Bab Dua

Romance Series 4862

" Ira dah dapat belum kerja?" soal papaku semasa kami sekeluarga menjamu sarapan.

"Kenpa tak kerja aje kt syarikat papa? kn ke lgi senang?"

Belum sempat aku membuka mulut, Zilla mencantas.

"Eleh Ngada-ngada aje kau tu. Papa dah bagi kerja kat situ pergi ajela. Konon nak berdikari. Sekarang kau guna duit papa jugak kan?" cantas Zilla, sinis.

"Zilla tak baik la cakap macam tu kat kakak." tegur papaku.

"Itu bukan kakak Zilla. Kakak Zilla mesti macam Fira macam mak. Ini tak. Acah alim pula. Menyampah!" jawab Zilla meluat.

"Betul tu bang. Yang abang tu asyik bela si Ira tu buat apa?" mamaku menyokong. Makin pedih hati aku mendengar. Rasa-rasanya bila saja akan meletus gunung api.

"Abang tak bela sesiapa. Cuma apa yang kau orang buat tu salah!"

"Abistu budak tu semua betul la?" sindir mamaku.

"Hisy. Mama, Zilla papa please calm down! Fira nak makan la. Buat bingit telinga aje!" sampuk Zafirah geram lalu mencebik.

Akhirnya ruang tamu senyap. Hanya dengar bunyi kipas bersiong.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

"Again Ira?" soal Dilla selepas mendengar ceritaku.

"Yep. Always benda sama aje yang jadi. Aku benci tau tak? sebaik ada fira tolong hentikan suasana sindir menyindir tu..." dalam hati ku ada berterima kasih sedikit pada kakaknya Zafirah.

"To cheer yourself, let's lunch! I on the treats!" ujar Dilla lalu seraya menarik tanganku keluar dari pejabatnya. Aku yang terkejut perlahan-lahan tersenyum. Dilla adalah seorang yang amat memahami aku. Aku bersyukur sebab jumpa dia. Sangat...

"Dilla." panggilku setelah kami duduk di atas kerusi kafe itu.

"Yes, honey?" soal Dilla.

"You know what? Aku bersyukur sangat jumpa kau. Kau aje la penyeri hidup aku waktu semua orang sisihkan aq. Kau selalu buat aku gelak, suka bagi aku semangat, kau sorang aje wey. Dulu aku duduk sorang-sorang dalam bilik tunggu bila hari esok nk dtg. Tp sekarang tak aku dah ada kau sebagai penyeri hidup aku. I really really really appriciate you cause you are my light in my life, Dilla." luahku.

Aku melihat Dilla tersenyum terharu.

"Aww... You got me touch, Zahira." kata Dilla terharu.

" By the way jom order. aq laparla." rengekku.

"Ok jom." kata Dilla. Dia amat mengenali0
rakan baiknya itu. Dia suka sangat merengek. Macam budak kecik.

"Saya nak Mi Tomyam dengan jus tembikai." pintaku.

"Saya pula nak Nasi Goreng USA dengan jus epal." pinta Dilla pula.

"Ok terima kasih." ucap pelayan itu lalu berlalu pergi.

"Dah dapat belum kerja?" soal Dilla.

"Belum. In-Sya-Allah nanti nanti sampaila rezeki aku..." jawab ku.

Dilla mencebik sebelum berkata lagi." Elleh kau asyik bagi jawapan sama aje. Tapi tak dapat dapat jugak."

"Sekurang-kurangnya aku mencuba. Daripada aku duduk melepak kat rumah." jawabku.

"Yelah cakap ngan kau mana boleh menang." Dilla mengalah. Aku gelak mendengar kata-kata Dilla.

Seketika pelayan menghantar minuman yang dipesan sebentar tadi.

Aku menghirup jus tembikai tadi perlahan-lahan. Aku memandang muka bujur sireh Dilla. Matanya bundar bibirnya nipis bulu matanya juga melentik, perfect ten!

"Woi woi. Kau jangan pandang aku macam nak telan boleh tak? Aku takutla." sergah Dilla seraya membuat muka takut.

"Elleh tak payah nak takut sangatla. Aku bukannya hantu pun." kataku tersengih.

"Yelah. Yelah." kata Dilla, beralah.

"Aku nak pergi tandas sekejap."

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

{FAV MUHD IZZAT AIMAN}

Fail di tangan aku hempaskan. Penat memikirkan projek yang datang bertimpa. Aku melihat jam tangan.

'Aik? Dah lunch ke?' gumamku terkejut.

Tiba-tiba pintu pejabatku disergah secara tiba-tiba.

"Iz! Jom lunch!" ajak tubuh sasa yang baru sahaja tadi menyergah pintu bilikku tadi.

"Harith! How many I said you must knock my door before entering?" marah ku.

"Erk. Sorry la." pinta Muhd Harith, rakan baikku.

"Apa kau nak datang bilik aku ni?" soalku sambil mengemas fail-fail yang bersepah di atas mejaku.

"Jom lunch. Aku dah lapar ni." ajak Harith.

"Ok la. jom" setujuku dengan senyuman dibibir.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Aku dan Harith membuat pilihan untuk ke Kafe Deodrama Classic. Kafe yang selalu menjadi tumpuan kami.

Sebaik sahaja menolak pintu kafe itu, mataku terarah kepada seorang perempuan memakai baju blouse flora pinky bersama seluar palazo.

'NUR ZAHRA ZAHIRA!' aku terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience