang.
Dr.Haider melihat Mak Eton.
"Eh Mak Cik, datang dengan siapa ni?".
Mak Eton tersenyum.
"Mak cik datang sorang je. Ni mak cik nak singgah sekejap bagi barang dekat Jihan. Mak cik telefon dia tak angkat."
"Jihan tengah buat kerja menghias dewan di tingkat 10. Mak cik nak naik ke? Biar saya tekankan lif untuk mak cik."
Laju tangan Dr.Haider hendak menekan semula butang naik pada lif di dinding itu.
"Eh tak payah..Gayat mak cik nak naik atas tingkat tinggi-tinggi tu. Mak cik minta tolong Dr. untuk bagikan pada Jihan boleh?".
Dr.Haider mengganguk. Lalu menemani Mak Eton untuk ke pintu keluar Hotel Grand Hibiscus itu. Ye, majlis prom night untuk tahun akhir akan di adakan di hotel dalam masa 2 hari lagi. Seronok bukan main la last batch kali ini sedangkan senior tahun lepas hanya buat majlis di resort peranginan sekitar Kuala Selangor.
TUAN SYED IQWAL merenung ke luar jendela sambil memegang kontrak antara dia dan Nurjihan. Nampak seperti ada sesuatu yang mengganggu ketenteteraman fikirannya saat ini.
Benjamin yang setia berdiri di sisi Tuan Syed Iqwal hanya memerhati keadaan Tuan Syed yang berada di atas kerusi rodanya itu.
"Tuan Syed pasti ke nak rahsiakan perkara ini daripada Cik Nurjihan?". Benjamin inginkan kepastian.
"Pasti. Aku tak nak berita ini sampai pada dia. Sesiapapun tak perlu buka mulut pasal hal ini."
Penjelasan tegas daripada Tuan Syed Iqwal itu di sahut dengan anggukan daripada Benjamin.
"Satu lagi, tingkatkan kawalan ke atas Jihan dan emaknya. Aku tak nak plan aku hancur."
Benjamin mengganguk lagi. Meskipun ini kejam. Namun harus dia akur kepada kata majikannya.
Siapa dia untuk menidakkan arahan daripada Tuan Syed Iqwal itu?
BUTIK ISABELLA
Jika bukan pujuk rayu dari Hawa dan Pia yang menyuruhnya ikut serta dalam pencarian dress untuk di pakai pada malam prom tahun akhir nanti, maka tidaklah dia membuang masa di butik ini.
"Jihan kau dah ada ke baju untuk malam prom tu nanti?".
Hawa bertanya sambilan kepada Nurjihan kerana dia sedang sibuk menilik gaun yang di Padankan pada badannya itu di hadapan cermin.
Nurjihan menggeleng sambil membelek majalah fesyen yang tersedia di atas meja tetamu di butik itu.
"Weh, kau boleh rileks? Kau nak pakai apa malam tu nanti?". Hawa bertanya lagi.
Pia yang kehairanan melihat Nurjihan itu terus duduk di tepi Nurjihan. Di tolak-tolaknya Nurjihan agar bangun.
"Apa?". Pertanyaan itu di halakan pada Pia.
Bahasa isyarat Pia : Pergi la tengok baju-baju yang ada kat sana tu. Jangan kau nak pakai baju pergi kenduri sudah la.
"Haish, malasnyaaaaa." Nurjihan menggeliat.
"Tak pandai la aku bab nak pilih pastu pakai baju advance lawa-lawa macam ni. Tak reti !!".
Tambah alasan oleh Nurjihan.
Pakaian Karlisa pun semuanya di atur oleh Eija dan Benjamin. Inikan pula Nurjihan. Huh, Kirim salam !
"Eiii...susah bercakap dengan mak cik ini. Jom Pia tolong aku pilih untuk kawan kau ni." Ajak Hawa.
Bahasa isyarat Pia ; Heh ! kawan kau la yang degil ni.
"Eh, masing-masing tak mengaku aku kawan pulak." Ketawa Nurjihan lantak la.
Setelah 20 minit. Mereka kembali dengan sehelai gaun yang di pilih untuk Nurjihan.
"Jihan, nah pergi try yang ini. Seperb cantik design dia." Kata Hawa.
Nurjihan bangun dengan malasnya dia masuk ke dalam bilik persalinan itu.
Ting tong...
Loceng butik pakaian itu berbunyi setelah pintu di buka oleh orang luar menandakan ada pelanggan baru masuk.
"Honey, you dah siap settlekan ke baju you and diorang?"
"Hai biy. belum lagi.. sikit lagi." Hujung jari telunjuk dan ibu jari di picitkan.
Rizal mengganguk. Kepalanya terpusing-pusing 360 darjah mencari Nurjihan.
"Jihan mana? tak datang?".
Hawa memanjangkan muncung mulutnya menunjuk arah dalam bilik salinan pakaian itu.
Rizal mengganguk faham dan bergerak ke sofa menghampiri Pia.
"Hei Pia, tersenyum-senyum tengok phone tu. Ada pakwe eh?".
Pia menggeleng laju. Eleh !
Seketika terdengar bunyi langsir di tarik.
"Rimasnya baju ropol-ropol kat lengan ni."
Ngomelan Nurjihan menarik semua mata memerhatikannya.
Diam.
Tap ! bunyi majalah yang berada di tangan Rizal jatuh ke lantai. Rizal terpegun.
"Apa?. Tak elok aku tukar lain kejap." Laju sahaja Nurjihan ingin memusingkan semula badannya ke belakang untuk menukar lagi baju yang lain.
"Wait.. wait. Siapa cakap tak elok? Jihan cantik gila kot. kitaorang terpukau. Weh nice beb.serius ambil yang ni."
Kata-kata Rizal itu di sertai oleh anggukan dari yang lain.
"Betul Jihan, sesuai sangat baju ni dengan kau". Tambah Hawa lagi.
Tag harga pada pinggang itu di tarik sedikit untuk melihat harga.
Mak oiii, baju lawa. Harga dia lagi lawa. RM350 ? first time dalam hidup beli baju semahal ini. Nurjihan... Nurjihan.. tergaru-garu keningnya.
"Tak apa Tuan Syed bagi gaji kau banyak..time ni la nak self rewards kan?" Terangguk-angguk keningnya Hawa berkata.
Ceh, Hawa ni macam dia tahu je apa dalam kepala otak aku tengah dok pikir ini.
Seketika telefonnya berbunyi. Nurjihan menyambut huluran Pia yang memegang telefonnya.
Benjamin?
Membulat mata Nurjihan mendengarkan apa yang di perkatakan oleh Benjamin di talian.
"Damn ! okay saya siap sekarang."
Panggilan di matikan.
"Hui..huii asal kalut semacam ni?".
Tanya Hawa bila melihat Nurjihan yang terkocoh-kocoh mengambil beg sandangnya dan ingin masuk semula ke dalam bilik salinan pakaian itu sambil tidak peduli pada dress yang meleret di pakainya itu.
"Aku tak banyak masa. Tuan Syed dah panggil Karlisa on duty."
"Ouh yeke. Ha cepat-cepat pergi tukar baju."
Mujurlah Nurjihan membawa segala keperluan untuk menjadi Karlisa. Benjamin melatihnya untuk bersedia dalam keadaan apa pun jika kemunculan Karlisa di perlukan saat-saat genting.
setelah menukar pakaian dan menyolek diri menjadi Karlisa, kini dia sibuk mengkerintingkan hujung rambutnya.
terkocoh-kocoh Nurjihan mengeluarkan kad kredit dan di berikan pada Hawa.
"Nah kau pegang dulu kad ni, bayar untuk baju yang korang pilih untuk aku tadi lepas tu bayar sekali dengan baju-baju korang eh. Aku dah lambat."
"Jihan... kejap..kejap.. kasut kau tu !."
Panggilan Hawa menyebabkan dia menoleh terus ke bawah.
Aduh, Karlisa tak pakai sneaker. Karlisa pakai heels. Dia terlupa nak bawa. Lalu matanya di liarkan ke seluruh kedai. Stilleto berwarna merah di ambil pada rak kasut di butik itu. lalu dia memakai. Ngam-ngam sepadan saiznya.
"Weh, gerak dulu tau ! sorry aku rushing."
Dalam 2 saat Nurjihan atau lebih tepat lagi Karlisa telah hilang dari pandangan. Semua yang ada di situ hanya diam. Hawa hanya menggeleng melihatkan sikap kalut Nurjihan itu lalu menoleh semula ke arah kaunter.
Perempuan yang menjaga butik di kaunter itu bagai terkena kejutan. Matanya tidak berkedip-kedip memandang gadis yang berlalu keluar dari butiknya tadi. Manakan dia tidak hairan, jika yang tadi masuk ke dalam bilik persalinan pakaian itu awalnya orang lain, sekali yang keluar itu orang lain pula dari bilik yang sama? otaknya tidak habis fikir.
Pia dan Rizal menahan ketawa melihat wajah beku penjaga butik itu. Nasib baik mereka ini sudah biasa melihat Karlisa jika tidak mereka juga menjadi beku seperti dia.
Hawa tersengih kepada wanita di kaunter itu lalu di letakkan tag harga kasut tumit tinggi yang di pakai Karlisa tadi.
"Akak, tambah yang kasut tadi tu eh?". Kad kredit di hulur.
"UNCLE, sorry I'm late. I baru habis meeting tadi." Karlisa kelihatan kepenatan berlari ke arah meja Megat Rusydi dan Megat Hanif yang menunggunya di sebuah restoran mewah.
"It's okay Karlisa. Tak lama mana pun kami tunggu. Have a seat." Balas Megat Rusydi
"So uncle ada apa nak jumpa ni?".
Soalannya Karlisa mengundang senyuman dari mereka.
"Actually tak ada apa yang urgent pun. Saja nak ajak you lunch dengan kitaorang. and... Hujung minggu ni, we all nak buat majlis untuk anniversary Papa and Mommy..So we all ingat nak jemput you, Karlisa."
Kata Megat Hanif di susuli anggukan dari Megat Rusydi.
Nurjihan berfikir sejenak. Hujung minggu? dua hari selepas majlis prom night. Tak apa. asalkan tidak mengganggu masa Nurjihan.
"Wow, i tak pernah lagi jumpa Datin. Sounds great. Inshallah i akan datang. Thank you jemput i." Balas Karlisa.
"Yeah, you perlu jumpa mommy. Dia nak sangat jumpa you. Masa kita jumpa dulu dia tak boleh join sekali. Biasalah busy dengan persatuan wanita dia tu kan." Kata Megat Hanif.
"Ouh...i akan datang nanti. Don't worry." Karlisa tersenyum manis.
MAJLIS prom night untuk meraikan tahun akhir itu begitu meriah di Hotel Grand Hibiscus. Mata Dr.Haider tidak lepas pandang dari melihat Nurjihan meskipun dia sibuk melayan vvip dan dekan pihak universiti.
"Jihan, aku pulak yang rimas tengok Dr.Haider tu dari tadi asyik pandang kau." Bisik Hawa perlahan.
Air oren dalam gelas itu di cicipkan sedikit ke mulut.
"Biarlah aku malas nak kisah dia tu. Yang penting aku lega dah siap hias dewan ni. Nak patah pinggang kau tahu."
Hawa mengganguk bersetuju dengan alasan Nurjihan dan terlupa sekejap tentang Dr.Haider.
Nurjihan berasa tidak selesa kerana dia datang bulan pada waktu-waktu sebegini. Dia harus tukar..
"Aku pergi toilet kejap tau." Kata Nurjihan kepada Hawa yang ralit memerhati persembahan di hadapan pentas sana.
"Nak aku teman tak?"
Nurjihan menggeleng. "Tak payah. sekejap je."
Nurjihan berlalu keluar ikut pintu belakang dan menuju ke tandas.
Dalam sedang dia mencari-cari tuala wanita di dalam tas tangan itu, rupanya tiada. Ini mesti tercicir di dalam kereta tadi. Aduhai.. lalu dia turun semula ke tingkat bawah menuju lobi untuk keluar ke parking kereta.
Sesampainya di lobi, Nurjihan hanya termenung di depan pintu masuk. Hujan? aduh laaaa
Dia hanya menunggu hujan itu sambil termenung. Entah kenapa dia asyik dalam dinginnya angin hujan dan tempias air hujan yang nipis terasa itu.
"Jom."
Suara itu menarik lamunan Nurjihan. Dr.Haider yang entah bila berdiri di sebelahnya tengah membuka payung.
"Ha?". Nurjihan masih blur.
"Awak nak ke parking kereta kan, tapi payung tak ada?" Tanya Dr.Haider seakan faham.
Nurjihan mengganguk perlahan dia masih terkejut dengan kemunculan Dr.Haider secara tiba-tiba itu.
"Ha..hah! ye saya nak ambil barang dekat kereta sekejap. Tapi tunggu hujan ni..."
"Hah, ha apa? jom la." Balas Dr.Haider tersenyum yang ralit juga melihat hujan di luar hotel itu.
Tanpa berlengah lagi Nurjihan masuk di bawah payung yang Dr.Haider pegangkan. Jika bukan kerana gaun yang meleret ini sudah pasti dia tak perlu susahkan Dr.Haider untuk pegangkan payung itu.
"Terima kasih Dr. Susahkan Dr. je"
Ucap Nurjihan kepada Dr.Haider yang mengibas-kibas jatuh tompokkan air hujan yang sedikit terkena pada bajunya itu.
"welcome. Payung tu nanti awak ambil bawa balik eh. Kat rumah saya banyak"
Matanya di kenyitkan pada Nurjihan lalu dia beredar. Ada segaris senyuman pada wajahnya.
Nurjihan terkejut. Hek eh. apa kena dengan mata tu? korek karang ! lalu dia menuju ke tandas.
****
"Makk !" Nurjihan terjerit kecil bila tangannya tiba-tiba di tarik laju oleh seseorang sewaktu dia berjalan keluar dari tandas.
Tangan Nurjihan masih kemas dalam pegangan tangan lelaki itu. Siapakah dia? Benjamin ke? Wajah lelaki yang menariknya tidak sempat di perhatikan kerana terlalu laju dia mengikuti langkah kaki itu.
Kini mereka masuk ke dalam sebuah bilik yang berdekatan dengan laluan itu. Lampu di buka.
Alangkah terkejutnya Nurjihan bahawa yang menariknya tadi adalah bukan Benjamin. tetapi....
Tuan Syed !!
Nurjihan terperangkap di antara kedua-dua tangan Tuan Syed Iqwal yang di lekapkan pada dinding. Mata lelaki itu tajam merenung. Wajah mereka kini hanya berjarak seinci !
Gulp ! Nurjihan menahan debaran katakutan.
Tuan Syed dan boleh berjalan? sejak bila? matanya tidak buta. sekarang yang ada di depannya berdiri tegak di atas kaki sendiri adalah Tuan Syed Iqwal !!!!
p/s: terkezut ya?? hihi
Share this novel