3

Romance Completed 95763

"Alright, then can you give me a kiss? Here." Ikram Benjamin menunjuk ke arah pipi kanannya. Pipi itu dikembungkan sedikit. Matanya dipejam menunggu tindakan Anggun Dahlia.

Anggun Dahlia tidak menyegerakan permintaan Ikram Benjamin. Sebaliknya, dia memandang ke kiri dan ke kanan. Sudahlah ramai orang. Buat malu saja. Pipinya sudah naik kemerahan. Bibirnya dikemam. Berbelah bahagi rasanya untuk permintaan yang satu itu.

"Cepat. Kalau tak, abang tak nak belanja aiskrim sedap tu." Kini matanya dibuka sambil memandanh ke arah Anggun Dahlia. Dia menyorokkan senyum yang hampir terukir apabila melihat pipi itu kemerahan.

"Err...kalau Dahlia bagi nanti boleh tak? Dekat sini ramai orang. Dahlia...malu." Terus saja pandangan matanya dilarikan ke arah lain. Dia tahu bahawa Ikram Benjamin sedang merenungnya. Kukunya dimainkan.

"Fineee! So, no more ice cream for today. Okey, sweetheart?" Dia menegakkan semula badannya dan meneruskan langkah. Tetapi lengannya dipegang. Belum sempat dia menoleh, sebuah ciuman hangat singgah dikulit pipinya. Walau sekejap ciuman itu, cukup membuat dirinya tersenyum melebar. Kemudian, senyumnya disorok kembali. Dia masih lagi mahu mengusik perempuan yang sedang malu-malu dengannya.

"Dahlia nak aiskrim." Habis saja ayat itu, Anggun Dahlia membuka langkah laju. Meninggalkan Ikram Bemjamin yang sedang tersengih dibelakang.

"Haih! Sabarlah hati. Malu pula dia." Tengkuknya diusap sambil tersengih. Dia terus mengejar Anggun Dahlia didepan.

Setibanya dia digerai aiskrim itu, Anggun Dahlia sudah mendapat pesanannya. Cantik aiskrimnya. Seaakan warna pelangi. Diatas pumcak aiskrim pula ditaburi dengan butir-butir coklat dan disirami dengan sos strawberi. Ah, perempuan terlalu manjakan diri dengan manisan.

Setelah membayar aiskrim itu, Ikram Benjamin melangkah ke sebuah kerusi kayu disebelah gerai itu. Diikuti Anggun Dahlia dibelakangnya. Mereka duduk bersebelahan. Anggun Dahlia masih ralit dengan aiskrimnya. Jambangan bunga tadi dipeluk kemas. Ikram Benjamin menyimpul senyum. Dia menyeluk poket seluar dan mengeluarkan telefon bimbit. Aplikasi kamera dibuka.

Klik! Klik! Klik!

Dalam masa beberapa saat beberapa keping foto dan video tersimpan rapi dalam ruang galerinya. Tidak lama kemudian, Anggun Dahlia menoleh ke arahnya. Cepat saja telefon tadi dihalakan ke depan. Ibaratnya dia sedang mengambil foto bangunan lama didepannya.

"Sayang suka tempat ni?" Ajunya sambil memandang Anggun Dahlia.

"Suka. Dekat sini ada aiskrim sedap." Jawabnya sambil meneruskan jilatan aiskrim itu.

"Kalau kita pindah duduk sini nak tak? Kita jadi rakyat Tuscany." Ikram Benjamin memusingkan badannya menghadap Anggun Dahlia.

"Jauhnya! Tak naklah. Nanti siapa nak jaga kafe Dahlia? Nanti Dahlia rindu masakan Melaka. Lepas tu, nanti abang jauh dari Makwan. Jauh dari saudara-mara abang." Dia memandang Ikram Benjamin. Kemudian, dia menyambung semula dengan jilatan aiskrimnya.

"Tak apalah. Sekurang-kurangnya kita boleh berdikari duduk dekat sini. Lagi pun, abang kan ada sayang." Dia menarik senyum buat perempuan itu.

"Kenapa pula kalau ada Dahlia?" Dahinya berkerut dengan perbualan itu.

"Mestilah. Sayang kan isteri...abang. Haa, banyak tanya pula dia. Geram tahu!" Cepat saja tangannya menolak aiskrim itu ke hidung Anggun Dahlia. Dia melepaskan tawa.

"Abanggg! Suka sangat usik Dahlia!" Hidungnya dilap dengan tapak tangan. Ikram Benjamin pula masih lagi dengan gelak tak habisnya.

"Hahaha. Alaa, meh sini abang tolong." Tawanya masih bersisa. Dia mengeluarkan paket tisu kecil. Sehelai tisu dikeluarkan. Hidung isterinya dilap lembut.

"Lain kali jangan banyak tanya. Abang geram. Abang minta maaf ya, sayang abang." Dia menyambung tawa lagi. Pipi Anggun Dahlia dicubit geram. Tetapi tangannya ditepis. Anggun Dahlia mengetap giginya menahan rasa geram.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience