Rate

BAB 1

Mystery & Detective Completed 365

'Nenek, nenek, sibongkok tiga.. Siang mengantuk, malam berjaga.. Mencari
cucu dimana ada.. nenek ku kahwin dengananak raja..

Cucu, cucu, tak dapat lari.. nenek tua banyak sakti.. sekarang nenek nak
cari ganti.. siapa kena, dia yang jadi.."

Naleya menyanyikan lagu tradisi itu berulangkali sambil menghayun buaian
dengan hujung kakinya.

Begitulah Naleya setiap petang menghabiskan masa bersendirian ditaman
permainan kanak-kanak itu.

Tiada siapa yang mahu bermain dengannya kerana kebanyakan kanak-kanak
yang datang ke situ berusia sekitar lima hingga enam tahun, sedangkan
Naleya sudah darjah tiga!

Masakan dia yang sudah berusia sembilan tahun mahu bermain dengan
kanak-kanak kecil!

Sudahnya Naleya hanya duduk dibuaian itu dan memerhatikan sahaja
kanak-kanak tersebut bermain disekitar taman.

Sambil memerhati, dalam tidak sedar, Naleya sering menyanyi lagu tradisi
'Nenek nenek si bongkok tiga'.

Teringat dia pada sepupu-sepupunya di kampung. Mereka beramai-ramai
bermain permainan itu.

Tapi sekarang Naleya hanya sendirian ditempat baru kerana terpaksa
mengikut ibu bapanya berpindah sekolah, tempat mereka mengajar. Bosannya
Naleya Tuhan saja yang tahu.

"Kenapalah kat sini tak ada budak sebaya Naleya ?" keluhnya sendirian.

Kemudian dia menyanyikan lagi lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga' itu.

"Cu.. buat apa duduk sini seorang diri?"

Naleya tersentak mendengar teguran itu. Spontan dia terlompat dari
buaian dan berpaling ke belakang.

Kelihatan seorang nenek tua berambut putih, berbadan bongkok dan
bertongkat sedang tersenyum memandangnya.

Naleya gugup, takut-takut memandang nenek tua itu.

"Janganlah takut cu..nenek bukannya makan orang pun. Nenek ni tertarik
dengar suara cucu tu. Sedap, merdu.." nenek tua itu memuji Naleya sambil
tersengih menayangkan giginya yang merah kehitaman.

Naleya tidak tahu mahu berkata apa. Teringat pesan ibunya supaya tidak
bercakap dengan orang tidak dikenali. Lalu Naleya segera mahu angkat
kaki beredar dari situ.

"Nak balik ya? Esok datang sini lagi ya!" kata nenek tua itu.

Dalam takut-takut, Naleya mengangguk, kemudian segera berlari pulang ke
rumah. Nenek tua itu pula hanya memandang sambil tersengih.

Malam itu Naleya tidak boleh tidur. Walaupun sudah diberi milo panas
oleh ibunya, Asiah , Naleya tetap berjaga.

Jam ketika itu sudah menunjukkan 1 pagi dan kerana mahu menghilangkan
kebosanan, Naleya menggumam lagu 'Nenek nenek si bongkok tiga'.

Baru saja habis rangkap pertama, tiba-tiba ada suara lain. Entah dari
mana, menyamuk secara tiba-tiba..

Cucu, cucu tak dapat lari..
Nenek tua banyak sakti..
Sekarang nenek nak cari ganti..
Siapa kena, dia yang jadi..
Hihihihihi...

Naleya tergamam diatas katil. Bunyi ketawa halus dihujung nyanyian itu
membuatkan bulu roma Naleya meremang.

Saat itu juga dia melihat pintu biliknya terkuak perlahan-lahan,
sehingga mengeluarkan bunyi berkeriut yang memecah kesunyian malam.

Kerana menyangka ibunya yang menolak pintu, Naleya turun dari katil mahu
menerpa.

Tetapi baru separuh jalan, langkah Naleya terhenti. Bukan ibunya yang
muncul. Sebaliknya nenek tua yang dilihatnya di padang petang tadi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience