Bab 5

Romance Series 8464

jam telah menunjukkan 1.40 pagi namun matanya masih segar dari tadi. penat dipaksa. dicuba pelbagai cara namun tidak juga terlelap.

"tadi dah penat.. kenapa tak boleh tidur?" Nur Qawi bercakap sendirian.

sekali lagi telefonnya berdering ada panggilan dan minta dijawab. kali ini Nur Qawi melihat siapa yang menelefonnya lewat malam. ' Fahd ' nama itu terpapar di skrin handphone. gembira bukan kepalang. mungkin ini yang ditunggunya hingga tidak dapat melelapkan mata.

" Assalamualaikum.. tak tidur lagi?" Fahd memulakan perbualan.

"belum.. tak tahu kenapa tak dapat tidur.." jawabnya ringkas.

"saya coll sebab dah janji dengan Qawi yang saya akan coll. tak sangka pulak Qawi tunggu.." gurau Fahd.

"mana ada! saya tak tunggu awak lah!" marah Nur Qawi cuba menyembunyikan rasa malu. mendengar apa yang dikatakan Nur Qawi membuatkan Fahd tergelak.

"saya penat.. esok ada hal lagi perlu saya urus.. ada masa kita cakap lagi okey?"

"erm... ye lah" balas Nur Qawi, ada rasa kecewa.

"Assalamualaikum selamat malam" kata Fahd lalu mematikan panggilan.

"Waalaikumsalam" balas Nur Qawi sendirian.

***********************

Syima menongkat dagunya, matanya melilau mencari kelibat Nur Qawi. sudah hampir satu jam dia menunggu di restoran itu. apabila sosok tubuh Nur Qawi dilihatnya lahir rasa lega bercampur dengan rasa geram!

mana tidaknya satu jam membuang masa dengan hanya menunggu rakan karibnya itu. mahu dijemput malah ditolak oleh Nur Qawi, jadinya terpaksa lah dia menunggu Nur Qawi di restoran yang dijanjikan untuk bertemu.
"Lama tunggu?" soal Nur Qawi apabila dia sudah berdiri betul di hadapan Syima. namun soalannya hanya dijawab dengan keluhan kuat dari Syima. melihat reaksi Syima Nur Qawi tersenyum cuba untuk memujuk rakannya.

"alah.. maaf tak sengaja.. aku naik bus" Nur Qawi memberi alasan.

"kenapa tak naik taxsi?" soal Syima marah. namun tidaklah dia meninggikan suara.
"mahal!" jawab Nur Qawi sambil tersengih. sudah tahu dia akan dimarah Syima lagi kerana sikapnya yang terlalu berjimat cermat.

Syima menjeling tajam, kemudian menghirup air jus oren menggunakan stero. ada rasa lega selepas tekaknya dibasahi air manis itu.

"aku nak jemput kenapa tolak?" soal Syima masih tidak puas hati.

"okey..okey aku mintak maaf.. aku yang salah.." Nur Qawi mengalah malas untuk bertekak memang salahnya kerana membuat rakannya itu menunggu lama.
"jom lah.. dah penat aku duduk sini, di sebabkan lambat kau belanja air aku ni!" ujar Syima kemudian berdiri. terlopong mulut Nur Qawi mendengar apa dikatakan Syima.
Nur Qawi akur, lantas dia menuju ke kaunter bayaran untuk membayar minuman Syima. Syima tergelak kecil kerana dapat kenakan rakannya.
"lain kali kalau nak aku belanja air jangan macam-macam.. air sky jus cukup lah. habis duit aku air je pon dah berapa nak kena bayar" bebel Nur Qawi

"ni balasan buat orang tunggu lama.' balas Syima diikuti tawa riang seronok dapat kenakan rakannya itu.

"jom lah!" ajak Nur Qawi. kemudian mereka beriringan masuk ke dalam shopping mall berdekatan restoran itu.

sambil berjalan dan menjamu mata mereka berbual bersenda. tanpa di sedari oleh mereka ada sosok tubuh sasa mengekori mereka dalam diam.

"Qawi aku nak pergi toilet kejaplah" kata Syima lantas meluru cepat menuju ke tandas.
"aku tunggu sini" laung Nur Qawi. kemudian dia berdiri di satu sudut berdekatan tandas supaya tidak menghalang jalan dan mudah untuk Syima melihatnya.

lantas dia mencapai telefon bimbitnya dan seperti biasa dia hanya akan mengisi masanya dengan melayari Fac.

sedang ralit memandang telefon bimbitnya tiba-tiba bahunya disapa lembut. lantas mengejutkannya. seorang lelaki yang sangat dikenalinya berpakaian segak mengenakan kemeja biru cair dan seluar panjang hitam gaya seperti orang yang bekerja hebat.

"abang Kamarul buat apa dekat sini?"soal Nur Qawi kaget.

"abang buat Qawi terkejut ke?" soal Kamarul kembali, seperti biasa dia cuba untuk menyentuh jari-jemari milik Nur Qawi. namun Nur Qawi dahulu lebih cepat mengagak lantas melarikan tangannya.

Nur Qawi sangat kenal dengan sikap Kamarul yang baginya agak keterlaluan dalam bergaul dengannya, juga buaya darat dan lelaki miang. Kamarul anak pertama mak ngah iaitu Ramiza. tapi lain pula sikapnya bila bersama keluarga, dengan membawa perwatakan alim, hipokrit! hingga ibunya Datin Roziah tidak kesah andai Kamarul mahu berjumpa dengannya.

pernah juga Kamarul melepaskan hasratnya mahu menjadikan Nur Qawi sebagai isteri namun Ramiza ibunya membangkang malah memburukkan Nur Qawi dihadapan semua orang Hal ini membuatkan Nur Qawi tidak senang dan tidak suka dengan keluarga ibu saudaranya itu.

"abang tak kerja?" Nur Qawi menyoal, aneh mengapa Kamarul boleh berada disitu pada waktu kerja bahkan Kamarul bekerja di syarikat milik keluarga Nur Qawi.

"kerja... baru lepas jumpa clien" bohongnya. Nur Qawi hanya mengangguk faham.

"Qawi kenapa tak kerja dengan Pak lang Mizan? boleh kita selalu jumpa?" Kamarul menyoal

"ibu dan ayah cakap Qawi tak sesuai kerja disitu.. mungkin bukan rezeki Qawi.. lagi pon Qawi lagi selesa duduk rumah dan jadi penganggur je" gurau Nur Qawi mengusir rasa tidak selesa.

"esok malam kita keluar?" Kamarul memberi rancangan.

"Qawi tak boleh janji."

"tak apa abang mintak izin dengan ibu and ayah Qawi. abang gerak dulu..bye" Kamarul terus meninggalkan Nur Qawi tanpa sempat dia memberi kata putus.

"sape tadi?" soal Syima tiba-tiba muncul.

"abang sepupu aku.. anak mak ngah.." jawab Nur Qawi malas mula membuka langkah moodnya shopping hilang begitu sahaja dek berjumpa dengan Kamarul.

"Kamarul ke?" soal Syima.

"ye lah.. aku mana ada abang sepupu lain."

"kau asal? tiba-tiba macam ni?" Syima menyoal sambil menolak perlahan bahu Nur Qawi. namun tiada jawapan.
"jom aku belanja makan?" ajak Syima.

"jom!" balas Nur Qawi riang.

"aku nak belanja laju je kau!" kata Syima diikuti tawa mereka berdua dengan riang.

**************

"aku tak de dekat sini esok.. aku kena pergi Langkawi dua minggu" Syima berkata usai mereka sama-sama masuk ke dalam perut kereta.

"kau ada kerja dekat sana?" soal Nur Qawi

"Yes! sebab tu hari ni aku cuti.." terang syima sambil menghidupkan enjin kereta kemudian mula memandu.

"erm.. Syima kau nak tahu tak aku ada coll Fahd" Nur Qawi menukar topik.

" Fahd budak burger tu? wah.. berani pulak kau" Syima ketewa kecil. nampaknya rakannya itu akan mendapat kawan yang baru. malah lelaki pulak tu.

"tapi tak banyak bercakap pun. dia asyik sibuk je" keluh Nur Qawi perlahan.

"eh.. sedih ke tak dilayan?" usik Syima.

"mana ada!" muka Nur Qawi merah padam menahan malu kerana usikan Syima.

"aku nak kerja" Nur Qawi menukar topik lagi.

"kau nak kerja apa?" soal Syima

"entah.. "

"kau tak kerja bapak kau still bagi je duit dalam akaun kau tu! aku pelik kenapa ye dia org buat kau mcm tu? " soal Syima lagi

"entah lah Syima.. aku pun tak tahu.. aku tak dapat kasih sayang tapi dapat kesenangan syukur lah.. orang lain ada yang sayang tak ada senang pon tak ada." kata Nur Qawi dengan panjang lebar sambil memujuk hati kecilnya yang sedih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience